Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

29 November 2012

Cerpen: Dia Wangi













LAGU TEMA CITE INI...^_^





Pap!
Hae membaling pemadam ditangannya. Balingan tersebut tepat mengenai kepala Wangi.
“Weh video je kot yang kau nangis bagai nak rak ni kenapa?”bebel Hae. Wangi hanya berpaling sebentar ke arah Hae sebelum menyambung kembali melihat video di laptopnya. Hae mengeleng sepatutnya mereka buat assignment bersama. Lain jadi bila Wangi dah mengadap laptop. “kenapa sejak memenjak ni aku tengok kau suka sangat layan video sedih-sedih ini?” Hae meluahkan rasa hairannya setahu dia Wangi tak suka tengok benda yang berunsur sedih.
“Entah la. mungkin horman aku tak stabil” Wangi tarik sengih. Laptop ditutup. Buku diatas meja ditarik.
“Kau period ke?”
“Sibuk la. Kau bukan laki aku yang perlu ambik tahu masalah dalaman wanita ini”
“Bajet wanita la sangat” sinis Hae.
“Hae aku nak tanya kau ini. Kau sayang aku tak?” soalan Wangi membuatkan Hae terdiam seketika.
“Sayang la jugak. Kau kan kawan aku yang paling rapat”
“Oh kalau macam itukan boleh tak kau tolong aku tackle Hyo” Wangi memandang Hae dengan pandangan mengharap.
“Sejak bila kau suka Hyo?” tak tahu pulak dia Wangi minat Hyo. Pelik!
“Ada la dalam dua hari aku suka dia”
“Dua hari? Kau biar betul”
“Bila pulak aku main-main ini”

Hae memandang Wangi dari jauh. Sekarang Wangi dah sah jadi girlfriend Hyo. Tak sangka Hae rupanya Hyo memang ada hati dengan Wangi. Patut la Hyo tersenyum lebar bila dia bagi tahu Wangi suka dia. Ada makna rupanya.
“Oit Hae skodeng Wangi erk” tegur Nera. Matanya jatuh pada arah pandangan Hae.
“Tak ada la. Wangi tak bagi tahu aku pun dia dah couple dengan Hyo”
“Yang kau susah hati sangat kenapa? Dia pun teringin nak couple jugak. Bukan kau sorang je. Ini kau tak ada date dengan Nurin ke hari ni” Hae menepuk dahi lupa tentang janji temunya dengan Nurin pasti Nurin dah menunggunya.
Thanks Nera. Aku lupa la” cepat-cepat Hae beredar. Nera mengeleng.

“Hae kahwin dengan aku. Aku dah nak mati” Wangi mengongcang tangan Hae. Pap! Satu ketukan dihadiahkan kepada Wangi.
“Oit main taktik kotor ajak aku kahwin. Dah aku tak layan” Hae menolak Wangi agar jauh darinya.
“Kau ini tak sporting la Hae. Jom la kahwin dengan aku” pujuk Wangi. Dia dah menayangkan muka simpati.
“Kau ini kenapa? Kau mengandung ke?” terbuntang mata Wangi.
“Mulut kau cabui la” Wangi tarik muka. Konon-konon merajuk dengan Hae. Hae menolak kepala Wangi.
“Makin lama kau makin tak betul” Hae berlalu. Malas nak layan Wangi. Wangi mengekori langkah Hae dengan pandangan mata. Kepala di gosok dia tersenyum. Sombong punya Hae. Getus hatinya.

Hae menarik gambar Wangi. Mana boleh kau ajak aku kahwin. Patutnya aku yang ajak. Gambar Wangi dijentik. Dia menarik laci. Album gambar bersiaz A4 dikeluarkan. Tertera nama Wangi dikulit hadapan.
“Wangi kau sayang aku tak?”gambar itu disoal.
“Kalau aku ajak kau kahwin kau tolak tak?” Hae senyum sendiri. Susah kalau dah angau ini. Wangi tunggu aku lamar kau taw.

Wangi merengus. Balik-balik dia sorang-sorang dekat rumah. Dia menghempaskan badan di sofa. Aku aku ke tak ada agak-agak sama tak? Ah rindunya dekat Hae. Wangi ketawa mengingati kelakuan tadi. Gila! Aku ajak Hae kahwin. Hae begong. Kira bertuah apa aku ajak dia kahwin. Kalau ikut teori siapa nak kahwin dengan dia. Langsung tak gentlemen. Tak pernah nak berlembut. Macam mana la dia boleh couple dengan Nurin.

Mata Hae mencerlung ke arah Wangi yang sedang menjamu selera dengan Hyo.
“Budak ini, semalam beriya ajak aku kahwin. Hari ini bermesra dengan Hyo. Budak ini” bebel Hae sendirian.
“Abang Hae, kenapa cakap sorang-sorang kat sini?” terkejut Hae apabila Nurin menegurnya.
“Abang tengok apa itu?” Nurin memandang ke arah pandang Hae.
“Oh abang Hae tengok Wangi erk?” ada nada mengejek dari suara Nurin. Hae hanya diam. Malas nak mengulas.
“Abang pergi la cakap kat Wangi, abang suka dia. Sampai bila nak suruh Nurin berlakon jadi makwe abang” becok Nurin.
“Wangi itu bukan macam orang lain. Dia itu ibarat jarum jam. Bertukar tempat setiap saat” luah Hae.
“Jam itu la yang duk gila. Biar pun berubah setiap saat tapi dia akan kembali pada tepat asal jugak” bidas Nurin.
“Abang nak kahwin dengan dia boleh tak?” soal Hae lurus.
“Lagi mahu tanya ka”
“Bila abang nak kahwin dengan dia?” Hae senyum.

“Wangi jom kahwin dengan aku” Hae buat muka comel.
“Tak nak la” tolak Wangi selamba dia yang sedang baca buku mendongak. Mamat ini putus wayar hijau ke?
“Hari itu aku ajak tak nak” Wangi mencebik.
“Hari itu petunjuk tak sampai lagi” lagi.
“Tak nak la”
“Jom la”
“Tak nak dan tak mungkin” Wangi menutup kasar buku sebelum berlalu. Hae merengus.

Wangi memandang kosong kertas dihadapannya. Hae bodoh! Dia menghentak meja. Tangannya digenggam. Apa nak buat Hae hati dan jiwa aku untuk kau tapi kita tak boleh nak bersama untuk selama-lamanya. Biarkan keadaan tidak berubah.
“Wangi jom la khawin” pujuk Hae.
“Tak nak la. Aku busy ini”
Masuk hari ini dah seminggu Hae cakap benda yang sama dah sudah seminggu jugak aku bagi jawapan yang sama. Hae ini macam ajar aku main pondok-pondok pulak.
“Wangi jom la” rengek Hae.
“Aku tak nak la. Dah la aku nak pergi dating dengan Hyo. Kau jangan ikut. Hari itu kau ikut habis rosak program aku” amaran Wangi. Entah apa masalah Hae, beriya dia mengekori Wangi pergi date. Wangi yang memang malas nak melyan Hae hanya biarkan. Entah mana silapnya dia boleh bergaduh dengan Hyo. Malu Wangi kejap. Tapi Hae langsung tidak berputus asa.

“Wangi kenapa kau tak nak?” sayu suara Hae. Wangi mengeluh. Dia melabuhkan punggung disebelah Hae.
“Wangi hujung minggu ini birthday parents aku. Kau datang tahu. Time itu aku nak lamar kau. Pastikan kau datang” pujuk Hae. Mamat ini tak surprise langsung la.
“Aku datang sebab mak ayah kau dah macam keluarga aku. Pasal melamar itu aku tak rasa yang aku akan terima. Jadi lebih baik jangan memalukan diri” nasihat Wangi.

Hae lelaki itu memang tak romantik sanggup. Apa yang dia buat tak kan pandang kiri kanan. Kalau dia dah buat keputusan jangan harap dia nak pangkah balik.
Dia tak tahu apa yang mendorong lelaki itu bertindak begitu. Jika dulu Hae terima lamaran dia ia masih boleh dipertimbangkan. Keputusan telah dicapai dia tak boleh kahwin sampai bila-bila.
Maaf la Hae,bukan tak sudi tapi terlebih sudi. Itu yang jadi macam itu.


Hae mengelap peluh. “Kat situ pastikan penuh dengan bunga” arah Hae. Dari pintu pagar hingga pintu rumah dipenuhi dengan kelopak bunga.
“Tak melampau sangat ke?” tegur ayahnya, Heidie. Dia hanya memerhati gelagat Hae. Nanti apa pulak kata para tetamu nanti. Terlalu romantik.
“Ala ayah, masa itu Hae ingat nak lamar Wangi. Hae dah cakap dekat dia dah”
“Wangi cakap apa?”
“Dia cakap dia akan datang sebab ayah dan mak. Dia cakap lagi dia tak nak kahwin dengan Hae” adu Hae.
“Dah tahu Wangi tak nak terima kenapa Hae buat juga. Nanti Hae yang malu”
“Ayahkan tahu kalau Hae dah cakap Hae akan buat. Jawaban dia belakang cerita” tekad Hae.
“Hae tak nak cuba pikat dia dulu ke?”
“Dah pikat dah. Tapi tak jalan”
“Ikut suka Hae la. Nanti jangan nak marah pulak kalau dia tak terima”

Terduduk Hae sebaik sahaja mendapat surat dari Wangi. Wangi dah pergi tinggalkan dia. Surat Wangi direnyok.
'kehadapan Hae yang dikasih. Aku tahu kau tunggu aku. Itu sebab aku tak datang. Hae sayang satu rahmat bila kau ajak aku kahwin. Maafkan aku, aku tak boleh terima kau.'
Hae keluar. Dia menghidupkan kereta. Dia perlu cari Wangi.

Dari jauh Hae tersenyum. Dia tahu susuk itu, Wangi. Tempat ni la akan dituju Wangi bila dia ingin ketenangan.
Hae mengambil tempat disebelah Wangi. Wangi hanya pandang sekilas. Hae tersenyum.

Wajah Wangi yang lena dibahu hanya dipandang. 3 jam tanpa kata apa-apa cukup membuatkan dia termenung panjang. Dia mengusap lembut kepala Wangi. Wangi sewangi namanya. Tangan Hae memegang erat dia dengan Wangi bukan la orang asing. Dia adalah anak angkat keluarganya begitu la dengan dia, anak angkat keluarga Wangi. Keluarga mereka sudah lama bersatu. Terasa ada titisan jatuh ditangannya. Hujan ke? Hae memandang awan. Tiada tanda hujan. Terkejut dia melihat titisan tersebut adalah darah. Wajah Wangi dipegang. Dia terkejut. Darah tersebut datang dari hidung Wangi.
“Wangi…Wangi…” Hae menampar lembut pipi Wangi. Tiada pergerakan dari Wangi. Hae kaget. “Wangi bangun” jerit Hae. Pantas Hae mengendong Wangi. Wangi perlukan rawatan!

‘Wangi sayangkan Hae. Wangi tak nak Hae terbeban dengan Wangi. Mula-mula Wangi ingat nak merasa macam mana perasaan Wangi bila menjadi isteri Hae. Wangi fikir balik. Wangi tak layak untuk Hae. Wangi akan menyusahkan Hae dengan keadaan Wangi. Wangi tak ada masa yang lama. Maafkan Wangi Hae kerana pentingkan diri’ nota ringkas itu dibaca berkali-kali.

                 Jodoh dia bukan dengan Wangi. Hampir tiga tahun kenangan itu berlalu. Wangi meninggal sejam selepas dia dikejarkan ke hospital. Semua orang terkejut. Tiada siapa duga Wangi mempunyai penyakit.
“Wangi sangat istimewa” wanita itu memeluk Hae dari belakang. Nota ditangan Hae dicapai.
“Dia insan teristimewa dalam hidup kita” ujarnya lagi.
“Nurin tak akan pernah larang abang cintakan Wangi atau teruskan mencintai Wangi”
Hae menyambut pelukan Nurin. “Wangi adalah cinta abang dan selama-lamanya menjadi cinta abang. Tapi Nurin adalah isteri abang. Cinta , kasih dan sayang abang untuk Nurin selama-lamanya” dahi Nurin dikucup.

Cinta itu susah kita nak tafsir. Biarla hati dan perasaan kita yang tafsir. Wangi adalah cinta. Tapi bukan la kekasih yang akan melengkapkan dirinya. Hidup perlu diteruskan. Kenangan tetap akan menjadi kenangan. Ia tak boleh diubah.



okey-okey..cerita ini tak best..*memang tak best pun..tapi dah ada dalam draf. so aidan harap enjoy....
maaf  untuk semua kekurangan...
aidan tengah practice buat cite sedih..heheheheh
kalau korang ada idea nak buat cite apa lepas ini boleh la bg tahu...^_^ 
hah satu lagi...idea kehabisan nama untuk watak..kalau ada siapa2 sudi sumbangkan nama amat la dialu-alukan....^_^

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

xsuke name pelik2...waaaaa...cite da ok

o-ReN berkata...

tanpa nama: apa nak buat aid dah kehabisan nama..
time kash sudi bce..^_^