Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

16 Januari 2013

Bukan Cinta Ekpress Bab 7











Bab7
Dahlia menghempas tubuhnya di katil. Majlis tadi selesai hampir pukul 1 pagi. Itu pun mereka masa dalam mood membincang. Majlis aku jadi tempat mereka bermesyuarat pulak. Memang kaki business betul kaum kerabat si Harraz ini. itu la ini la, belum masuk projek akan datang mereka. Luar itu la luar ini la. Pitam kejap dengar mereka berbincang. Selamat la muka aku ini jenis muka comel-comel. Boleh aku senyum lagi. kalau ikutkan hati nak je aku baling kek kat muka depa. Dahlia bergolek-golek atas katil. Penat punya pasal. Katil yang empuk. Tiba-tiba satu senyuman yang agak menakutkan terukir dibibir Dahlia. Dia berdiri diatas katil. Satu…dua…tiga…
Biong… biong… biong… Dahlia sudah pun melompat atas katil. Lagak seperti baru jumpa katil selama berabad.
Yahuuu!” jerit Dahlia. Motif sebab tilam ini lebih empuk dari tilam rumah dia. Apa lagi nikmati la keempukan tilam tersebut. Jangan sia-siakan. Gaun pengantin yang dipakai ditanggalkan dan dicampak ketepi. Menganggu keseronokannya tika itu. Dia hanya memakai singlet dan seluar pendek. Perlahan-lahan air matanya turun.

“Hoi!” bunyi jerkahan itu menyebabkan Dahlia tergolek.
“Adui” pinggulnya digosok perlahan. “Weh lantai asal kau tak empuk. Sakit la” marah Dahlia. Dia lupa akan suara yang jerkahan yang mengakibatkan dia tergolek sebentar tadi.
“Tak payah kau nak marah lantai itu la. Yang kau melompat atas katil macam orang gila kenapa?” soal Harraz. Dia duduk dibirai katil. Melihat Dahlia yang terpisat-pisat bangun. Dahlia buat bodoh. Dia panjat ke atas katil. Mengambil tempat disebelah Harraz. Harraz menarik tangan Dahlia untuk bangkit. Kesian la pulak.
Harraz hanya memandang wajah geram Dahlia. Coat dibadan ditanggalkan sebelum dipakaikan ke tubuh Dahlia.
“Asal?” soal Dahlia hairan. Dia nak suruh aku simpan ke?
“Tu…” Harraz menunding jari ke tubuh Dahlia. Dengan lambat-lambat Dahlia memandang.
“Ya Allah” sepantas kilat Dahlia menarik coat Harraz membalut tubuhnya. Macam mana pulak aku tak sedar ini. malu malu.
“Kalau tak sabar nak buat first night dengan aku jom la” sakat Harraz.
“Hei tadi itu adengan yang tak patut ditonton oleh lelaki” bidas Dahlia. Harraz ketawa. Kelakar tengok muka malu dan bengang Dahlia. Dahlia mencerlung ke arah Harraz. Cis orang tua ini. Ketawa Harraz terhenti melihat kesan air mata yang tak sempat kering dipipi Dahlia. Muka Dahlia dipegang dengan kedua belah tangan. Terdiam Dahlia. Muka dia blur.
“Kenapa?” soal Dahlia kaku.
“Kau nangis” perlahan suara Harraz. Muka Harraz tambak lembut. Kali ini Dahlia yang terkedu. Wajah sisi lelaki itu berbeza kali ini.
Erk. Ya kot”
“Ya kot? Jawapan apa ini” kepala Dahlia disekeh. Mengadu Dahlia. Tubuh Dahlia ditarik. Dalam sekelip mata kepala Dahlia berada diatas riba Harraz. terkebil-kebil Dahlia. Mamat ini kena sampuk ke?
“Aku nak sayang kau boleh?” suara Harraz kedengaran serius.
“Kau kena sampuk cupid ke?”
“Kenapa tak boleh ke aku sayang kau?”
“Ada aku cakap tak boleh?”
“Dah itu boleh sayang tak ini?”
“Aku tak larangkan?” Harraz senyum.
“Okay mulai sekarang aku sayang kau” ujar Harraz dengan penuh semangat.
“Okay ” putus Dahlia. Dia cuba bangkit dari riba Harraz tapi dihalang oleh Harraz.
“Asal ini?” Soal Dahlia pelik. Segan la keadaan macam ini.
“Cerita la dekat aku sebab apa kau nangis?” pancing Harraz.
“Entah. Mungkin air mata banyak sangat kot” Harraz tarik pipi Dahlia. Main-main pulak makcik ini. Aku punya la baik nak tahu dia tak nak bagi tahu pulak.
“Sedih” sepatah perkataan itu keluar dari mulut Dahlia selepas mereka diam seketika.
“Sebab?”
“Dalam seumur hidup tak pernah rasa punya penghimpunan keluarga. Maksud aku perhimpunan keluarga yang sebenar. Aku hanya ada umi dan adik-adik. Itu pun hanya menumpang.” Wajah Dahlia muram.
“Tapi aku sayang dia orang. Mereka matlamat hidup aku” Dahlia ketawa. Harraz diam. Dalam sekelip mata riak itu berubah. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Wajah Dahlia yang gembira ditatap.
“Nak bagi hadiah boleh?” pohon Harraz lembut. Dia gembira. Gembira bila Dahlia masuk dalam hidupnya waktu ini.
“Hadiah apa? Kapal terbang? ” Harraz masih tersenyum. Dahlia naik seram tengok muka mamat terlebih glucose malam ini. Pelik betul. Perlahan-lahan wajah itu menghampiri muka Dahlia. Dahlia kaget. Apa ini? Dalam sekelip mata satu ciuman meletak dipipi Dahlia. Dia kehilangan kata-kata.



Dahlia membuka perlahan pintu rumah. Akibat terperangkap dalam perkara yang tak patut sudah hampir berminggu-minggu tak pulang ke rumah. Menumpang rumah Harraz tanpa perancangan membuatkan dia menurut. Nak duduk rumah Zira dia dah terbang pergi honeymoon. Takkan la nak duduk rumah itu tanpa dia. Jadi jalan selamat dan terbaik menumpang rumah Harraz. Lagipun boleh jimat duit dari sewa tempat lain.

Sunyi. Lepas ini lagi sunyi. Zira dah tak ada. duduk la sorang-sorang dekat rumah. Dia mengeluh perlahan. ‘Home sweet home’ bisik Dahlia. Kepenatan. Hanya itu yang dia mampu ungkap. Dari awal lagi dia sudah bangkit dan memandu pulang. Namun rumah bukan la tujuan dia. Dia singgah seketika di Pantai Puteri. Mencari keindahan angin pagi. Agak lama dia duduk termenung disitu. Mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tak lari. Cuma mencari ruang. Lagipun khabar sudah diutuskan kepada Harraz, sekeping nota. Tak sanggup untuk mengejut lelaki itu.

Bukan setiap masa dia mampu untuk bersikap tiada apa yang berlaku. Dia nak jugak ruang sendiri. Hidup di kalangan keluarga Harraz tiada halangan. Masa depan tiada siapa boleh dugakan? Masuk dalam kehidupan keluarga Harraz sama macam mengheret Harraz memasuki dunia yang agak susah untuk lelaki itu.

Diana Dahlia bukan la seorang gadis yang terlalu polos dan menghadapai kehidupan. Terlalu sukar sebenarnya untuk menerokai bersamanya. Halangan pasti ada. Vibrate telefon mengangu lamunan Dahlia. Satu mesej diterima. Sebaik sahaja mesej dibuka muka Dahlia berubah. Dia mengetip bibir. Lantas nombor dipanggil.

“Apa ini ayah? Sampai hati ayah buat Lia macam ini. Lia tak kenal pun dia.” sembur Dahlia sebaik mendapat sambutan dari hujung talian.

“Dahlia tak sedia nak tempoh semua ini. Sampai hati ayah. Kenapa tak bincang dengan Lia” esak Dahlia. Terduduk dia. Sampai hati ayahnya buat semua ini. Tak pasal-pasal dia terjebak dalam masalah yang bukan ciptaannya.

“Lia tak kira. Lia nak jumpa ayah jugak” desak Dahlia. Geram dengan orang disebalik taliannya. Telefon dihempas atas meja. Ayah memang suka susahkan Dahlia. Jerit hati Dahlia. Selesai satu masalah masalah lain yang muncul. Dahlia mencapai kunci kereta. Ada tempat yang perlu dituju kini.



Harraz melangkah malas menuju café yang berada disebelah hotel yang didiaminya. Wajah mama dan papa sudah pun menghiasi ruang mata. Mindanya sudah berada dengan Dahlia. Gadis itu pergi dengan meninggalkan sekeping nota. Sebaik sahaja bangun tidur Dahlia sudah pun lesap. Arah tuju tidak diketahui yang dia tahu Dahlia pulang rumah.

“Assalamauikum ma, pa” sapa Harraz sebaik sahaja mengambil tempat antara kedua ibubapanya.

“Mana Dahlia?” Puan Sri Zulaika mencari kelibat menantunya itu.

“Dia dah balik. Dia cakap ada hal sikit”

“Hal apa pagi-pagi buta ini. Belum pukul 8 lagi” serang Puan Sri Zulaika. Jawapan Harraz tak memuaskan hatinya.

“Entah la ma, Harraz pun tak tahu. Pagi-pagi dia cakap ada hal”

“Takkan la tak boleh jumpa mama dan papa dulu”

“Dah la itu mama, mungkin dia ada hal yang tak boleh nak elak” sampuk Tan Sri Abbas. Harraz hanya diam. Selera nak makan pun dah kena bawa oleh Dahlia.

“Raihan, walau macam mana pun Dahlia isteri kamu ingat itu”

“Ingat pa” jawap Harraz lemah. Pagi-pagi mood dah tak ada. Mana Dahlia ini. Hilang macam itu je.



aip...bila mau habis ini cerita....heheheh...time kasih pada yang sudi bace cite aid.
tak tahu aid nak balas macam mana...^_^
maaf untuk kekurangan....
lepas ini sunyi la...aid dah start tempuh alam dengan buku...hehhehe
mesti rindu....dah la banyak cite yg aid nak kongsi dengan semua...^_^
*walaupun cite tak best tapi ttp nak jugak share.... ^__^
peace no war.....!!

4 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

hilang rindu kat dahlia n harraz dek...agar harraz terima lia sebagai isteri ngan iklas n terima lh seada nyer sape lia disisi...hope jodoh mereka biar lh hinga ke hujung nyawa...

o-ReN berkata...

masalah kritikal...tu yg lmbt tu..huhu..itu la harap jodoh antra mereka ada...:)

Tia Fatiah berkata...

drop by.... maaf lama tak menyinggah.. hehe... as usual, thumbs up for ur karya.. like it mucho2.. ^_^

o-ReN berkata...

tia: awak sudi singgah pun dah satu penghargaan tok aid...
aid akan cuba bt yg terbaik..tp aid hnya mmpu menconteng..^_^