Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

23 September 2012

Bukan Cinta Ekspress bab 2







BAB 2

“Macam mana boleh jadi macam ni?” keluh Tan Sri Abbas. Orang tua itu sudah pun mundar-mandir di hadapan Dahlia yang masih kaku lagi. Gila betul angin tak ada, tsunami tak ada, nak-nak lagi taufan Katrina memang tak ada tup-tup dia dah sah jadi isteri orang. Ini betul-betul cubaan. Kecoh masjid tersebut apabila mendengar jeritan dari pengantin perempuan. Ingatkan kena sampuk dekat hantu tapi malangnya pegantin perempuan yang jadi hantu. Boleh ke kena sampuk dekat masjid?. Mmm okey malas nak fikir. Bebalik dari cerita tadi, aku tak paham kenapa aku perlu masuk dalam ini drama keluarga.  Tak pernah di buat orang tertukar pengantin perempuan dan yang paling sadis lagi ia sah. Patut la tadi macam-macam orang duk serbu aku. Pakat ceramah dekat aku. Mintak itu mintak ini. Kena aku tak syak bila dokumen yang dia mintak tadi tu dokumen untuk akad nikah ni, kenapa? Dahlia kau ni lembab tahu tak kenapa kau tak terfikir. Prosedur tengok orang nikah konon. Zira aku benci kau, kenapa aku kena teman kau uruskan pra perkahwinan kau. Semua aku ikut sampai sijil khusus kawin pun aku ikut. Kalau la sijil tu tak ada, kalau la aku tak ikut kau, kalau la aku tak join kau, kalau la aku tak lemah dengan pujuk rayu kau. Konon ganti tempat dia kawin dengan Norman bila dia tiba-tiba mati masa akad nikah. Bengong punya Zira. Dia ingat ni main-main ke? Aku pun satu ikut je cakap si Zira tu.

Eh perempuan, siapa sebenarnya kau ni hah? Kau nak apa dari aku?” lantang Harraz. Siapa tak mengamuk bila tiba-tiba kena kawin dengan orang lain. Sekarang yang tinggal ahli keluarga yang terdekat. Pak imam Romli pun dah balik. Dia pun pelik kena Pak Imam tu boleh kenal perempuan ni.
“Apa eh eh, aku ada nama la. Suka hati je eh kan aku” marah Dahlia orang dah la tengah serabut. Boleh pulak dia serabutkan lagi kepala otak aku.
Ah peduli apa aku.” Harraz menarik rambutnya.
“Sabar Raz, sabar.” Pujuk Kamal. Dia sendiri pun terkejut dapat dirasakan yang perkahwinan ni ada dalangnya. Serius dia pun tak paham sebenarnya.
“Kenapa kau sain surat nikah tadi? Kau nak perangkap aku ke?” soal Harraz. Tubuh Dahlia digongcang. Cuba mencari jawapan dari wajah tenang perempuan tu.
“Mana la aku tahu. Aku ingat buku kedatangan” selamba Dahlia. Dah memang betul itu yang terlintas difikirannya sewaktu menurunkan tanda tangan sebentar tadi.
Terkedu Harraz mendengar jawapan Dahlia. Buku kedatangan??.
“Sekarang ni macam mana? Kau nak cerai ke?” Harraz sudah bingung. Dengan Diana yang hilang tiba-tiba. Dengan perempuan depan matanya lagi. Dengan status yang berubah lagi. Lepas tu apa nak jawap dengan family yang hadir. Kawan-kawan? Serabut.
“Harraz!” jeritan Tan Sri Abbas bergema.
Cerai? Bagai baru terkena renjatan elektrik. Dahlia menerpa ke arah Harraz. Mulut Harraz ditekup ia membuatkan Harraz terdorong kebelang. Selamat dia cepat memasang ke kuda kalau tak sia-sia jatuh. Perempuan ni memang la.
No cerai. Giler apa belum pun sampai 24 jam aku nikah aku dah kena cerai. No no no” jerit Dahlia. Aku tak nak jadi janda!
“Maknanya kau nak la jadi bini aku?” Harraz tersenyum sinis.
Of course la tak nak” jerit Dahlia. Tak nak jadi isteri orang yang tak kenal. Entah-entah lelaki itu gila. Cuba perangkapnya untuk kahwin, sebab mana ada siapa nak kahwin dengan orang gila. Betul tak?
“Habis tu?”
“Aku tak kira kalau kau ceraikan aku, aku saman kau” marah Dahlia.
“Saman?” tersentak Tan Sri Abbas dan Puan Sri Zulaika.
“Yap saman. Aku rasa kau mesti tak tahu siapa aku sebenarnya kan?” Dahlia tersenyum sumbing.
“Siapa?” soal Kamal. Dia sendiri yang jadi pemaerhati pun tak sabar nak tahu diri sebenar perempuan itu.
“Aku adalah anak angkat hakim Negara Malaysia. So dengan senang aku boleh menang kes ini.” Bohong Dahlia. Sebenarnya dia pun tak tahu kenapa senang je ayat itu keluar dari mulut Dahlia. Masjid itu sunyi seketika dengan kata-kata Dahlia.


Dahlia mengetuk stereng kereta. Bodoh punya Dahlia. Sebaik sahaja lepas berbincang hal cerai dia terus keluar dari masjid tersebut. Tak rela aku nak jadi janda dalam masa 24 jam dan tak rela jugak jadi isteri dia. hish macam mana la tu erk? Dia memandang ke arah keluarga Harraz tidak jauh dari keretanya. Kau ni kenapa kau terlibat dalam hal ini. Harraz dengan sahabat dan family di hari bahagia. Aku? I sorang-sorang je. Ish cara cakap aku macam rela je. Sikit pun aku tak rela la.
Deringan lagu ‘Muara Hati’ nyanyian Hafiz dan Siti Nurhaliza. Bergema dalam keretanya. Tergopoh-gopoh Dahlia mencapai telefon bimbitnya yang berada di side sebelah.
‘Hazirah’ sebaik sahaja nama Hazirah menyapa matanya secepat-cepat panggil itu diangkat.
“Zira mana? Aku dalam masalah ni” rengek Dahlia. Hanya itu sahaja tempat dia meluah dan mengadu. Hanya Hazirah.
“Aku dekat rumah ni. Dari tadi aku tunggu kau. Call tak angkat. Kau kat mana ni? Kau tu pengampit aku kenapa kau tak datang. Tak pasal, pasal si Rin ganti kau. Kau memang. Sedih aku time ni la sahabat baik ada dengan sahabat baik” ambik kau dah macam machine gun si Hazirah bercakap.
“Zira aku dah kawin. Waaaaa. Aku tak redha”
“Apa yang kau merepek ni. Tu lah aku suruh cari pakwe tak nak. Sekarang sibuk nak kawin.” Dush. Kan dah kena sedas. Adeh Zira oi ni bukan masa nak cari pakwe dah.
“Zira listen here. Aku Diana Dahlia binti Abdullah dah sah nikah jam 4.20 petang tadi.” Dengan sekali lafaz Dahlia bersuara.
“Kau ni jangan la main-main” suara Hazirah bertukar cemas.
“Betul aku tak tipu. Sekarang ni aku kat Putrajaya ni”
“Putrajaya yang kau pergi sana buat apa. Akad nikah aku buat dekat rumah la” tersandar Dahlia ke belakang. Sah. Memang sah dia dah silap majlis. Sebaik sahaja talian ditamatkan Dahlia memecut laju ke arah Dengkil. Rumah Hazirah dituju.



Naza Sutera meluncur laju dihadapan Harraz. Kenapa semua ini terjadi.
“Raz” tepukan dari Kamal membuatkan Harraz berpaling.
“Mesej dari Ana” telefon Galaxy Note disuakan ke arah Harraz. sebaik sahaja pesanan ringkas tersebut dibaca. Telefon dibaling ke arah jalan. Kamal yang melihat terkejut.
“Ana kenapa buat Raz macam ni!” jerit Harraz. Terkejut apabila melihat mesej dari Diana.
“Apa yang terjadi ni Harraz?” Kamal cemas.
“Dia tinggalkan aku, Mal. Ana cakap dia tak bersedia nak kawin lagi. Kalau tak sedia habis ni semua apa” marahnya. Kamal yang dari tadi memerhati memeluk Harraz.
“Sabar, bro. Aku tahu pasti ada jawapan untuk semua ini” walaupun dia masih ragu-ragu. Kenapa hari yang bahagia teman baiknya jadi begini?


Dari jauh sepasang mata memerhati dengan senyuman. Rancang mereka sudah pun berjalan lancar. Bunyi telefon milik lelaki itu bergetar.
Helo” satu suara menyahut dari alat mesin komunikasi tersebut.
Yap. Semua dah selesai kau tak payah risau. Aku rasa perempuan tu tak sedar apa-apa pun. Cuma si Harraz tu hah. Aku rasa dia tak akan berdiam diri” terang lelaki itu pada si pemanggil.



*****
bosan kan?
aidan tahu ini cite merepak je..ini hanya hiburan je..mengisi masa kosong. aidan mintak maaf atas segala kekurangan dalam menulis cite ni. pada yang tunggu cite ni aidan mintak maaf dari hujung kaki hingga hujung kuku. aidan tak pandai. terima kasih kerana sudi bce cite merepek ni. serius aidan terharu ada yang suka cite ni.
kalau ada sebarang kekurangan jgn lupa bagi tahu aidan. aidan akan cuba baikinya.
salam 1 malaysia...
time kasih kerana sudi singgah ke blog aidan yang tak berapa ni....
T_T

12 ulasan:

putri nia adelia berkata...

dear,6t sambung lg ye,best sgt..nk taw pe yg jd pd lia n harraz lps ni...

o-ReN berkata...

cik putri: akan saya cuba time kasih kerana sudi singgah...maaf atas segala kekurangan...

^_^

Nas berkata...

hahaha..SERIUSSS BEST ! sgt interesting..mcm mana bleh silap majlis..ehehehe..ohh sapa tok dalang itu.. smbg cik oren (:

o-ReN berkata...

cik nas: time kasih,...nanti saya usahakan untuk sambung...^_^

karyamystoriesfyka berkata...

kak Fika~~
salam cik oren uuiitt berdebar ini kali pertama ceq tinggal jejak kat sini.... :D besstt ....nak..nak lagi macam mana depa boleh kawen sape mastermind dia ini...??tak sabo nak tunggu sambungan dia mentol lip-lap dah mai errkk cik oren .hihi

o-ReN berkata...

kak fika: heheh 1st time terjah komen cik oren....^_^
time kasih kak fika....maaf atas segala kekurangan dalam cite ni..almaklum la cite bebudak je..^_^

norihan mohd yusof berkata...

wah!ade dalang rupa2 nye...namum jodoh tu tk leh lari kemana pun..ape yg kite rancang,tp lain pulak yg ALLAH SWT janji kn.ape yg dh jadi ade hikmah nye harraz.mungkin dahlia yg terbaik utk harraz!!!gud story dek..sambung laju2 ye dek,tk sabar dh ne.......

o-ReN berkata...

cik Norihan:time kasih sudi bace cite aidan yang tak berapa ni...nanti aidan try buat yg terbaik...andai ada kurangnnya aidan minak maaf...:)

Tanpa Nama berkata...

eeemh.. Komen dr sy yg pertama.. Ide penulis ok n pndai bwt pembaca tertny3 ap yg terjadi... Ke 2. gaya tulisan jg bhs yg d guna kn msih slow.. Ke 3. Citer sngt terburu2.. ke 4. Klu nak asing kn satu2 bab penulis kene la bwt trip.. Contoh sprti kejadian d ats, ngah cite2 bab dlm masjid eh tiba2 ad kat dlm kete plak si dahlia.. Ke 5 agak serabut sikit jln cite nie..

Apa pun jgn terasa dgn komen sy, sbb sy nie just pengemon jg pembaca cabok.. sy hrp sngt2 kat penulis perbaiki lah mutu tulisan anda sbb anda pny bakat mendalam dlm mengeluar kn ide... Salam ukhuwah aidan RD

Nadieyya berkata...

Bestttttttttt....

tak sabar nak tau, siape dalang ye..kenape org tu rancang smpai mcm tu skali...

kesian dekat Diana Dahlia, jd mangsa betul la..huhuhu...

cik Writers sambung la lgi cpt2 ye..

o-ReN berkata...

RD:time kasih sudi singgah.maaf la bnyk kurang..cz dalam perbaikkan lagi....
sangat menghargai komen dari RD..^_^
Nadieyya:time kasih kerana singgah..i/allah saya cuba sambungkan...
maaf la atas kekuranga dalam cerita ini...^_^

Tanpa Nama berkata...

Citer nie best laaa!!!!!
X sabar nk tau penghujungnya