Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

8 Februari 2013

Bukan Cinta EKPRESS PART 8






PART 8
Terkumat-kamit mulut Dahlia berbicara. Dia mengetuk perlahan meja dengan pencil. Sekarang adalah masa merancang. Merancang untuk keluar dari kemelut ini. Dia kena buat keputusan cepat-cepat. Dia dah janji dengan Harraz nak balik malam ini. Dahlia mendongkat dagu. Entah kenapa kenangan semalam menerjah memori. Aduh. Laki aku pun dah ada skill untuk lawan skill jeritawan dia. Huh naik gugur jantung aku. Tapi walau macam mana pun dia tak leh nak lawan skill aku. Hehehe. Dahlia ketawa bangga. Mood perasan dan datang macam itu la jadinya.
Dahlia menepuk kedua belah pipinya.
“Bangun Dahlia. Jangan nak berangan”
“Jangan layan feeling-meling ini. Belum masanya lagi”
“Nak layan feeling tunggu melting dulu” Bebel Dahlia sendirian. Kertas A4 diatas meja dilakar sesuatu. Gaya macam buat nota sekolah. Siap dengan peta minda lagi. Kertas putih itu menjadi kotor dengan contengan Dahlia. Ada macam-macam warna. Dia menjerit sebaik sahaja siap melakar. Jam menunjukkan pukul 4petang. Dah dekat 2 jam duduk depan meja ini buat rancangan. Semuanya untuk masa depan dia.
Kertas diangkat tinggi.
“Masa Depan Diana Dahlia mulai sekarang” dia membaca tajuk utama yang terdapat dirancangannya.
“Pertama kena jadi isteri yang baik. Walaupun aku dah baik. Kedua, cari backup pakwe. Mana la tahukan tup-tup si Harraz cerai aku tak pasal jadi janda meletup. Tapi mungkin lepas aku dah cerai kot. Tak nak la jadi curang pulak. Ish ish tak baik curang dengan laki sendiri. Dosa-dosa” Dahlia menepuk kepala. Rasa macam bengong pun ada. Bunyi orang beri salam membuatkan Dahlia berhenti dari mengarut. Dia bangkit. Pelik ada orang datang rumah petang-petang ini.


Berkerut dahi Dahlia sebaik sahaja merima hadiah di muka pintu. Dia menoleh kiri kanan. Mana tahu kalau ada tuan pengirim. Usahanya hampa. Kotak tersebut dicapai. Hatinya tak seolah-olah memberi amaran. Rasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Perlahan kotak tersebut dibuka. Dalam sekelip mata kotak tersebut dilempar jauh. Subhannallah dia mengusap dada. Terkejut. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam rumah mencapai handbag dan kunci.
Keadaan dah tak selamat!


“Sayang!” Dahlia terus memeluk Harraz sebaik sahaja melihat kelibat Harraz di dalam rumah. Harraz tersentak. Terkejut tiba-tiba kena peluk. Mati-mati dia ingat mama yang peluk dia. Sekali tengok Dahlia dah. Rasa marah dekat Dahlia yang dia kumpul rasa macam terbang.
“Baru ingat nak balik” keras suara Harraz. Nak bagi tahu dia tengah marah la itu. Tapi dalam masa yang sama dia tetap peluk Dahlia.
“Hehehe. Jangan marah. Saya balik rumah kejap. Rindu pulak. Dan sayang pergi tampal notis dekat kedai yang saya bercuti panjang” ceria Dahlia. Satu-satu dia terangkan dekat Harraz.
“Sayakan ada. Saya boleh hantar awak”
“Sayang nak kacau awak. My leloby ini kan penat” dia tarik sengih. Sikit pun tak lepaskan tubuh Harraz. Sebenarnya dia cuba mengawal rasa terkejut. Bayangkan dari Melaka ke Kuala Lumpur dia pecut macam nak gila. Terkejut punya pasal. Dan sewaktu dalam perjalanan dia merasakan ada orang mengekorinya. Tapi Dahlia tetap Dahlia. Dia dapat mengelak.
“Baru balik” tegur satu suara. Dahlia bangkit dari sofa. Pelukan dilepaskan. Tangan Puan Sri Zulaika diraih.
“Maaf mama. Tak sempat nak pesan tadi. Ada emergency dekat tempat kerja Dahlia” terang Dahlia. Puan Sri Zulaika hanya diam. Serba-salah Dahlia. Harraz hanya memandang dengan ekor mata. Mama dah marah la itu. Dia bangun menuju bilik nak mandi dah nak isyak.

“Dahlia mintak maaf ma sebab tak dapat tunaikan mama dekat rumah macam yang Dahlia janji semalam. Tapi tak apa lepas ini Dahlia cuti panjang”
“Mama bukan apa. Mama risau. Awak itu menantu mama. Nanti apa pulak orang kata. Tak boleh ke bagi tahu mama dulu” Dahlia dah garu kepala. Memang salah dia. Dia dah janji tapi pergi macam itu je. Dah la dekat nak  tengah malam baru muncul. Kalau dia jadi mama pun mesti marah jugak.
“Maaf ma” sekali lagi Dahlia memohon maaf. Puan Sri Zulaika hanya mengeluh. Tak boleh nak marah lama-lama. Dahlia pun manusia juga tak lari dari masalah. Mungkin betul ada masalah yang tak boleh nak elak. Sampai kena keluar pagi-pagi.
“Pergi la rehat” akhirnya Puan Sri Zulaika bersuara. Kesian tengok muka tak bersalah Dahlia itu.
Thank ma. Sayang mama” Dahlia berlari naik. Langkahnya berhenti di anak tangga. Dia kembali menuju ke arah Puan Sri Zulaika. Pipi wanita itu dicium sebelum berlari kembali menuju bilik.

~~~~~continusessssss......

salam 1 malaysia semua...
terlebih dulu maaf dipinta...bab kali ini mungkin agak kurang...maaf2....aid akan cuba baik tok yg seterusnya.....
tengah taip lelaju..ingat tgh malam sat ag nak pos lagi satu bab..kalu ksempatan...hehehe.pasal typing sila bt tak nampak...tak smpat nak edit...huhuhu..maaf3...*sambil tunduk kepala...
aid terima dengan bebesar hati untuk semua nasihat yg diberikan...malah aid amat berterima kasih....
opss lupa pulak...aid mintak maaf atas kelewatan...bnyak banda aid kena bt...nak2 cite ini aid agak pening sikit..tp aid akan berusaha habiskan jugak... ^_^

Tiada ulasan: