Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

9 Februari 2013

Bukan Cinta Ekpress PART 9






Part9
Dua bulan kemudian.
“Dahlia!” jerit Harraz. tubuh Dahlia ditarik ke dalam pelukkannya. Dahlia hanya kaku. Terkejut dengan peristiwa tadi.
“sayang okay tak?” Harraz meraba badan Dahlia. Mencari luka. Dia menarik nafas lega bila Dahlia tiada kecelakaan.
“Nak balik” wajah Dahlia pucat. Harraz terkejut sebaik sahaja melihat Dahlia jatuh terduduk diatas jalan.
“Okay tak ini?” Dahlia mengangguk. Harraz yang melihat Dahlia seperti orang hilang semangat terus mencembung Dahlia. Dahlia hanya membiarkan. Dia sendiri dah tak ada kekuatan. Nampaknya nyawa dia betul-betul menjadi taruhan.
Harraz memandu kereta meninggalkan pusat Bandar. Dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau la dia tak sempat tarik Dahlia tadi tak tahu la apa yang akan terjadi.
“Awak okay tak ini?” soal Harraz risau. Sejak dari tadi Dahlia hanya berdiam diri.
“Kita balik rumah mama”
“Jangan. Balik rumah kita” pintas Dahlia. Trauma pun ada jugak. Kereta tadi memang laju.

~~
Harraz merengus. Dekat dua bulan dia belajar hidup dengan Dahlia. Dah dua bulan ini dia dah boleh terima kenyatan yang dia dah mula sayang Dahlia. Tapi kenapa ada yang ganggu kehidupannya sekarang dia dah cukup bahagia.
“Harraz kau okay?” terpancul wajah Kamal di muka pintu. Tanpa melengah Kamal sudah pun mengadap Harraz.
“Dia dah balik”
“Dia? Siapa?”
“Diana”
“Kenapa bini kau tak sihat ke?” Kamal masih blur. Tak dapat tangkap apa yang cuba diucapkan oleh Harraz. Muka masam kalah buah gelugor.
“Diana binti Abdullah dah balik”
“Mana kau tahu?”
“Dia call aku”
“Dia nak apa lagi?” Kamal bengis. Tak suka Diana. Sesuka hati pergi dan balik. Kamal pun tak berkenan dengan perangai Diana itu. Kadang-kadang dibuatnya Harraz macam hamba dia. Itu la ini la. Harraz masa itu memang tak sedar apa-apa la orang tengah kemaruk bercinta la katakan. Semua indah.
“Aku dah mula sayang Dahlia” luah Harraz tanpa segan. Dengan Kamal tiada apa yang perlu dirahsiakan. Kamal tahu pahit manis kehidupannya. Mereka dah lama berkawan. Tiada sebab untuk tidak percayakan Kamal. Kamal rakan perjuangannya tak kira dalam masa susah atau pun senang.
“Memang patut pun kau sayang dia. Dia kan isteri kau.”
“Tapi sisa cinta aku masih dekat Diana” Kamal mengeluh. Itu la dulu bagi seluruh jiwa, raga dekat dia pasal pa. Sekarang dah bergaduh. Hai hati kenapa la kau tak ada suara. Suara hati konon. Merumitkan adalah.
“Macam mana life kau sejak korang kahwin?” Kamal dah masuk mood psikologi. Kalau dengan Harraz memang wajib masuk psikologi. Mamat itu ada masalah jiwa. Dia bukan la terlalu buta untuk mentafsir bahagia Harraz.
“Aku bahagia” kata-kata itu ikhlas dari lubuk hatinya. Tiada penafian. Dia cukup bahagia bersama Dahlia. Pahit manis kehidupan berlalu setiap hari. Dahlia adalah pelangi kehidupan.
“Kau kenakan lupakan Diana. Fokus hidup kau sekarang adalah Diana Dahlia bukan Diana. Diana tu dah kira masa silam yang penuh dengan kegelapan. Diana Dahlia itu masa depan aku yang penuh dengan kegembiraan” Kamal dah buat perbandingan. Dia tahu Harraz pasti tak rugi kalau pilih Diana Dahlia.
Kata-kata dari Kamal dia memang tak boleh nak pangkah. Semua yang Kamal cakap betul. Mungkin dia sahaja yang salah. Membiarkan perasaan yang tak patut berada dalam hatinya.



Cinta Dahlia. Nama itu menerjah memorinya. Peristiwa semalam membuatkan Dahlia terkejut. Tak sangka.
“Mereka kahwin tanpa cinta dan bercinta lepas kahwin. Hubungan rumahtangga mereka terlalu indah. Tiada pergaduhan dan masalah. Selama 3 tahun mereka kahwin dan tiada lagi cahaya mata. Biasa la orang tuakan nak cucu. Ibu Bakri mendesak nak anak. Akak waktu tu jadi tempat akak Bunga luahkan perasaan.” Cerita Nirmala. Masih ingat lagi saat genting keluarga kakaknya.
“Waktu tu baru la akak tahu kenapa akak Bunga tak mengandung”
“Maksud akak?” Dahlia binggung.
“Ni kira rahsia keluarga mereka la. Akak Bunga tak mengandung sebab Abang Bakri tak nak baby. Dia cakap waktu melahirkan kesakitan bersalin amat la sakit. Kalau boleh dia tak nak akak Bunga sakit. Walaupun sedikit. Akak ingat lagi waktu akak lepak dekat rumah akak Bunga bila habis Dip. Waktu dekat dapur akak Bunga kena minyak panas. Menangis dia pedih. Balik-balik je dari kerja Abang Bakri tengok tangan Akak Bunga melecun tang situ jugak dia nangis. Waktu tu kak bunga tak cakap apa-apa pun. Malah dia siap sorok lagi. Tapi Abang Bakri memang sayang dekat akak bunga.” Terselit rasa bangga dengan hubungan keduanya. Indah sungguh percaturan hidup mereka.
“Ada satu hari tu akak bunga tak tahan dengan desakan family yang nak cucu. Akak Bunga cakap dekat abang Bakri dia nak anak. Mati-matian Abang Bakri tak nak. Alasan yang sama dia tak nak Akak Bunga sakit waktu bersalin, dia tak sampai hari dan tak sanggup tengok Akak Bunga sakit walaupun sedikit. Tapi Akak Bunga pandai pujuk. Dia cakap dia teringin nak dapat pahala sewaktu menjadi ibu dan melahirkan lambang cinta mereka. Akhirnya mereka dapat seorang puteri. Cinta itulah nama yang dipilih oleh mereka menjadi lambang cinta mereka” ada senyuman dibibir Nirmala. Kisah cinta akaknya merupakan satu kisah yang menyayat hati. Bahagia tapi penuh dengan liku.
“Romantiknya. Kan bagus kalu Lia pun dapat suami macam tu” Dahlia teruja. Siapa tak nak suami yang romantik. Dia berani kerat jari la jika ada perempuan tak nak laki romantik.
“Yap memang romatik. Abang Bakri seorang penyayang dan romatik. Malah dia seorang lelaki yang baik sehingga la ada yang dengki atas kebahagiaan rumah tangga mereka.” Nirmala terdiam. Gelora hubungan mereka bukan hanya sampai situ. Ada lagi yang masih menganggu.
“Kenapa kak, bukankan mereka gembira ke?” pelik Dahlia. Dengki? Kenapa?
Nirmala menghirup perlahan jus lobak merah rasa haus pulak dari tadi bercerita. Rasanya terlalu banyak yang dia ceritakan. Jam ditangan dikerling. Sudah petang.
“Akak rasa sampai sini je kot Lia. Akak perlu balik dah petang nanti suami akak balik kelaparan pulak.” Pamit Nirmala. Terbayang wajah suami yang tercinta Syed Kyrain. Tak pasal nanti suaminya merajuk bila tengok dia tiada di rumah sewaktu pulang dari kerja.
Dahlia mengeluh terlalu banyak persoalan yang perlu diselesaikan. Mencari identiti sendiri tak sangka terlalu banyak perlu diungkap.
“Boleh ke kalau kita jumpa lagi kak?” Dahlia berharap. Hanya itu je kunci kepada persoalan yang dicari.
“Insyallah Didi. Dengan izin Allah kita pasti berjumpa.”
By the way, akak rasa bila Lia jumpa Cinta nanti Didi pesan dekat dia parents dia masih menunggu kepulangan dia. Walaupun mereka sentiasa happy di mata luar tapi hakikatnya kesedihan melanda.”
“Insyallah kak, kami pun masih mencari Cinta.” Dalih Dahlia. Biarla masa yang tentukannya. Dia perlu susun semua puzzle yang ada.

Atas alasan membantu sahabat mencari keluarga kandung terlah menemukan dia dan Nirmala. Takdir Allah kita hanya mampu bersyukur. Dia melambai ke arah Nirmala. Berharap akan ada pertemuan lagi. Dia bersandar dikerusi. Kek tiramisu disuakan kedalam mulut. Tak sangka kau ni ada family lagi Dahlia. Tak sia-sia kau buat kerja ni hampir 2 tahun. Kepenatan yang menjumpai hasilnya. Dia tersenyum.



Dahlia mengucap panjang bila tengok rumah bersepah. Dalam hati dah sumpah sayang dekat Harraz. Bertuah punya laki. Suka betul campak barang kerja merata-rata. Baju kemeja di atas sofa diambik. Tie warna hitam yang tersangkut elok dekat palang tangga dicapai. Beg kerja Harraz yang tersandar cantik ditepi tangga turut dicapai. Akhir sekali stoking Harraz yang elok berada diatas kapet dicapai. Nak mengeluh pun tak guna jugak. Kata Harraz dari dulu lagi dia teringin nak buat sepah dekat rumah sendiri. Pelik punya orang. Masalahnya sepah dia itu boleh menyebabkan tekanan darah dia naik dan turun secara mendadak. Ish ish ish.
“Wahai kesayanganku” tegur Dahlia sebaik sahaja melihat Harraz yang sedang leka mengadap laptop di atas meja. Pakaian kotor Harraz dicampak ke dalam bakul kotor. Harraz menoleh sebaik sahaja mendengar suara Dahlia yang menyapa hawa telinganya.
“Kekasih hati dah balik” Harraz tersengih sebaik sahaja melihat tangan Dahlia yang memegang beg kerjanya. Motif dia buat macam itu senang je. Dia nak bila Dahlia balik rumah orang pertama yang Dahlia cari adalah dia. Seperti sekarang ini la.
“Tak reti nak simpan beg sendiri”
“Tak reti” selamba Harraz. Dia dah Dahlia sudah duduk rumah sendiri. Dahlia pun dah kerja dekat dengan dia. Cuma kerja Dahlia ini berat sikit. Dia dah balik rumah baru Dahlia balik. Biasa la tokeykan. Dia kena tutup kedai dulu baru boleh balik. Dalam masa sebulan jugak la mereka ambik masa untuk suai kenal. Pada mulanya Harraz hairan kenapa Dahlia selalu ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur. Malas nak tanya tapi bila dah taip-tiap hari Dahlia balik lambat buat dia tak betah. Rupanya Dahlia ada mini kedai yang diusahakan olehnya. Tak sangka muda-muda dah ada kedai sendiri. Kedai yang menjual semua perkara yang melibatkan ais. Ais krim, ais kepal, ais cube, ukiran ais dah macam-macam lagi. Kagum pun ada jugak. Pernah jugak la dia suruh Dahlia buat arca ais. Saja nak test betul ke tak. Tapi ternyata hasilnya cukup mengagumkan. Satu ukiran ais berbentu hati berjaya dihasilkan. 

Terasa seperti hati si pengukir. Putih dah bersih. Dan sekarang dia tak boleh kalau Dahlia jauh dari dia, dengan besar hati dia telah menjadi share partner Dahlia untuk cawangan di Kuala Lumpur. Hehehe. Aku dah sayang bini oi! Jerit hati Harraz.
“Penat” adu Dahlia. Dia meletakkan dagu dibahu Harraz. Memandang kosong screen laptop lelaki itu.
“Ala siannya. Sebab Lia dah jadi good girl sebab itu makan malam di sponsor penuh oleh Encik Hensem lagi bergaya, Harraz Raihan” Harraz ketawa kecil. Mouse laptop digerakkan. Klik sana klik sini. Laptop yang terang tadi sudah menjadi gelap dalam beberapa minit.
“Serius?” soal Dahlia. Dia dah tersengih.
“Yap. Just for my lovely lady” Harraz mengosok kepala Dahlia.
“Nak makan sate” jeri Dahlia. Jam yang menunjukkan pukul sepuluh tak bagi makna untuk Dahlia. Dah orang nak belanja nak tunggu apa lagikan. Kita redah la.
“Nak mandi dulu ke tak?” soal Harraz. Dia dah pun berdiri dihadapan Dahlia.
“Kalau tak nak mandi tak apa ke?” Dahlia angkat kening. Saja nak duga Harraz. Maklum la badan dah busuk. Muka pun dah serabai siapa la yang nak bawak dia keluarkan. Kalau dia sediri pun tak sanggup nak keluar dengan keadaan macam ini.
“Kalau tak mandi pun tak pe ada jugak orang tak betul nak peluk dia” Harraz tarik Dahlia dalam pelukan.
“Tepi la orang busuk ini” Dahlia cuba menolak batang tubuh Harraz. Badan melekit ini. Harraz ketawa melihat Dahlia yang meronta-ronta.
“Dah cepat mandi” arah Harraz. Pelukan dilepaskan. Berdesup Dahlia lari masuk bilik air. Mandi punya pasal. Kejap lagi nak makan.
“Nak mandi sekali boleh tak?” laung Harraz dari bawah.
“Nanti lambat. Tunggu je dekat bawah” jerit Dahlia dari atas.
“Dahlia…Dahlia macam mana la aku nak ketawa tanpa kamu” Harraz mengeluh. Dia menunggu Dahlia bersiap disofa. Dia bahagia tapi dalam masa yang sama dia masih mengharapkan Diana. Tamak ke dia?






~~~~~ continuessss

tadaaaa.....!!!
aid harap ini mencukupi...maaf untuk cerita yg tak seberapa...tak tahu la bila lagi boleh nak up cerita ini...
huhuhuh...T_T

pada yg sudi tunggu cite ini aid betul2 terharu ini....rasa nak nangis coz ada yg ikut...
sobsobsob...





3 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

eee...tk suker lh kalu harraz nk jd tamak cam tuh!cukup lh ngan dahlia sorang jer t yah nk semak kn hati sendri utk ingat kn perempuan yg pernah kecewa kn hidup mu harraz!!!tk mau nnt nyesal plak harraz....

o-ReN berkata...

bukan lelaki leh kawin empat ke?hehe
org kata cinta pertama susah nak lupa betul ke?...hehehehe...
tah2 harraz pun tergolong dlm golongan tersebut....;)

Nadieyya berkata...

aid...nak komen skit ni, kene perbaiki lg bile nak buat part2 flashback ye.. sbb mungkin akan mengelirukan pembace..

Ape2 pun BCE ni mmg best...ape kene la dgn harraz ni, dok igt kat diana tu lg wat pe..dahlia kan ade...