Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

21 November 2012

Bukan Cinta Ekpress bab 5






Bab5
Kamal memandang wajah Harraz yang muram. Tiada siapa sangka perkara macam semalam terjadi pada sahabatnya itu.
“Apa yang kau nak buat sekarang?” soal Kamal. Wajah Harraz dipandang. Lelaki iu seperti memikirkan sesuatu.
“Aku buntu sekarang dengan Diana yang buat hal. Aku rasa macam orang bodoh he. Apa dia ingat boleh main ke bab khawin. Lepas itu dengan Diana satu lagi itu. Agaknya orang yang bernama Diana ini memang pembawa musibah dalam hidup aku ke?” adu Harraz
“Aku rasa kau patut bawa benda ini bincang elok-elok. Bini kau itu tak la kejam sangat kot” saja Kamal menekankan perkataan bini. Biar Harraz sedar statusnya sekarang. Dia sudah ada tangggungjawab yang perlu dilunaskan. Walaupun dia tidak mengakui perempuan itu sebagai isterinya.
“Jangan kau sebut pasal dia boleh. Serabut kepala aku kena hadap dia semalam”
“Semalam? Kena hadap dia? Oit semalam kau...kau dengan dia. Erk aku tak nak cakap. Wah tak sangka aku mulut cakap tidak tapi hati lain” Kamal sudah ketawa.
“Weh cakap berlapik erk. Semalam aku terperangkap la. Aku dengan dia tiada apa-apa la” pen di tangan dibaling ke arah Kamal. Suka tuduh bukan-bukan.
“Hahaha…cinta mula berputik la. Patah tumbuh hilang berganti” sakat Kamal. Lucu pulak dengan sikap Harraz. Tahu pulak mamat itu segan. Hahaha.
“Aku rasakan dia mungkin jodoh dari Allah SWT untuk kau” pujuk Kamal apabila meliaht muka Harraz dah bertukar warna.
“Aku tak cintakan dia la. Cinta aku untuk Diana” tegas Harraz. Walaupun Diana memutuskan untuk tidak hadir akad nikah mereka semalam tapi rasa cinta itu tetap ada.
“Kau jangan lupa Harraz  bini kau itu pun nama Diana jugak” sampuk Kamal.
“Apa aku nak buat sekarang? Bantula aku sekarag ini Kamal” dia tahu pasti Kamal akan membantunya. Dulu Kamal la yang banyak membantu dirinya ketika bercinta dengan Diana.
“Macam ini la, Raz. Untuk kebaikan sejagat aku sarankan kau terima je la bini kau itu. Buat apa kau nak tunggu Diana lagi. Dah terang-terang dia tinggalkan kau macam itu je sedangkan waktu itu adalah hari bersejarah korang”
“Tapi cinta aku ada kat dia”
“Cinta boleh dipupuk dan dari pandangan aku bini kau pun tidak kurang hebatnya. Nampak je sempoi macam itu. Sekali dia make over gerenti Diana yang bajet top model itu pun kalah” pujuk Kamal. Sekarang dia kena main psikologi sikit dengan Harraz ini. biar dia sedar apa yang berada didepan matanya. Gadis itu tak salah. Dia hanya mangsa keadaan. Tidak adil jika isterinya itu dicerai begitu sahaja tanpa diberi peluang.

Harraz mengeluh mendengar bibit bicara Kamal. Keadaan diam seketika. Memberi ruang kepada Harraz untuk membuat keputusan. Bunyi deringan telefon Harraz memecah kesunyian. Harraz memandang lama.
“Siapa?” soal Kamal. bertalu-talu panggilan masuk. Namun dipandang sepi oleh Harraz.
“Mama”
“Angkat la mana tahu ada hal penting” nasihat Kamal. Perlahan-lahan panggil itu disambut.
“Raihan dekat mana?” soal puan sri zulaika
“Pejabat”
“Dengan siapa”
“Kamal”
“Raihan boleh balik tak?”
“Kenapa?”
“Kita kena bincang. Tak kan la biarkan macam itu”
“Raihan malas la mama”
“Balik la, papa suruh”
“Mmmm…nanti Han balik” talian dimatikan.
“Mama aku suruh balik. Papa nak bincang” terang Harraz tanpa sempat Kamal menyoal.
“Elok la itu. Benda macam ini memang kena bawa bincang” tokok Kamal.
~~

“Kalau betul la awak nak lepaskan saya tapi ada satu syarat.” Dahlia bermain kata-kata.
“Syarat?”
“Yap”
“Kenapa ada syarat pulak?”
“Ish kau ni tak prihatin tul la. Aku ni dah la gadis yang lemah. Umur baru 23 tahun. Dah la anak yatim piatu, lepas tu jadi isteri pulak. Dah la jadi isteri macam main masak-masak je. Kalau kau ceraikan aku nanti siapa la nak kat aku lagi. Nanti tak pasal orang cakap aku ni perempuan yang lawa sangat sampai kena cerai dekat suami. Tapi tak pe aku paham. Susah kalau dapat isteri yang kuit miut macam aku ni” Dahlia bercerita dengan penuh emosi. Harraz yang mendengar sudah terkedu. Apa la nasib aku kena dengan perempuan cer redah ni. Cakap pun main redah je. Kuit miut? Apa-apa je la. Suka anak tegak dia je bercakap kejap saya kejap aku.
“Boleh tak kau terus terang. Suka betul la ikut jalan simpang siul ni. Pening kepala aku” rungut Harraz.
“Itu baru mukadimahnya. Aku belum masuk bab isi lagi. Nanti bila dah masuk kau pun pening” Dahlia ketawa. Saja dia berkata begitu. Suka sakitkan hati lelaki mata biru tak jadi itu. Bukan Dahlia la jika tak loyar buruk.
“Okey-okey cepat la. Aku kena balik ni. Nanti mama dan papa bising pulak.” Gesa Harraz. Dia sudah berjanji dengan mama dan papanya untuk berbincang permasalah ini. Belum pun sempat dia keluar dari pejabat, dia dikejutkan dengan kedatangan Dahlia yang tiba-tiba.
“Saya cuma nak bincang hala tuju hubungan kita je” Harraz sudah pun bersandar dikerusi. Arah tuju hubungan kita?
“Saya tahu hokum khawin kontrak tu tersangat la haram. Oleh sebab tu saya nak kita cuba. Okey macam ni jika satu hari nanti betul kau tak boleh nak cintakan aku aku mintak kau lepaskan aku dengan cara balik. Tapi sebelum kau nak lepaskan aku tu kalu boleh waktu tu aku dah ada pakwe nanti senang la aku nak khawin pulak” gurau Dahlia. Harraz sudah memeluk tubuh. Ingin mendengar bicara Dahlia lebih lanjut. Bukan senang dia ingin melihat gadis itu berbicara benda yang berat.
“Aku tahu aku ini bukan baik sangat tapi dalam ajaran Islam, maksud utama dari pernikahan itu selain sebagai ibadah adalah untuk membangun ikatan keluarga yang dipenuhi dengan sinar kedamaian, saling cinta, dan saling kasih-sayang. Dengan begitu, ikatan pernikahan yang tidak ditujukan untuk membangun rumah tangga secara betul, tidaklah sesuai dengan tujuan ajaran Islam.”
“Jadi?”
“Andai kata jodoh antara kita hanya sampai situ. Kita berhenti. Saya tahu saya tak layak nak tapi saya mintak awak faham. Mungkin ini hanya kesilapan. Tapi saya ambil berat. Benarkan saya menjadi isteri biar pun dalam keadaan yang tak sempurna.” Nafas dilepaskan. Bukan senang dia hendak berkata-kata dalam keadaan serius.
Wajah Harraz sudah pun berkerut.
“Teruskan” ujar Harraz.
“Kalau boleh saya nak merasa hidup berumah tangga selagi masih sempat.”
“Kita kenal. Saya akan mengundur dalam hidup awak bila cinta dan kasih awak sudah ketemu.”
“Jika awak dah jumpa kebahagian awak jangan teragak-agak katakan” sambung Harraz. Belajar untuk teruskan semua aturan yang ditetapkan. Tanpa menetapkan jangka hayat hubungan mereka. Andai jodoh mereka disitu maka akan diteruskan.
“Jom bercinta” Dahlia menarik sengih. Harraz menahan tawa. Punya la panjang lebar dia bercakap kesimpulannya pendek je.
 “Kenapa kita kena bercinta?” Harraz merapatkan kedua-dua jari telunjuknya. Menunjukkan mereka perlu bercinta. Sah Harraz kau dah berjangkit sengal Dahlia.
“Sebab… sebab…kena ada sebab ke? Kalau tak ada sebab tak boleh ke?” soal Dahlia. Dia dah binggung. Kena ada sebab jugak ke? apa sebab dia erk? Ish kenapa la aku tak fikir dulu sebelum datang. Tak pasal dah tak dapat jawab. Persediaan mental dan fizikal yang tak cukup!
“Mesti la kena ada sebab. Nanti dengan sebab itu la saya boleh berfikir dengan logik” Harraz menarik senyum. Cuba menduga gadis dihadapannya itu. Dahlia mengaru kepalanya. Tak leh nak fikir.
“Kalau tak nak bercinta tak pe la” perlahan Dahlia bersuara.
“Okey la nak balik. Bye” Dahlia bangkit dari duduk. Dia nak balik untuk fikir sebab kenapa perlu bercinta. Belum pun sempat dia keluar dari pejabat Harraz, Harraz menarik Dahlia.
“Oit makcik nak keluar macam itu je ke?” Harraz menahan Dahlia. Rasanya tak la teruk sangat kalau hidup dengan perempuan ini.
“Yelah la nak balik fikir sebab nanti dah dapat sebab saya datang balik” sebaik sahaja habis berkata-kata Harraz ketawa lepas. Perempuan ini memang la.
“Dah jom ikut aku balik rumah. Kita bincang pasal wedding of the year kita” Dahlia terkebil-kebil.





terima kasih pada yang sudi bce cerita ini.....terharu..*sambil lap air mata sat* heheeh....
maaf untuk segala kekurangan...
aidan tahu banyak kurangnya. aidan baru belajar sudi2 la tegur kesilapan aidan. terima kasih pada yang setia mengomen cerita tah apa-apa ini...aidan sangat hargai...terima kasih dan maaf untuk segala kesilapan...
^_^
*tengah belajar loghat kelantan ada siapa sudi ajar tak..heheheh*




2 ulasan:

Nadieyya berkata...

haaa..baru jumpe bab5 ni, huhuhu...

aid, betul kan ayat2 yg tak berapa sedap tu ye nnt... cth: 'Itu baru mukadimah baru tu' lg sedap klu jd 'Itu baru mukadimahnya'..

o-ReN berkata...

orait...aid betulkan..time kasih...:)