Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

5 Januari 2013

e-Cepen: Music Diriku Part END














Zahirul memainkan semula perakam suara. Matanya terpejam menghayati lagu yang keluar dari perakam.
Sesekali bibirnya mengikut lagu yang berkumandang. Dia tersenyum nipis.
“Alangkah indahnya kalau aku jumpa kau miss melody” desis Zahirul.


Qarin melampai-lampai tangannya sebaik melihat orang yang ditunggunya melangkah masuk kearah MCD tersebut.
“Susah betul la nak jumpa miss popular kita ni…”gurau Qairin. Sedikit sebanyak rasa kagum dia terhadap sahabat dihadapannya itu. Siapa sangka Zara gadis yang dulu kuat berangan akhirnya capai jugak cita-citanya untuk menjadi pelakon.
“Biasa la shooting”Zara tersenyum.
Shooting ke dating?”Qarin tersengih. Masakan dia tak tahu heboh satu Malaysia Zara bermain cinta dengan Syah penyanyi yang juga berada di bawah Haq studio.
“Gosip la…”tangkas Zara.
Weh! pe cite pasal kau dengan abang aku” soal Zara. Qarin sudah pun tersengih.
“Dia masih tak tahu and aku ada surprise untuk dia”
Surprise???Cete la kat aku…” pujuk Zara.
Nope. Nak tahu kau kene datang waktu konsert Mega Fantasi.”
“Kau ni tak habis-habis fantasi..Kau tahu tak apa motif aku bagi kau kerja dengan abang aku. Aku bukan suruh kau mengatal dengan fantasi” marah Zara dia dapat merasakan plannya sudah pun melencung ke arah lain.
Qarin menghirup perlahan air yang dipesannya sebelum Zara datang.
“Zara” perlahan Qarin menyeru nama Zara. Zara memandang Qarin hairan.
“Kau asal ni? Naik seram aku dengar kau panggil nama aku”
“Abang kau tu betul-betul besi kan…” Sinis Qarin
“Aku cintakan music kerana music aku kenal dia dan kerana music aku jumpa dia balik”sambung Qarin.
“Tapi tak sangka ‘dia’ adalah abang kau..”Zara hanya mendengar kata-kata Qarin. Peristiwa dulu mengimbas kembali.
Opss! Sebelum aku lupa ni lagu baru kau…hari tu bising suruh aku buat lagu untuk kau.”Qarin menghulurkan sekeping CD kepada Zara.
“Serius…??? Tak sangka cepat betul kau siapkan…”Zara terujuk CD tersebut di capai dan dibeleknya. Jelas kelihatan  wajah terujunya. Qarin hanya tersenyum.
“Kau tahu aku suruh abang aku buat sampai sekarang tak siap lagi. Geram betul aku.” Adu Zara.
“Abang kau tu busy skarang sibuk dengan konset besar-besaran nanti..”Bela Qarin.  Zara tersenyum mengejek. Qarin buat tak tahu. Dia tahu apa yang cuba dimaksudkan oleh Zara.


@@@


Qarin menyarung cast guitar nya dibelakang. Langkahnya terhenti apabila melihat orang ramai berkumpul disatu sudut. Kedengaran bunyi petikan gitar. bunyi petikan guitar membuatkan langkahnya terhenti. Dia menghampiri tempat orang ramai berkumpul. dia terpegun mendengar alunan music yang dimainkan. Matanya jatuh kearah seorang pemuda yang  sedang leka bermain gitar sambil matanya terpejam seolah-olah dia tidak sedar apa yang berlaku  disekelilingnya wajahnya ditutupi dengan depan topi membutkan dia tidak dapat melihat wajah sebenar pemain guitar tersebut. Qarin tersenyum. suaramu music ku. Qarin duduk dibangku bertentangaan kerusi pemuda tersebut sambil menghayati not-not petikan guitar tersebut.
@@@@@


“Abang” sapa Zara lalu memeluk belakang Zahirul. Zahirul mengosok perlahan kepala Zara persisi kanak-kanak.
“Abang, Zara perlukan dua tiket VIP untuk konsert fantasi nanti” pinta Zara manja.Dia tak ingin lepaskan peluang melihat kejutan yang ingin dibuat oleh Qarin. Nak tak nak terpaksa la dia meminta tiket dari Zahirul dia tahu Zahirul memegang tiket untuk site VIP.
Aik sejak bila Zara minat fantasi ni? Setahu abang Zara paling benci dengan fantasi. fantasi belagak la, lupa daratan la, sombong la….” peril Zahirul.Dia tahu Zara tak senang dengan fantasi.
“Memang Zara tak suka pun. abang la sikit-sikit fantasi..Sikit-sikit fantasi. Zara ni adik abang langsung abang tak tolong. Zara teringin la, bang nak berduet dengan Afgan”luah Zara. Zara Iman pelakon dan juga penyanyi selain itu dia turut menrupakan salah satu ikon tanah air yang semakin meningkat seiring dengan fantasi. Dia merupakan penghibur sebe-boleh dan bakatnya merupakan warisan bapanya seorang pemilik sebuah syarikat music tanah air dan merupakan seorang composer satu ketika dulu dan ibunya adalah seorang penyanyi dan pelakon dan telah bersara sejak berkahwin dengan bapanya dan menjadi salah satu rakan kongsi bapanya.
“Abang masih mencari lagu yang sesuai untuk duet Zara tu.Sesuai dengan suara Zara dan Afgan” pujuk Zahirul. Dia amat sayangkan satu-satunya adiknya selain abang sulung mereka Zaiul Haq. Sekarang dia berada diluar Negara menghuruskan syarikat music meraka di London.
“Sayang abang”Zara menghadiahkan satu ciuman dipipi Zahirul.
But Zara tetap nak tiket konset fantasi tu”rengek Zara.Mengeleng Zahirul dengan gelagat Zara.
“Okey...Okey nanti abang bagi.Tapi kenapa Zara tetiba minat dengan fantasi ni.Cuba cite sikit dekat abang ni?”Zahirul tersenyum.
“No komen”
“Amboi, ayat selamat la pulak”sakat Zahirul.
“Nah”Zara menghulurkan sekeping CD kearah Zahirul.
“Lagu baru Zara dan Afgan…”sambung Zara dia tersengih-sengih kearah Zahirul.
“Again???” soalnya malas.
“Yap”Zahirul hanya mengeluh….hatinya tertarik-tarik untuk mengenali penulis lagu dan pemuzik yang mengubah lagu untuk Zara.Walaupun bukan selalu tapi ia boleh dikatakan kerap. Bila dia ingin berjumpa dengan ‘kawan’ Zara berjuta alasan yang diberikan Zara. Kalau boleh dia ingin menjadikan ‘kawan’ Zara sebagai salah satu perkerjanya. Kerana bakat yang diperolehnya amat berharga dan patut diiktirafkan bukan hanya mengunakan nama samaran. Ada juga beberapa pihak ingin mengambil kawan Zara sebagai pecipta lagunya. Tapi ditolak. Katanya dia hanya berkhidmat untuk Zara sahaja.Betul kah dia kenalan Zara..???
“Dah la tu  abang satu hari nanti dia akan muncul jugak. Buat masa sekarang abang siap sedia untuk lagu baru Zara ya. Tak sabar nak keluar album baru lagi” ujar Zara teruju. Dia bangun meninggalkan Zahirul yang sedang melayan fikiran. Hahahaha. Dia ada je kat depan abang. ‘Abang je yang tak penah nak tengok’ desisnyanya.




Qarin membaling semua barang-barang yang ada diatas mejanya. Bunyi ketukan dari pintu dibiarkan.
“Diam! Aku benci semua ni! Benci! Benci!” jerit Qarin lantang.
“Amani bukak pintu ni sayang” pujuk Puan Aiza. Dia risau melihat keadaan anak bongsunya tu. Sejak mendapat khabar tentang perkara itu Qarin terus berlari masuk ke dalam bilik dan mengamuk. Dia yang sekali bilik anaknya itu dah seperti tempat perbuangan sampah sarap. Tuan Omar cuba menenagkan isterinya yang sudah pun menangis dihapan bilik Qarin. Dia sendiri turut merasakan kerisauauan yang sama.
“Tuti pergi ambil kunci spare dekat almari ruang tamu” arah Tuan Omar tegas. Tergopoh-gopoh tuti merangkap orang gaji dirumah itu berlari mndapatkan kunci spare apabila mendapat arah tegas dari majikannya. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka.puan aiza berlari mendapatkan Qarin. Dia memeluk tubuh Qarin. Teresak-esak Qarin menangis dibahu Puan Aiza. Tuan Omar turut membalas pelukan tersebut.
“Qarin Amani, puteri mama”sayu Puan Aiza bersuara.
“Amani benci dia ma, benci..” rintih Qarin.
“Tak akan penah ada ungkapan maaf untuk dia” tekad Qarin. Puan Aiza hanya mengeleng dia tahu kalau putih kata Qarin makne nya putih la tak ada hitam, merah ataupun yang lain. Puan Aiza menyelimutkan Qarin yang sudah pun tidur. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik Qarin. Bilik yang tadi berselerak sudah siap dikemas oleh Tuti semasa mereka cuba menenangkan Qarin.
Puan Aiza mengambil tempat disebelah Tuan Omar yang sedang sandar disofa ruang tamu mereka.
“mama tak sangka yang si Riqki sanggup buat anak kita macam tu…” kesal Puan Aiza.
“Qairul tahu apa ynag berlaku..?” soal Tuan Omar. Puan Aiza hanya  mengangguk.
“Dia la orang pertama yang Amani call. Papa pasti sekarang ini Qai dah naik flight” Tuan Omar tersenyum. Dia tahu anak bongsunya itu amat rapat dengan Qairul. Hampir setiap permintaan Qarin tak penah dihampakan.
Siapa sangka kawan baik sendiri tikam belakang. Sebaik sahaja Qarin sampai di showcase dimana dia akan membuat pergandingan bersama Riqki teman lelakinya, dia terkedu melihat Riqzi sedang bercumbuan dengan sahabat baiknya sendiri Cindy dibelakang pentas.
Paling yang dia tak boleh nak terima lagu ciptanya turut diciplak dan dicuri. Hatinya sakit. Telalu banyak yang membuatkan dia terluka. Akibat terlalu marah melayang dua penampar dimuka mereka. Showcase yang dirancang bersama hancur. Musnah sama seperti perasaannya selama ini. Sejak itu dia benci music.
+++++++++++
Qairin tersedar apabila merasakan cahaya metahari meyentuh wajahnya. Sebaik terjaga dia terus menjerit kuat. Sakit hatinya masih berbisa. Rambutnya digengam.
“Riqzi bodoh! Cindy jahanam!” jeritnya. Dia terus meluru keluar dari bilik. Dalam fikirannya hanya ingin mencari ketenangan akibat dibelot oleh orang yang dipercayainya.
Bush! Qarin menhempaskan tubunya kedalam kolam renang. Hanya itu yang boleh membuatkannya tenang. Dari jauh puan aiza mengeluh melihat Qarin. Dia terluka melihat Qarin begitu. Tak penah dia menduga perkara ini akan terjadi. Masih teringat lagi wajah ceria Qarin yang mengkhabarkan bahawa dia akan membuat persembahan untuk hari terbuka kolej dan akan membuat persembahan dengan riqzi…dapat dilihat kesungguhan Qarin mengubah lagu ciptanya sendiri dan kesungguhan Qarin dalam dunia music membuatkan dia tersenyum. Kesungguhan Qarin mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang dicintai iaitu suaminya.
Bunyi pintu enjin kereta dilaman mematikan aktivinya yang megintai Qarin dari jauh.
“Mama mana Amani?” soal Qairul sebaik sahaja tiba dirumah. Pagi-pagi lagi suaminya terpaksa menjemput anak lelakinya di airport. Pipi Puan Aiza dicium lembut. Selagi tidak berjumpa dengan Qarin mata ke mata membutkannya risau.
“Dia dekat kolam belakang rumah.” ujar Puan Aiza. Dia tahu tika ini hanya Qairul yang dapat menenangkannya.
Qairul berlari anak menuju kearah kolam renang. Dia terus menerpa Qarin yang sedang duduk ditepi kolam sambil kakinya terjulur kedalam air. Towel dikerusi  diambil dia membalutkan tubuh Qarin yang basah. Bahu Qarin dipeluk.
“Sakit rasanya dikhianati oleh orang yang kita percaya…”
“Sabar sayang. Abang pasti semua itu ada hikmahnya” pujuk Qairul.


Mp3 ditangan ditekan. Cuba mendengar semua lagu ciptanya. Hanya ini sahaja yang tinggal yang lain sudah pun dicuri oleh manusia yang tak bertamadun. Dia mengeluh. Sekarang dia cuba untuk melupakan semua belenggu yang menimpanya. Sebaik sahaja malam Trent habis dia terus menghantar surat berhenti kolej. Dia sudah malas untuk meneruskan pengajian di kolej tersebut walaupun ia merupakan kolej music terbaik di Malaysia. Hatinya sudah tawar dalam bidang music walaupun cinta dan impainnya dalam dunia ini.
Qarin menyarung cast guitar nya dibelakang. Langkahnya terhenti apabila melihat orang ramai berkumpul disatu sudut. Kedengaran bunyi petikan gitar berbunyi. Bunyi petikan guitar membuatkan langkahnya terhenti. Dia menghampiri tempat orang ramai berkumpul. Dia terpegun mendengar alunan musik yang dimainkan. Matanya jatuh ke arah seorang pemuda yang sedang kusyuk bermain gitar sambil matanya terpejam seolah-olah dia tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya wajahnya ditutupi dengan depan topi membutkan dia tidak dapat melihat wajah sebenar pemain guitar tersebut. Qarin tersenyum. Suaramu musik ku. Qarin duduk dibangku bertentangaan kerusi pemuda tersebut sambil menghayati not-not petikan guitar tersebut. Mp3 ditangan digengam erat. Sebelum tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri pemuda itu sebelum membisikkan sesuatu ditelinga seorang kanak-kanak lelaki ditepinya. Mp3 bertukar tangan.

            Dibelakang tabir suasana semakin sesak dengan jurumekap, penari, pemain musik, peraka tari dan sebagainya. Qarin tak menang tangan. Hampir 200% kejayaan konsert ini berada ditangannya. Dia meneguk rakus air mineral. Dari jauh kelihatan susuk zara yang menghampirinya. Melampai-lampai Qarin.
            “Jadi tak?” soal Zara. Baru sempat nak jenguk qairin. Dia tahu sahabatnya itu penat. Orang penting la katakan.
“Penat. Tapi rancangan still on” qairin angkat kening. Penat belakang cerita yang penting dia nak dapatkan jiwanya sebentar lagi.
“Aku harap kau berjaya. Tak sabar nak tengok apa yang akan terjadi nanti. Aku datang ini semata-mata nak tengok surpise kau tu”
“Tunggu la sampai habis”
“Weh aku tunggu kau dekat bawah la. Kejap lagi nak tengok final konsert” bahu Qairin ditepuk perlahan. Qairin mengangguk. Bayang Zara semakin menghilang. Dia kembali dalam kesibukkan.

Kawasan dewan itu sunyi. Hanya kerja membersih yang berlangsung sekarang. Dari arah bawah pentas kelihatan Zara masih setia dikerusi penonton. Disebelahnya  Syah, rakan kontroversinya sekarang. Tidak jauh dari situ kelihantan Zahirul yang berbincang dengan pengurus pentas. Mungkin beruding untuk next konsert. Zara mengarahkan Eroz memadangkan lampu dalam dewan. Hanya lampu spotlight sahaja yang menyalah. Tepat menyuluh Zahirul. Zahirul dah berkerut. Terkejut bila lampu dipadam dengan mengejut. Telefon dikeluarkan.
Qairin yang melihat wajah cemerut zahirul menahan tawa. Lelaki itu tak suka perkara yang remeh-temeh, apa yang dia tahu serius memanjang. Sekali lagi Qairin memberi isyarat dekat Eroz. Dan sekelip mata pentas tersebut bercahaya dengan rakaman video. Zahirul tersentak. Rakaman seorang gadis yang memakai topeng power ranger sedang bermain piano. Dan lagu itu…



“Kan saya suruh cari siapa yang bertanggungjawab pasal video itu” terjongket bahu qairin mendengar jerkahan zahirul. Kus semangat. Orang tua ini memang dah jadi Gotzila. Haha. Dia hanya menahan gerun.
“Bos penting ke?” mencerlung anak mata zahirul melihat wajah pembantunya itu.
“Yang kau banyak tanya kenapa? Buat apa yang aku suruh”
“Saya pun nak jugak tahu siapa itu. senang saya nak jejak dia” Qairin masih selamba. Buat-buat berani dengan muka gotzila si Zahirul.
“Dia ilham saya. Dia sumber kekuatan saya” perlahan Zahirul bersuara. Dia menunduk lesu. Tak tahu sebab apa sekarang dia sedang meluahkan perasaan dengan pembantunya itu. mengeluh lesu Zahirul. Sangkanya sebaik sahaja tayangan itu tamat, miss melody akan muncul tapi…
“Bos garang sangat sampai dia takut nak munculkan diri kot” wajah yang kedur tadi kembali tegang.
“Awak siapa yang sesuka hati cakap macam itu.”
“Ini la kelemahan bos. Sebaik sahaja bos keluar dari bilik ini muka bos itu orang dahaga nak hisap darah manusia tegang sangat. Tak pernah nak senyum. Itu sebab dia terkucil sebelum jumpa bos” Qairin masih bersuara lembut. Tak tahu kenapa dia masih setia disitu walaupun dimarah teruk Zahirul. Zahirul dia sejenak. Timbang tara apa yang diucapkan oleh qairin.
 Cermin disatu sudut dicapai. muka ditilik. Qairin yang melihat ingin ketawa. Bos ini ada masalah kurang kasih sayang ini. hahaha.
“Kau nak aku buat apa?” soal zahirul sebaik selesai menilik wajahnya.
“Senyum bos. Senyum tak perlu kata apa-apa” sempat Qairin menyanyi serangkap lagu Senyum.
“Takkan la 24 jam aku nak senyum” nada suara itu masih bengis. Qairin mengangguk laju-laju.
“Senyum macam ini ke?” Zahirul menarik senyum. Cuba practice senyum mungkin. Qairin yang melihat pura-pura jatuh.
“Bos tak tahan tengok senyum bos.” tegur  Qairin. Zahirul dah bangit menghampiri qairin. Tiba-tiba qairin jatuh terkejut jugak dia.
“Kau kenapa ini?” soal Zahirul kasar sebaik sahaja melihata qairin masih okay.
“Bos punya senyum mengancam jantung saya la” suara Qairin sambil tersengih. Merah padam muka Zahirul.
“Sudah keluar. Pergi buat apa yang aku suruh” jerit Zahirul lantang. Kelam-kabut Qairin berlari keluar.

“Asal ini?” tegur Lena sebaik sahaja qairin keluar dari bilik Bos Besar.
“Lepas ini kau tengok la keajaiban dunia” Qairin sengih sebelum berlalu. Lena hanya membiarkan qairin. Budak itu dah tak betul bila kerja dengan Zahirul.
“Apa-apa je la”


“Kenapa?”
“Awak jiwa saya yang hilang. Diri saya mati dengan music tapi awak dah tiupkan balik jiwa saya” perlahan Qairin bersuara. Zahirul yang berada tidak jauh darinya hanya terdiam.
“Kenapa rahsiakan perkara ini?”
“Seronok tengok awak macam orang gila cari saya” Qairin ketawa mengekek. Dia mengambil keputusan memberitahu hal sebenar selepas puas mengenakan Zahirul. Korang ingat tak masa Qairin suruh Zahirul senyum? Nak tahu apa jadi. Haq studio dilanda ribut. Ramai kakitangan Haq studio memasang ‘perisai’. Yang beragama Islam memanggil ustaz untuk berubat. Katanya Zahirul bukan la Zahirul yang asal. Sikapnya terbalik. Garang jadi lembut, masam jadi manis. Lebih kurang semuanya berubah. Semua perkerja mengelak bila bertembung Zahirul. Manakala yang bukan beragama Islam memasang tangkal. Memang keadaan menjadi tak tentu arah. Takut kena rasuk.

“Awak mainkan saya” jerit Zahirul. Dia menarik muka kelat. Dia hanya menahan kata-kata orang sekeliling. Dia tak betul la, kena sampuk la, baru ambik rawatan jiwa la. Macam-macam la. Sampaikan dia tak tahan. Zara dekat rumah pun sama pot pet. Semuanya kerana menurut kata Qairin yang miss melody tak suka orang muka ketat macam dia. Tak sangka pulak miss melody itu Qairin Amani.

“Awak saya suka awak!” jerit Qairin dari jauh. Jarak antara mereka 50 meter. Belum pun sempat Zahirul menarik muka dia senyum mendengar luahan dari Qairin. Dia pun sama.
“Qairin!” jerit Zahirul dia mengejar Qairin. Tapi sempat dielak dari Qairin. Mereka berlari di dalam Haq studio. Zara yang sedari menjadi pengawal hanya tersenyum. Akhirnya dia orang jumpa jugak. suka betul qairin mengenakan abangnya sampai jadi sawan cinta.
Gotcha nak buat lagu tajuk sawan cinta! Jerit hati Zara.


Sejam sebelum…
Zahirul memerhati nota kecil yang berada diatas meja. Ada dua.
Bos dah jumpa miss melody~qairin

Dear my music,
            Gembira jumpa dengan awak kembali.jumpa dekat studio utama haq.
                                                                        Miss melody


Tanpa menunggu lama Zahirul berlari keluar dari pejabat. Studio utama dituju. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk studio itu bergema dengan music yang cukup dirinduinya. Bunyi geseran biola begitu merdu. Di atas pentas kelihatan gadis yang memakai topeng power ranger. Again? Sebaik sahaja topeng itu ditangan dia terkejut melihat wajah disebalik. Qairin?

“Music doesn’t lie. If there is something to be changed in this world, then it can only happen through music”~Jimi Hendrix



the end~~~

terima la cerita yang tak seberapa dari aid...
maaf utk segala kekurangan....

2 ulasan:

Glowing Heart berkata...

best!!!tpi a bit bored...ape2pon Qairin suwitt x hengat......sian kat Zahirul kene maen...heheheheheh

o-ReN berkata...

glowing heart: yap a bit bored...aid pun perasaan...heheh...p2 pun thkz sudi meluangkan masa bace...
:)