Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

19 Disember 2012

E-cerpen. Seindah Kenangan Kita ~part6~

selepas bertahun.akhirnya update jugak....azam bulan ini nak siapakan cite lama2....heheh
maaf untuk segala kekurangan...^_^
selamat hari-hari....semoga hari ini lebih baik dari semalam....












Naqib meletakkan belakang tangan di dahi seperti memikirkan sesuatu.
“Kalau tak silap itu AD. Kenapa boleh ada dengan Lisa? Tak mungkin itu AD. Mungkin yang lain kot. Lagipun banyak lagi benda tu dekat dunia ni. Kebetulan kot” akhirnya selepas banyak ‘kot’ keluar dia terlena sendiri. Memikirkan jawapan yang kabur.

“Mak mana akak Lisa?” soal Shahrul sebaik sahaja megambil tempat dimeja makan. Kebiasaannya , Kak Lisa selalu ada bila dia dah turun. Terasa sunyi pulak.
“A’ah la. Dah lewat ni kenapa Lisa tak turun lagi?” sampuk Encik Nawawi. Kalau tak becok mulut tu bercerita setiap pagi.
“Tak pelah biar Mak Su tengokkan Lisa” Mak Su yang berada disitu bersuara. Dia turut melahirkan perasaan pelik. Walaupun Lisa selalu kenakan dia. Perasaan sayang dan kasih tu dah ada. Puan Noraini mengangguk . Mereka hanya diam sambil menanti Lisa turun.
Tergopoh-gopoh Mak Su turun dari atas. Ia menimbulkan rasa hairan dihati penghuni Vila Merlin.
“Puan, Lisa demam panas” kata-kata mak su cukup membuatkan mereka terkejut. Naqib yang mendengar terus bangun dan menuju ke arah bilik Lisa.
“Amboi cemas semacam” Encik Nawawi tersenyum.
“Buah hati la katakan” Shahrul tersenyum-senyum.
Puan Noraini dan Nafiz hanya mampu mengeleng. Bapak dengan anak sama je. Suka mengusik.


“Macam mana boleh deman ni Lisa?” soal Puan Noraini apabila doctor keluarga mereka pulang. Shahrul sudah pun pergi sekolah yang dihantar oleh Nafiz. Yang hanya tinggal Naqib ada Puan Noraini didalam bilik Lisa.
 “Yalah la Lisa kenapa boleh demam tiba-tiba ni? Lisa main hujan ke?”
 “Achik punya pasal la, Lisa demam ni ibu”balas Lisa lemah.
 “Naqib Adam apa yang kamu dah buat.” Tegas Puan Noraini. Tajam matanya menikam Naqib.
“Apa pulak bu, achik tak buat apa-apa pun” bela Naqib.
“Habis itu?”
“Ibu tanya la dia betul-betul”
 “Betul ke ni Lisa?”
 “Achik sergah Lisa semalam. Lisa ni dah la lemah semangat sikit. Dah akhirnya terlantar dekat katil. Macam hari ni.”
“Apa pulak Achik sergah ni. Achik tanya je semalam. Lisa yang tiba-tiba menangis.”
“Sama la. Achik dah kejutkan Lisa.”
“Mana ada”
“Dah-dah Lisa kan tengah deman tu Achik.” Tegur Puan Noraini kalau tak panjang la gaduh mereka nanti.
“Maaf ibu” mohon Lisa. Tak pasal-pasal kerananya ibu marah.



“Makan” Naqib menghulurkan bubur ke arah Lisa. Lisa yang sedang duduk mengadap laptop dikatil berpaling.
“Letak jela dekat situ nanti orang makan”
“Makan la sekarang nanti ibu naik tengok tak makan lagi dia bising.”
“Yelah-yelah” mangkuk bubur beralih tangan. Naqib mengambil tempat Lisa sebentar tadi.
“Meh la makna sekali” pelawa Lisa.
“Tak pelah la. Lisa ni siapa ?” soal Naqib yang sedang membelek gambar dalam laptop Lisa.
“Lisa”sepatah jawapan Lisa.
“Ni semua gambar kau waktu kecik-kecik dulu ke?”  Naqib memandang tepat wajah Lisa menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut Lisa.
“A’ah”
“Dia” Naqib kaget. Disebalik pintu ada satu senyuman terukir. Perbualan Naqib dan Lisa membuatkan hatinya turut tersenyum. Rancangan mereka sudah masuk fasa terakhir.



Lisa bersandar pada kereta Subaru milik Naqib. Menanti lelaki itu penuh sabar. Mereka sudah berjanji untuk ronda Bandar Melaka tetapi Naqib terpaksa ke pejabat dahulu untuk menghantar satu dokumen penting.  Sedang leka mengelamun dia didatangi seseorang yang pernah dilihat.
“Kalau tak silap aku la ini perempuan yang aku nampak dengan Naqib dulu.” Lisa melemparkan senyuman. Gadis itu melangkah kearahnya.
“Hai” sapa Lisa. Belum pun sempat Lisa menghulurkan tangan terasa sesuatu masuk kedalam perutnya. Perit! Gadis itu tersenyum sinis sebelum berlalu. Perutnya dipegang. Darah!
 “Lisa!” bunyi jeritan membuatkan pandangannya semakin kabur sebelum sebelum dia rebah.


Lisa memandang sekeliling. Cantik! Hanya itu yang mampu dikatakan. Dia berada disatu padang yang luas. Dikelilingnya penuh dengan bunga matahari, bunga kegemarannya. AD yang berada di dalam pelukannya diusap sebelum membawa rapat ke dadanya. “Bila la tuan kau nak datang ini AD” AD dipandang. Tanpa sedar AD menarik tangannya. Lisa hanya menurut. Sampai di suatu tepat mata nya disuluh dengan cahaya terang sebelum kelilingnya dipenuhi kabus yang tebal. Dalam meraba untuk mencari jalan muncul seorang budak lelaki. “AD!” jerit Lisa.
“Hai Al” sapa Ad.
“Mana Ad pergi. Puas Al tunggu Ad taw” rajuk Lisa. Mukanya masam.
“Al dah besar sekarang makin cantik Ad tengok” puji Ad diiringi dengan senyuman. Macam pernah tengok senyuman itu. Detik hati Lisa.
“Ad ni bear Ad, Al pulangkan balik.” AD ditangan dihulurkan kepada Ad.
“Al dah tak suka bear ini ke?”
“Bukan tak suka. Sekarang Al dah tak nangis macam dulu lagi dah. Al dah kuat”
“Ad sayang AL sangat-sangat, Al sayang Ad tak?”
“Al sayang dan rindu dekat Ad. Tiap-tiap hari Al tunggu Ad. Ad cakap nak datang. Tapi tak pernah sekali pun Ad muncul” ada nada sedih dihujung suara Lisa.
“Ad cintakan Al. Al sudi tak terima Ad?” Lisa kaku. Belum pun sempat Lisa menjawap terdengar sayu-sayu orang memanggil namanya. Ad dihadapanya hilang.
“Lisa bangun jangan tinggalkan aku sorang-sorang. Aku sayang kau” suara itu…
“Lisa kau sayang aku tak?” soal suara itu lagi. Suara itu bergema diudara.
“Lisa aku cintakan kau. Bangun la”
“Lisa aku janji akan jaga kau sebaik mungkin”
“Lisa dah lama kau tidur” sayu-sayu suara bergema diruang udara. Kelibat Ad sudah tiada.
“Naqib” nama itu terpancul dari mulut Lisa.
“Al, Ad cintakan Al” Naqib kau ke tu. Kau kat mana?
“Naqib!” Jerit Lisa.


Lisa merasakan seolah-olah tangannya ditarik. Dia cuba merentak tapi tidak berdaya. Matanya tertutup rapat untuk membukanya terlalu payah seperti digam. Dia hanya mampu mendengar.
“Macam mana doctor?” satu suara yang amat dikenali menyapa telinganya? Siapa ya?
“Keadaan dia masih sama tiada perkembangan. Dia dalam keadaan stabil. Kita hanya mampu berdoa yang dia akan sedar. Kami dah suba sedaya upaya. Kami harap encik terus berdoa” suara itu agak garau. Siapa mereka? Dia orang cakap pasal siapa? Perkembangan? Berdoa? Ada orang mati ke? getus Lisa.
“Lisa bangun la” suara itu hampir dengannya. Bangun?


maaf untuk semua kekurangan.....

tak tahu la ada ke tak orang baca cite ini..^_^
to my lovely sis...thz sbab edit gmbar ini....

^_^
*kalau rasa bosan aid ada tulis cite yang masih pending dekat sini Nota <----sila klik sini..nanti jenguk la....*
                

5 ulasan:

ruby muksan berkata...

best2

Tanpa Nama berkata...

tergantung...! sambung lagii..menarikk

wwannurr

o-ReN berkata...

ruby: tq sudi bace....^_^

wwannur:nanti cik aid try taip lelaju erk....
^_^
terima kasih sudibace...

Seri Ayu berkata...

Salam, citer sangat menarik tetapi banyak sangat spelling error yang menyebabkan terpaksa membaca berulang kali.

Teruskan usaha menulis.

o-ReN berkata...

seri ayu: maaf sesangat....aid tak perasaan...
maaf...terima kasih kerana sudi bace...
^_^