Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

25 November 2012

CERPEN: Top 5 Dihati








Top 5 dalam hati ini.
 “Nama?”
“Hanani”
“Nama ayah tak ada ke?”
“Nur Hanani Binti Abu Bin Ali Bin Ahmad Bin Kasim. Lepas tu dah tak tahu dah. Sebab tak sempat berkenalan lebih lanjut” selamba Hanani bersuara. Senior depannya dipandang tajam. Tak kira la senior ke junior ke ada aku kesah. Orentasi yang merimaskan.
~~

“Hujan?”
“Tak la panas”
“Nak tumpng?”
“Tak nak”
“Sombong” hendiknya.
“Kerek” balas aku. Susah aku nak berlembut dengan dia.
“Huh!” rengusnya sebelum berlalu meninggalkan aku di pondok bas tersebut. Tak ingin la nak tumpang kau. Setakat payung please la. Geram! Geram kerana lelaki itu dia terpaksa buat ‘part time’ minggu ni.
Aku mendongak langit. Musim hujan tak leh nak buat apa dah. Pasrah je la. Buku ditangan disumbatkan ke dalam begnya. ‘Siap sedia untuk redah hujan’ jerit hatinya sebelum berlari di dalam hujan.
Adnan ketawa kecil melihat Hanani. Degil. Sebelum mengekori langkah Hanani perlahan dalam hujan.
~~

“K-pop?”
“J-pop?”
“M-pop?”
“Aiskrim pop” laung Hanani. Buku dihempaskan ke atas meja.
“Kenapa aku terlibat pulak ni” luahnya tak puas hati. Projek pelajar sem 5 tapi dia pulak yang kena. Aku sem 1 baru la.
“Seorang junior kena hormat kami sebagai senior” jawapan Adnan membuatkan Hanani merengus.
“Senior Amy, saya tak ada kena mengena dalam ini hal” sayu suara aku. Mana tahu kot-kot senior Amy sudi lepaskan aku. Tak macam kawan dia yang kerek nak mampus tu.
“Ehem” senior Amy berdehem. Aku dah cuak menunggu jawapan dari senior Amy. Pleases. Pleases lepas dari perkara ni. mohon hatinya.
“Bagi 5 idea bernas untuk majlis makan malam kami 4 bulan dari sekarang” terngaga hanani. Pulak dah.
“Kalu nak idea bernas pi makan beras cap bernas” marah Hanani sebelum melangkah keluar dari bilik discuss senior dua ekor tersebut.

~~
Kelab teater.
“Minggu ini bulan kebudayaan. Kelab kita akan adakan satu persembahan untuk bulan tersebt. Ada cadangan?” suara prof siti cukup membuatkan aku mendongak dari menulis.
“Prof kita nak buat tema apa? Klasik? Moden?” Tahir sudah pun menunjukkan minatnya. Maklum la president kelab teater.
“Prof, Romeo and Juliet” jerit Juliet. Tahu la nama dia juliet. Ini mesti nak jadi heroin ini. Kedengaran sorakan dari yang lain.
“Selalu sangat la”  bantah Anida. Aku dah mengangguk. Tak habis-habis Romeo and Juliet!
“Cinderella?” ni satu lagi idea yang tak best.
“Snow white?”
“Sleeping beauty?” apa ni semua nak jadi budak-budak ke? Fairytales? Please la!
“Hang tuah!” jerit Mahmud.
“Tun Teja?”
“Hang Li Po?” kali ini klasik la pulak. Okey Hanani baik kau fikir nak harapkan budak-budak ni.
“Saya harapkan satu idea yang lain dari yang lain” luah Prof Siti. Yap yang itu aku setuju lain dari yang lain.
“William Shakespeare?” Hanani sudah mengetuk-getuk bukunya dengan hujung pensil.
“Sherlock Holmes!” jerit Hanani. Semua mata memandang kearahnya.
“Sherck? Raksasa hijau dan Fiona tu ke?” soal Danial. Ahli lain memandangnya dengan pandangan tanda tanya.
Hanani menarik nafas.
“Bila sebut teater or drama kita pastikan bayangkan cerita yang romantic dan fairy tales. William Shakespeare semua orang tahu akan kesah dia. Romeo Juliet, Julius Caesar, Antony and Cleopatra, a midsummer night’s dream dan lain-lain lagi. Kita dah selalu tengok teater macam tu. Apa kata kita buat cite pasal penyiasatan. Sherlock Holmes a.k.a Detective Conan ” Terang hanani.
“Conan? kartun? Siapa nak tengok” bidas Maulana. Hanani tarik senyum dan agak dah ada yang akan bantah.
“Dalam karya Arthur Conan Doyle merupakan satu karya yang agung dalam dunia penyiasatan, detective conan pun semperna nama dia. Kalau kita buat cerita romantic, confirm majority yang datang perempuan dan couple, kalau boleh kita nak semua orang datang.”
“Nak ke dia orang datang tengok cerita ni?” soal Juliet dengan wajah angkuh.
“Nak ke dia orang tengok Romeo dan Juliet sedangkan tahun lepas pernah buat dan confirm jalan cerita yang sama dan pelakon yang sama sahaja. Melainkan cerita penyiasatan ini, nanti pasti mereka akan tertanya-tanya siapa? Mengapa? Bagaimana? Dia orang akan tertanya-tanya dan pasti akan tunggu sehingga akhir”
“Bukan semua orang suka cerita penyiasatan ini Nani?” Prof Siti dah bersuara. Jelas raut wajahnya sudah pun tak puas hati.
“Saya suka penyiasatan dan romantic. Tak salah kalau kita buat kelainan dengan mengabungkan penyiasatan dan romantic” semua dah tercengang. Romantik dan penyiasatan? Hanani menarik sengih.
“Kita buat cerita thriller” putusnya. Prof Siti menarik sengih.
Explain Pleases” Tahir menunjukan minat.
“Romeo and Juliet kena bunuh dan menyelesaikan kes pembunuhan  mereka”
“Kalau dari segi asalnya Romeo dan Juliet memang kena bunuhkan” wajah Erika menunjukkan kekeliruan.
“Eh bukan la, bunuh diri” cantas Munirah. Ala semua boleh jadi la. Semua itu sebenarnya spekulasi je. Sudah tokok tambah oleh orang. Sedangkan abang sendiri momokkan aku yang Romeo dan Juliet tu hantu. Siapa keluarkan teori lagi. Akhirnya aku simpulkan Romeo and Juliet cerita romantic horror. Hahaha ambik kau.
“Saya tak faham apa yang awak fikir Nani.” Prof Siti tersenyum puas.
“Idea yang menarik. Kalau tak berjaya macam mana?”
“Ala Prof bukan tak ada cerita pasal Romeo dan Juliet dalam versi macam ini ada je. Tapi dalam bentuk teater tak ada lagi.”
“Siapa setuju angkat tangan” kelihatan beberapa orang yang teragak-agak untuk mengangkat tangan  yang setuju dan tidak. Dia dah agak dah ada yang tak setuju.
“Aku tak setuju sangat tapi aku teringin juga nak tahu pengakhiran cerita ini. Siapa yang sampai hati nak bunuh sepasang kekasih yang saling mencintai” Yusri meluahkan pendapatnya.
“Okey la keputusan dah kita capai” jerit Prof Siti. Hanani tersenyum puas. Sebenarnya dia pernah tengok abang dia punya permentasan. Cerita pasal vampire plus Romeo and Juliet. Tapi aku nak Romeo dan Juliet dalam bentuk penyiasatan. Aku suka Holmes! Heheheh.
~~
Hanani tersenyum puas. Dia mandang ke atas pentas. Kelihatan ahli kelabnya sedang membuat raptai untuk ‘The Thriller of Romeo and Juliet’. Sebagai orang yang bertanggungjawap dalam pementasan kali ini membuatkan dia tersenyum puas. Semua berpengalaman dalam berlakon dan dia tak perlu nak bersusah payah nak berkerja keras.
“Tak sangka aku ini semua idea kau” terkejut Hanani bila Adnan sudah pun berada dibelakangnya yang sedang memeluk kerusi disebelahnya.
“Saya tak suka happy ending dan tak sangka senior pun suka cerita ni”
“Bila masa aku suka cerita ini?”
“Bila senior datang sini time raptai dan sekali gus melihat raptai kami dengan senyuman dah cukup membuatkan senior tertarik dan sekali gus tertanya-tanya untuk mengetahui apa sebenar dengan dimaksudkan dengan thriller” hanani tersenyum sinis.
“Kau suka buat kesimpulan dengan sendirikan”
“Saya membuat kesimpulan dengan apa yang berada didepan mata” Hanani bangun dari kerusi meninggalkan Adnan yang masih setia melihat hanani.
“Kesimpulan yang tidak lengkap” jerit Adnan. Sayangnya kau pandai bermain dengan kata-kata tapi bila melibatkan hati dan perasaan kau tak dapat nak buat kesimpulan desis Adnan.

~~
Hanani terduduk kepenatan. Akhirnya teater tersebut berjaya mendapat sambutan.  Kematian Romeo adalah kerana cemburu. Siapa sangka Romeo dibunuh oleh tunang Juliet sendiri. Tiada siapa sedar kerana Vector la yang banyak membantu Juliet dalam selesaikan misterinya. Siapa sangka Vector yang paling menyayangi Juliet sehingga nak menyakiti Juliet pun tak sampai hati tapi turut membunuh Juliet kerana ingin menutup rahsia. ‘Aku nak jadi Vector. Aku nak bunuh dia dan kekasih dia. Dia yang menghancurkan hati aku, dengan makwe dia sekali aku nak tikam’ jerit hati Hanani
“Nani sini kejap” langkah aku terhenti. Ada orang panggil aku tak silap. Sebaik sahaja dia berpaling terpancul wajah Adnan didepannya.
“Senior!” jerit Hanani.
“Amboi rindunya dia dekat saya sampai jerit macam tu sekali” sakat Adnan.
“Siapa rindu senior? Kenapa cari saya?”
“Garangnya. Cuba la awak lembut-lembut dengan saya”
“Tak nak”
“Sombong” Adnan mencebik. “Jom teman saya hari ini” Adnan sudah buat muka simpati. Hanani mengeluh.
“Kalau saya tak nak?”
“Kejap taw saya nak call Puan Kamisah” Adnan mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Lagak cuba membuat panggilan.
“Yelah-yelah. Aish main ugut-ugut pulak” Hanani menghentak kaki. Adnan tersenyum puas. Mentang-mentang la mak aku suruh aku layan orang tua ini dengan baik. Nasib kau jiran kesayangan mak. Kalau tak memang aku rendamkan je orang tua ini.
~~

Hanani menunjukan protes. Plastic beg direnyok. Adnan hanya memandang Hanani dengan senyuman. Dia tahu gadis itu menunjukkan protes terhadap dirinya.
“Yang ni cantik tak?” Adnan menayangkan sehelai kemeja kepada hanani. Mencari jawapan dari pilihannya.
“Senior pakai apa pun tetap cantik bergaya” Hanani senyum geram.
“Saya suka bila tengok Hanani senyum geram macam ini. Macam nak terberak” Adnan ketawa besar.
“Bila boleh balik ini. Saya ada banyak lagi assignment yang perlu dibuat” bentak Hanani. Aku tak tahu apa motif mamat ini nak baik-baik dengan aku. Tak kira la apa pun motif anda aku tak layan!

             Hanani mengeluarkan kertas kajang dari laci. Tertera tajuk besar di atas sekali. ‘senarai top 5 dihati’.
     
1.     

Sehelai kertas ditarik dari laci.
“I am good, but not an angel. I do sin, but I am not the devil. I am just a small girl in a big world trying to find someone to love.” ―Marilyn Monroe 
Quote tersebut digulung sebelum dimasukkan kedalam botol. Adnan kau jahat! Dulu aku suka kat kau. Sampai hati kau tolak aku mentah-mentah. Kalau reject tak apa sangat. Ini kau boleh pass aku dekat orang. Apa kau ingat aku ini pemadam ke? Lepas itu kau boleh heboh dekat satu sekolah. malu tahu tak! So kau terkeluar dari carta top 5! Biar aku padam muka kau guna pemadam pulak. Hanini mengariskan nama Adnan Syahkirin berulang-ulang kali.
~~

Adnan Syahirin. Dari jauh Hanani sudah menangkap jelas figura Adnan. Cepat-cepat dia bangkit dari bangku bus stop. Langkahnya terhenti bila melihat ada satu lagi figura disebelah Adnan. Perempuan! Oh dah ada makwe erk. Selamat la aku lepas ini. nanti dah tak ada la ‘Nani tunggu’ ‘Nani jom pergi makan’ ‘Nani jom balik sama’ ‘Nani arahan mandotori siapkan assignment saya’ Nani itu Nani ini. Selamat la tak suruh ‘Nani cebok berak saya’. Memang dengan dia-dia kau sumbat dalam lubang jamban.  Lepas ini aku dah boleh bergerak dengan aman. Yes! Yes Yes!
“Hai Nani” aku yang sedang mengelamun tersentak.
“Eh hai senior Amy. Balik naik bus je ke hari ini? Mana kereta kesayangan senior” tegur aku. Aku tahu senior Amy ini memang sayang gila dengan kereta dia. Tiap-tiap hari basuh, sayang sangat dengan kereta dia tu. Macam la ada orang nak rompak, kot kereta Ferrari okey jugak ini kerata Viva. tapi janji ada kereta bukan macam aku, naik bus je.
“Hari ini balik naik bus je. Kereta Adnan pinjam. Dia nak pergi date” tersentak aku  bila dengar perkataan date. Adnan date? Sah mamat tu dah jumpa pertunjuk.
“Elok la tu. Nanti tak ada la dia selalu seru nama saya. Lepas in mesti dia seru nama makwe dia” aku menlepaskan nafas lega. Tanpa sedar dia tersenyum puas.
“Nani suka erk dia ada makwe? Abang ingatkan awak suka kat dia” Amy tersengih-sengih. Aku yang dengar ayat tu dah tak terkata.
“Senior jangan nak mengarut. Nanti saya campak kat lautkan” dia dah menayangkan muka bengis. Tak suka! Tak suka! Tak suka!
“Oh yeke kalau macam itu tak pelah”
“Tu je ke? senior tak nak ke cerita kat saya siapa makwe dia? bila dia orang nak kahwin?” aku cuba memancing senior Amy. Teringin jugak nak tahu siapa yang malang tu.
“Aik berminat nampak” sakat Amy. Muka hanani yang merah ditenung.
“Ish mesti la berminat. Nanti senang saya nak bahan dia”
“Pernah dengar tak ayat ni. Love is like the wind, you can't see it but you can feel it by Nicholas Spark. Abang rasa Nani rasa benda yang sama tapi kenapa Nani nak nafikan” aku terkedu dengar senior Amy cakap macam itu. Sebaik sahaja bus sampai aku cepat-cepat naik. Tak nak layan dah apa yang senior Amy cakap. Suka main quotes pulak la! Mati aku. Aku perasan senior Amy duk gelakkan aku tapi apa boleh buat. Baik larikan diri. Tak gitu.
~~                                                

Petang itu seharian aku temenung. Semuanya kerana satu quote ini ‘You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams’ by Dr. Seuss. Kata-kata ini kau jumpa atas meja study dan yang paling pelik botol yang penuh dengan quote aku hilang. Aku tanya mak. Mak cakap dia tak ambik. Tapi kalau mak ambik pun pelik jugak tak kan la mak nak main kata-kata jiwang dengan ayah pulak. Mesti ayah cakap mak buang tabiat pulak. Ayah tu mana boleh buat benda yang diluar jangkaan nanti dia bising. Telinga kau jugak yang tak tahan nak dengar. Perkara yang paling aku sedih senarai top 5 aku pun hilang. Ai punya la berhati-hati aku jaga benda itu. Sejak form one lagi itu. Nak buat report polis boleh tak?

“Botol quotes hilang ke?”
“A’ah” aku masih dalam dilema. Mana benda itu pergi erk?
“Bila hilang?”
“Semalam balik-balik dah hilang” tengok angin pun tahu aku sedih.
“Ada orang curi ke?”
“Rasanya la. Tapi siapa yang berminat ya?” aku bingung.
“Saya” aku terkedu. Aku cakap dengan siapa? Cepat-cepat aku berpaling. Adnan? Aku nampak dia berlari menjauhi aku sampai melambai-lambai. Aku cakap dengan dia ke tadi? Cepat-cepat kepala diketuk pelahan. Aku dah tak betul!
~~

            Aku relakan je Adnan rawat luka aku. Hairan. Tak sakit langsung walaupun teruk kaki dan tangan aku berdarah. Macam mana aku boleh luka? Masa balik kelas aku melintas jalan. Entah macam mana tengah syok aku melintas ada orang langgar aku. Aku yang tak bersedia sempat mengelak sikit. Tak pasal-pasal aku jatuh macam nangka busuk. Tapi tetap ada luka. Aku jalan macam biasa pergi bus stop. Sampai bus stop aku tengok Adnan pandang aku pelik. Aku lagi pelik dia pandang aku pelik. Lepas itu cepat –cepat dia pegang aku.
            “Kenapa ini?”
            “Accident”
            “ Teruk ini. Jom pergi klinik” gesa dia
            “Nak balik rumah”
            “Jangan degil”
            “Tak degil pun”
            “Jangan nak melawan”
            “Tak melawan pun” Adnan bengang dengan aku. Lantas aku ditarik. Dia keluarkan sapu tangan dari beg. The rest of story, dia sekarang tengah bersihkan luka aku.
            “Tak kan la quotes hilang jadi macam orang tak betul” marah dia. Aku nampak muka dia bengis. Dia tak tahu kenapa benda itu penting untuk aku. Dia tak nampak semua itu. Dia hanya nampak kertas yang diconteng dengan kata-kata. Dia tak tahu semua itu.  Aku dah sebak rasa nak menagis bila dia marah cakap ‘tak kan la quotes hilang jadi macam orang tak betul’. Aku ketuk kepala dia sekali. Lepas itu aku ketuk-ketuk tangan dia.
            “Quotes itu la cara saya lupakan awak! Quotes itu la tempat saya lupakan cinta saya dekat awak! Dan quotes itu la buat saya semakin benci awak” jerit aku.  Tangannya aku ketuk. Melepaskan geram. Dia hanya membiarkan. Tersedu-sedu aku menangis. Aku tak pedulikan orang sekeliling dah. Biar pi depa nak tengok pun!
Hanani tersendu-sendu. Tangisannya makin perlahan. Sebaik sahaja tangisnya beransur pudar Adnan memegang muka Hanani dengan kedua-dua belah tangannya.
“Quotes itu patut hilang sebab dia membuatkan awak lupakan saya sedangkan saya masih setiap mengingati awak. Quotes itu membuatkan awak lupakan cinta awak dekat saya tapi quotes itu tak boleh nak lupakan cinta saya pada awak. Malah semakin lama cinta itu makin kuat. Quotes itu membuatkan awak semakin bencikan saya tapi saya semakin sayang awak”luah Adnan. Air mata dipipi Hanani disapu. Satu senyuman dihadiahkan kepada Hanani.
“Saya benci awak”
“Saya cinta awak”
“Saya tetap benci awak”
“Saya tetap cinta awak” akhirnya aku tersenyum. Aku tak boleh nak benci dia kerana dia ada dalam carat top 5 hati aku. Walaupun aku padam nama dia, memang dah terukir dalam top 5 tersebut. Aku mengalah. Aku tak boleh nak buang nama dia.

semoga berhibur...maaf untuk segala kekurangan...^_^

10 ulasan:

putri nia adelia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
putri nia adelia berkata...

Sayang,tulisan tu kna sama saiz ye...standardize senang nk bce,yg kecil tu susa skit nk bce
ejaan pn ad few yg salah...

papepun 0verall nice j0b
keep it up

<3 Ain Hime

o-ReN berkata...

kak Putri Nia; nanti aid betulkan..tak tahu kenapa tak standart tulisan itu..hhhe..
nnt aid betulkan...:)
terima kasih.
:)

Tanpa Nama berkata...

Cerpen yang menarik. TQ.

o-ReN berkata...

tanpa nama...:
tq sudi bace...:)

Nurul berkata...

yeah...kudo Shinichi a.k.a Detective conan...haha2 sya suka anime ni sgt suka...kawaiii

menarik cerita awak kak Aiddin.. ^_^

o-ReN berkata...

nurul: yap shinichi....suka cite uh...
time kasih sudi bace...:)
^_^

ArifahLee's berkata...

menarik! sayasukasayasuka :)

o-ReN berkata...

Arifahlee's: terima kasih sdi suka...anda suka saya pun suka...
^_^

DalilahMRz berkata...

What a nice story. Idea awk sgt kreatif, laen dr yg laen. Congratulation for it sis :)