Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Oktober 2012

Bukan Cinta Ekpress Bab 3,4




Siapakh yang anda banyangkan untuk watak Diana Dahlia dan Harraz Raihan??
sedang mencari gambaran untuk cerita ini...^_^



Bab 3
“Serius aku tak tipu kau” bersungguh-sungguh Dahlia menyakinkan Hazirah. Boleh pulak si Zira ni cakap cerita aku cerita kartun. Okey fine aku memang suka tengok kartun tapi tak adalah aku sampai bertapa dalam alam fantasy.
“Tapi aku sikit punya pelik. Macam mana la kau boleh silap masuk majlis orang ni. Aku dah pesan tempat bertukar” marah Zira. Dia memandang Dahlia yang sudah pun terbaring di atas katilnya. Selamat la malam ni pengantin lelaki balik. Kalau tak memang ditendangnya dahlia keluar bilik. Mengacau aku beromantika dengan hubby pulak. Alamak termasuk dalam siri 18xx pulak. Tukar channel-tukar channel.
“Aku pun dah tak tahu nak buat apa? Buntu aku. Tak pernah-pernah aku buntu hari ni aku buntu pulak.”
 “Tulah kau suka sangat main redah. Kan dah tak pasal jadi macam ni.” perli Hazirah. Dahlia menarik muncung. TAK MEMBANTU LANGSUNG. Bantal diatas katil dicapai lalu dibaling ke arah Hazirah.
Woi! Apa ni? Main kasar nampak” maka terjadi la aksi perlawanan bantal. Bilik pengantin yang tersengan indah sudah menjadi tempat perlupusan sampah.
“Aku tak setuju!” jerit Dahlia. Bantal di tangan di baling ke arah muka Zira menyebabkan Zira ke belakang. Hazirah merengus. Dia mencapai bantal tersebut sebelum baling ke arah Dahlia.
“Aku setuju” puhhhh!! Bantal tersebut selamat mendarat di badan Dahlia.
“Astarfirullah al-azim. Kenapa bersepah ni?” suara Mak Cik Minah yang muncul di muka pintu membuatkan tingkah laku keduanya terhenti. Dahlia menyorokkan bantal ditangannya ke belakang. Baru nak buat serangan balas. Manakala Hazirah membetulkan rambutnya yang sudah mengerbang. Mak ni salah time la pulak.
“Tadi ada tikus makcik, tu yang berperang tu” back up Dahlia. Hazirah membuat tumb up.
“Banyak la kamu punya tikus. Dah kemas-kemas. Kamu pun Zira dah malam ni masih terjerit terlolong apa kamu nak jadi serigala ke?” Mak Minah mencekak pinggang memberi ‘tips’ satu dua kepada anak perempuannya. Dahlia yang mendengar ketawa. Hah kan dah kena tu la. Ajak aku main lagi. Aku ni sensitive bab game-game ni.
“Kamu pun sama, Lia. Mak cik cakap dengan kedua-duanya bukan Zira je. Kamu tu mak cik dah anggap macam anak makcik dah. Ni bila kamu nak panggil makcik, mak ni. Dari dulu lagi makcik suruh.” Mak minah menahan tawa.  Bukan dia tak kenal Dahlia. Sejak Hazirah mula melangkah ke alam ‘u’ sejak itulah dia kenal Dahlia. Gadis itu agak riang jarang ada masalah. Cuma nasib sahaja kurang menyebelahi dirinya.
“Bukan tak nak mak cik, cuma rasa macam tak layak je. Sedangkan mak kandung sendiri tak sudi akan diri ini, inikan pulak orang lain” sayu suara Dahlia.
Tukk!
Belum apa-apa kepalanya disekeh oleh Mak Minah.
“Kan mak cik pesan jangan cakap macam tu. Sedih makcik dengar” mata Mak Minah sudah pun merah. Terkejut Dahlia akibat dari sekeh Mak Minah. Bertambah blur la aku nanti. Dahlia tersengih.
Ala makcik gurau je la. Macam tak biasa.”
“Sebab dah biasa la makcik marah. Cuba la cari gurau lain. Sedih makcik dengar.”
Dahlia mengaru kepala. Dari jauh cuba meminta pertolongan Zira. Tapi dengan selambanya Zira buat tak tahu. Lepas tu siap menyanyi lagi. Ni budak kecik mana terlepas ni?
Ayok tak tahu mak aku dah nangis kau buat” dengan penuh emosi Hazirah menyanyi.
“Mak cik sudah la tu. Lia bukan apa, Lia tak nak menyusahkan mak cik sekeluaga sedangkan sekarang ni pun Lia rasa agak susah.” Adu Dahlia. Mak Minah dia dah anggap macam keluarga sendiri tapi nak masuk ke dalam keluarga ini satu perkara yang mustahil. Cukup la hanya menjadi kenalan keluarga. Dahlia tahu dia bukan la sesiapa bagi orang lain. Sebagai persingahan dalam kehidupan mereka. Keluarga? Biarlah masa yang tentukan.
“Mak jangan nak layan Lia sangat nanti dia kenakan mak” sampuk Zira dia sudah pun mengambil tempat di belah Mak Minah. Bahu tua itu dipeluk kasih.
Eh sibuk je kau ni. Tahu la mak dia sayang aku lebih dari kau” sekarang giliran Dahlia memeluk bahu Mak Minah. Mak minah hanya ketawa. Sebelum merangul kedua-duanya dalam pelukannya. Anak-anaknya hatinya berkata-kata.
“Kasih sayang ibu tiada gantinya” ucap Hazirah
“Betul-betul, kasih sayang Dahlia tiada gantinya.” Mereka ketawa.


“Kamu serius Lia. Kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main” marah Mak Minah. Ada ke patut dibuat main hal kahwin ni. Boleh pulak dia cakap yang dia sudah kahwin. Tiada tanda tup-tup kahwin.
“Betul la mak cik, Lia tak tipu” bersungguh Dahlia. Ni yang dia malas nak cerita hal yang di belenggu dirinya kini. Kalau tak kerana desakan Hazirah yang suruh tak ingin dia. Katanya orang tua lebih banyak makan garam. Mesti la dia banyak makan garam kerana setiap kali dia masak mesti ada garam dalam masakan. Berbanding dengan dirinya yang jarang masak dan baru je hidup 23 tahun.
“Kamu kena tanggap basah ke Lia” tebak Mak minah.
“Apa ni makcik.” Marah  Dahlia. Ada ke dikatanya aku kena tangap basah. Aku bukannya main polis entry one to jaga polis mati pencuri jaga. Alamak boleh pulak ternyanyi.
“Dah kamu kawin ekspress sangat. Mana la mak cik tahu” bela Mak Minah.
“Mak ni jangan la main-main sian Lia tu”
“Mana ada mak main-main. Ingat mak macam si Lia ni ke?. Habis semua benda di buat main. Sampai hal kawin gini pun dia buat main.” Bela Mak Minah. Dahlia dah menepuk dahi. Aduh Mak Minah ni. Bikin aku pusing dong.

*********
“Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Walaupun perkahwinan itu berlaku tanpa kerelaan kita tapi tanggungjawab dah jatuh pada kita bila lafaz akad nikah berlangsung. Jika benar apa yang Lia cakap, mak harap Lia fikir apa yang baik. Jodoh dan pertemuan itu milik Dia. Fikir la yang terbaik” kata-kata Mak Minah menerjah fikirannya.  Dia perlu cari ketenangan. Putrajaya dituju kerana itulah tempat yang paling tenang baginya dan merupakan punca segala permasalahan ini.

“Han, pun tak tahu la mama. Han dah pening. Kenapa semua ni terjadi dekat, Han.” Harraz mencengkam rambutnya. Kenapa soal ini masih tidak ada penghujungnya.
“Tapi Han. Kamu dah galas tanggungjawab suami. Tanggungjawab perlu dilaksanankan. Jangan nak seksa anak orang. Bawa bincang elok-elok” nasihat Puan Sri Zulaika. Dia tahu anaknya yang sorang ni lembut hatinya.
“Tapi ma. Harraz pun tak kenal dia. Ni nak hidup bersama. Perempuan tu pun satu, tak nak cerai pulak” protes Harraz.
“Harraz Raihan, tiada istilah cerai dalam hidup ini bila kita dah mengikat siratulrahim dalam hubungan suami isteri” keras suara Tan Sri Abbas. Urusan kahwin bukan la semudah ABC. Sebaik sahaja nama penuhnya disebut Harraz kecut. Bukan tak tahu bila nama penuhnya meniti di bibir papanya ia merupakan satu arahan yang tiada talian hayat.
“Pa...” Harraz cuba meraih simpati.
No Harraz Raihan. Tanggungjawap still tanggungjawapb. Dia dah pun sah jadi isteri kamu. Nak tak nak kalu kena pikul tanggungjawab ni. Sekarang papa nak kamu call dia dah ajak dia datang sini. Malu papa bila majlis sanding kamu nanti tak jadi. Sedangkan persediaan untuk majlis tu dah setiap. Pastikan dalam masa seminggu dari sekarang kamu naik pelamin dengan dia. Tak kira macam mana pun. Seminggu ni kamu kenapa belajar terima dia” panjang lebar Tan Sri Abbas bersuara. Sebelum berlalu mendaki tangga menuju bilik meninggalkan anaknya itu dengan isterinya. Dia tahu sentuhan isterinya dalam memujuk anaknya itu. Biarlah hal ini diuruskan oleh isterinya pulak.
“Mama tengok papa tu. Suka paksa-paksa Han” rengek Harraz sebaik sahaja kelibat papanya itu sudah hilang.
“Han, anak mama. Kata-kata papa ada benarnya. Han dah besar. Boleh fikir baik buruk sebelum buat keputusan. Macam mana Han nak kawin dulu tanpa sempat mama mencelah macam tu la jugak sekarang. Mama letakkan seratus kepecayaan mama pada Han. Sesiapa boleh jadi menantu mama. Janji anak mama bahagia.” Pujuk puan Sri Zulaika.
“Bincang elok-elok boleh. Mungkin di jodoh yang terbaik oleh Allah untuk Han” sambung Puan Sri Zulaika. Dia meninggalkan Harraz Raihan diruang tamu. Memberi ruang untuk anaknya berfikir sebaik mungkin. Termenung Harraz di ruang tamu. Telefon bimbit dicapai. Ana perlu dicari. Hanya dia yang akan menjadi kata kunci untuk persoalan ini.


            Fail berwarna biru ditutup. Tan Sri Abbas meletakkan cermin mata di atas meja.
“Macam mana dengan anak kesayangan awak tu?” soal Tan Sri Abbas sebaik sahaja kelibat isterimya memasuki bilik tidur mereka.
“Abang rasa macam mana? Kita tak kenal pun budak perempuan tu” Puan Sri Zulaika melahirkan rasa ragunya.
Fail biru disuakan ke arah isterinya.  Fail tersebut dibuka.
“Diana Dahlia Binti Abdullah, 23 tahun, anak yatim piatu, dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Lulusan diploma pengurusan perniagaan dan memiliki sebuah kedai kecil” buktiran di dalam fail tersebut dibaca penuh minat.
“Hanya itu maklumat kurang dalam 1 hari.” Terang Tan Sri Abbas.
“Tapi kita perlu berhati-hati juga takut musuh perniagaan kita yang cuba jatuhkan syarikat kita. Tapi kalau betul semua ini hanya satu kesilapan macam mana?” Puan Sri Zulaika melahirkan rasa ragunya. Memang tidak dinafikan Dahlia gadis yang baik walaupun dalam masa beberapa jam bertemu. Ketulusan hatinya dapat dilihat melalui raut wajah tersebut. Perasan seorang ibu pasti betul.
“Kita berdoa la, Zu. Insyaallah pasti ada jalan penyeslesaian. Buat masa ini kita pelukkan budak itu untuk bincang. Face to face adalah cara terbaik untuk mnyelesaikan masalah ini.” Jelas Tan Sri Abbas.
“Pasal majlis tu macam mana, bang?”
“Kita teruskan sahaja. Kita yang akan malu nanti. Sudah la kita baru sampai Malaysia. Majlis Han la salah satu tempat berkumpul para pelabur kita nanti. Kita yang akan susah nanti. Biarlah majlis tersebut berlangsung. Yang lain kita fikirkan kemudian nanti.”
“Abang tak rasa kita buat semua ini untuk kepentingan kita sahaja. Kebahagian Raihan?”
“Seorang ayah mana yang tak nak anak dia bahagia, Zu. Tapi tak salah kita mencuba. Lagipun menurut Leo budak perempuan tu mempunyai rekod bersih”
“Walaupun rekod bersih tak bermakna saya tidak akan lepaskan budak tu” sambung Tan Sri Abbas. Dia bersandar dikerusi. Penat seharian masih tidak hilang lagi. Pelbagai masalah yang timbul. Apa sebenarnya yang terjadi? Hati tuanya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena tentang perkara ini.


            Pintu Apartment Diana diketuk bertalu-talu. Nama Diana dilaung. Tiada istilah malu lagi. Kalau dulu hendak naik sampai depan pintu apartment Ana memang kirim salam la. Sekarang sudah lain Ana perlu dicari. Hampir sejam dia tunggu didepan rumah tapi batang hidung Ana pun tiada. Jam di dashboard sudah menunjukkan 10 malam. Akhirnya dia mengalah. Mesej dari Kamal membuatkan Harraz memecut laju meninggalkan perkarangan Apartment Diana.
            ‘Raz, Ana dah pergi Paris.’

“Ahhhhhh…” jerit Harraz. Serabut. Benci dengan situasi ini. Kenapa tiba-tiba Diana berubah sikap. Apa masalah sebenarnya, dia perlukan jawapan. Tak cukup ke cinta yang diberi sehingga Diana berpaling tadah. Tak cukup ke masa yang diberi, kalau tak cukup kenapa menerima dulu. Tak cukup ke kasih sayang yang diberi. Tak cukup ke? Kerana Diana dia sanggup lakukan apa sahaja. Hanya dalam beberapa bulan sahaja dia sudah menyiapakan semua hal perkahwinan mereka. Mencintai Diana sehingga menerima dirinya seadanya, seorang yatim, angkat dan keturunan ditolak tepi. Semuanya kerana cinta. Kereta dipandu tanpa tujuan. Serabut. 



            Bab 4
            Menjerit Dahlia melihat tome. Terduduk dia. Siapakah? Megapakah? Dimana? Bila? Apakah? Bagaimanakah? Rasa dah cukup kot persoalan. Apa salah Tome sampai ada yang meragut kehormatan tome. Tome siapakah yang derhaka padamu. Ibu tak sanggup melihat dirimu diperlakukan sebegini rupa. Telefon dikeluarkan nombor Hazirah di dail. Serius diperlukan pertolongan kawannya tika ini. Entah apa la dosanya kali ini sehingga 4 bijik tayar keretanya dicuri. Rasanya baru tinggalkan dalam 3 jam. Dengan sekelip mata sahaja keretanya diperlakukan begitu.
“Woi mangkuk, siapa yang curi tayar tome aku baik pulangkan!”jerit Dahlia nyaring. Bengang sakit hati, marah. Sedih, gembira semua diadun menjadi satu.
“Pulangkan!”
“Apa dosa tome aku dekat korang sampai kau perlakukan tome begitu.” Terpekik terlolong Dahlia ditepi jalan tersebut. Mau tak angin bila keempat-empat tayarnya dicilok. Ah menyesal rasanya lepak tepi jambatan. Kenapa la aku tak park kereta dekat sini. Nak jalan-jalan konon. Last-last tayar dah hilang. Bunyi guruh dilangit membuatkan Dahlia menoleh. Aik nak hujan ke? Jangan la sekarang nak balik pun tak dapat. Si Zira pulak call tak angkat. Cahaya lampu dari arah bertentangan membuatkan Dahlia bangkit. Kereta tersebut ditahan. Tapi hampa. Dia perlukan perlindungan sebelum hujan turun. Dah la dekat jambatan ni tak ada bumbung. Kalau ada dah lama dah dia buka tika duduk bertakaful di situ lagi masyuk.

Masuk kereta ketiga Dahlia dah putus asa. Satu pun tiada yang sudi menolongnya. Di mengeluh kenapa la semua ini terjadi. Dah la kes petang tadi tak habis lagi. Sekarang kes ini pulak. Ish hari malang aku ke apa hari ini. Choi Dahlia. Tak baik cakap macam tu kau tak redha dengan apa yang terjadi. Kata-kata hatinya bersuara. Cahaya lampu keempat membuatkan Dahlia tekad. Dia tak akan mengalah sebelum berjuang. Dia berdiri di tengah jalan sambil mendepakan tangannya. Apa nak jadi, jadi la. Andai ini takdirnya dia terima.
Streettttttt…bunyi brek kereta membuatkan Dahlia gerun. Aku dah mati ke? mata masih dipejam. Takut nak buka mata. Takut nanti buka mata dah sampai neraka. Al-maklum la ibarat bunuh diri. Kan bunuh diri tak bau syurga jannah.
“Woi gila ke?” jerit satu suara.
“Agak la”
“Apa kau cakap” pemandu tersebut keluar dari kereta dan berjalan kearah Dahlia. Dahlia hanya mampu tutup mata. Gerun kot. Mana tahu ini jenayah yang cuba merogol tomenya? Alamak apa yang aku dah buat ni. perlahan-lahan dia memberanikan diri untuk buka mata. Sebaik sahaja merasakan pemandu itu sudah hampir dengannya.
Erk kau” jerit mereka serentak.
“Apa kau buat dekat sini?” soal Dahlia.
“Suka hati aku la”
“Kau kenapa nak bunuh diri ke?”
“Tayar kereta aku kena curi. Tapi sorang pun tak tolong” adu Dahlia. Lega kerana lelaki itu orang yang dia kenal. Bayangkan kalau itu orang jahat. Okey dia tak boleh nak bayangkan.
Harraz menoleh tepi. Memang sah. Kelihatan kereta Naza Sutera tersebut rongak akibat tiada tayar.
“Kau tak bayar kereta ke?”
“Bayar la. Ini orang bertamadun mana la yang curi tayar tome aku ni” rungut dia. Dapat kat aku nak je tayar tu gantung dekat leher pencuri tu. Tayar kereta pun nak curi, yang sakit hati tu kereta aku jugak yang jadi mangsa.
“Tome?” Harraz kehairanan. Menatang apa tu?
“Ala nama kereta aku la. Comel shortkan jadi tome. Amacam comel tak nama kereta aku?” Dahlia tersengih. Lagak macam baru kenal lama. Sedangkan baru kenal 7 jam. Kalau tak kerana peristiwa dekat masjid tadi mungkin dia tak kenal lelaki ini dan mungkin jugak dia tak akan berada disini.
“Kau….” Belum pun sempat Haraz bersuara Dahlia sudah pun memeluk tubuhnya. Terkejut Harraz.
“Huhuhu….terkejut” mata dipejam. Bunyi gurun membuatkan dia terkejut dan tanpa fikir panjang memeluk Harraz. Kelakuan ia berada diluar sedar. Tindakan reflek katakan.
“Dasyat betulkan bunyi tu. Boleh terberak aku” pautan badan Harraz dilepaskan. Dia memandang Harraz yang tercengang. Raut wajah dah macam orang masuk kebun. Kusut. Serabai. Comot. Dia melibas-liabs bajunya. Gaya seperti baru memeluk satu benda yang berhabuk.

Bunyi guruh membuatkan Harraz mendongak. Dia memandang ke arah  Dahlia. Perempuan ni suka buat kau terkejut la. Matanya mencerlung ke arah Dahlia. Tak reti ucap terima kasih dan maaf ke ? Terima kasih untuk bantu dan maaf sebab memeluknya dengan tiba-tiba. Hujan mungkin akan tiba dalam beberapa ketika.
“Dah. Jom naik kereta aku. Nanti aku call mekanik” rumus Harraz. Lagi pun kebetulan dia memang ada hal yang hendak dibicangkan.
“Kau tak culik akukan?”
“Kau nak naik ke tak?” hujan dah mula renyai-renyai. Harraz sudah pun masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Dahlia yang masih setia ditepi tomenya. Sayu hedak tinggalkan bersendirian begitu tambahan lagi ini la kali pertama tome jauh dari dirinya.
“Kau nak masuk ke tak nak?” laung Harraz. hon dibunyikan perkali-kali. Dahlia merengus. Baru bak feel sikit dah gangu.
Bye-bye tome. Nanti mama panggil kan ‘doktor’ ye” laung Dahlia sebelum terburu-buru masuk ke dalam kereta. Harraz menggeleng. Macam-macam hal la perempuan ni. Dia meredah hujan yang turun dengan lebat.

“Macam mana kau boleh sesat sini?” soal Dahlia. Kelihatan lelaki bermata biru tak jadi masih focus memandang jalan raya. Hujan sudah pun mula turun dengan leba. Tome aku kena hujan. Selamat la lelaki itu lalu kawasan tersebut. Kalau tak esok pasti keluar berita ‘seorang perempuan ditemui mata di dalam kereta akibat kesejukan’. Ish ada ke berita macam tu? Dia masih memandang lelaki tersebut. Cuba pancing suara dalam mulut tersebut.
Diam. Tiada tanda yang dia akan menjawap pertanyaan Dahlia. Lelaki bermata biru tak jadi nama khas yang dicipta oleh Dahlia. Anak mata yang hitam pekat itu tidak menyerupai ibunya yang memiliki anak mata berwarna biru. Sebab tu la dia menggelarkan Harraz lelaki bermata biru tak jadi. Kalau boleh di teringin nak anak mata berwana biru tersebut. Nak pakai contact lens tak berani takut jadi lain pulak. Sekarang ni banyak cerita pasal pengguna yang pakai contact lens jadi rabun or buta gara-gara pakai contact lens yang tidak berkualiti. Lagi pun kalau pakai contact lens leceh bila kena jaga. Huhuuhu..Dia lebih rela guna anak mata yang asal dari tiruan. Bersyukur la dengan apa yang ada.
“Aku nak bincang” mendatar nada suara tersebut.
“Okey” hanya sepatah jawapan Dahlia. Sebenarnya dia sudah kepenatan. Kepenatan dengan hal ini. Cuaca yang sejuk membuatkan dia rasa ingin berehat. Belum pun sempat dia memejam mata kereta yang dipandu oleh Harraz berhenti tiba-tiba.
“Apakah?” soal Dahlia.


~~~~
“Macam mana urusan yang aku suruh kau selesaikan?”
“Masalah la bos.”
“Masalah apa pulak ni? Aku suruh kau buat kerja senang pun susah”
“Masalahnya saya tak jumpa orang yang bernama Cinta bos. Tiada sesiapa yang bernama Cinta bos”
Bunyi deringan telefon membuatkan wanita itu merengus sebelum mencapai gangang telefon.
Majid hanya diam. Takut bila bosnya itu semakin melenting. Gara-gara gagal mencari Cinta dia yang teruk maki. Diamatnya bosnya itu dari dulu sehingga sekarang tak pernah putus asa selagi impian dan matlamatnya tidak tercapai. Wanita berusia hampir 46 tahun itu memang degil. Agak-agak bila perempuan ni nak mati menyusahkan aku je. Bebel Majid sendirian. Bukan dia tak boleh bantah apa sahaja arahan wanita itu tapi ada perkara yang menghalangnya. Sebaik sahaja wanita itu menamatkan perbualan dari telefon itu, Majid berdiri tegak. Lagak baru jumpa pak polisi yang bertugas.
“Okey kau dah tak payah cari Cinta tu lagi” arah wanita itu. Majid dah mengaru kepala.
“Kenapa pulak? Dah berbulan kot saya cari dia. Bila dah nak selesai disuruhi berhenti pulak. Bos ni main-main la” Majid melahirkan rasa tidak puas hatinya. Sia-sia sahaja usahanya selama ini.
“Eh kau bos ke aku bos?”
“Eh bos la bos, saya bos punya pekerja” Majid tersengih. Risau jugak bila bos itu mungkar. Nanti tak pasal elaun bulan ni dipotong.
“Aku nak kau cari gadis yang bernama Diana Dahlia. Lupakan pasal Cinta. Budak tu dah tukar nama” arahan mandotori dari bosnya itu dicerna kemas.
“Aik…tukar tukar nama ye. Boleh tak kalau saya nak tukar nama saya jugak bos. Saya nak tukar jadi James Bond, saya kan penyiasat kesayangan bos.” Selorah Majid. Dalam fikirannya sudah pun ada angan-angan yang mana dirinya kini memakai kot hitam dan mempunyai kereta yang canggih iaitu Porse berbanding dengan dirinya kini. Hanya memakai baju t-shirt warna hitam dan keretanya sekarang kereta wira. Kontra sungguh dengan angan-angannya.
Belum pun sempat dia berangan gajet yang ada, kepalanya dilanggar todak. Ops bukan todak tapi majalah.
“Kau jangan bantah cakap aku. Pergi cepat!!” marah majikannya. Tergopoh-gopoh Majid berlari keluar dari bilik bosnya.
“Masalah betul kalau ada bos yang nak menopus ni” kutuk Majid sebaik sahaja dia berada di luar bilik majikannya. Sekarang misinya sudah berubah. Mencari Diana Dahlia bukan Cinta.
Pastikan kau bunuh budak perempuan itu’
Mesej dari bosnya itu dibaca sebelum menggeleng. Tak pernah serik. Dia meniggalkan ruangan tersebut. Banyak yang perlu diuruskan kalau ia melibatkan Cinta ataupun Diana Dahlia.
~~~~~
Termenung Dahlia meneliti biasan dirinya di cermin. Pernah ke perkara macam ni terjadi dalam dunia sebenar. Dia mengeluh. Nak tak nak perkara itu dah pun terjadi. Sekarang ni pun dah sah-sah dia menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Of course la lelaki kan takkan la perempuan pulak. Euw. I masih waras lagi okey! Cuma tu la macam pelik je. Tapi yang pasti ini bukan kawin paksa dan bukan kawin kontrak tapi kahwin….. Okey aku dah tak tahu nak declare kawin apa dah. Confuse...Confuse...
“Encik Raihan macam mana sekarang ni?” Dahlia berpaling ke arah Harraz sedang bersandar di kepala katil. Dekat 1 jam jugak la dia orang berdiam diri cuba mencerna apa yang terjadi. Nak tunggu Harraz bersuara mimpi la. Al-maklum la kena tinggal dengan Ex-bakal bini tak jadi. Meroyan jadinya. Teruk jugak la peristiwa dekat masjid tadi. Sadis bila nak ingat balik.
“Macam mana apa?” rela tak rela je Harraz bersuara. Sikit pun dia tak pandang ke arah Dahlia. Frust menongeng ni bila terpaksa kawin dengan orang yang tak cinta. Eh terpaksa ke? Bukan aku rela ke? Suka-suki aku je sain surat nikah dulu. Kenapa aku tak hentikan bila aku dah rasa sesuatu. Kenapa. Kenapa. Kenapa? Jerit hati Harraz. Dia menumbuk kuat tilam yang didudukinya. Geram kerana terperangkap dalam situasi yang pelik ni.
Dahlia terkedu melihat laki dia yang tiba-tiba macam kena sampuk. Okey ke tak okey ni? Sah ni sindrom kahwin-tak-rela. Dahlia mengeluh.
“Dalam menempuh hidup ni bukan semua perkara yang kita boleh rancang. Tanpa izin Allah benda yang kita rancang tak semestinya terjadi. Anggap la ini semua kehendak-Nya. Kebetulan yang menjadi takdir. Kesilapan yang menjadi pertemuan baru untuk kita. Awak dan saya sudah pun sah menjadi suami isteri. apa kata kita ikut flow yang ditetapkan mana tahu nanti kita akan dapat jawapan dihujung kisah kita.” Dahlia sudah pun mengambil tempat di hadapan tingkap.
Haraaz yang mendengar kata-kata Dahlia terdiam. Takdir Allah tiada siapa yang boleh nak pangkah. Sedikit sebanyak kata Dahlia cuba diserapkan dalam mindanya.
“Tapi aku tak cintakan kau”
“Cinta ni Encik Raihan satu yang universal. Siapa cakap saya cintakan awak? Jangan kerana mata awak warna biru tak jadi boleh buat saya cintakan awak pulak. Saya cintakan kehidupan saya. Saya bukan la pengemis nak mengemis cinta awak. Tapi tak salah kita cubakan. Andai kata kita tiada jodoh saya terima”
Titisan air hujan dibalkoni di tadah. Suka pulak dia mengira titisan yang jatuh ditapak tangannya. Hujan senonim dengan jiwang. Dia tersenyum. Mungkin sebab tu la sekarang dia berkata-kata dalam mood jiwang. Ish aku ke ni. Tak sangka pulak aku ni pandai berkata-kata. Dahlia ketawa lepas. Serius seram kot.

Harraz termenung panjang. Susah nak terima susah tak terima. Ada betul jugak kata-kata Dahlia. Tapi itu tak bermaksud dia cintakan gadis itu. Diana Dahlia. Nama itu meniti dibibirnya. Pelik kenapa gadis itu boleh menututkan kata-kata seperti itu. Berbeza tika di masjid dulu. Seperti dua orang yang berbeza. Bunyi ketawa dari balkoni menambahkan kerut di dahi Harraz. Cepat tambah kedut aku akibat perempuan ini.
Hei kau kenapa ni?” laung Harraz. Tiba-tiba je. Kena sampuk ke? Dah la hujan-hujan macam ni. Menambahkan mood seram betul la perempuan ni.
“Tak adalah aku pelik je. Kenapa aku boleh cakap macam tu” Dahlia sudah pun menapak masuk ke dalam. Dia melabuhkan tubuhnya di katil. Rasa macam tak betul pun ada.
“Maksud kau?”
“Yelah la. Aku ni bukan la seorang yang pandai berkata-kata. Aku ni suka main redah je.” Dahlia ketawa kecil. Harraz tersenyum. Itu memang tidak dinafikan.
“Ni kau tak takut ke duduk sebilik dengan aku ni?” soal Haraaz. Melihat Dahlia yang selamba  derk buat aksi kuak lentangnya. Tadi bukan kemain lagi mencipta jurang ‘no entry’ Dah macam masuk tempat jenayah pulak. Situ tak boleh pijak sini tak boleh lalu.
“Nak takut apa pulak. Aku tahu kau tak boleh nak sentuh aku. Kau kan tengah frust menongeng kerana pengantin perampuan lari. Tengok aku pun kau tak selera” balas Dahlia. Amboi berani punya statement perempuan ni. Dia tak tahu ke aku ni lelaki. Pantang nampak ikan depan mata.
“Ini cabaran ke apa ni?”
Take it a complain
“Berani jugak kau kan”
“Aku berani bila aku rasa nak berani je” dia ketawa sebelum menarik selimut ke arah dada. Hujan-hujan ni tidur pun sodap.
Akibat dari kereta Harraz berantakkan mereka terpaksa menginap di hotel yang berhampiran. Kereta milik Harraz memang banyak ‘membantu’, mati tengah jalan berhampiran Hotel. Nak tak nak mereka terpaksa bermalam disitu kerana hujan yang lebat membuatkan dia sukar untuk menghubungi mekanik dan akhirnya mereka terperangkap dihotel tersebut dalam bilik yang sama. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk mereka berbincang. Why not.




p/s:   Psssttttt: dah lama kan sepi macam ni..aidan bagi 2 chpter tok dikomen...
aidan harap sangat ada yang sudi tegur pasal ketidak sedappan cerita ini...
mcam bese la cite ni tak sedap n rekaan semata-mata...
so sebarang rasa yang tidak enak aidan mintak maaf..
mybe agak lamakan aidan tak update blog....gara2 asgmnt yg terputus2 aidan tak leh menconteng....
erk ada ke yg sudi bace contengan aidan..yang ada tu aidan ucapan terima kasih tak terhingga...big hugs tok semua...

aidan harap korang doakan aidan berjaya dalam menempuh exm awal bulan ini..doakan aidan menjawap dengan jayanya..*cewah awat ku, pelik bebenor*

hehehe



selamat berhibur dengan cebisan contengan yang tak seberapa ini....
selamat hari raya aidiladha...^_^



15 ulasan:

wida berkata...

xnk maya karin, x dpt nk bayangkn...
nk tiz @ siti saleha @ sari yanti..lelaki nk nazim @ fizo..hehehe

o-ReN berkata...

wida: orait nnt kita tukar ye..^_^

Tanpa Nama berkata...

salam aid....terlebih dahulu kak fika nak mohon maaf kat aid... nak kata cite ini besttt kak fika suka tapi satu je ada error ejaan lah aid macam ternanyi patutnya ternyanyi tu contoh tau..ada lagi kalo aid baca balik.... chaiyokk dik nk n3 lagi....hihi selamat hari raya korban aid

norihan mohd yusof berkata...

dalam nak ke tak nak,ALLAH telah pertemu kan mereka,terus jadik suami isteri.hope harraz n dahlia on jer lah as husband n wife...tak yah lah nak ingat kan cinta hati yang dah lari tinggal kan u dalam majlis kawin u n her.tak berbaloi langsung Mr harraz.terima lah apa yg telah ALLAH untuk kan wat u...pasti ade hikmah nye diatas sume yg terjadi!!!

baby mio berkata...

CEPATLAH SAMBUNG YA.

o-ReN berkata...

kak fika : thz sudi tegur aid...:)
nn aid repair balik...:)
norihan mohd yusof: tiem aksih sudi bace....yap pasti ada hikmah untuk semua ni....
baby mio:nnt aid cuba sambung ye...:)

si yellow berkata...

aidan..best2..lama da duk tunggu..x perasan lak da update..2 bab lak tu..x sbr nk bca next n3...
p/s: x mo amik artis malaysia..x feel..hehehe

o-ReN berkata...

si yellow:thz sudi bce n tgu cite yg merapu dari aidan..terharu seh ada org sudi bcce...T_T
i/alllah aidan akk cuba sambung..^_^

Nadieyya berkata...

Salam Aidan... baru je prasan ade new entry BCE, thanks for the new chapter.. komen saya, Aidan kena betulkan ada beberapa typo dan ayat yang kurang best..kasi power lagi susunannya, saya kurang suka la ayat 'tanggungjawab still tanggungjawab' better use full english word or BM sepenuhnya..
Mengenai jalan cerita, tak ada masalah bg saya.. BCE mmg menarik, keep it up Aidan..

Nadieyya berkata...

Eh...terlupa pulak....

Aidan, tak mau la maya karin tu..tak sesuai langsung jd Diana Dahlia..tukar ler, ambik yg sweet but slumber.. cthnya, Yana Samsudin,Wawa Zainal,Tasha Shila,Izara Aisyah...

o-ReN berkata...

nadieyya..:terima ksih b'banyk sudi bce cite merapu ni...
yap terlalu bnyk typing...huhuh...
tu la aid ingat nk betulkan smua uh dalam masa terdekat ni...
time kasih sekali lagi...^_^

Ruunna Qizbal berkata...

writer, amik la chompoo araya jdi heroin.. hero pulak amik la mario maurer.. baru layan.. xmau la hero
or heroin malaysia... x best

o-ReN berkata...

ruunna qaibal: time kasih sudi singgah.
nanti aid tukar...aid pun masih mencari...^_^

si yellow berkata...

bila nak sambung????

o-ReN berkata...

si yellow: aid akn cuba..^_^
time kasih kerana sudi tunggu...^_^