Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

18 Disember 2012

Bukan Cinta Ekpress Bab 6

nak tukar tajuk la...
*dalam perancangan....huhuhu











Bab 6
Dahlia termenung terlalu banyak yang berlalu dalam kehidupannya dalam masa yang terdekat. Kahwin? Benda yang jauh terpesong dalam hidupnya. Ia itu tidak bermakna dia tak akan kahwin tapi terlalu awal untuk memikirkan perkara tersebut. Matlamat kehidupannya belum tercapai lagi. Harraz Raihan? Mampu ke lelaki itu mencintainya dan mampu ke dia mencintai lelaki tersebut? Dahlia mengeluh.
“Ini yang aku tak suka bila fikir benda berat-berat ini. Mula aku jadi stress” pemandang sekitar kediaman lelaki itu sedikit sebanyak memberi ketenangan untuk dirinya.
“Jauh termenung” tegur sesorang. Dahlia berpaling. Puan Sri Zulaika, wanita itu mengambil tempat dikerusi rehat yang terdapat dibalkoni tersebut.
“Maafkan saya kerana menganggu isi rumah Puan Sri” pohon Dahlia. Dia tak sangka yang Harraz akan membawanya pulang ke rumah tersebut. Riak terkejut jelas kelihatan di muka orang tua Harraz.
“Diana pun dah menjadi isi rumah ni jugak” Dahlia hanya tersenyum. Dia mengambil tempat dihadapan wanita itu.
“Isi rumah yang tak diundang”
“Kenapa cakap macam itu? Dahlia dah pun menjadi  menantu mama. Ketentuan takdir tiada siapa yang boleh halang”
“Puan tak rasa ke saya ini jahat. Cuba perangkap Harraz?”
“Rasa jugak tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Jadi kena la berhati-hati”jawapan dari Puan Sri Zulaika mengundang tawa kedua-duanya.
“Terima kasih puan. Terima kasih untuk segalanya. Saya janji masalah ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin” janji Dahlia.
“Sekarang apa rancang Diana?”
“Saya ikut aturan yang berlaku. Saya bukan lagi seorang yang bebas tanpa tanggungjawab. Title isteri dah lekat dekat hadapan nama. Jadi saya nak menjadi seorang isteri. Belajar untuk hidup dengan tanggunjawab” terang Dahlia. Betul kata Puan Sri Zulaika benda dah jadi pun.
“Kalau macam itu mulai sekarang jangan nak panggil puan kena tukar jadi mama. Diana kan dah jadi menantu mama. Nak tak nak mama terpaksa terima” gurau Puan Sri Zulaika
“Tak pe ke? Walaupun bukan menantu pilihan?”
“Dah jadi menantu pun sayang, cakap nak ikut ketentuan” Puan Sri Zulaika mengusap lembut wajah Dahlia. Ibu Dahlia dah jumpa kasih ibu, bisik hatinya.
“Terima kasih” hanya itu yang mamapu diucapkan. Hidup yatim piatu sepertinya ini satu anugerah bila ada yang sudi menjadikan diri itu sebahagian dari kelaurga mereka.



“Ini semua jadual sepanjang minggu ini. kau tahukan kita tetap kena buat masjlis resepsi kita nanti.” Terang Harraz. Dia bosan dengan semua perkara ini. rancang asal terpaksa jugak diteruskan bagi menyenangkan semua pihak.
“Amboi kemain banyaknya lagi. Photoshoot pre perkahwinan? Video? Fitting? Ini dah macam majlis orang kaya dah ini” Dahlia teruja. Seumur hidupnya untuk bermimpi memiliki perkahwinan seperti ini memang dalam mimpi yang tak kesampaian la gamatnya.
“Aku memang kaya pun” menjeling Dahlia dengan jawapan Harraz. Lupa pulak laki ini memang orang kaya pun.
“Banyak-banyak benda dalam list inikan boleh tak kita pangkah. Banyak benar tak sempat nak berehat” pujuk Dahlia. Rasanya photo shoot sebelum weeding tak payah kot. Mmm untuk buat video pun tak perlu kot. Dengan raptai lagi. Huh memang gila aku kejap.
“Dah bayar. Kena jugak buat” mendatar suara Harraz.
“Awakkan kaya. Setakat cancel kan ini semua macam gigit semua je. Ciput je” sengih Dahlia.
“Banyak la kau. Ini semua guna duit aku tahu tak. Tiada siapa sponsor. Jangan nak membazir” marah Harraz. Lelaki itu dingin. Susah betul kalau dapat orang macam pakcik ini.
Sesuka hati je dia nak cancel. Apa dia ingat duit aku ini macam daun getah ke? Goyang pokok daun jatuh. Memang tak la. Jauh disudut hatinya sedikit terkilan. Benda dah jadi tak boleh nak patah balik.
“Kita ada seminggu je untuk uruskan semua ini. Make sure kau jangan nak lari pulak”
“Ish nak lari kenapa pulak. Mimpi jadi kenyataan. Ish dah lama mengidam nak pakai baju mahal-mahal. Nak-nak baju gaun. Fuh rasa jadi Cinderella pulak” jawap Dahlia teruja dia terbayangkan bagai mana dia memakai baju tersebut. Dulu hanya mampu tengok orang je. Nak sentuh memang tak mampu. Wah mesti aku cantik. Hahaha.
Apa hal minah ini senyum sorang-sorang. Macam tak betul pun ada jugak. Harraz memandang Dahlia yang masih terbang terawang-awangan. Mimpi di siang hari budak ini.
“Weh kau memang tak ada family ke?” soal Harraz. Dahlia tersentak. Mencari anak mata lelaki itu. soalan ini ikhlas atau sekadar mengejek.
“Nak cakap tak ada itu tak kot. Nak cakap ada pun tak jugak. senang cerita ada dah tak ada” berbelit-belit Dahlia bercerita.
“Kau ini main-main la” marah Harraz. dia pun nak tahu jugak asal usul budak ini.dah jadi isteri pun. Pasal dia pun sikit aku tak tahu.
“Ala tak payah tahu la. Bukan best pun nak tahu pasal aku. Banyak benda yang berfaedah dari mendengar cerita hikayat sang jelitawan Dahlia” seloroh Dahlia.
“Jelitawan? Gila perasaan kau kan”
“Kenyataan kot. Aku tak keluarkan je lagi skill jelitawan aku. Kalau aku keluar pasti kau tangkap maggi dengan aku” Dahlia sudah pun tersengih.
“Kau tak boleh nak lawan Diana aku” pintas Harraz.
Ops jangan lupa aku pun Diana jugak. Meh aku keluarkan suku dari jelitawan aku” Dahlia meghampiri Harraz yang duduk diatas buaian dekat halaman rumahnya. Berkerut kening Harraz. Apa makcik ini nak buat?
Dahlia menyentuh kedua pipi Harraz dan mendekatkan mukanya dimuka Harraz. Harraz hanya kaku. Terkejut barang kali. Dahlia menarik nafas lepas.
“Tengok betul-betul” arah Dahlia. Dia mata dipejam. Dia mengembungkan kedua belah pipinya. Sebelum tersenyum manis.
Harraz yang melihat perbuatan Dahlia hanya mampu mengerut dahi. Dah macam ikan buntal kembung pipi. Sesaat kemudian dia terdiam sebaik sahaja melihat Dahlia tersenyum dengan mata yang terpejam. Terasa semua yang berada dikelilingnya senyap untuk seketika.
“Amacam okay tak?” dia menyoal Harraz. Dia hanya tersenyum melihat Harraz yang kaku sebaik celik. Tangannya dilepaskan dari muka Harraz. Dia berdiri dihadapan Harraz.
Cepat-cepat Harraz membetulkan kedudukannya. “Dah macam ikan buntal kena sembelih aku tengok” bidas Harraz.
“Ikan buntal. Ish kau ini hati jamban betul la. Geram betul aku. Ini ke polish skill jelitawan ini.” bebel Dahlia. Dia meninggalkan Harraz. Kaki dihentakkan anda protes. Tak boleh jadi ini. Skill dah tenggelam. Pakcik ini memang mengugat tahap jelitawan aku ini. Mengeleng-geleng Dahlia. Tak pernah tak jadi skill dia.
Harraz yang melihat gelagat Dahlia hanya ketawa kuat. Macam itu pun ada ke? Sampai sakit perut melihat perangai Dahlia. Gila perasan minah ini. tapi sempat la jugak aku freeze tadi tengok minah itu. Mmm baru suku erk? Kalau penuh macam mana pulak? Harraz mengusap dagunya.



Dahlia masih setia memandang Harraz yang berada dihadapannya. Serius masa ini dia rasa seriua sangat. Tak tahu kenapa. Melihat Harraz yang memembetulkan baju ditubuhnya. Memang tak berkelip Dahlia tika itu. Bukan kerana terpegun tengok Harraz yang tak kacak itu. Dia sebenarnya ada darah gemuruh. Tak boleh nak berhadapan dengan orang ramai. Bila je Harraz cakap orang yang hadir majlis mereka cecah beribu membuatkan Dahlia lemah lutut. Takut!
“Awak ini kenapa?” soal Harraz. Itu la panggilan mereka. Kejap awak kejap saya kejap aku kejap kau. Teragak mereka nak panggil apa.
“Saya bukan apa. Saya ini ada darah gemuruh. Mana tahu tiba-tiba tergelopoh jatuh masa tengah catwalk ke? Kain baju tersangkut ke? Saya ini gelabah gila orangnya.” Terang Dahlia. Baik bagi tahu siap-siap sebelum perkara itu terjadi.
“Boleh tak jangan nak main-main kejap lagi kita nak naik pelamin. Jangan buat hal pulak. Dah pergi bilik persalinan awak” arah Harraz. sepatutnya perempuan ini bersiap. Perempuan kalau nak bersiap punya la berjam.
“Takut la” adu Dahlia.
“Ya Allah kat sini rupanya budak ini. Mana pergi? Dah cepat ikut akak kita tak ada masa ini” muncul Raden dimuka pintu bilik Harraz. Dia menarik tangan Dahlia. Punya la kalau cari budak ini kat sini dia bertenggek.
“Kau buat apa dengan pengantin akak ini?” soal Raden mencekak pinggang.
“Saya buat apa pulak? Dah akak pergi tarik budak ini siap. Saya nak bersiap pun tak senang mengacau” halau Harraz. Jelas kelihatan wajah mencuka Dahlia. Dia menjeling ke arah Dahlia. Dia hanya diam memandang Dahlia yang diseret oleh Raden. Macam mana majlis mereka kejap lagi erk?


Dahlia terpegun melihat gaun pengantin yang telah siap ditempah oleh Diana iaitu ex-Harraz.
Dahlia membetulkan gaun yang dipakai. Tetiba jaantungnya bergerak laju. Dup dap dup dap. Kenapa rasa lain. Kau jangan nak buat masalah Dahlia. Hari ini hari terpenting. Dahlia membebel sendirian. Berpusing-pusing dia dihadapan cermin. Gaun Diana.
“Harraz, tak pe ke saya pakai baju ini. baju inikan khas untuk Diana. Rasa macam tak layak je nak pakai baju ini. saya pilih baju lain la.”
“Saya rasa baju itu memang layak untuk awal. Baju tu untuk isteri saya. saya tempah baju ini untuk seseorang yang bergelar isteri kepada Harraz Raihan. Awak dah sah jadi isteri saya. baju tu untuk awak”
Bunyi ketukan pintu membuatkan Dahlia kembali ke alam nyata. Sekali lagi dia menghadap cermin.
Mirror…mirror…on the wall” cermin disentuh. Dahlia ketawa. Ingat ini cerita Mirror Mirror ke? nampak sangat kau dah senget Dahlia.
“Dahlia dah siap belum?” jeritan dari Raden membuatkan Dahlia terdiam. Perasaan malu menyerbu dirinya. Waduh waduh in bikin gue malu dong. Terasa diri ini kedil pada majlis sendiri.
“Cepat la keluar kita kena buat persiapan terakhir. Ada lagi beberapa minit ini” suara itu lagi.
“Malu la nak kelaur” jerit Dahlia dari dalam.
“Ya Allah budak ini main-main pulak” marah Raden. Geram dengan Dahlia. Dari tadi sudah bagi dirinya pusing seperti roller coaster .
Dahlia bertakaful di dalam bilik yang sederhana kecil itu. cuba mencari kekuatan. Seminit…dua minit…tiga minit… bertalu-talu bunyi ketukan. Satu pun Dahlia tak ambik kesah.
“Dahlia keluar la” suara Puan Sri Zulaika. Abaikan Dahlia ambik semangat dulu.
“Dahlia kita dah lambat ini” giliran Raden merangkap pembantunya untuk majlis ini.
“Apa kata panggil Harraz mana tahu boleh seret dia keluar” Dahlia mendengar butir bicara yang keluar di sebalik pintu. Suara Puan Sri Zulaika.
“Dahlia keluar sayang, kita dah lambat ini” pujuk Puan Sri Zulaika.
“Kejap mama, Lia nak bertakaful dulu nak ambik feel hilangkan gabra” balas Dahlia selamba. Dia dah pun duduk bersila didalam bilik tersebut.
“Tenang la wahai hati, tenang setenangnya. Sanding je kot” omel Dahlia.
“Ya allah budak ini. Memang kesabaran aku dah tipis” gerutu Raden.
“Kenapa mama?” soal dari Harraz membuatkan mata mereka beralih. Harraz yang lengkap memakai tuxedo. Semua dah boleh agakkan yang dia kelihatan kacak. Yap betul Harraz memang good looking. disamping Harraz tak ketinggalan Kamal, pengampit la konon.
“Dahlia ini, tak nak keluar dari tadi. Dia cakap nak bertakaful dekat dalam” adu Puan Sri Zulaika dengan perangai Dahlia. Mati akal nak suruh Dahlia keluar.
Kamal dah ketawa kecil. Kes takut la ini. tadi Harraz ada cerita gelagat Dahlia yang serbu masuk biliknya. Meluahkan rasa takut. Sehingga kena tarik dengan pembantunya. Lari masa orang tengah sibuk. Macam mana la lepas ini?
Harraz menghampiri pintu bilik Dahlia berada. Pintu diketuk buat sekian kalinya. Raden, Puan Sri Zulaika dan Kamal hanya memerhati.
“Dahlia oh Dahlia, sekarang bukan masa nak main-main. Cepat keluar” tegas Harraz.
“Kita malu la awak” jerit Dahlia dari dalam.
“Malu? Kenapa nak malu pulak bukan kita berbogel pun atas pelamin” sinis Harraz.
“Memang la. Tapi kitakan pengantin yang tipu-tipu”
“Bila masa pulak kita main tipu-tipu ini. Kita dah bincangkan. Keluar cepat. Sebelum pintu ini saya rempuh” ugut Harraz.
“Nanti la kejap mood ketenangan tak mai lagi” Harraz dah menepuk dahi. Menguji kesabaran betul. Yang lain sudah ketawa.
“Kelakar betul la” bisik Kamal. Puan zulaika hanya mampu menarik sengih.
“Harraz majlis nak mula ini” Raden bersuara.
“Dahlia dalam kiraan tiga kalau awak tak keluar pintu ini saya cabut”
Diam.
“Satu…” Harraz mula mengira.
“Satu setengah” sambung Dahlia dari dalam.
“Dahlia jangan nak main-main. Dua…”
“Dua setengah…” sahut Dahlia.
“Ti…” krakk!! Bunyi pintu dibukak membuatkan harraaz terhenti. Dia melangkah kebelakang setapak.
“Kita keluar ini” Dahlia masih menyotok dibelakang pintu.
“Cepat la. Kita betul-betul dah lewat ini” gesa Harraz. Macam pujuk budak kecil pulak.
“Taraaa…!” jerit Dahlia. Dia dah tersipu-sipu malu. Ceh malu la sangat. Dia sudah berdiri tegak dengan berlatar lagu Negaraku.
Semua mata tertumpu pada Dahlia. Tak berkelip.
Perfect” Kamal bersuara perlahan.
‘Gila cantik siot kalah Diana model aku itu’ bicara Harraz. Raden diam. Dia dah tahu. Dia yang siapkan Dahlia untuk jadi seperti sekarang. Tak sangka boleh jadi lawa macam ini. mula-mula dia ingat Dahlia akan jadi patung MCD. Sekali jadi patung Barbie pulak.
“Helo...” Dahlia melampai-lampai dihadapan muka Harraz. lelaki itu dah jadi batu.
“Buruk sangat ke kita ini Raden” soal Dahlia. Gaun dipegang.
“Tak la awak cantik sangat sampai semua orang terkejut” balas Raden. Harraz terbatuk kecil. Cover yang dia khayal tadi. Aduh tak ambik dadah pun dah khayal. Ini namanya dadah Diana Dahlia.
“Come” Harraz menghulurkan tangan. Prince charming sudah pun mendapatkan princess charming sebaik sahaja huluran tangan disambut.
“Kejap-kejap” pintas Dahlia. Dia menghampiri Puan Sri Zulaika. Tangan tua itu diraih.
“Mama nak ambik berkat” dia mengucup lembut tangan Puan Sri Zulaika. Satu ciuman singgah dipipi Dahlia. Dia terharu dengan sikap Dahlia.
“Semoga kau bahagia anakku” doa Puan Sri Zulaika perlahan.



terima kasih keran sudi baca...maaf atas kelewatan...
maaf untuk semua kekurangan....
selamat membaca...

2 ulasan:

norihan mohd yusof berkata...

hehe...nganga ko harraz!tuh baru cikit jer...dh cair ker n beralih arah ke dania isteri tangkap muat tuh...nk g dek...hoho cam tk sabar nk melompat ke n3 seterus nyer dek....hehe pape dek thank tau,dah lama akk tunggu...ilang dh rindu kat dahlia yg polos n kabut n selamber..suke sngt kat watak dahlia neh...

o-ReN berkata...

kak norihan: wah tak sangka aid ada yg sudi tunggu...
thz kak..heheh...
dahlia tengah bertapa nak tingkatkan skill dia itu...
:)
biar cair hati harraz macam air terjun....heheh