Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

23 November 2012

Cerpen: Bisa Dendam








Mengigil tangan Saka melihat darah yang banyak. Dia mengengsot ke belakang. Dia ketakutan.
“Aku tak bunuh dia..Tak...tak” Saka mengigil. Dia mengeleng kuat. Kepalanya dicengkam kuat. Aku tak bunuh dia! Jerit batin Saka.
~~
Tin-tin kosong yang berada di tong sampah dikutip. “Aik asal hari ini tak banyak tin” Firus mengeluh. Guni tin ditarik. Dia masih setia mengutip tin di lorong-lorong. Hah kat sana ada satu cepat-cepat Firus berjalan menuju ke arah tin tersebut. Belum pun sempat dia mengutip dia dikejutkan dengan sekujur tubuh yang terbaring di dalam longkang.
~~

“Air” Firus menghulurkan secawan air kepada lelaki itu.
“Kaukan suspect kes bunuh keluarga kau kan?” Firus bersandar.
“Tak! Aku tak bunuh!” jerit Saka.
“Weh relax la aku tak cakap pun kau ini pembunuh” Firus berlagak selamba. Cuba menenangkan Saka.
“Aku tak bunuh. Aku tak bunuh. Aku balik tengok semua dah mati. Aku tak bunuh” Saka memeluk lututnya. Dia mengoyangkan badan kehadapan dan kebelakang. Firus hanya membiarkan. Tahu yang lelaki itu dalam trauma.
Firus berjalan menghampiri Saka yang berada dihujung dinding. Bahu Saka dipegang.
“Aku tolong kau cari pelaku tu nak tak?” pelawa Firus. Perbuatan Saka terhenti. Dia tak salah dengarkan? Firus dipandang tidak percaya.
“Sebelum itu, aku nak kau bertenang. Aku janji tak akan report polis. Kita cari pelaku itu sampai jumpa. Okey” Firus menyakinkan Saka. Sebaik sahaja Firus habis berkata-kata tubuh Firus dipeluk kemas oleh Saka.
“Terima kasih, terima kasih”
“Dah la itu. Apa-apa pun sekarang kau bersihkan diri dulu” belakang Saka ditepuk. Entah kenapa hatinya tergerak untuk membantu lelaki itu. Mungkin kerana sejarah lampaunya?
~~

“Kau cerita kat aku apa yang terjadi sebenarnya”
“Aku tak tahu bila aku sampai rumah aku tengok rumah dipenuhi darah. Aku cuak. Aku tengok mak ayah dan adik-adik aku terbaring di ruang tamu” terang Saka. Perit untuk mengimbas kembali peristiwa tersebut. Firus memusingkan kerusi studynya. Sesekali dia mendongak. Saka yang berada diatas katilnya diteliti.
“Kau kan anak orang kaya. Banyak musuh. Cuba kau senarai pendek musuh kau” Firus memberi cadangan. Siapa tak kenal keluarga Randy semua kenal. Malahan mereka berlumba-lumba untuk berkawan rapat dengan keluarga Randy.
“Aku tak tahu. Setahu aku kami tak pernah ada musuh”
“Malam ini jom kita pergi rumah kau” ajak Firus sambil tersengih.
“Aku tak nak. Tak nak” ronta Saka. Cepat-cepat Firus memaut bahu Saka.
“Weh relax la. Kau nak tahu tak siapa pembunuh keluarga kau. Kau tak teringin ke tahu motif dia. Kau nak jadi buruan polis untuk selama-lamanya. Aku tak boleh nak lindung kau untuk selamanya” pujuk Firus. Saka kembali tenang.
“Kenapa kau nak tolong aku? Kenapa kau kutip aku?” soal Saka. Dia menahan sebak. Terharu sedangkan sahabatnya yang lain lari tika dia perlukan pertolongan. Dia bukan la sesiapa untuk lelaki itu.
“Kebetulan aku kutip tin nampak kau. Aku tahu kau perlukan pertolongan tak salah kalau aku tolong” Firus meninggalkan Saka yang masih kebingungan.

Firus anak yatim piatu. Waris tunggal keluarga Syed pelajar tahun akhir jurusan kimia. Anak orang berharta tapi tak sekaya keluarga Randy. Mengutip tin hobi masa lapang untuk projek tahun akhir.
Saka atau nama sebenarnya Khalid bin Randy. Anak kepada Randy, keluarga yang terhormat di Malaysia. Berumur 22 tahun. Good looking. masih belajar. Jurusan perniagaan. Waris empayar Randy Holding. Mengemparkan negara dengan kes pembunuhan semua ahli keluargnya. Menjadi suspek utama kerana dijumpai dengan bersama mangsa dan melarikan diri.
~~

            Firus memerhati sekeliling. Masih ada pegawai polis yang bertugas untuk mengawal area tersebut. Saka dibelakangnya sudah mengigil ketakutan. Firus mengeluh. Budak ini memang la.
“Kau dengar sini Saka. Ini antara hidup dan mati kau. Kau nak bebas ataupun nak jadi pelarian selamanya. Kalau kau nak jadi perlarian kita balik.” Tegas Firus dia masih mengawal suaranya takut akan didengari oleh pengawal.
“Ak….aku nak bebas aku tak nak jadi pelarian” tekad Saka. Dia menampar mukanya berkali-kali. Firus tersenyum puas.
“Kau tahu tak rumah kau ini ada security yang kuat” Firus memegang tombol pintu dibelakang rumah. Menurut pengiraannya pengawal akan berada dibelang selang 5 minit dan tiga minit sekali. Dia kena pantas. Firus mengeluarkan sesuatu dalam bagnya sebelum memulas tombol pintu. Gotha!
“Cepat” bisik Firus menarik tangan Saka masuk dalam rumah sebelum mengunci kembali. Dia perlu bergerak pantai dan senyap dalam masa yang sama. Saka hanya tercengang. Siapa sebenarnya Firus ini?
“Menurut plan yang kau bagi aku sekarang kat sini bilik orang gaji kau kan?” Firus memerhati kertas ditangannya. Selepas puas hati dia melangkah ea rah bilik orang gaji Saka. Bilik orang gaji Saka berhampiran dengan dapur. Malahan dia berada disebelah dapur itu sendiri. Saka hanya menurut.
“Kau macam dah biasa pecah masuk rumah” Saka curiga.
“Aku tak pecah masuk rumah. Aku pecah masuk bilik kebal falkulti dan makmal” selamba Firus.
“Ada satu benda yang aku tak faham pasal kau. Kenapa polis hanya jumpa cap jari kau atas semua bukti?” Firus berkerut.
“Polis? Mana kau tahu kau polis ke?” Saka dah cuak. Dia semakin hairan dengan Firus. Siapa lelaki ini? kenapa semua dia tahu. Takkan la dia terlibat dalam semua perkara ini? Itu sebab dia nak tolong aku? Pelbagai andai muncul dari minda Saka. Dia semakin berhati-hati. Keluar mulut buaya masuk mulut naga ke?
~~

            Firus dan Saka tersandar lelah diatas sofa ruang tamu Firus. Selamat mereka sempat melarikan diri. Entah mana silapnya perbuatan mereka dapat dihidu oleh pegawal polis yang mengawal. Selamat dia sempat perasan lantas melarikan diri.
“Aku hairan satu benda” rumus Firus. Saka berkerut. Hairan?
“Maksud kau?”
“Rumah kau clear beb. Tak ada sepah-sepah dan kecurian tapi…” ayat Firus tergantung.
“Tapi apa…” Saka dah tidak sedap hati.
“Tak pe la nanti aku selidik balik” putus Firus.
“Aku tak paham kenapa kau beriya-iya nak tolong aku. Kita bukannya kenal pun. Apa motif  kau? Kenapa kau tahu semuanya?” luah Saka takut-takut. Dia perlu berhati-hati. Sesiapa bukan kawan. Firus menarik senyum
“Nanti suatu masa kau akan tahu. Aku suka masuk campur dalam urusan orang dan kau kena percaya aku sekarang sebab hanya aku je yang boleh tolong kau” dia bangkit dan menepuk bahu Saka sebelum berlalu masuk bilik.
~~

            Saka mengigit jari. Berita di televisyen menunjukan kes pembunuh keluarganya. Dia takut. Siapa yang sanggup membunuh keluarganya dan kenapa dia yang menjadi mangsa? Apa motif mereka.
Glamour kejap kau. Tiap-tiap hari keluar berita pasal kau” Firus mengambil tempat disebelah Saka.
“Ah kalau glamour pasal kes polis baik tak payah. Lagi pun sebelum ini tanpa kes polis pun aku memang dah glamour” Saka mendabik dada. Firis melemparkan bantal kecil yang berada disebelahnya. Cepat-cepat Saka mengelak apabila melihat perbuatan Firus.
“Poyo” ucap Firus. “Aku dah pertunjuk dalam kes kau” sambungnya.
“Petunjuk?”
“Jom ikut kau” Firus bangkit. Dia menuju kebilik yang berada ditengah-tengah ruang legar tingkat atas. Tombol pintu dipulas. Bilik bacaan keluarga Firus. Firus menutup perlahan pintu bilik tersebut sebelum bergerak ke belakang rak buku yang terdapat di tepi dinding. Dia menolak perlahan rak tersebut. Rak tersebut beransur-ansur bergerak ke tepi. Saka terkejut. Rak yang penuh dengan buku itu ditolak dengan mudah oleh Firus. Rak yang mempunyai ketinggian yang sama dengannya malah dipenuhi dengan buku boleh ditolakan dengan mudah?
“Weh sini-sini cepat” Firus memanggil Saka untuk mengekori langkahnya. Saka hanya menurut. Sekali lagi dia terkejut. Terdapat makmal khas dibelakang rak tersebut. Makmal yang berunsurkan warna biru. Meja yang terdapat tengah-tengah makmal itu dipenuhi dengan pelbagai beaker. Terdapat perlbagai warna cecair.
“Selamat datang kedunia aku” Firus melebarkan tangannya seperti mengalu-alukan kedatangan Saka.
“Tempat apa ini?” Saka masih dalam mood terkejut. Pandangan dilemparkan kearah Firus yang berada dihujung meja. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Ini la makmal aku. Kau bernasib baik kerana menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di sini” dia binggung. Tak sangka Firus begitu mempercayai dirinya sehingga sanggup membawanya ke tempat rahsia miliknya. Dia terharu. Terlalu banyak jasa lelaki itu. Saka mencapai beaker yang berhampirannya belum pun sempat dia mencapai Firus menghalang.
“Ops kalau kau nak selamat jangan sentuh. Cecair itu dalam peringkat percubaan” terang Firus.
“Cecair apa ini?”
“Bom” selamba Firus bersuara. Saka melangkah kebelakang. Gila betul, budak ini hasilkan bom?
Saka hanya memerhatikan Firus yang hilang disebalik rak-rak liquid yang terdapat disitu sebelum muncul dengan whiteboard beroda. Whiteboard tersebut penuh dengan kertas yang pelbagai. Ada gambar rumah banglo miliknya. Gambar dirinya, gambar sekitar dalam banglonya dan beberapa gambar objek yang dia sendiri tidak ketahui.
“Aku suka buat part time. Aku nak tunjukkan kau sesuatu” Firus menarik beberpa keping gambar yang terdapat di whiteboard sebelum menjatuhkannya diatas meja makmal. Saka menghampiri Firus.
“Bilik tidur parents aku dan bilik kerja ayah aku” ujarnya.
“Cuba kau tengok perbezaan gambar ini” Firus cuba membuat perbandingan. Saka hanya menurut.
“Kenapa dengan gambar ini?” dia hairan kedua-duanya gambar yang serupa.
“Ini gambar yang polis ambik satu lagi gambar aku ambik masa kita pecah masuk lokasi kejadian”
“Jadi?” Saka masih tidak dapat menangkap tujuan Firus.
“Cuba kau tengok ini” Firus membulatkan kedua-dua gambar fail dokumen yang terdapat diatas meja kerja ayahnya.
“Tempat beralih” Saka terkejut. Perkara yang remah ini dapat disedari oleh Firus.
“Menurut teori aku orang yang lakukan ini orang terdekat dengan kau. Dia tahu kedudukan semua benda dalam rumah kau. Lagi satu dia mungkin cari sesuatu. Aku tak tahu apa benda tapi benda itu mesti berharga sehingga keluarga kau menjadi taruhan” rumus Firus. Mendengar kata-kata Firus Saka pucat. Orang yang hampir dengan dirinya. Siapa? Kalau keluarga tak mungkin meraka tak pernah ada masalah kelaurga.
“Aku tak rasa keluarga aku terlibat. Buktinya,  family aku terkorban” Firus tersenyum penuh makna.
~~

            Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja menonton berita yang mengisahkan kes pembunuhan keluarga Randy. Dia tersenyum puas.
“Mana kau nak lari Khalid. Sekarang kau jadi pelarian. Tak sabar aku nak tunggu muka kau muncul pulak” lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Keseronokan tidak terhingga melihat apa yang menimpa keluarga Randy. Lagaknya seperti satu kemenangan untuknya.
~~

Saka memerhatikan sekeliling. Palang-palang besi yang menjadi rumahnya sekarang. Mungkin sekarang negara gempar dengan beritanya ditahan polis. Ya dia sudah pun ditahan polis.  Dia sendiri yang datang menyerah diri.
“Bangun kamu ada pelawat” arahan dari warden penjara itu membuatkan dia menoleh perlahan-lahan dia bangkit. Ah baru sehari dia ditahan sudah ada yang melawat. Sewaktu dia menjadi pelarian siapa yang sudi menghulurkan bantuan.
Saka mengawal riak sebaik sahaja melihat pelawatnya disebalik cermin yang memisahkan antara pelawat dan penghuni penjara. Lelaki itu! patut la boleh datang. Mengunakan pengaruh dalam untuk berjumpanya.
“Lid kau okey tak? Pak ngah janji pakngah akan cari peguam yang terhandal untuk bebaskan kamu. Pakngah yakin kamu tak bersalah.” Pakngah Mustafar. Adik ibunya.
“Entah la Pakngah. Lid dah tak boleh nak fikirkan. Siapa yang tergamak untuk buat macam ini kat keluarga Lid. Apa salah kami?” luah Saka sebak. Sampai sekarang dia tiada jawapan untuk itu.
“Sudah la itu Lid. Pakngah akan guna pengaruh pakngah untuk bebaskan kamu. Kamu tunggu berita baik dari pakngah” tekad lelaki itu. mustafar berkali-kali mneyakinkan anak saudaranya, Khalid.
“Pakngah rasa boleh ke Khalid lepas sedangkan bukti semua tuju pada Lid”
“Pakngah yakin. Kamu tak bersalah” jelas raut muka Mustafar bersungguh-sungguh. Saka terharu. Ada juga yang sudi membantunya.

3 bulan selepas.
“Dengan ini mahkamah membebaskan tertuduh Khalid bin Randy atas tuduhan membunuh keluarganya” Pap Pap Pap. Bunyi kayu hakim membuatkan Saka menarik nafas lega. Penantian selama ini tidak sia-sia. Dia mengucap syukur.
~~

Saka mendongak langit. Dia merebahkan tubuhnya pada bumi. Lelaki disebelahnya turut melakukan perkara yang sama.
“Aku pernah mengalaminya. Dulu aku suspek kes bunuh family aku jugak” Firus membuka bicara. Lengan dijadikan alas.
“Kau? Kau pembunuh?” gagap Saka. Tak sangka rupanya lelaki disebelahnya pernah terlibat dengan kes bunuh. Patut la dia tahu semuanya.
“Tak bukan aku. Tapi kes aku lagi teruk. Aku dijadikan kambing hitam oleh akak aku sendiri. Dia menghidap mental problem sejak putus tunang dulu. Dia balas dendam dekat family aku sebab mereka tak restu hubungan akak aku. Tunang dia itu penagih dadah.” Satu persatu sejarah keluarganya diungkap. Wajahnya muram. Saka mengusap lembut bahu Firus cuba menyalurkan semangat pada lelaki itu. Tak sangka. Kes mereka hampir sama. Firus dan kakaknya, dia dan bapa saudaranya. Tak sangka. Sungguh diluar dugaannya. Patut la lelaki itu seakan boleh mengagak dengan tepat.
“Sekarang akak kau mana?” soal Saka ingin tahu.
“Dia dah arwah dah. Seminggu lepas dia kat hospital sakit jiwa, nurse jumpa dia gantung diri dalam tandas” cerita Firus. “Walau macam manapun aku tetap bersyukur, sebab hikmah yang aku dapat untuk kes ini terlalu besar” sambung Firus.
“Yap betul. Aku pun. Siapa sangka dendam boleh membinasakan seseorang. Aku sendiri tak sangka pakngah aku pembunuh. Kami tak pernah bermusuh. Hanya kerana wang semua jadi begini” dia kesal. Teramat kesal.
Atas rancang Firus dia menyerahkan diri pada polis. Menurut pengiraan Firus, pembunuh itu pasti kembali balik ke rumah itu untuk mengambil sesuatu yang sepatutnya diambil. Semua andai tepat. Malam selepas dia ditahan pakngahnya kembali ke rumah banglo mereka. Memasuki bilik ayah dan mengambil beberapa dokumen hartanah yang menjadi kegilaannya dulu. Hartanah yang hampir mencecah billion, pakngahnya pernah meminta ayahnya untuk menjadi rakan kongsi perniagaannya. Ayah menolak kerana melihat tiada keuntungan dengan membangunkan tapak tersebut dengan lot perniagaan. Kuasa memiliki tanah tersebut terlalu kuat sehingga pakngahnya sanggup mengunakan cara kotor. Tanpa sedar rancangan diatur dengan terapi untuk memerangkap pakngah. Atas kerja sama polis dan Firus pakngah dibekas. Bukti-bukti semua diserahkan kepada polis.
Mereka menghayati pemandang petang itu. angin seolah-olah turut bersama meraikan kebebasannya.
“Aku ada soalan nak tanya kau” luah Saka
“Apa?”
“Macam mana kau boleh dapat bukti yang ada dekat polis?” soal Saka.
“Pegawai yang siasat kes kau itu senior aku dekat sekolah. Aku cakap dengan dia nak ambik kes kau ini untuk projek sem akhir aku”
“Dia bagi aku maklumat je” sambung Firus.
“Habis itu bukti itu semua kau ambik dari mana?” pelik. Terlalu mudah percaturan Firus.
“Akukan suka menyibuk” dia tersengih. Saka dah kematian kata-kata.
“Bom-bom yang kau hasil itu untuk apa?” Saka teringatkan cecair yang terdapat dimakmal Firus. Buka sedikit tapi banyak semuanya dijadikan dalam bentuk pil. Lelaki itu genius!
“Aku ingat nak hantar dekat negara-negara yang menjadi mangsa peperangan. Bantu apa yang patut” Saka tercengang.
“Gila!”



Percubaan yang terasa lain. banyak kurangnya....-_-
Teringin tulis cerita macam ini. Aidan tahu banyak capik. Tak leh tulis panjang-panjang. Cerpen kena pendek je…hehehe.
Ops pasal nama aidan tak tahu nak tulis nama apa. Idea terjah. Last-last melekat terus SAKA. Aidan memang tak pandai nak cari nama watak. 
Maaf atas segalanya…..aidan masih belajar…^_^

Tiada ulasan: