Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

15 Disember 2012

M-Novel: Redha Syifa 1-3








ini cerita zaman tok kaduk. cerita yang mula-mula aid tulis sewaktu buat blog ini. tapi disebabkan agak tunggang langgang padam balik. rasa takut pening je. entah macam mana terbukak balik doc ini aid terpanggil nak edit. tak tahu la ada yang pernah bace ke tak..
terukan atau biarkan cerita ini bergantung...
ada siapa2 ingat tak cite ini...??
ase tak ada kot..^_^




BAB1


Dari jauh Syifa sudah tersenyum melihat kawan-kawannya yang sedang leka mengulang kaji pelajaran dibawah pokok. Port mereka bila membuat study group. Perlahan-lahan Syifa menyorok dibelakang mereka. Cuba untuk mengejutkan mereka.
“Waaaa” jerit Syifa lantang.
“Oh Sir Latif, I lap you.”
Opss patah pinggang aku...” Intan dan Anis melatah. Terkejut dengan sergahan Syifa. Syifa sudah pun ketawa. Sambil menutup mulutnya agak tidak terlalu kuat. Kelakar dengan reaksi sahabatnya. Buku ditangan terbang melayang. Tak sangka macam itu sekali mereka terkejut. Misi dia tercapai untuk membuatkan kedua-duanya terkejut.
“SYIFA!” jerit mereka serentak. Syifa sudah pun mengambil tempat disisi Intan. Buku yang dipinjam di library di keluarkan. Dia sedikit pun tidak gentar dengan suara nyaring kedua-duanya.
Sorry la geng. Aku tak boleh la kalu satu hari tu tak dapat nak kenakan korang macam hidup aku ibarat sehelai kertas yang berconteng dengan arang” ujar Syifa ketawa. Dia suka membuat perumpaan yang entah apa-apa!
“Siot je kau dengan perpatah kau tu. Menyampah aku” Intan sudah pun menarik muncung sedepa. Kalau kira dengan pembaris rasa-rasa panjang muncung Intan lagi. Syifa ketawa. Teman-temannya adalah keluarganya.
Rilex la Tan, macam tak biasa” pujuk Syifa di melaga-laga bahunya dengan Intan. Cara yang mujarab untuk pujuk Intan. Dia tahu rajuk Intan tak lama. Cik Intan ini mana boleh rajuk dengan Syifa lama-lama. Nanti dia yang bosan.
“Apa tan-tan kau aku ingt berat ke? Sampai nak kena guna tan-tan bagai...” protes Intan. Suka betul Syifa meng-short namanya.
“Memang kau berat dengan ka...”
“Kau memang” potong Intan sebelum sempat Syifa habis berkata-kata. Intan menarik muka. Geram! Sampai hati Syifa cakap macam itu. Dia dah la jenis sensetif sikit. Huhu. Sedih la pulak.
“Weh aku tak habis cakap lagi la. Kau tu berat dengan kasih sayang. Melimpah luah sampai kena guna unit Tan” sambung Syifa dengan senyuman. Dia dapat melihat wajah Intan yang cuba tersenyum. Tapi dikawal oleh Intan supaya tidak dilihat oleh Syifa.
Melihat tiada reaksi Intan. Syifa melaga-laga bahunya sekali lagi.
“Eleh majuk konon. Meh cik Syifa yang comel lote ini pujuk hambo” Intan keluarkan slang Kelantan tak jadinya. Dia ketawa riang.
“Weh sudah la tu naik meluat aku tengok korang dua ni” pintas Anis. Dia cuba menyembunyikan senyuman. Intan memang manja. Nak-nak bila dengan Syifa. Manja dia kemain. Si Syifa pulak suka menyakat dan pujuk. Mereka tak pernah ambil hati dengan Syifa. Malah perkara yang satu ini amat mereka senangi.
“Ops… sorry cik Anis, saya tahu anda pun teringin nak kena peluk dengan saya kan. Meh sini la sayang-sayang, bucuk-bucuk biar adik Syifa peluk ni. Mari-mari jangan segan” Syifa sudah pun mendepakan tangannya untuk memeluk Anis. Lagak seperti ingin memeluk patung beruang yang besar.
“Tak payah-tak payah” Anis cuba menapis pelukan Syifa. Dia tak suka kena peluk. Dia rimas!
“Meh la sayang jangan la lari” sakat Syifa. Pasti sakit badannya kena picit dengan Syifa. Syifa ni bukan boleh caya sangat.
“SYIFA!” jerit Anis geram. Akhirnya tercetus satu tawa antara meraka bertiga.
“Kau pergi mana beb....?” buku Eko ditangan dibelek-belek oleh Intan. Cuba mencari bacaan yang hilang apabila buku itu terpelanting disergah Syifa.
“Kau rasa?” duga Syifa. Dia mengangkat kening.
“Zahir kacau kau lagi” tembak Intan.
“Ya Allah Ya Tuhan-Ku aku bersyukur ke atas mu kerana memberikan sahabat-sahabat ku ini kebijaksaan. Amin.” Syifa meraup wajahnya. Mengaminkan doanya tadi. Intan dan Anis hanya tersenyum.
“Kau pakai saka ke Syifa? Sampai semua lelaki duk tergila-gila kan kau?”
“Siot tol la mulut kau ni Nis. Tak main la saka-saka ni aku hanya pakai ilmu yang di dada. Dia mendabik dadanya gaya ala-ala bangga.
“Lagi satu, bukan semua lelaki yang duk kejar aku. Kalau semua dah lama Abg Ros kejar dekat aku” bidas Syifa
“Weh asal la pakwe aku masuk dalam topik ni?” protes Intan. Dia yang leka mengadap telefon berpaling. Abang Ros gelaran Syifa untuk Roslan. Habit suka ubah nama orang bagi la dekat Syifa.
“Aku bagi contoh je lah Tan. Yelah Anis ni cakap semua laki duk kejar aku. Kalau semua kejar aku dah lama aku jadi olahragawati masuk olimpik. Hari-hari berlatih lumba lari” seloroh Syifa.


“Syifa!” jerit satu suara. Intan berpaling. Satu senyuman dihadiahkan kepada Zahir. Dia dah boleh agak dah siapa yang panggilnya. Tiap-tiap hari namanya pasti akan bergema di kolej. Kalau tak Sir Amin kerana kelewatan menghantar assigement. Selain itu dua sahabat baiknya Intan dan Anis. Tidak lupa jugak mamat seekor ni, Zahir. Zahir berlari-lari anak ke arah tiga sekawan. Intan dan Anis buat muka bosan.
“Mamat ni lagi” rungut Intan.
“Ye Encik Zahir apa yang boleh saya bantu” soal Syifa lembut. Dalam hati dah menyumpah. Hahaha.
“Aduh Syifa bila kau panggil nama dengan suara tu naik lemah lutut aku.” Zahir tersenyum gedik. Ingat perempuan sahaja pandai gedik, lelaki pun pandai. Gedik lelaki ini lagi dahsyat. Sampai semua rambut ditubuh berdiri tegak.
Anis dan Intan mencebik. Siapa tak kenal Zahir buaya sungai tak bertauliah.
“Kau jangan la buat muka camtu. Aku tahu la kau orang jealous dengan Syifa sebab aku cinta kan dia.” bangga Zahir. Aduh mamat ini memang spoil mood betul la.
Eeee… Tolong sikit kau ingat aku kebuluran dengar kau punya ayat cinta kau tu. Dari aku dengar ayat cinta kau baik aku dengar ceramah agama. Ada je faedah. Pahala dapat, ilmu pun dapat” bidas Anis dengan muka meluat. Tak suka dengan perangai Zahir berlagak hebat+hensem+macho=mocha. Hahahaha. Bukan semua orang suka dengan wajah yang kacak okey!
“Betul tu Anis. Kalau la aku diberi pilihan suruh pilih lelaki depan aku ni aku lebih rela jadi andartu la. Tak kuasa aku. Perasaan lebih” ujar Intan menyampah. Dia tidak ketinggalan meluahkan rasa yang terbuku dihatinya. Gedik!
“Sayang tengok kawan you ni sampai hati sakitkan hati bee awak ni” rengek Zahir macam budak kecik. Siapa buat muka buaya tak siap lagi. Bee? Eeeee geli aku. Desis Syifa. Nanti kau ye. Senyuman jahat muncul dibibir Syifa. Anis dan Intan yang sedar akan itu sudah pun senyum mengejek. Nanti la kau Zahir kata hati mereka.
“Intan, Anis lari! Ada lebah mengila kejar kita” Syifa sudah pun mengatur langkah seribu sambil menarik tangan kedua sahabatnya itu dan meninggalkan Zahir yang tercengang dengan tindakan Syifa.
Zahir tersenyum. Syifa…Syifa susah betul la nak pikat kau kan. Nasib baik la aku sayang kau. Kalau tak dah lama kau kena dengan aku. Perlahan-lahan Zahir meninggalkan kawasan kejadian. Gelak tawa dari pelajar sekeliling tidak dihiraukan. Semuanya hanya kerana Syifa. Tiada istilah malu bila berkaitan gadis itu.


Kelopak mata yang dirasa amat berat perlahan-lahan digagahkan untuk dibuka. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.
Dia memandang sekeliling. Sah dia berada di rumah atau lebih tepat lagi rumah Intan. Kepala yang tadi berdenyut sudah kurang. Dia bersandar di kepala katil. Dia risau perkara ini makin serius. Dia tahu masa yang ada mungkin akan menjadi singkatan. Hanya DIA yang tahu. Syifa memejamkan matanya. Mencari kekuatan.


BAB2

“Assalamuaikum” suara memberi salam dari luar untuk memehentikan perkerjaan Intan yang sedang masak bubur untuk Syifa. Sejak kebelakangan ni Syifa sering tidak sihat. Kesihatan gadis itu membuatkan Intan rasa tidak enak. Syifa boleh sakit tanpa amaran.
“Oh Abang Lan, Abang Nabil masuk la” jemput Intan sebaik sahaja melihat tetamunya.
“Ini hah datang melawat orang sakit. Ada orang tu tak senang duduk bila dengan ada orang tu sakit” Roslan menjeling ke arah Nabil yang berada disebelahnya. Lelaki itu tampak tenang.
“Eh sorry sikit kebetulan lalu sini. So singgah la. Ala kau itu yang nak jumpa awek cakap je la. Aku pulak yang kena” bela Nabil. Tak kan la nak cakap terang. Siapa tak kenal Nabil senior yang baling famous di kolej, yang hebat dari semua segi. Terkenal dengan sikap dingin terhadap wanita boleh tunduk dengan Syifa. Kerana itu la musuh yang sedia ada di kolej menjadi semakin bertambah-tambah dari sehari ke sehari.
“Eh masuk la. Ini hah, Intan tengah masak bubur untuk Syifa. Jemput la buat macam rumah sendiri. Intan nak ke dapur kejap. Kejap lagi Anis balik” Intan sudah pun melangkah untuk meninggalkan tetamunya itu diruang tamu. Nanti tak pasal bubur hangit.

Nabil meletakkan bakul yang berisi dengan buah-buahan di atas meja yang berada diruang tamu. Dia meninjau keadaan sekeliling. Ruang tamu itu penuh dengan potret Intan, Anis dan Syifa. Dia tersenyum ini la kali pertama dia datang ke rumah Intan dan Syifa. Sebelum ini hanya menunggu Roslan berdating dihalaman luar. Menurut Roslan rumah ini rumah kepunyaan keluarga Intan tapi tak ada orang duduk. Kebetulan rumah ini berhampiran dengan kolej mereka, itu yang menyebakan tiga sekawan duduk disini.
“Jemput la minum Abang Lan, abang Nabil. Ini je yang ada” suara Intan dari dapur menghentikan pergerakan Nabil. Frame ditangan diletakkan kembali diatas almari televisyen.
“Buat susah Intan je” bahas Roslan. Mereka bertukar senyum. Terubat rindu tidak berjumpa seharian dikolej.
“Intan, macam mana Syifa boleh sakit?” soalan Nabil membuatkan Intan tersentak. Dia termalu seketika bila terlalu leka membuat isyarat mata dengan Roslan. ‘Ish Nabil ni kacau aku betul la tak boleh nak tengok aku senang sikit’ desis Roslan.
“Entah la bang, tadi tengah okey je kita orang borak-borak dia pengsan. Ini tengah tunggu Anis balik dari beli ubat” celoteh Intan.
“Kenapa tak bawak pergi hospital terus?” soal Roslan hairan. Nabil mengangguk. Setuju dengan Roslan.
“Kalau la Syifa tahu kami bawa dia dekat hospital nanti dia mengamuk. Hari tu waktu dia demam kami nak hantar hospital dia boleh melompat keluar kereta lari balik rumah. Sebab tak nak pergi hospital. Lepas tu boleh pulak dia buat mogok dengan kami” cerita Intan.
Sesekali dia mengeluh. Memang sukar nak bawa Syifa ke hospital mahu pun klinik. Pernah seketika Syifa pengsan, mereka membawa Syifa ke hospital. Sebaik sahaja sedar dia terus pulang. Tanpa mengetahui keputusan pemeriksaan. Nabil dan Roslan yang mendengar cerita Intan tercenggang.
“Macam tu sekali” ujar Roslan tak percaya.
“Dia ada fobia dengan hospital ke?” Nabil yang medengar hanya tersenyum. Dia akan buat apa yang dia rasa betul. Sikap gila-gila Syifa membuatkan Nabil semakin sedikit sebanyak terhibur.


“Apa bising-bising ni?” satu suara datang dari arah tangga. Ketiga-tiga mereka menoleh. Kelihatan Syifa yang sedang mengatur langkah turut. Dibibirnya terukir satu senyuman. Bibirnya pucat. Tanda yang dia tidak sihat.
“Eh ada kenduri ke? Kenapa aku tak tahu pun” soal Syifa.
“Orang sakit dah sihat?” soal Nabil serius.
“Kat rumah kita ada ke nama orang sakit” Syifa tersengih. Nabil mengigit bibir. Geram dengan sikap Syifa yang suka loyar buruk. Orang punya la risaukan dia, dia boleh main-main.
“Ish kau ni sakit-sakit lagi pun masih nak loyar buruk” marah Intan. Kesian tengok muka bengang Nabil.
“Ala bukan sakit nak mati pun” bidas Syifa. Dia mengambil tempat disebelah Intan.
“Ini asal ada Abang Bunga dan Abang Bill ni mai? Setahu Syifa tak ada pulak Syifa tertinggal bil-bil air dan elektik ni. Lagi-lagi bunga, Syifa ini memang pantang kalau beli bunga ni membazir” lalut Syifa dia memandang ke arah lelaki dihadapannya itu.
“Kami datang melawat orang sakit. Tak tahu pulak orang sakit dah sihat. Bukan main lagi dia duk meloyar buruk” sinis Nabil. Geram dengan Syifa yang memainkan namanya. Punya bersusah payah Papa dan Mama memberi namanya senang-senang je dipermainkan oleh gadis dihadapannya. Ada jugak yang kena makan cium ini.
“Intan kau deman eh. Meh sini aku rasa suhu badan kau” Syifa meletakkan tangannya diatas dahi Intan. Mukanya berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu. Terpinga-pinga Intan dperlakukan seperti itu. Nabil mendengus. Tiba-tiba Syifa mengaduh. Dia mengosok-gosok telinganya. Sakit! Akibat ditarik. Dia memandang kanan, kelihatan Anis sedang mencekak pingang.
“Aduh nenek, sakit la nenek. Ampun-ampun cu tak buat lagi” rayu Syifa.
“Kau ni kan Syifa, suka betul la buat loyar buruk. Orang semua risaukan kau. Selalu sangat tak sihat bila ajak pi hospital mogok lapar tiga hari. Bila ajak pi klinik mogok lapar tiga jam. Apa nak jadi la kau ni Syifa” bebel Anis dia sudah melepaskkan telinga Syifa. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. Roslan dan Nabil hanya tersenyum melihat telatah mereka. Riuh petang tersebut dengan gelak tawa mereka.



Bab 3
Nabil meraup muka. Dia memandang Syifa yang masih berada di atas katil. Selimut yang menjadi alas tubuh gadis itu. Gadis? Dia bukan gadis yang suci lagi. Gadis yang telah dirosakkan sendiri. Gadis yang amat dicintainya. Untuk mendapatkan cinta gadis itu bukan la dengan cara kotor tersebut. Bukan. Dia bukan begitu. Biar pun ditolak berkali untuk melakukan perkara terkutuk itu tidak sama sekali,
“Saya...” dia kematian kata-kata. Tak sangup untuk menatap mata yang hening tersebut.
“Maaf Syifa, saya tak tahu macam mana kita boleh ada dekat sini. Saya tak tahu” terang Nabil. Berharap yang Syifa mengerti. Ya Allah apa yang aku dah buat ini.
Syifa memandang tajam Nabil. Tak tahu reaksi apa yang perlu ditonjolkan kala ini. Marah? Sedih? Kecewa? Semua dah siap digaul menjadi satu. Badannya mengigil. Sabar la wahai hati. Ya allah dugaan apakah ini?
Syifa bangkit dari duduknya. Sampai bila mereka perlu duduk dalam keadaan macam ini. Wajah Nabil sudah pun menunjukkan kekecewaan. Apatah lagi dia. Seorang perempuan yang sudah tiada harga lagi.
Dia mengutip semua baju yang berada dilantai sebelum masuk ke dalam bilik air.
Air shower menbaling tajam di mukanya. Perlahan-lahan titisan air mata keluar dari tubir matanya. Aku kah yang bersalah? Di saat masa aku suntuk dimuka bumi mu kenapa engkau masih menduga ku dengan dosa ini?



Syifa yang sudah lengkap berpakaian keluar dari bilik mandi. Dia nak balik nak rehat. Tangannya memulas tombol pintu.
“Syifa, Nabil minta maaf. Saya...” pegangan tangan Nabil dilongarkan.
“Jangan tambahkan dosa yang memang dah banyak. Direntap pelahan tangan yang dipegang Nabil. Nabil terkedu. Dia terduduk. Air mata lelakinya turut. Dia yang bersalah. Dia!
Melihat reaksi Nabil, Syifa pantas keluar dari bilik yang menjadi salah satu kisah hitamnya.



Syifa meluru laju ke atas katil. Badan direbahkan. Dia penat. Penat untuk laluan semua ini.
“Syifa kau okey?” wajah Anis terpancul di muka pintu. Syifa hanya membiarkan Anis. Sahabatnya pasti risau kerana dia tidak pulang semalam.
“Okey” ujarnya lemah.
“Syifa, tak kira apa masalah kau. Aku ada. Jangan nak pendam semua masalah. Aku dan Intan selalu ada untuk kau”
“Nis, lapar” rengek Syifa. Malas nak panjangkan cerita. Dia tak akan bebankan sahabat dia tentang masalah yang dialami. Tidak sama sekali.
“Syifa aku maksudkan apa yang aku cakap tadi. Aku serius” marah Anis. Orang punya la risaukan dia, dia boleh buat tak tahu. Syifa ni…
“Ya Anis, aku tahu dan aku paham. Tapi serius. Aku okey dah hampir dua tahun kita kenal. Takkan kau tak paham aku. Aku tak pernah ada masalah”
“Sebab kau tak pernah ada masalah aku risau. Orang yang tiada masalah la yang punya masalah paling besar” berubah muka Syifa. Anis kau memang tak pernah nak putus asa. Satu senyuman mengayut dibibir comel Syifa. Tangan Anis diraih.
“Anis Ayuni, aku okey. Tiada masalah. Kalau aku ada masalah nanti aku cari kau. Promise” janji Syifa. Melihat wajah Syifa yang ceria membuatkan Anis mengangguk.
So, cerita kat aku kau pergi mana semalam. Dah la henset tinggal. Bising aku kena jawab soalan Intan, mak tiri kau” Syifa cuba mengawal wajah. Mukanya muram.
“Aku...aku…” Berkerut Anis. Dia sudah rasa tidak enak.
“Cakap la aku ada ni” dia cuba menyalurkan kekuatan kepada Syifa.
“Semalam...”
“Syifa jangan buat aku cuak”
“Semalam aku kena kejar dengan anjing Ah Beng. Disebabkan kemalasan aku nah hadap binatang itu. Aku lepak dekat library sampai pagi” Syifa ketawa. Lucu tengok muka gelabah Anis. Itu baru buat saspen sikit. Belum cerita hal sebenar mahu meraung budak ini.
“Kau ini main-main tahu tak” Anis sudah pun mencubit Syifa sebelum keluar dari bilik Syifa. Bengang! Syifa hanya mengeleng.
Thanks Anis” ujarnya perlahan.


Syifa mengeluh lemah. Cermin mata dalam beg dikeluarkan. Mata pun dah semakin kabur. Masih teriyang-iyang suara Anis dan intan yang memekak menanyakan sebab dia memakai cermin mata. Budak dua itu memang pelik orang pakai cermin mata sebab rabun. Nak cakap tak cerdik dah lepas pun masuk universiti.
“Setahu aku mata kau la yang paling power. Benda sebesar kuman pun kau boleh nampak. Tiba-tiba je. Mana la aku tak hairan.”
“Sejak bila kau rabun ni” Dia hanya mampu tersenyum. Malas nak panjang cerita.
“Syifa ada nampak Nabil tak” tersentak Syifa. Intan yang muncul tiba-tiba dari arah depan. Dia membelek buku yang ada di atas meja.
“Entah. Bila masa pulak aku ni jadi Babysitter dia.” Genap seminggu lelaki itu hilang. Dia malas nak ambik tahu. Biarlah dia dengan hal dia.
“Agak-agak mana dia pergi erk?” Syifa hanya menjungkitkan bahu. Tak tahu dan tak nak tahu! Dia nak teruskan hidup macam biasa.





perlukan pendapat...
maaf segala kekurangan....




6 ulasan:

hanna aleeya berkata...

wuhuuu.. sambung sambung.

Sekali baca hanna dah tangkap cintan ni

o-ReN berkata...

Hanna aleeya: terlalu bnyk kurang..itu yang agak risau itu...
^_^
thkz sudi bace...

norihan mohd yusof berkata...

best sedeh n nk lg dek....

o-ReN berkata...

norihan: in shaa allah kak...akk aid cuba...
terima kasih sudi bace...:)

Tanpa Nama berkata...

salam aid...hihi kak fika mai lagi.... nak..nak lagi kisah syifa dan nabil huhu tak sabo nak tahu kenapa nabil buat macam tu kar syifa..syifa sakit ke aid...adeiii cian dia sambung lagi kak fika selalu kat belakang kamu aid....

o-ReN berkata...

kak fika: thakz kak...in sha allah akan ku sambung...^_^