Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

20 November 2012

Cerpen: Kita








“Aien aku tengok sejak kita datang sini, aku tengok Hazwan dengan kau macam dingin je” Aida melahirkan rasa yang curiganya.
 Percutian empat sekawan di Vila Jojo bersama pasangan masing-masing merupakan satu aktiviti tahunan mereka.
Ain yang sedang leka membelek majalah hanya tersenyum.
“Aku rasa biasa je”
“Yelah Aien aku tengok si Wan tu lain macam je. Kau ada buat apa-apa ke?”
“Lain macam? Lain macam mana tu?”
“Aku tengok Wan layan kau dingin je” luah Mimi.
“Biasa la tu. Cuaca sejukkan. Tu yang kau rasa dia dingin” seloroh Aien
“Dah la tu korang biar la mereka selesaikan masalah mereka tu” sampuk Dila. Dia sedang menonton televisyen terganggu dengan perbualan mereka bertiga. Baginya masalah rumahtangga harus diselesaikan oleh pasangan masing-masing tanpa masuk campur pihak lain.
“Aku dan Hazwan tiada masalah” putus Aien sebelum menyambung kembali membelek majalah tersebut.

Ikan yang sudah diperap dimasukkan ke dalam oven sebelum ditutup oleh Tuah.
“Tak sangka kita kalah dengan mereka” keluh Ikram. Pisau ditangan dicampak ke dalam sinki.
“Kita pandang sebelah mata dekat  dia orang” putus Tuah. Siapa sangka mereka kalah dalam bermain bola baling pantai. Gara-gara kalah mereka terpaksa menyiapkan makan malam untuk seisi rumah.
“Hazwan asal kau masukkan banyak sangat tu.” tegur Hisham sebaik sahaja melihat Hazwan memasukkan satu plastik asam jawa ke dalam lauknya.
“Saja. Lagi pun Aien suka makan masam-masam” Hazwan tersenyum.

“Weh kau nak bunuh kami ke?” marah Mimi. Cepat-cepat dia mencapai gelas yang berisi air oren. Lalu dihirup. Gila masam asam pedas ni.
“Kan aku dah cakap tadi Wan” marah Tuah. Yang lain sudah pun menolak asam pedas Hazwan . Tak boleh nak makan, gila masam. Dah rasa macam asam pedas basi dah. Semua mata tertumpu ke arah Aien yang masih ralit memakan asam pedas tersebut. Sikit pun tidak terganggu. Berkerut kening Hazwan. Masakan?
“Betul kata Wan. Kau suka makan yang masam-masam erk?” tegur Hisham
“Ni kira kau masak untuk Aien sorang la ni” Tuah sudah bersandar pada kerusi.
“Sayang betul dia kat bini dia” Ikram
“Tapi Aien…”
“Eh Aida asal kau tak makan” belum pun Aida sempat menghabiskan kata-katanya ia dipotong oleh Aien.
“Sudah la jom la makan”
Hazwan hairan. Kenapa Aien masih makan lauk tersebut. Dia tahu Aien paling benci makan asam pedas terlebih masam. Niat dihati hendak kenakan Aien tapi lain pulak yang jadi.
~~
Pintu bilik tidur mereka diselak dari luar. Terpisat-pisat Hazwan. Aien tidak disebelahnya. Mana pulak pergi perempaun ni. Jam ditepi katil dicapai.
Pukul 3 pagi. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka kelihatan Aien sudah pun terbaring didepan pintu biliknya. Terkejut dengan itu.Hazwan  terus menerpa kearah Aien. Tubuh itu dicempung sebelum masuk ke dalam bilik. Sah bahana asam pedas tadi. Dia tahu. Tapi kenapa?

“Agak-agak awak kan saya boleh tak bahagiakan awak?” soal Aien. Dia memandang Hazwan yang sedang mengacau bubur ditangannya.
“Entah mana la saya tahu. Awak yang tentukan” acu tak acu sahaja jawapan Hazwan. Aien senyum.
“Saya cintakan awak lebih dari diri saya” luah Aien.
“Mmmm” Hazwan memasukan bubur ke dalam mulut Aien. Tak ada jawapan unuk soalan itu. Dia masih dalam mood dingin.
Thanks sudi jaga saya”
Mmmm
“Saya dah kenyang” sudu dari Hazwan ditolok pelahan.
Sure?” soalan Hazwan. Masakan? Sikit sangat Aien makan. Penat-penat dia masak pagi-pagi. Hanya sedikit sahaja yang dimakan Aien.
“Saya nak rehat kejap. Penat” selimut ditarik menandakan ia mahu tidur. Hazwan hanya membiarkan. Dia tidak sihat. Rumus Hazwan.
~~


“Gaduh dengan Aien erk?” Ikram menyiku Hazwan.
“Mana ada” dalihnya
“Yea yea je. Macam la aku baru kenal kau 2 jam”
“Cerita la kenapa kau merajuk dengan dia. Dah tiga hari kita dekat sini kau masih tak baik dengan dia kenapa?”
Jealous punya pasal” luah Hazwan. Ikram sudah pun ketawa terbahak-bahak. Dah agak dah, si Hazwan ni jealous dia kemain lagi.
“Kes?”
“Nampak dia dengan Mirul sebelum kita datang sini”
“Keputusan?”
“Aien cakap, hanya cakap-cakap kosong je”
“Dah tu”
“Tapi cara dia serius. Mirul siap pegang tangan dia je. Mana aku tak jealous” luah Hazwan dia sudah pun bersandar. Aien ni kenapa ramai sangat peminat. Tak pasal aku dah meroyan.
“Susah betul dapat bini lawa ni” keluh Hazwan.
“Tahu pun. Kau patut bersyukur dia pilih kau dari mirul. Hot girl dekat department kita. Top shoot tiga tahun berturut-turut” selit sedikit bangga dalam diri Ikram. Siapa tak bangga bila dapt kawan yang mempunyai rekod yang mengagumkan. Penembak terbaik dalam unit mereka. Siapa tak nak kan. Dia yang dah lama dalam kerja ni pun susah nak cipta rekod tu untuk 3 tahun berturut-turut. Inikan Aien, perempuan pulak tu. Siapa tak bangga.
“Memang la bersyukur tapi…”
“Dah-dah la. Kau ni tak baik taw buat Aien macam tu. Kau kenakan dia. Tak pasal sakit perut budak tu makan asam pedas kau”
“Mana tahu dia makan jugak”
“Dia sayangkan kau”
“Aku pun” bahu Hazwan ditepuk Ikram. Dia bangkit meninggalkan Hazwan. Membiarkan lelaki itu memikir penyelesaian tersebut.

~~


“Serius tak nak join?” soal Aien sekali lagi. Dia mendongak ke arah Hazwan, mata dikecilkan. ‘Ish jangan la buat muka macam tu Aien sayang oi. Boleh tergugat iman abang ni’ detik Hazwan. Dia masih dalam mood mogok. Semalam Aien still tak nak bagi tahu hal sebenar kepadanya. So, dia masih akan meneruskan mogoknya.
“Mogok lagi?” soal Aien.
“Selagi Aien tak bagi tahu hal sebenar, Wan akan mogok” putus Hazwan.
“Orang mogok rugi. Mogok la wan mana tahu hari ni hari terakhir Wan mogok dengan Aien” ada nada sayu dihujung suara Aien.
“Kenapa Aien cakap macam tu” hatinya diragut kerisauan. Aien kenapa?
“Yelah lepas ni Aien pujuk Wan dan Wan tak merajuk lagi” dia ketawa sebelum berlalu meninggalkan Hazwan.
~~
Click! Click! Dari tadi Hazwan tidak lekang mengambil gambar Aien dari jauh. Ambik curi-curi. Nak ambik depan-depan tak boleh nanti Aien tahu dia ikutnya.  Melihat Aien ketawa dan tersenyum membuatkan dia rasa bahagia. Kalau la Aien tahu pasti dia kena ketawakan. Maklum la dia mana boleh merajuk lama-lama dengan Aien.
Click!
Gambar Aien bersama seorang pelancong diambil. Selamat la Aien bukan model. Kalau tak putus jari aku kena gigit tiap hari.
~~


“Mana Aien?” soal Tuah sebaik sahaja Hazwan masuk menghempaskan badannya di sofa. Semua sahabatnya berada disitu. Tuah, Ikram, Dila, Hisham, Aida dan Mimi. Sambil menikmati cheese kek yang dibuat Mimi.
“Kenapa sayang?” soal Aida. Dia yang lentokkan kepala dibahu Tuah menyoal.
“Wan mogok dengan Aien” akhirnya terluah jugak ayat tersebut dari mulut Tuah.
“Oh patut la” serentak Mimi, Aida dan Dila bersuara.
“Kenapa baby tak bagi tahu sayang pula” Dila menarik telinga Hisham. Hal punya la serius sikit pun suaminya tidak memberitahunya. Adakah patut.
“La baby ingatkan sayang dah tahu” Hisham mengosok telinganya. Perit akibat ditarik Dila. Hisham ni nampak je garang tapi bila dengan dila menikus. Takut bukan main. Ops bukan takut sayang bini la katakan.
“Kenapa Wan?” soal Mimi.
“Ish awak ni tak payah la masuk campur. Ni hal mereka” Ikram menyiku tangan Mimi. Mimi yang sedang menyuap kek  ke dalam mulut terkedu apabila kek tersebut mengena pipinya.
“Awak! Tengok tak pasal pipi saya kena cheese kek” Mimi menarik muka.
“Alolo meh saya lapkan” cheese kek dipipi Mimi disapu dengan jarinya sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Yum…yum…makin manis pulak” Ikram mengenyit mata pada Mimi. Terkedu Mimi dengan sikap romantic Ikram tiba-tiba.
“Oit nak romantic masik bilik la” Hazwan membaling bantal kecil ke arah Ikram. Tepat mengena muka Ikram.
“Jealous la tu. Tulah mogok lagi siapa yang rugi diri sendiri jugak” sindir Ikram.
“Kau ni memang taw. Bukan nak tolong aku”
“Sendiri cari pasal sendiri tanggung” giliran Tuah pulak mengenakan Hazwan.
“Abang dah la tu. Sian wan” tegur Aida.
~~
Aien mengusap lembut pasir yang terdapat tidak jauh dari ruang belakang vila mereka. Dia menghampiri semak yang berhampirian. Terdapat ranting-ranting yang baru patah dan kesan tapak kaki. Mereka! hati Aien sudah berdebar. Perlahan-lahan dia berjalan mengekori jejak tersebut. Akhirnya apa yag dinanti sudah pun muncul. Pistol yang tersimpan kemas dibelakang pinggangnya dikeluarkan. Langkah kakinya terhenti apa bila mendengar suara orang berbual.
“Bos rasa rancang kita okey ke?”
“Okey punya. Kan kita dah rancang. Kita tembak lelaki tu dari jarak jauh macam yang dirancang.”
“Bos dalam vila ni semua polis bos. Bukan calang-calang orang”
Konco-konco Black! Cis mereka ni tak serik. Ada hati nak tembak laki aku. Sebelum kau tembak laki aku meh aku tembak kau dulu. Aien menarik picu pistolnya perlahan-lahan. Dia meniarap mencari posisi yang tepat. Seminggu yang lalu satu surat ugutan diterima khas untuk Hazwan. Mirul la yang banyak membantunya dalam kes ini. Kalau boleh dia tak nak Hazwan tahu pasal perkara ini. Dia tahu nanti Hazwan pasti akan risaukan dia lebih dari dirinya. Maka perkara ini tekad dirahsiakan. Bukan dia tak tahu Hazwan merajuk kerana nampak dia keluar dengan Mirul. Tapi apa kan daya semua tu adalah untuk keselamatan mereka semua.
Pistol tersebut tepat dihalakan ke arah seorang konco Blank.
Bang!
Satu tembakan tepat mengena salah satu konco Black.
“Kita kena serang” jerit salah seorang konco Black. Lintang-pukang mereka mencari tepat bersembunyi. Aien tersenyum sinis. Nak serang hendap. Meh aku hendap korang. Satu persatu das dilepaskan ke arah semua konco Black. Aien tersenyum puas. Semua tumbang. Dia keluar dari tempat persembunyian dan melangkah ke arah semua mayat yang sudah pun terbaring.
“Tak pasal korang mati katak” Aien duduk mencangkuk disebelah orang kuat Black.
“Sebelum nak apa-apakan suami aku langkah mayat aku dulu” kata-kata tersebut diluahkan geram.
Satu bunyi tembakan kedengaran. Aien kaget. Pistol ditangannya terlepas sebelum dia rebah.
“Kau rupanya perempuan. Kau cari maut dengan serah diri dekat aku”
Cis Black. Bodoh kenapa aku tak perasaan dia tak ada tadi. Black menghampiri Aien yang sudah terbaring ditanah. Tangan Aien dipijak. Kesakitan dari tembakan telah menyerang dirinya.
“Mati la aku perlahan-lahan disini sambil aku menikmati darah Hazwan. Hari bertuah aku bila kau jadi hadiah kau” Black ketawa kuat sebelum menendang kuat perut Aien. Aien mengerang kesakitan akibat dari sepakan tersebut. Nafasnya sudah turun naik.
“Haz…wa…n..” tersekat-sekat Aien bersuara. Melihat Black sudah berjalan menuju kearah vila mereka membuatkan Aien tekad. Dia akan pastikan perjuangannya sebelum ni tidak sia-sia. Pistol dicapai sebelum tepat mengena kepala Black. Kesan tembakan dibelakangnya diraba. Perit. Seluruh tenaga dikumpul. Dia perlu pastikan Hazwan selamat. Perlahan-lahan dia bangkit. menahan sakit yang mencengkam seluruh tubuhnya.
~~
Vila Jojo menjadi sunyi.
“Korang dengar tak apa yang aku dengar” Hisham memecah kesunyian. Melihat seisi vila menganggu membuatkan dia yakin dia tidak salah dengar.
“Bunyi pistol” Aida bersuara.
“Semua duduk dalam kumpulan” arah Tuah. Hatinya sudah tidak enak. Hazwan bangn dari kerusi secara mendadak sebelum belari kearah pintu.
“Wan!” jeritan Ikram menahan Hazwan dari bertindak terburu-buru.
“Aien, Ikram. Aien… aku risaukan Aien dia ada dekat luar.” Lauh Hazwan.
“Sabar-sabar Wan faham. Tapi kau jangan pandang rendah dekat Aien. Aku yakin dia selamat.” Pujuk Ikram . Walaupun hatinya sendiri tidak enak.

Bilik tidur mereka dituju. Semua sudah berkumpul di ruang tamu vila jojo.
“Pistol Aien tak ada” Hazwan bersuara.
“Aku yakin Aien selamat” bunyi tembakan masih kedengaran. Walaupun samar tapi dapat ditangkap oleh mereka kerana bunyi tersebut bagaikan ringtone hidup mereka.
“Bagi kepada dua kumpulan. Satu periksa dekat luar satu kumpulan periksa belakang rumah. Hati-hati” arah Tuah. Dia merupakan ketua squad sudah biasa mnghadapi perkara ini.
“Aku pasti Aien selamat” Hisham memberi semangat. Mudah-mudahan semua selamat.
Belum pun sempat mereke menyerbu pintu luar. Pintu tersebut dikuak. Masing-masing sudah bersembunyi. Tuah memberi arahan berhati-hati. Belum pun sempat mereka bertindak. Hazwan berlari menuju pintu.
“Wan!” jerit Ikram.
“Aien! Mana awak pergi. Saya risau” jerit Hazwan. Tubuh Aien dipeluk kemas. Sebaik mendengar nama Aien meniti dibibir.
“Aien okey. Tak pernah se-okey ni” pelukan masih tidak dilepaskan.
“Aien muka kau pucat” tegur Aida. Mereka sudah pun mengelilingi Aien. Tuah dan Hisham masih dalam keadaan berwaspada.
“Aien sayang Wan. Sayang sangat-sangat. Aien tak pernah menyesal pilih wan”
“Kenapa Aien cakap mcm tu?” Hazwan cuba merugkai pelukan tapi Aien mengukuhkan pelukan tersebut.
Hazwan hanya membiarkan. Lama kelamanan pelukan Aien terasa longgar sebelum badannya hilang kekuatan untuk berdiri.
“Aien..Aien” Hazwan terkejut.pelukan dilepaskan. Dia terkaku apabila melihat ada darah ditapak tangannya.
“AIEN!!” Hazwan menjerit kuat.



^_^...
sesaja....:)
maaf untuk segalanya....^_^

6 ulasan:

riyadh berkata...

alaaa..abis camni je k??

o-ReN berkata...

Riyadh: yap habis macam tu je...
:)
terima kasih sudi bce....^_^

Ruunna Qizbal berkata...

best gila kot.. tpi apasal last jdi mcm ni.. hihi

o-ReN berkata...

ruunna qizbal: terima kasih sudi bce cerita tak seberapa ini...^_^
saya pun tak tahu kenapa jadi macam itu,,,,hehheh

KaryakuHatiku berkata...

alahai...pmulaannye sweet...
tp pengakhirannya sedih!...
tak dpt bygkan kperitan tersebut...
*sedih!
ape2 pun best... :)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.