Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

Followers

31 Disember 2012

E-Cerpen: Seindah Kenangan Kita~END~






Part7
                            Naqib mengengam erat tangan Lisa. Doctor yang merawat Lisa memintanya berdoa. Sudah hampir tiga bulan Lisa terlantar disitu. . Puan Hasimah dan Tuan Hahsim sudah pulang. Jam didinding menunjukkan pukul 8 malam. Sejak malam yang lalu dia yang menjadi peneman setia disisi Lisa. Wajah Lisa yang tenang ditatap. Rindu nak dengan dia bercerita dan gelak tawa. Rindu nak gaduh dengan dia. Munirah gadis yang menikam Lisa. Gadis itu kemalangan sewaktu melarikan diri selepas cubaan membunuh Lisa. Munirah berdendam dengan dirinya kerana dia menolak cinta dari kakaknya , Mastura. Dia sendiri tak sangka walaupun dia dan Mastura tiada apa-apa hubungan tapi mereka masih kawan baik. Salah faham yang muncul membuatkan semua berantakan.

                            “Al sayang Ad tak?” suara Ad bergema. Lantas Lisa membuka matanya. Melihat sekeliling. Aku dekat mana ini? Disebelahnya kelihatan Naqib. Dia membaringkan kepalanya diatas katil Lisa. Dia buat apa dekat sini? Desis Lisa. Teragak-agak Lisa mengejutkan Naqib. Melihat wajah lena Naqib dia tak sampai hati. Fikirannya teringatkan AD. Lisa bingkas bangun. Wayar ditangan ditarik perlahan. Sebelum meninggalkan perkarangan hospital.

                           

                            Naqib terjaga dari lena. Dia mengeliat membetulkan sendi-sendi yang lenguh akibat dari tidur membongkok. Naqib tersentak apabila melihat Lisa tiada di katil.
                            “Lisa?” panggil Naqib. Dia sudah pun bangkit mencari Lisa di sekitar wad. Mana tahu Lisa dah sedar dan menuju ke toilet. Hati Naqib diburu resah. Lisa tiada di bilik air.
                            “Doctor!” jerit Naqib sebaik sahaja memastikan Lisa sudah hilang.


                            Pagi itu gempar apabila pesakit yang dalam keadaan koma hilang tanpa dikesan. Seisi hospital dalam keadaan kelam-kabut, begitu juga dengan kedua buah keluarga yang terlibat. Luqman Aiman, abang Lisa dan Lili Adriana, kakak Lisa turun ke Vila Merlin sebaik sahaja mendapat berita kehilangan adik kesayangan mereka.
                            “Macam mana boleh hilang?” soal Encik Nawawi. Mereka berkumpul di ruang tamu milik Encik Nawawi. Puan Hashimah yang sedang menangis ditenangkan oleh Puan Noraini. Naqib sudah terduduk lesu, bagai orang gila.
                            “Ini semua salah saya pakcik. Kalau la saya tak tidur malam itu pasti Lisa tak hilang.” Naqib meraup wajahnya. Kesal dengan apa yang terjadi. Tuan Hashim memandang wajah kusut Naqib. Anak itu sudah seperti orang kurang siuman.
                            “Dah la itu adam benda dah jadi pun. Tak guna nak salahkan diri sendiri” Tuan Hashim menepuk perlahan bahu anak muda itu. Sekarang kita hanya berdoa yang Lisa tak apa-apa” sambung tuan Hashim. Dia sebagai ayah turut merasa sedih. Tambahan, Lisa adalah anak kesayangannya.
                            “Achik agak Lisa dekat mana?” Nafiz menyoal. Naqib yang rapat dengan Lisa. Mana tahu sebaik sahaja Lisa sedar dia pergi tempat yang biasa dia pergi. Setahunya Naqib yang banyak menghabiskan masa dengan Lisa.
                            “Entah la angah, Achik dah cari dekat semua tempat yang selalu kami pergi tapi tak ada. Zero. Achik dah tak tahu nak cari dekat mana. Achik dah buntu.” Luah Naqib. Dia betul merasakan dia seorang yang cuai dan tak bertanggungjawab.
                            “Sabar la. Kalau betul Lisa dah sedar dia tak kan pergi jauh” pujuk Luqman. Meredakan rasa yang kurang enak di hati Naqib. Pada mulanya dia sendiri mengamuk bila Lisa hilang dibawah jagaan Naqib. Melihat keadaan Naqib yang tak tentu arah membuatkan dia yakin Naqib tak bersalah. Wajah yang berada disitu ditatap.
                            “Lisa mana kamu?” desis Luqman.
                            “Apa bising-bising ini? Orang nak tidur pun tak senang. Ada mesyuarat UMNO ke?” tegur satu suara dari arah tangga. Pemilik suara itu masih mamai dengan mengosok-gosok matanya dan disebelah tanganya terdapat tadi bear kecil.
                            “LISA!” serentak dengan itu semua menjerit.


                            Pang! “Abang” jerit puan Hashimah. Terkejut dengan tindakan suaminya. Lisa mengusap pipi. Perit akibat ditampar dengan mengejut. Mereka yang melihat turut terkejut.
                            “Kenapa ini papa? Ada nyamuk ke?” soal Lisa blur. Tak pasal pipi kena tampar. Kurang ajar punya nyamuk. Aduh!
                            Dalam sekelip mata tubuh Lisa berada dalam dakapan Tuan Hashim. Antara ketiga anaknya, Lisa la paling manja dan rapat dengannya. Bukan dia pilih kasih tapi hati memang dah termaktub untuk anak bongsu itu.

                            “Macam mana kamu boleh sampai sini” luah Encik Nawawi. Ahli keluarga yang lain memandang ke arahnya dengan soalan yang sama.
                            “Mmm bangun je dari tidur Lisa rasa nak balik rumah. Jadi Lisa balik la” selamba Lisa.
                            “Kamu tahu tak kamu dekat mana masa itu?” luqman menyoal. Rasa-rasa dia dah boleh agak jawapan adiknya.
                            “Tak tahu la pulak. Tapi masa Lisa naik teksi Lisa terpandang sesuatu. Mmm apa ya. Hah Hospital” jerit Lisa kecil. Dia menepuk tangan kerana berjaya meneka. ‘dah agak dah’ getus Luqman. Dia bersandar. Lisa…Lisa… Lisa… memang blur. Macam mana la dia tak kena buli kalau dekat rumah. Dengan anak buah sendiri pun kena buli.
                            “Kenapa tak kejutkan aku?” Naqib yang hanya diam akhirnya bersuara. Sofa yang dia duduki kini seperti bahang gunung berapi. Nak je dia meluru peluk Lisa. Cemburu pulak tengok Tuan Hashim memeluk Lisa. Aish ini tak boleh jadi ini.
                            “Tak sampai hati nak kejuk Achik. Lena sangat tidur sambil hisap jari” selamba ketawa. Jawapan dari Lisa membuatkan semua ketawa. Ceh buat malu aku je la Lisa ini. Omel hati Naqib.
                            “Adik ingat tak apa yang belaku?” soal Lili tiba-tiba. Dia terpaksa mengambil flight dari Sabah untuk ke Kuala Lumpur untuk ke Melaka apabila mendapat berita kehilangan Lisa. Fendi suaminya tidak ikut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di Tawau. Anak-anak ditinggalkan dengan mak mentua kerana perlu ke sekolah.
                            Lisa mengimbas kembali apa yang berlaku. Petang yang hening, tunggu Naqib dekat kereta. Ada perempuan datang.
                            “Hah baru Lisa ingat kalau tak silap ada perempuan datang dekat Lisa lepas itu…mmm… ada darah. Itu je yang Lisa ingat” luah Lisa. Malas rasanya nak ingat balik. Benda dah berlaku tak perlu dikenang. Tapi rasanya perempuan it ada pisau. Ya pisau! Lisa meraba perutnya.
                            “Tapikan papa, Lisa rasa macam ada orang tikam Lisa la” sambung Lisa. Sebelum dia tak sedar diri dia rasa ada darah yang mengalir.
                            Encik Nawawi tersenyum nipis. Betul la kata sahabatnya ,anak itu seorang yang lambat pick up. Hai, macam ini budak pun ada jugak.

                            Kenduri doa selamat yang dijalankan di vila merlin baru selesai. Puan Noraini yang bersungguh katanya kenduri selamat untuk Lisa kerana sudah sihat. Kebetulan semua ada maka majlis ini berjalan lancar.
                            “Buat susah-susah Nor je” Puan Hashimah bersyukur kerana sahabatnya itu sanggup bersusah untuk perkara yang besar ini. Persahabatan mereka masih kuat walaupun terpisah bertahun-tahun.
                            “Tak ada lah Nor dah anggap Lisa macam anak Nor sendiri”. Puan Noraini memeluk tubuh sahabatnya itu. Hampir sepuluh tahun mereka terpisah dek masa dan benua tidak mampu untuk memutuskan persahabatan antara mereka. Pertemuan semula di Kota metropolitan memgeratkan kembali persahabatan dengan satu rancangan. Rancangan yang mungkin ditunggu-tunggu oleh kenangan antara ahli keluarga mereka.
                            “Nor mintak maaf la mah. Kami tak tak dapat nak jaga Lisa dengan elok sehingga Lisa sakit.” Luah Puan Noraini kesal. Perkara yang terjadi pada Lisa membuatkan dia dibuai rasa bersalah kerana tidak mampu menjaga amanat yang diberi.
                            “Bukan salah Nor pun. Benda nak jadi kita siapa nak halang. Lagipun semua dah selamat” ujar Puan Hashimah. Buat apa nak saling tuduh menuduh kerana perkara tersebut adalah salah satu ujian-Nya untuk hamba-hamba yang kerdil seperti mereka.
                            “Apa yang dibualkan? Macam serius sahaja” sapa Tuan Hashim seiringin dengan Encik Nawawi. Mereka mengambil tempat di sebelah pemaisuri masing-masing. Rasanya banyak benda yang perlu dibincangkan.


                            Lisa berdiri dihadapan kolam renang. Angin yang tanpa segan silu menyapa batang tubuhnya memberi dia sedikit ketenangan. Tiba-tiba tubuhnya terasa berat. Terasa ada benda berat meyapa belakangnya. Jantungnya berdegup kuat. terasa darah ditubuhnya mengelegak akibat terkejut.
                            “Lain kali jangan buat macam itu. Aku takut” halus suara Naqib menyapa telinganya. Dia menarik nafas. Budak ini memang nak kena hempuk sesuka hati je sandar dekat belakang aku. Lisa pusing dan menolak tubuh Naqib jauh darinya. Ada rasa pelik bila lelaki itu dekat dengan dia. dia hanya diam. Sejak kes pasal dirinya selesai sehingga majlis selesai rasanya ini la kali pertama mereka bercakap. Lelaki itu seolah-olah menjauhkan diri.
                            Naqib menarik nafas. Sedar akan kesilapannya. Dia mengaru kepala yang tidak gatal.
                            “Sorry” hanya perkataan itu yang mampu keluar dari mulut Naqib. Dia cuba menahan rasa. Semua menjadi satu. Dan rasa itu bertambah bila mengetahui orang yang dicari berada didepan mata. Lisa yang memakai bahu kurung cotton dan rambut yang diikat sengit membuatkan Lisa kelihatan sedikit kebudak-budakkan. Walaupun secara keseluruhan perangai pun lebih kurang je.
                            “Mmm tak boleh nak sentuh…” Lisa diam. “Kalau nak sentuh kena jadi yang halal dulu. Lepas itu nak buat apa pun boleh” sambung Lisa sebelum berlalu meninggalkan Naqib. Dia malu+segan. Ya dia tahu hati dah kena cilok oleh lelaki yang bernama Naqib Adam. Bulat mata Naqib mendengar. Sebelum tersenyuman.
                            “Lisa!” jerit Naqib. Lisa berhenti. Dia berpaling.
                            “Lain kali kalau nak pergi mana-mana bagi tahu aku dulu”
                            “Kenapa pulak?”
                            “Senang kalau jadi apa-apa tak payah la nak report polis.”
                            “Perli nampak” Lisa kembali mengatur langkah. Amboi sempat lagi nak perli aku. aku mana la tahu kes dulu sampai melibatkan polis. Dah rasa nak balik, so balik je la. Naqib mengeleng melihat bayang Lisa. Lisa Lisa Lisa. Tanpa mereka sedari ada beberapa pasang mata yang melihat dengan satu kemenangan.
                            “Welcome to the club“jerit Encik Nawawi dan Encik Hashim sambil berpelukkan.


                            Lisa memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta. Hari ini dia akan pulang ke tempat asal. Semua penghuni Merlin sudah pun berkumpul di hadapannya. Satu persatu disalami. Tanda ukhwah.
                            “Mak mana Achik?” soal Lisa sebaik terasa ada kurang dikalangan mereka.
                            “Entah la mak pun tak tahu. Cuba la Lisa cari dia. Ish Achik ini masa ini la dia nak hilang” bebel Puan Noraini. Memang dia sedari anaknya yang sorang itu lesap dari pagi tadi. Mungkin sedih kot. Tak sampai hati nak kena tinggal.
                            “Tak pe la Lisa cari Achik kejap. Tak best la pulak kalau balik tak jumpa dia”
                            “Nak angah teman?”
                            “Tak pelah. Lisa cari sendiri.lagipun dah biasa. Siap dia. nanti Lisa nak tarik telinga dia. Masa ini la dia tak ada” giliran Lisa membebel. Dia melangkah meninggalkan penghimpunan keluarga tersebut.
                            “Yelah rumah kita rumah dia jugak” usik Shahrul. Dia mengadu apabila Siti Nabila mencubit pipinya.


                            Lisa mencari kelibat Naqib ditaman. Kata mak tadi mungkin Naqib ada dekat taman. Bahu Lisa ditepuk pelahan. Melompat Lisa akibat terkejut. Terkebil-kebil melihat objek dihadapannya.
                            “Gila comel!” jerit Lisa sambil memeluk bear besar dihadapannya.
                            “Ehem” bunyi orang berdehem melepaskan pelukan Lisa. Bear boleh bercakap?
                            “Magic ini. macam mana patung boleh bercakap? Kena rasuk dengan hantu chucky ke?” serentak dengan itu kepala patung tercabut. Muncul kepala Naqib. La moskot rupanya. Lisa kehilangan kata-kata.
                            Naqib menghulurkan kotak kearah Lisa. Lisa hanya diam. Kotak tersebut beralih tangan. Naqib melutut. Lisa pelik. Perlahan-lahan kotak tersebut dibuka.
                            “AD” jerit Lisa.
                            “Macam mana AD ada dekat sini?” soal Lisa. Hairan pun ada. Rasanya elok dah dia simpan AD dalam beg. Ini sejak bila AD ada laki ini?
                            “Aku kidnapped. Hehehe. Walau macam mana pun AD ini kena la setia dengan tuannya.” Balas Naqib penuh makna. Dia tahu si blur Lisa ini tak paham.
                            “Nah ambik bear ini. Kalau nak nangis peluk dia. Tapi jangan nangis selalu nanti bear ini comot. Bila dah tak nangis lagi nanti pulangkan bear ini dekat Ad tahu. Nama bear ini AD” Naqib mengulangi kata-kata yang pernah diucapkan 17 tahun lalu. Dia tersenyum. Lisa tersentak mendengar bait-bait kata dari Naqib. Lisa binggung.
                            “Ad” bisik Lisa perlahan. Tapi mampu didengari oleh Naqib.
                            “Ya. Naqib Adam, Ad” kata Naqib yakin. Tanpa meminta izin dari Lisa air matanya berlari keluar. Orang yang dinanti-nanti sekarang sudah berada dihadapan mata. Apa nak buat ini?
                            “Al, Ad sunyi tanpa al. hari-hari Ad tunggu Al. Al dah ambik separuh jiwa Ad. Kali ini ada nak bagi seluruh jiwa Ad. Al nak jadi isteri Ad tak?”
                            “Achik tengah melamar Lisa ke?” soal Lisa binggung. Naqib sudah menepuk dahi. Ya Allah masa ini pulak. Kedengaran tawa dari arah belakang. Seluruh keluarga sudah pun berada disitu. Menyaksikan gelagat mereka.
                            “Hai Lisa hari itu bising dengan akak nak kahwin dengan tuan AD. Ini tuan AD dah ada depan-depan ini. Apa lagi. Kahwin la.”usik Lili.


                            “Nanti kalau Lisa nak kahwin Lisan nak kahwin dengan siapa?” soal Lili. Dia yang leka menyusun hantaran untuk majlis persandingan miliknya yang akan berlangsung esok.
                            “Mmm. Lisa nak kahwin dengan Tuan AD” kata Lisa selamba. AD ditangan dipeluk.
                            “Ada ke tuan AD lagi. Entah-entah dah kahwin” ragu dengan kata-kata Lisa seperti budak-budak.
                            “Lisa yakin satu hari nanti akan jumpa dia” semangat Lisa.
                            “Kalau dia dah kahwin?” duga Lili.
                            “Dia tak kahwin lagi . Dia tunggu Lisa. Hehehe” kata Lisa selamba.
                            “Yelah itu kalau bertekak dengan Lisa dia aja yang memang” Lisa hanya ketawa.


                            “Mana cincin?” suara Lisa memecah lamunan lili satu ketika dulu.
                            “Kalau orang lain lamar guna cincin Ad nak lamar guna bear. Baru la romantic sikit” ujar Naqib. Lisa terdiam seribu bahasa. Kalau cakap terima malu pulak. Dah la orang ramai tengok. Kalau cakap tak aku yang rugi. Susah-susah.
                            “Terima tak ini kak Lisa?” laung Shahrul. Dia yang pulak yang tak sabar menunggu jawapan Lisa. Tak pernah dia tengok orang melamar secara live. Teruja kot.
                            “Diam tanda setuju” sakat Luqman. Akhirnya adiknya kahwin jugak.
                            “Ya saya terima” giliran Nafiz menyakat. Masing-masing dah ambik bahagian.
                            “Al tak terima” jawab Lisa lantang. Mereka yang mendengar terkedu. Kenapa pulak? Bukan itu impian Lisa ke? Naqib yang mendengar jawapan dari Lisa menunduk. Mukanya memaparkan riak kecewa.
                            “Tapi kenapa?” soal Naqib. Jawapan itu merobek hatinya.
                            “Al nak kahwin dengan orang bukan dengan moskot” muka Lisa serius. Bagai mengerti kata-kata Lisa cepat-cepat Naqib menanggalkan moskot.
                            “Sekarang?” soal Naqib.
                            “Sekarang baru boeh kahwin” kata-kata Lisa disambut dengan gelak tawa.




                            “Al” Naqib yang sedang memerhati gelagat Aizat yang sedang bermain dengan dengan anak jiran membuatkan dia diundang rasa yang kurang enak. Perlahan-lahan Lisa melangkah ke arah Naqib.  Ini mesti ada yang tak kena bila tiba-tiba panggil Al ini.
                            “Kenapa?”
                            “Abang risau la”
                            “Risau kenapa?”
                            “Cuba sayang tengok Aizat itu. Dah besar pun masih main anak patung. Dia itu lelaki bukan perempuan” berkerut dahi Lisa sebelum ketawa lepas. Ingatkan serius sangat tadi. Rupanya pasal Aizat, anak mereka yang bermain anak patung.
                            “Kenapa sayang ketawa?” hairan Naqib dengan kelakuan Lisa. Ada orang buat lawak ke?
                            “Bukan dia ikut perangai abang ke?” balas Lisa dengan sisa tawa.
                            “Ikut abang kenapa pulak?”
                            “Tak ingat ke buat-buat tak ingat?”
                            “Ingat apa pulak ini” ai laki aku dah nyanyuk la pulak.
                            “Ala malu-malu pulak bukan perangai abang ke Aizat ikut. Abang tak ingat ke ada orang itu dah besar pun main anak patung. Mak cakap waktu abang bagi AD dekat sayang, malam itu abang tak boleh tidur. Menangis-nangis dengan mak suruh cari Al. semata-mata nak ambil AD balik. Ingat tak?” Lisa tersenyum sumbing. Wajah Naqib yang merah menambahkan gelaknya.
                            “Hmmmm…” Naqib menahan malu. Mak ini tak boleh simpan rahsia betul la. Kan dah malu dengan bini sendiri. Aduh.
                            “Ala itu dulu. Zaman tak matang lagi” bela Naqib.
                            “Kalau tak silap sayang kan, waktu itu abang umur 10 tahun. Hai buat malu dengan Aizat je” sakat Lisa. Seronok. Selalunya dia yang jadi mangsa Naqib.
                            Lisa menutup mulut sebaik sahaja menolak Naqib. Geram dengan Naqib. Suka betul cium dia tempat awan.
                            “Abang ini…tahu la dia kalah dengan sayang. Main kotor pulak” rungut Lisa.
                            “Hah gelak la lagi. Gelak kuat-kuat. Biar bergegar rumah ini.” geram dengan Lisa yang mengenakan dia. Dia tahu tak suka beromatika dekat tempat terbuka. Mula dia tarik muncung 24 dia itu.
                            “Abang ini malu tahu tak”
                            “Dah sayang sakat abang macam sapa suruh”
                            “Dah abang lupa orang tolong ingatkan je” Lisa tersengih.
                            “Nak kena lagi ini” Naqib menghampiri wajah Lisa. Cepat-cepat Lisa menolak.
                            “Mama papa buat apa ini. Ijat nak join” Aizat melompat ke atas riba Naqib. Suaminya itu hanya tersengih.
                            “Kita sambung balik malam nanti” Lisa buat donno. Bolayan.

17 tahun lalu.
Lisa menahan sendu. “Nah” satu suara membuatkan dia mengangkat muka dari memandang rumput dibawah. Seorang budak lelaki menghulurkan bear ke arahnya. Lisa mengambil bear yang dihulurkan.
                            “Kenapa menangis?” soal budak lelaki itu.
                            “Tak ada siapa nak kawan dengan saya” esak Lisa.
                            “Saya kan ada” budak lelaki itu melemparkan senyuman ke arahnya.
                            “Awak nak kawan dengan saya?” soal Lisa. Wajahnya sedikit bercahaya.
                            “Saya Ad. Awak?”
                            “Al” Lisa menghulurkan bear tersebut pada Ad.
                            “Mama cakap tak baik ambik barang orang” bear bertukar tangan seketika.
                            “Nah ambik bear ini. Kalau nak nangis peluk dia. tapi jangan nangis selalu nanti bear ini comot. Bila dah tak nangis lagi nanti pulangkan bear ini dekat Ad tahu. Nama bear ini AD. Nanti bila dah tak nangis lagi al bagi balik dekat Ad taw” Ad menghulurkan kembali bear kepada Al.
                            “Betul ini?” soal Lisa bersemangat.
                            “Betul” Ad mengangguk kepala. Suka melihat wajah itu.

                            Begitu la mulanya pertemuan pertama diantara Lisa Alya (Al) dan Naqib Adam (Ad). Siapa sangka disebabkan bear mereka setia menunggu antara satu sama lain. Masa dan perubahan sekeliling yang setia bergerak bukan la tanda cinta dan sayang antara mereka turut berubah.


YAH!!!!Akhirnya habis jugak…terima kasih kepada mereka yang bace cerita ini..maaf untuk semua kekurangan….                          
*baru perasaan yg aid punya jlan cite lebih kurang...ini kena buat rompakan besar2ran..hehhe
maaf untuk semua kekurangan.....^_^
jom sama2 buat azam baru...hehehheheh

4 ulasan:

whitecoklat91 berkata...

pewiiitt... saya suka saya suka.

akhirnya..setelah sekian lama tugu cite ini.sekarang dh finish.hehe

dulu saya baca dr bab awal. kt pertgahan cite. tetibe stop. n saya mash tetap mnunggu kisah Al n Ad.
aritu tergerak hati jenjalan ke bnyak blog, n termasuk blog cik Aid.. tetibe ade en3 Al n Ad. jujur...saya dah agak lupa camne jaln ite dia. den saya putuskan (ececece..hehe) saya baca balik dr bab awal... n sekrg dah hbis..hehe
sweett... n satu saya nk ckap ni. cik Aid ad slh taip... antara Dengan N Dengar tu terkadang slh kut.hehe... Mgkin nk tulis "Dengar" tp cik Aid tertulis "Dengan". hehe
papepon....suka suka suka.
^__*

o-ReN berkata...

whitecoklat91: ops...terharu saya...ada jugak yg duk bace....penamat hujang tahun....hehehe..
time kasih sudi bace...
typo??hehe..orait aid take note...
selamat white suka kalau tak suka mmg teruk la saya...^_^

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum aidddd....
adeiii dah tamat dah cite ad n al ini..wahhh best2 romantik kelakar tapi kesalahan dah agak kurang kak fika tgk...chaiyookk dik... terbaik dari masa ke semasa ..suka lepak kat sini oren zone~~

~~ kak fika~~~

o-ReN berkata...

kak fika: w'salam....akhirnya tamat jugak...hehhehe...itu la aid masih membaiki apa yang kurang...^_^
time kasih sudi lepak dekat teratak aid ini...^_^