Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

29 Disember 2012

CERPEN: Aku Bukan Budak Sekolah













Nur Tasnif
Fakhir Nadhim - Cemerlang & teratu
“Saya bukan budak sekolah” jerit Tasnif. Berang betul dengan lelaki didepannya itu. dah banyak kali dia cakap dia bukan budak sekolah.
“Jangan nak tipu abang okey…ni tempat majlis untuk orang dewasa bukan budak sekolah”ulang Nadhim. Dia selaku penyelia majlis terpaksa memantau perjalanan majlis tersebut. Majlis reunion pelajar uitm Negeri Sembilan bacth 2009-2011. Hanya pelajar untuk batch itu sahaja dibenarkan hadir.
Tasnif dah mengaru kepala. Elok-elok rambut tadi kemas kini sedikit serabut. Tension. Kenapa tak habis-habis orang gelarnya budak sekolah. Dia dah 23 tahun okey. Dah kerja pun.

Hello, encik abang kalau tak percaya nak ambik IC ni” Tasnif mengeluarkan kad pengenalan dari beg sandangnya. Kad pegenalan dengan kasar diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu sebelum merepuh lelaki itu.
“Aku bukan budak sekolah la” bebel Tasnif kegeraman.
“Oit Tas, asal ni membebel sorang-sorang?” tersentak Tasnif apabila ditegur dengan mengejut. Nafas di tarik bila melihat orangnya menegurnya itu amat-amat dikenali.
“Mana kau pergi hah? Asal tak tunggu aku dekat pintu. Tak pasal aku dah kena tahan. Balik-balik dengan gelaran budak sekolah tension aku!” macam peluru berpandu Tasnif bercakap . Sikit pun tak bagi peluang dekat Afifah untuk mencelah.
“Ala relax la. Aku nak cepat tadi nak pi toilet tunggu kau tak muncul-muncul so, aku gerak dulu la. Kau pun satu dah tahu yang diri tu macam budak sekolah pergi pakai macam ni siapa suruh…” Tasnif memandang tubunhya. Baju t-shirt dikenakan dengan kardingan dan seluar jean. Okey what. Simple but nice.
“Okey je aku tengok.” Bela Tasnif
“Okey apanya. Lain kali tak payah pakai beg sandang. Dah la beg macam budak sekolah. Mana la orang tak salah faham. Kau tu dah 23 tahun. Kerja pulak dah bagus. Pramugari tapi bila keluar out.” Bebel Afifah. Tasnif dah menarik sengih.
“Aku tak sempat nak tukar baju dah kena datang sini. Kau la yang paksa aku datang. Aku cakap tak nak. Kau marah aku 7 malam berturut-turut tension aku dengar kau membebel.”
“Dah malas la layan kau jom la kita makan. Aku lapar la.” Afifah menarik tangan Tasnif mengikut langkahnya. Lebih baik isi perut dari melayan Tasnif membebel.
~~

Nadhim mengaru kepala. Terkebil-kebil dia melihat kad pengenalan dihadapannya itu. Tak tahu nak buat apa. Ternyata dia sudah silap.  Itulah telajak kata kan dah padah.
“Apa aku nak buat dengan ic budak ni?” sekali lagi Nadhim dilanda kebinggungan. Langkah kaki diatur ke dalam dewan. Dalam fikirannya hanya tinggal untuk minta maaf dan memulangkan kad pengenalan tersebut.

Tasnif menyelongkar semua bahagian baik. Mencari sesuatu yang amat berharga untuk seorang manusia di bumi ini. Apa lagi kalau bukan ID diri. Macam mana kot-kot dia mati tepi jalan tanpa ID nanti tak pasal orang ingat dia ni pendatang asing. Ish kenapa pulak aku minta macam tu. Ish! Dijauhkan. Tak mahu aku mati macam ni. Dia memandang sekitar bilik. Dahi ditepuk. Tak pasal-pasal bilik bersepah.
“Ya Allah Tas! Apa ni!” jeritan Afifah mengema di bilik. Melompat Tasnif akibat terkejut.
“Yah!!! Kau ni kalau tak jerit tak boleh ke? Terkejut aku.” Giliran Tasnif menjerit. Mereka berdua ni memang suka buat latihan vocal bila bertemu. Nak-nak pulak si Afifah di adalah vokalis untuk The Umbrella. Band yang dia ditubuh sejak ‘U’ lagi dan sehingga kini masih aktif. Cuma tak segah band-band lain la.
“Tasnif!” tekan Afifah. Budak ni kan memang suka sakitkan hati aku betul la.
“Relax la. Aku cari  IC la kau ada Nampak tak?” dengan riak tak bersalah Tasnif bersuara.
“IC? Ni kali ke berapa IC kau hilang ni?” rungut Afifah sebelum mengambil tempat diatas katil Tasnif. Mengeleng dia melihat bilik Tasnif. Memang la itu bilik Tasnif tapi yang jadi mangsa untuk kemas adalah dia. Bukan dia tak kenal si Tasnif ni suka buat sepah tapi nak kemas susah. Last-last dia jugak yang kena tolong kemaskan. Kalau tak kemas nescaya tikus akan beranak-pinak dalam bilik tu.
Last sekali kau letak mana?” tergaru-garu kepala Tasnif sebelum menarik rambut. Itu la cara Tasnif mengingat bila lupa.
“Aku tak ingat” ujarnya perlahan. Sedih gamatnya.
“Itu la masalah kau. Suka letak barang merata-rata lepas tu lupa. Apa la nak jadi dengan kau ni. Sedih aku tengok” bebel Afifah.
“Dah la mak cik. Aku tengah tension kau pergi membebel kenapa?”
“Assalaamuaikum…..” bunyi salam mematikan pertengkaran antara mereka.
“Siapa tu wei kau pergi tengok. Aku busy ni” arah Tasnif sambil menyelongkar setiap sedut bilik. Lambat-lambat Afifah bangun dari katil Tasnif. Sebelum keluar dari bilik tersebut dia sempat sekeh kepala Tasnif. Dia ketawa puas bila mendengar Tasnif mengaduh. Hahahah….rasakan…suka sangat cari pasal dengan aku.

“Ya cari siapa?” soal Afifah sebaik sahaja sampai dimuka pintu. Berkerut keningnya apabila melihat dua orang lelaki berdiri tegak dihadapan pintu rumah.
“Saya cari Nur Tasnif Binti Sheikh Bukhari” lancar sekali Nadhim bersuara. Nama tu dah hafal siap-siap. Mana tak hafal kalau tiap-tiap hari duk belek IC si Tasnif tu. Kalau la surat beranak yang tercicir dengan berat badan masa lahir, waktu lahir, nama mak ayah dan semuanya la dihafalkan.
“Amboi selafaz je sebut nama Tas, macam akad nikah pun ada” seloroh Afifah. Zainal disebelah sudah terkekeh ketawa. Tajam Nadhim menjeling kearah Zainal. Hampeh punya kawan.
“Kawan saya ni memang macam ni suka sangat practice tuk akad nikah. Maklum la tak nak gugup nak akad nanti. tak pasal malu. Lebih baik practice awal-awal” selamba Zainal membalas. Ni nak kondem aku apa ni. Rungut Nadhim. Perut Zainal disiku.
“Amboi dah nak kawin ye. Tak pe lebih baik practice awal-awal nanti tak payah nak malu bila dah tua nanti.” Afifah ketawa. Sempat pulak diorang ni buat lawak. Gerutu Nadhim sebelum berdehem.
“Nur Tasnif Binti Sheikh Bukhari ada?” keras nada itu. Afifah memperlahankan tawa. Sebelum menjerit nama Tasnif dalam rumah.
~~

“Apa! Aku tak pesan pizza la” jerit Tasnif sambil menghampiri Afifah yang masih setia didepan pintu.
Nadhim dan Zainal mengurut dada. Terkejut dengan jeritan kedua-duanya. Aduh mengalahkan duduk jauh sejuta batu sampai nak menjerit kuat-kuat.
“Bukan pizza la ni. Ni along cari kau. Tu la suka sangat berhutang.”
“Along?” Tasnif memandang dua lelaki didepannya. Berkerut keningnya.
“La kan aku cakap bulan depan aku bayar la. Daun, bunga batang aku bayar nanti” selamba Tasnif. Giliran Zainal dan Nadhim berkerut.
“Oit Tas kau pinjam along? Biar betul? Kau ni dah gila ke? Kau tahu tak along ni suka bunuh orang” gelabah Afifah. Dia dah cuak. Sangkaan tadi ingin bergurau. Tak tahu pulak Tasnif ni memang berhutang dengan along. Teruk sangat ke kerja sebagai pramugari ni sampai perlu pinjam along. Bahu Tasnif digoncang supaya Tasnif sedar. Pinjam along bukan satu jalan yang bijak.
“Aku tipu je” tanpa riak Tasnif menjawab. Sebelum menghadap dua tetamu yang tak diundang. Muka dua tetamunya itu dah blur.
“Cari saya kenapa?” soal Tasnif. Sebelum mengajak kedua-duana duduk di kerusi yang sudah disediakan diluar rumah. Nak bagi masuk satu yang mustahil.
“Ni IC cik Tasnif. Saya datang ni nak pulangkan balik.”
“Jadi kau la yang mencuri IC aku selama ini.” Tasnif mengetuk meja batu yang berada dihadapannya sebelum menjerit kesakitan.
Bunyi orang menjerit di dalam rumah menghilangkan kesakitan Tasnif. Dia ketawa terkekek.
“Perangai pun dah macam budak sekolah” desis Nadhim. Tak padan dengan umur 23 tahun. Mana tak orang panggil dia budak sekolah.
“Apa cuba ulang sekali lagi?” jerit Tasnif. Dia dengan dengan jelas apa yang lelaki didepannya ini. Apa mamat itu ingat telinga dia ni telinga cap ayam? Ini telinga gred A okey. Walaupun orang duk bisik dia boleh dengar.
“Saya datang nak pulangkan IC awak la budak kecik bukan nak jadi pekak dari tadi duk menjerit je. Telinga saya ni nak pakai lama” bidas Nadhim. Sakit hati dan telinganya. Naik pekak telinga dia mendengar perempuan ni duk buat laungan tarzan. Sakit hati pulak bila dari tadi dia terpaksa datang rumah perempuan ni dan terpaksa mendengar setiap lawak bodoh.
~~

“Ni la padahnya bila budak sekolah jadi pramugari. Dulu orang suruh pergi sekolah lari” bebel Nadhim bila melihat gerangan yang ‘sudi’ membasuh baju kemejanya.
“Encik dah banyak kali saya cakap saya bukan budak sekolah! Dan saya mintak maaf saya tak sengaja” tungkas Tasnif. Mana la dia tahu yang dia akan langgar orang hari ni. Kalau dia tahu dia confirm dia bawak secawan teko nak simbah orang.
“Habis tu ni macam mana ni?” soal Nadhim. Tak duga akan berjumpa dengan budak kecik ni dekat flight Air Asia. Paling terkejut bila melihat budak sekolah ni jadi pramugari. Mahu tak terkejut. Teringat lagi last depa berjumpa.
Waktu tu, Nadhim pulangkan IC dekat rumah budak sekolah ni dan tercetus sedikit acara vocal asas dekat situ. Mahu tak buat latihan vocal si Tasnif ni duk menjerit-jerit mengamuk yang si Nadhim pulak tak habis-habis duduk kutuk Tasnif. Entah apa yang tak puas hati tah dengan si Tasnif ni. bila Zainal tanya jawapan Nadhim.
“Asal kau marah sangat dengan budak tu?”
“Dia tu cuai sangat.” Simple make prefect. Erk? ada kaitan ke? Cuai?? Takkan tu pun nak marah. Biasa la kan manusia . sikap cuai tu kadang-kadang-kadang tu ada dalam diri kita. Macam si penulis ni aigoo cuai dia tahap tak ingat. Hahahaha….
Tapi bila Zainal tanya lagi jawapan kali ni agak pelik.
“Cuai je? Biasa la kau pun pernah cuai. Ke ada apa-apa. Aku tengok kau tak berkelip tengok budak tu kenapa?”
“Oit kau gila ke? Berkelip la. Kalau tak berkelip mahu rabak mata aku. Aku terfikir dia tu dulu ada buat pembendahan plastic ke. Muka maintain macam budak sekolah. Jealous aku.” See pasal muka macam budak sekolah pun Nadhim nak jeles. Rasanya siapa yang budak sekolah sekarang. Nadhim ke Tasnif?
So, sekarang ni macam mana?” soal Tasnif dia dah lambat ni. Dia perlu uruskan sesuatu yang penting.
“Macam mana apa lagi. Cuci la sekarang” garang Nadhim. Gaya cakap dah macam marah anak murid pulak. tahu la dia cikgu sekolah rendah. Habis semua orang dia nak latih dia jadi anak murid ke.
“Cepat la bagi baju awak tu” gesa Tasnif. Nak suruh cuci tapi tak nak bagi baju. Terbuntang mata Nadhim dah macam mata kucing Puss dah.
“Gila apa nak tanggal baju dekat tengah orang ramai ni?”
“Dah tahu gila tu kenapa nak suruh saya cuci baju tu sekarang” bidas Tasnif. Terdiam Nadhim kejap. Betul jugak tu. Aku pun satu cakap macam tak serupa bikin.
“Dah la malas aku nak layan kau”
“Hey! masalah ni belum selesai la” amuk Nadhim apabila melihat Tasnif berjalan meninggalkan dirinya.
“Masalah memang tak akan selesai bila berurusan dengan orang macam tak cukup umur ni” bidas Tasnif kuat tanpa menoleh ke arah Nadhim. Ish budak sekolah ni memang saja bagi aku hot betul la. Nadhim mengetap bibir. Geram bercampur bengang. Dari jarak 200meter. Nadhim memandang Tasnif yang sedang berlalu.

Tasnif tersenyum. Sengal punya orang. Orang macam tu pun ada. Bising lebih, sesuka hati je gelar orang budak sekolah tapi dia sendiri perangai macam kera belum habis tamat persekolahan. Mata Tasnif berhenti pada satu sudut pandangan di KLIA tersebut.
Gulp! Ni bala dari langit ke berapa pulak. Langkahnya terhenti. Dari arah depan kelihatan seseorang lelaki berjalan menghampirnya dengan langkah yang perlahan. Aduh ni raja segala masalah. Idea oh idea cepat datang tak. Aku kena buktikan aku dah ada pakwe Tasnif berpaling. Dari arah belakang kelihatan mamat tak habis sekolah tu baru meneruskan langkah kakinya meninggalkan tempat pergaduhan tu. Ah aku tak kira  baik aku hadap mamat tak habis sekolah lagi.

Tasnif berjalan laju menghampiri Nadhim. Bunyi jeritan dari lelaki itu tidak diendahkan. Sebaik sahaja langkahnya bersaing dengan Nadhim. Lengan Nadhim dipeluk. Kepala dilentokkan di bahu Nadhim. Nadhim yang hendak berlalu terkejut apabila terdapat sedikit ganguan dalam langkahnya.
“Eh asal mencabul kehormatan aku ni?” marah Nadhim.
“Ish kau diam la. banyak bunyi pulak. Aku nak pinjam badan kau kejap”
Amboi perempuan ni cakap macam badan aku ni tong drum pulak. Main pinjam-pinjam.
“Eh…”
“Baik kau diam kalau tak nak kehormatan kau aku cabul” belum pun sempat Nadhim nak marah dia dikejutkan dengan ugutan Tasnif. Terkedu dia mendengar kata-kata Tasnif. Dia nak cabul kehormatan aku? Terkebil-kebil Nadhim. Cuba mencerna kejadian yang berlangsung sekarang.
Tasnif tersenyum. Tahu pun diam. ini tak dari tadi bercakap tak henti-henti. Kalah aku yang perempuan ni.

Nadhim dah termenung. Lagak macam ayam duk beranak. Kehairan dan kemusyilan yang tiada penyelesaian. Pipinya dipegang. Kejadian di KLIA kembali belayar difikirannya.
“Nenek kebayan punya perempuan” bebel Nadhim.
“Eh papa. Kebetulan pulak” suara Tasnif menyapa telinganya. Eh papa? Nadhim hairan. Di amati lelaki tegap dihadapannya. Lelaki itu dalam lingkungan 50-an kalau tidak silapnya.
Nadhim menghulurkan tangan. Namun huluran tersebut tidak bersambut.
“Papa ini la orang yang Nur nak kenalkan. Kebetulan papa ada kat sini boleh la kita berkenalan.” Jelas kelihatan riak tidak puas hati dari raut wajah lelaki yang bergelar papa oleh Tasnif.
“Hubby kenalkan la diri tu” arah Tasnif. Dia sendiri tak berapa nak kenal lelaki ini. lebih baik pilih jalan selamat.
“Erk… saya Nadhim, uncle” tergagap-gagap Nadhim. Senyuman diberikan sebagai tanda hormat.
“Kerja apa?” soal sheikh burkhari.
“Cikgu, uncle. Cikgu sekolah rendah” cikgu? Huh patut la perangai macam budak-budak. Tak matang. Omel hati Tasnif.
“Cikgu alhamdulilah ada jugak pewaris keluarga ni nanti” tiba-tiba bahu Nadhim dipeluk.
“Ini dari mana ni?” soal Sheikh Burkhari. Nadhim dah terkebil-kebil tadi garang macam drakula sekarang dah mesra macam semut. Tasnif cuak.
“Hantar kawan.” Ringkas jawapan Nadhim.
“Oh... Bila nak datang rumah uncle. Datang la nanti boleh kita tukar cerita. Uncle dulu pun cikgu jugak. Tapi dah pencen” ramah Sheikh Bukhari.
“Eh kejap-kejap papa orang ada date dengan hubby orang ini” pintas Tasnif. Dia menarik Nadhim dari dibawa lari papanya.
“Belum apa-apa lagi dah hubby nanti dah kawan jadi lubby pulak ke?” seloroh Sheikh Bukhari. Nadhim menahan malu. Dia tak tahu apa-apa! Bentak hatinya.
“Yelah-yelah papa tak ganggu” Sheikh Bukhari mengangkat tangan tanda mengalah apabila melihat jelingan dari Tasnif.
“Okey la uncle pergi dulu. Nanti jangan lupa datang rumah uncle” pesan Sheikh Bukhari. Nadhim hanya mengangguk. Sebelum bertukar salam.
“Apa ni!” jerit Nadhim geram. Entah apa-apa. Tak pasal dia jadi mangsa.
“Entah tak tahu” Tasnif menjungkit bahu.
“Okey la ada date la hubby” Tasnif cepat-cepat berlari meninggalkal Nadhim. Malas nak dengan lelaki itu membebel.
Belum pun sempat Tasnif lari. Badannnya teras melambung. Terkejut Tasnif. Tubuhnya dah digendong oleh Nadhim. Lagak seperti angkat guni beras.
“Lepas la…!” jerit Tasnif. Belakang Nadhim diketuk-ketuk. Bengang.
“Diam la” marah Nadhim.
~~


Now cerita” arah Nadhim dia sudah pun berada didalam kereta Saga Preve milik Nadhim.
“Cerita apa?” selamba Tasnif.
“Kenapa aku boleh muncul dalam drama kau?”
“Siapa suruh kau muncul?”
“Apa masalah kau hah!”
“Apa masalah kau pulak?”
“Nur Tasnif Binti Sheihk Bukhari. Saya serius ni”
“Ada aku cakap kau bergurau”
Okay stop it!” jerit Nadhim. Tasnif sudah buat muka bosan. Keadaan sunyi seketika.
“Apa kata kita kahwin. Nak tak?” Tasnif memecah kesunyian.
Stop it! Setiap bait kata kau buat aku pening” tengking Nadhim. Serius dia dah pening. Kenapa boleh sangkut dengan perempuan ini. Tasnif mengeluh.
“Maaf. Bukan niat aku. Tak sengaja. Serius” terasa ada beban di hujung suaranya itu.
Bunyi jam di dinding membuatkan Nadhim tersentak. Ah dah pukul 12 tengah malam. Tak pasal masa tidur aku terbuang fikirkan perkara tadi. Suis lampu ditekan.

~~

“Cukup ma…cukup…Nur tak suka” tegas Tasnif. Berdepan dengan mamanya, Siti Fazura memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Nur tak boleh nak bangkang kata-kata mama”
“Nur tetap akan bangkang”
“Baik. Kalau Nur bangkang juga Nur bukan anak mama” Tasnif tergamang.
“Mama…” Siti Fazura berpaling. Dia tekad dengan keputusan untuk menjodohkan anak tunggalnya itu dengan pilihannya. Tasnif mengeluh dia terduduk. Mama kenapa suka seksa Tasnif. Papanya siang-siang sudah keluar dari rumah. Malas nak masuk campur. Sampai hati papa.
“Baik kalu itu kata mama Nur ikut” Siti Fazura sudah pun tersenyum mendengar keputusan anaknya.
“Tapi ingat mama sebaik sahaja Tasnif  kahwin, mama dah tiada anak bernama Nur Tasnif  lagi dan Nur doakan yang Nur mati sebelum tarikh tu” Tasnif berlari keluar dari rumah. Dia perlukan ketenangan. Dia tak nak hidup sebagai anak derhaka. tapi mama terlalu mendesak. Salah ke kalau dia ingin tentukan hidupnya untuk kali ini.
~~

“Weh jom la kahwin dengan aku” pujuk Tasnif. Nadhim terkejut. Tapi dia dapat call dari Tasnif katanya ada hal penting. Lebih penting dari kucing nak beranak. Sengal punya budak. Dia pun tak tahu bila masa perempuan itu dapat nombor phone dia.
“Apa masalah kau sebenarnya. Kita bukannya rapat mana pun” luah Nadhim. Mereka bukan kenalan rapat. Jumpa atas salah faham sahaja. Itu pun tak sangka masih boleh berjumpa lagi dan lagi. Ai la nasib kenapa la aku perlu jumpa perempuan sengal ni.
“Okey-okey kita tak rapat. Ini ada proposal pasal aku balik ini kau study. Hanya kau la harapan aku. Yang lain semua tak leh harap. Hanya nak mengambil kesempatan je” Tasnif mencapai begnya. Dia berlalu meninggalkan Nadhim.
“Aku harap kau baca” satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Nadhim. Nadhim tergamang. Ini nak goda aku ke apa? Selamat iman kuat. Nadhim mengusap dadanya.
~~

            Siti Fazura mengusap perlahan dahi Tasnif  yang berbalut. Sudah tiga hari Tasnif  tidak sedarkan diri akibat ditimpa kemalangan. Hatinya pedih. Salahnya kerana memaksa anaknya itu. terhanya doa anaknya itu dimakbulkan.
“Nur bangun la. Mama yang bersalah dalam hal ini” rintih Siti Fazura. Suaminya hanya mengeleng. Tak sangka boleh jadi macam ini. Dia ingat perbalahan isteri dan anaknya hanya biasa seperti sebelum ini, ternyata semuanya berbeza. Malam perbalahan tersebut  Tasnif keluar dari rumah. Call dari papa dan mama tidak diangkat sehingga la keesokan darinya. Panggil dari Afifah mengejutkan mereka sekeluarga apabila dikhabarkan Tasnif berada di unit rawatan rapi akibat ditimpa kemalangan. Terduduk Siti Fazura.
“Kalau ini la kebahagian anak saya. Saya redha. Biarkan dia hidup begini dari diseksa oleh awak” kesal Sheikh Bukhari. Isterinya itu terlalu memaksa anaknya itu. Setiap aturan hidup anaknya itu diaturkan. Sehingga pekerjaan semua diaturkan cuma semanjak beberapa bulan Tasnif melacarkan protes dengan berkerja sebagai pramugari. Kedatangan Sheikh Bukhari ke KLIA untuk mengintai anaknya dari jauh tapi lain yang diterima anaknya itu sudah pun berhenti kerja dan anaknya sudah ada kekasih hati. Tanda protes tak nak kahwin dengan pilihan mamanya.
~~

“Hei budak sekolah asal terbaring ni. Dah-dah bangun. Hari itu bukan kemain kau kenekan akukan. Cepat bangun aku nak balas balik.” bebel Nadhim. Wajah mulus yang sedang nyenyak tidur ditilik. Dia sendiri terkejut apabila mendapat khabar yang Tasnif kemalangan. Niat ingin menberi kata putus pasal proposol tidak kesampaian lain pulak yang jadi.


Empat hari kemudian
Nadhim menukar bunga dalam pasu. Itu la rutin hariannya sejak beberapa hari yang lalu. Sebaik sahaja selesai di menyandar di kerusi. Kepala Tasnif yang berbalut di usap. Akibat dari kemalangan tersebut Tasnif mengalami hentakkan yang kuat di kepala menyebabkan dia koma.
“Aku bagi kau masa tiga hari, kalau kau tak bangun dalam masa yang ditetap proposal kau aku tolak” Nadhim menayangkan muka serius.
“Kau tahu tak sejak kau jumpa goda aku hari tu hati aku ni macam dah suka kat kau je”
“Kau bangun la aku nak uji hati aku ni, betul ke tak hati aku ni suka kat kau” sambung Nadhim. Kadang-kala dia hairan makin kuat dia melarang gadis itu memasuki ruang mindannya makin kuat gadis itu masuk dalam ingatannya. Dia main sihir ke? ini yang nak kena berubat ni. Nadhim mengeluh. Dia bangkit. Perutnya rasa semacam. Lapar! Tengok muka Tasnif yang tidur bukan boleh kenyangkan perut pun baik cari makan. Sekurang-kurangnya kenyang perut.
Belum pun sempat dia melangkah tangannya di tarik.
“Nak pergi mana?” soal gadis itu.
“Makan” Nadhim blur.
“Nak ikut. Aku pun lapar jugak” rengek Tasnif.
“Tak boleh kau kan tengah koma”
“Tak pe. Kejap lagi aku sambung koma” jawapan dari Tasnif membuatkan Nadhim terdiam. Antara sedar dan tidak. Dia terduduk.
“Sejak bila kau sedar ni” soal Nadhim apabila sedar yang dia sudah dimainkan oleh gadis itu. Entah kenapa sedikit pun tiada rasa marah dalam dirinya.
“Semalam” dia bersandar dikepala katil.
“Semua dah tahu belum?”
“Belum ingatkan nak lari dari hospital lepas bangun. Nak M.I.A. Missing in action baru gempak.” Seloroh Tasnif. Jelas menunjukkan riak tak puas hati Nadhim.
“Nak MIA kenapa?”
“Sahaja bosan la”
“Suka buat kerja macam ni kan. Dah-dah duduk sini aku nak panggil doctor check otak kau yang tak berapa nak betul dah ni” Nadhim bangkit. Tasnif perlukan rawatan susulan dari doctor memandangkan yang dia susah sedar.
“Tak nak join aku ke?” Tasnif menarik sengih. Tanpa menghiraukan Tasnif Nadhim melangkah keluar dari bilik tersebut.
~~

Nadhim menyusun fail-fail yang bertaburan di atas meja. Sejak berhenti kerja sebagai guru di sekolah rendah dia telah membuka syarikatnya sendiri. Syarikat kecil yang boleh menampung keperluan kehidupan sekeluarganya. Tangan Nadhim tertangkap buku berwarna coklat. Hairan setahunya dia tak gunakan buku tulis. ‘Ni buku anak siapa yang tertinggal ni.’ Buku tulis berwarna coklat di belek. Tertera nama Nur Tasnif Binti Sheikh Bukhari diatas buku tersebut. Halaman pertama dibuka 'proposol dapatkan baby tahun ni' berkerut dahi Nadhim melihat tajuk tersebut.
“Tuan ada orang nak jumpa” bunyi intercome membuatkan Nadhim berpaling.
“Ada buat appointment tak?”
“Ada”
“Okay. Masuk” Nadhim bersandar. Dia menarik senyum apabila melihat wanita yang melangkah masuk pejabatnya.
“Dah baca proposal terbaru?” Tasnif memeluk Nadhim dari belakang.
“Asal prososal pakai buku sekolah”
“Saja. Unik sikit”
“Proposal anda ditolak” tegas Nadhim.
“La kenapa pulak” Tasnif tak puas hati.
“Tak nak tahun ni tapi bulan depan” Nadhim ketawa kecil.
“Amboi bukan kemain dia ya” bahu Nadhim digigit melepaskan rasa geram dihati.
“Aduh susah betul kalu dapat bini macam budak sekolah ni” bahu yang digigit Tasnif digosok.
“Apa! Budak sekolah. Proposal ditunda tahun depan”
“Aayang memang tak pandai buat proposal. Dulu tu bukan proposol tapi iklan promote diri sendiri.” Hidung Tasnif di tarik.


secara jujurnya ini cerita lama...lama sangat..sampai dah lupa plot dia...huhuh...
sebab tak tahu nak buat apa..so post je....
maaf untuk kepeningan bace cite ini...
:)
pada guset tq sudi ingatkan aid tntg cite ini...^_^

12 ulasan:

KaryakuHatiku berkata...

best2...
ni cter tamat di situ aje ke ade smbungn??
5*

ciknie berkata...

klau wt pnjang ckit pn best

o-ReN berkata...

HN:nak tunggu sambungan dia tah bila la...^_^
tak boleh nak jnji
ciknie: aid pun tak pasti...nk bt panjang2 takut bosan pulak...
p2 pun thkz kalian sudi bce....

guest berkata...

Aid thanx post . Akhirnya msuk jgk, kalo ade cerpen y dh siap ,post je lah.

o-ReN berkata...

guest: thkz quest sudi bace...aid pun lupa sebenarnya...hehehe...
selamat ingatkan aid...
maaf untuk segala kekurangan...
^_^

whitecoklat91 berkata...

hai cik Aid. :)
first time bagi Komen kt sini..hihi
dah lama saya tgu cite ni dr awak.
awal saya bace mmg ok.. den macm berterabur n ad kata yg maybe salah kit (tp mmg cite awak ni saya bagi sapoloh jempol..kihkih)
tp..tp..tp... semakin baca. bahgian lepas tasnif masuk koma tu...den dia sedar.mmg besst... n saya imaginasikan... mcm cite2 kore. kihkih..
maaf saya bnyak Membebel dkt sini..hihi

Bestttttt ^__* WC syuuka.

o-ReN berkata...

whitecoklat91:
thkz sudi komen....bebesar hati aid dengar komen anda...
cite korea erk??
heheh..aid suka cite sweet2...
p2 pun terima kasih sudi bace walaupun cite ini agak terabur...^_^

addin adila berkata...

huhuhuhuhu terbaik ske watak tasnif yg gler mmg sempoi... aku suka watak gurlz yg mcm dia... akak kau buat la citer ni bg panjang... den nk berangan panjang2 ni..hihihi suka

o-ReN berkata...

addin adila: hahah...time kasih bace... adi ko suka akk pun suka..heheh...
nk panjang2 uh susah la...
akk tak pandai nk buat cite panjang...hihihihi

Nas berkata...

aid ! one word , SUPERB ! hihihi . lawak ja baca . takde konflik berat2 . nice (:

o-ReN berkata...

nas: heheh,,,tq2,,,just utk hiburan,,,, tak sempat nk buat konflik berat2...hehhe....

Kiara berkata...

Gosh!thumbs up for aid,kia baru baca but i like it.