Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

14 November 2012

cerpen: Kisah Dairiku




   Hidup aku bukan la sesuatu yang indah seperti cerita dogeng. Kadang-kadang aturan hidup ini aku susun supaya menjadi terindah. Rupanya aku salah dalam mentafsir kisah hidup ku. kisah yang penuh dengan pengalaman pahit manis. Ia mengajar aku mencari kemaafan. Siapa sangka perjalan hidup yang perlu aku tempoh kelihatan terlalu berliku. Kepada mu wahai kisah dairi ku titipan semua kenangan hidup ku.

Diari 1:

         D ni sekali aku tengok aku dah jatuh pengsan. Dua kali tengok aku rasa nak jatuh rindu. Maka itu aku tak berani nak tengok untuk kali ketiga. Itu belum dia tengok aku lagi kalu dia tengok aku pasti si D jatuh tersungkur.
Aku Miranda James gadis paling hot di alam semeste ni. Anak billionaire, ada rupa dan bakal. Kalu kalian nak tahu siap yang pandang aku sekilas pasti akan berpaling untuk tengok aku kali kedua. Maklum la aku kan jelitawan kolej. Semua berlumba-lumba nak jadi pakwe aku. Penat la jugak aku tolak. Apa boleh buat orang cantik macam aku ni ramai yang minat.
 Aish. Dia menongkat dagu.

Tapi kenyataan sebenar adalah sebaliknya. Waaaa. Dia menekup muka di atas meja batu tersebut. Aku Maria Mersedes. Okey aku gurau je. Angan-angan nak nama orang putih sekali tengok nama sebenar melayu tulen. Orang panggil aku G, G untuk Gila. Sejak semester satu lagi aku terpaksa gendong nama ni. Aku tak kesah bagi aku G tu untuk Glamour. Aku anak jati Malaysia. Aku tak ada rupa dan bakat yang aku ada satu je azam. Orang pandang aku sekilas akan menoleh balik. Bukan sebab aku lawa tapi sebab nak ejek ataupun gelakkan aku.
Haaaaa. Stress! Tiada siapa pun nak kat aku. Apatah lagi nak jadikan aku makwe dia orang.
“G” tegur satu suara. Aku yang tengah layan feel mendongak.
“Asal?” soalku. Ni la satu-satu kawan aku. Dia pun punya nasib yang sama cuma dia ni beza sikit dengan aku. Nama dia Ferhed Damian nama ala-ala orang putih sikit. Anak orang kaya la jugak beza dengan aku hanya anak pengembala lembu. Muka dia cerah dari aku. Aku kuning langsat sikit. Muka aku tengah musim 'menuai' sebab apa aku cakap macam tu sekarang ni jerawat dekat muka aku ni berlumba-lumba tumbuh. Lebih kurang dengan Ferhed sahaja yang berbeza Ferhed punya jerawat besar-besar.
“G sampai hati Ferlina buat aku macam ni. Dia simbah aku dengan air milo. Habis baju aku. Aku ni abang sepupu dia. Mana hormat dia dekat aku” luah Ferhed. Rasa kecewa pun ada. Bila depan parents Ferhed pijak semut pun tak mati.
G mengeluh.
“Selamat la D aku tak kejam macam tu. Tapi bila sepupu kau ada dengan dia tu yang aku sakit hati. Suka dia je kenakan aku. Selamat D ada bela aku” Aku tersenyum. Memang D tak kejam seperti kawan-kawannya yang lain. Bila dia kene kutuk pasti D bela. Beza dengan Ferhed tak ada siapa bela. Aku jugak yang bela dia.
“Salah ke kalau aku cinta kan dia. Aku pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan”
“Well…well… ugly betty dan ugly ducking tengah bercinta la” tegur satu suara. Tak lain tak bukan Ferlina. Dia mana boleh tengok kami senang sahaja yang dia tak puas hati.
“Lina kenapa cakap macam tu” tegur Ferhed. Tak suka bila sepupu merangkap orang yang tercinta cakap macam tu.

Diari 2
Pagi tu aku terkejut bila tengok aku dengan Ferhed dalam satu bilik dengan keadaan yang mengaibkan. Aku malu, kecewa dan hampa. Ferhed pun sama. Kami terperangap. Semuanya angkara Ferlina dan ashari. Apa dosa kami pada dia kami pun tak tahu. Malam sebelum kejadian Ferlina dan ashari ajak aku dan Ferhed pergi party ashari. Ferlina cakap dia dah insaf dan minta maaf. Aku dah maafkan dia. Tapi dia cakap bila aku terima jemputan dia baru dia anggap aku maafkan dia. Aku dan Ferhed terima dengan hati yang terbuka. Nak-nak Ferhed, dia la yang paling gembira bila Ferlina nak baik-baik dengan dia. Buah hati la katakan. Malam tu aku dah Ferhed pergi jugak parti tu. Ashari dan Ferlina la yang paling happy dengan kedatangan kami. Dia jamu kami macam-macam. Dalam tak sedar ada pakatan dalam mengenakan kami. Kejadian tu pun terjadi. Aku buntu. Dalam mengejar cita-cita dan cinta aku tewas. Ferhed pun sama. Dia mengambil keputusan tinggalkan negara ni. Aku? Aku masih dekat sini. Menghitung hari. Ferhed ada juga kata dia sudi bertanggungjawab tapi aku tak bagi kata putus. Aku tak buntu. Sejak peristiwa itu aku dah jarang ke kolej. Aku terperap je dalam bilik. Aku takut sangat. Ibu dan ayah pun hairan. Takkan aku nak cerita dekat ibu dan ayah nanti tak pasal ibu dan ayah terkejut besar anak di buat perkara tak elok. Aku tak buat aku terperangkap!


Diari 3

“G terima aku. Aku bukan la lelaki yang sempurna tapi aku akan jadi sempurna untuk kau. Kau bukan la orang yang aku cinta tapi aku akan cintakan kau sebagai isteri aku. Aku terima takdir ini, G. Aku terima kau kerana Dia, Dia yang tahu segalanya. G beri aku peluang untuk mengikut takdir yang ditentukan untuk kita.” Ferhed sudah pun melutut. Air mata yang ditahan mencurah-curah keluar. Aku takut. Andai itu ketentuannya aku terima.
“Aku benci dia. Benci!” jerit aku. Sakit hati dah digaul jadi satu rasa dendam.
“G. Kita balas balik perbuatan dia orang.” pujuk Ferhed. Aku tahu Ferhed bukan la seorang pendendam tapi bila Ferhed jadi pendendam dia agak menakutkan.
Berbeza dengan aku yang agak pendendam. Aku bukan la seorang pemaaf.
“Betul kita akan balas balik perbuatan dia orang?” aku meminta kepastian. Walaupun tanpa persetujuan Ferhed aku tetap akan balas juga. Perbuatan mereka betul-betul melampau.
“Ferhed, aku tak tahu nak buat apa. Aku tak boleh fikir...”
“Kau ikut aku pergi Sydney. Aku tak akan kacau kau kat sana G. Kau ikut aku, G.” Ferhed masih setia memujuk aku. Kami pernah bincang dulu. Bila aku dan Ferhed kahwin kami akan pergi Sydney. Kat sana kami akan hidup seperti biasa. Ferhed dengan dunia dia. Aku dengan dunia aku. Kami janji akan berubah dan dalam masa tertentu kami akan bersama semuanya untuk payback kami. Kenapa kahwin jika terpaksa mengikut haluan sendiri?


Diari 4
Dah hampir setahun peristiwa itu berlaku dan hampir setahun juga aku tak jumpa Ferhed. Aku rindu dia, rindu gila. Kami dah kahwin setahun yang lalu pada mulanya aku tak nak terima. Aku tahu susah Ferhed untuk terima aku tapi aturan takdir berbeza. Ferlina buat hal lagi. Dia hantar gambar Ferhed dan aku malam kami terperangkap tu. Ibu dan ayah aku terkejut begitu juga ke dua orang tua Ferhed. Ayah halau aku dari rumah katanya aku hanya bawa malu padanya. Aku akur. Ferhed datang bertanggungjawap dia la yang banyak tolong aku. Dia yang jernihkan keadaan walaupun pada mulanya semua itu seolah-olah sukar. Ibu menangis teresak-esak. Aku apatah lagi. Keputusan dicapai kedua-dua pihak agar kami disatukan.
Ferhed suami aku. Dia restu untuk semua keputusan aku. Dia bagi aku peluang untuk aku lupakan semua ini. Walaupun hampir setahun tak jumpa ia tidak bermakna aku dan Ferhed tak berhubung.
Bayu pagi tu aman damai. Aku membalut tubuh badan dengan sweeter.
“Ferhed aku rindu kau” luah aku tanpa segan.
“Ferhed rindukan Manis. Rindu sangat” aku terkejut. Suara itu. Aku berpaling. Seorang lelaki yang cukup tampan berdiri dibelakang aku.
“Kau siapa?” soal aku teragak-agak.
“Manis, makin cantik” lelaki itu bersuara lagi. Aku sudah melangkah kebelakang. Aku tak kenal dia serius tapi suara dia...
“Manis semanis tuan punya badan” lelaki tu tersenyum. Aku terkedu. Air mata aku sudah pun mula membanjiri tubir mata. Aku kenal dia. Kenal sangat.
“Ferhed...” dia mendepakan tangannya. Tanpa buang masa aku sudah pun berlari dalam pelukkan Ferhed.
“Kita berjaya manis” ucap Ferhed.
“Betul Ferhed kita dah berjaya”
“Jom manis” dia menghulurkan tangan. Aku binggung.
“Manis dalam masa setahun ni aku belajar untuk melupakan semua dendam. Aku belajar untuk bencikan cinta tapi aku tak boleh. Dalam masa aku bencikan cinta, baru aku sedar. Aku cintakan kau. Aku tak boleh bila kau tak ada. Aku sedar untuk tuturkan kata cinta pada kau mudah bagi aku kerana cinta itu memang untuk kau. Kenapa la waktu kita berpisah aku sedar ni semua” ada keluhan dihujung suara itu. Aku tersenyum.
“Aku nak kenalkan kau pada seseorang” tangannya aku tarik mengikut langkahku. Aku bahagia.
“Inilah Ferhed” aku kenalkan D pada dia. Aku kesan raut wajah tak puas hati dia. Aku kenal dia lama la jugak so aku tahu bila dia tak puas hati.
“Hai, Darius” lelaki itu memperkenalkan diri. Ferhed masih tergamang. Lengannya aku siku. Cepat-cepat Ferhed menyambut huluran tangan darius.
“Ferhed”
“Ferhed Damian, TLC?” ada nada teruja di hujung suara Darius. Aku hanya menahan tawa.
“Yap” Ferhed memandang aku.
“Serius bro, kau nampak berbeza dah macam bersalin kulit pun ada” dia teruja. Bahu Ferhed ditepuk-tepuk.
“Masa yang menentukan ini semua”
“Darius” aku menekan suara memberi isyarat untuk meneruskan hal sebenar. Darius berdehem.
Malam itu Ferhed bermalam di tempat aku. Agak kekok jugak la maklum la dah lama tak jumpa dia. Setahun la jugak. Masa setahun itu aku manfaatkan dengan membuat perubahan diri ini. Aku bukan G yang dulu. G seperti ugly Betty. Sekarang aku adalah Manis, Manis Kesuma binti Najib. Padi-padi dulu sudah hilang, aku yang spec dulu dah tak guna dah. Rawatan laser aku gunakan untuk merawat mata. Alhamdulilah semua dah semakin baik dan aku bersyukur untuk semua ini tiada lagi G stand for gila hanya manis. Begitu jugak Ferhed, dia tak kurang hebat juga yang dulu saiz tong drum skarang dah saiz baldi. Itu sebab aku tak kenal dia pada mula. Tapi macam mana dia kenal aku?
“Darius nak kahwin” suara Ferhed memecahkan ruang tamu.
“Dah jodoh”
“Tak frust ke?”
“Frust la jugak” jawapan selamba aku mendapat jelingan dia.
“Yelah buah hati la katakan”
“Ha'ah buah hati bukan buah jantung” aku sendiri hairan kenapa aku boleh loyar buruk tahap petola.
“Let's talk about us” Ferhed dah masuk mood serius. Dia dah menghadap aku. Saat itu aku dah gugup.
“Hubungan kita?”
Aku menjungkit bahu. Entah aku pun tak tahu. Dulu dia yang memandai buat keputusan sekarang?
“Banyak benda yang Ferhed belajar dekat sana. Mungkin erti warna kehidupan ini.”
“Ferhed rasa keputusan yang kita buat ini tak salah”
“Opss bukan kita” pintas aku. Dulu aku buat keputusan mengikut dia. Hampa dia langsung tak benarkan. Dia menarik sengih.
“Ferhed pergi sana untuk berubah. Ferhed tak nak Manis malu dengan Ferhed. Ferhed nak tengok Manis pandang Ferhed sama macam Manis pandang Darius dekat kolej dulu. Ferhed nak jadi orang yang Manis lihat sampai ke hati.” sayu suara itu. Aku sedar aku bukan la jelitawan dulu sehingga bermimpi berpasang dengan rupawan. Aku dah tekad hanya akan setia dan mencintai sesiapa sahaja yang menjadi suami aku.
“Ferhed salah!”
“Bukan rupa yang dicari tapi hati dan jiwa” sambungku.
“Ferhed takut manis berpaling”
“Setiap hari dan masa Manis rindukan Ferhed. Manis hanya nak Ferhed bukan orang lain” aku menahan sebak. Siapa aku jika dibandingan dengan dia.


Diari 5`ending
Dari jauh aku lihat Ferhed seronok melayan kanak-kanak yang bermain di tepi pantai. Syukur segala masalah hati dan perasaan sudah selesai. Ferhed suami dan sahabat aku, tiada siapa yang boleh ubah kenyataan tersebut rasa baru semalam tengok Ferhed frust dengan Ferlina, baru semalam tengok dia bergaduh pertahankan ugly betty ini, rasa baru semalam dia dan Ferhed menikah, baru semalam mereka berpisah dan baru semalam kenangan pahit berlaku dalam hidupnya. Lamunanku tersentak apabila terasa bahunya dipeluk.
“Seronok Manis dapat main dengan budak-budak tiap hari, maniskan cikgu tadika” ujarnya. Aku mengangguk.
“Seronok la jugak. Sama la macam orang tu seronok dapat travel jauh-jauh” sinisnya.
“Marah erk”
“Tak la gembira sangat”
“Alolo majuk erk? Tak pe nanti kita pergi travel Manis dan Ferhed kita balik Malaysia bila dah ada baby, okey” saat tu muka aku dah merah. Segan kot.
“Ferhed sayang manis ketat-ketat” luahnya.
“Manis pun” bisik aku. Malu juga.
“Apa? Tak dengar la cakap kuat sikit” sakatnya. Aku tarik nafas.
“Manis pun sayang Ferhed juga!” jerit aku. Dia tersenyum. Lupa pulak, pasal Ferlina kami dah maafkan dia. Mungkin ini sebenarnya takdir kami. Lagi pun dia sudah meminta maaf pada kami. Setiap manusia pernah melakukan kesalahan begitu la jugak Ferlina, Ashari, Darius, Ferhed dan aku.

Kekurangan ini datang dari aidan..maaf untuk segala kesilapan…^_^
maaf dari aidan...
Tengah belajar menulis cerita untuk tatapan semua..^_^


3 ulasan:

Kk Zen berkata...

hai manis aidan..hehe..
wow,satu lg cerita yg menarik..
sangat touch..
kdg2 rupa bukan ukuran untuk kita menilai hati budi dan perasaan..so sweet..teruskan..

Tia Fatiah berkata...

oitt.. uniknya nama.. manis gittew... btw, cerita ni sangat comel tau, and berlainan dari cerita biasa.. i loikeeeeee

o-ReN berkata...

thnks kk zen and tia fatiah....^_^