Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

27 Ogos 2012

BAB 1: Bukan cinta Ekspress..





Wah tak sangka kau dah nak kahwin, Raz. Baru semalam kita mandi sungai sama-sama” sakat Kamal. Bahu Harraz ditampar kuat. mengaduh Harraz, akibat dari ditampar Kamal.
Weh kau ni dah macam perempuan pulak main tampar-tampar. Sakit taw tak” marah Harraz. Bahunya diusap.
“Ala jangan la marah lepas ni kalau sakit boleh la Diana usapkan…hahaha” bunyi tawa dari Kamal mula kedengaran. Entah apa yang lucu entah la.
“Raz, mana Diana ini. Cuba kau call dia. Kita dah lambat ni” kata-kata dari Didie mematikan tawa Kamal. Jam ditangan mereka dikerling. 4 petang. Sepatutnya majlis bermula pukul 3.30 petang tapi terpaksa meunggu Diana yang tidak tiba lagi. Telefon bimbit milik Harraz dicapai. Nombor Diana di dail.
“Macam mana?” soal Kamal. Melihat Harraz yang sudah berkerut turut menambahkan risau dihatinya. Jangan –jangan berlaku sesuatu. Detik hati Kamal.
“Tak dapat la” Harraz mengeluh. Bukan baru sekarang dia cuba dail tapi dari sejam yang lalu tapi hampa. Dalam fikirannya sudah ada macam-macam perkara buruk yang terjah. ‘Mana la perempuan ni. Dah lambat ni. Selamat la lepas ni kau jadi bini aku. Tahu la aku nak buat apa nanti. Harraz tersenyum nipis. ‘Wajah Diana sudah pun bermain difikirannya. Sah aku kena cepat kahwin!
“Habis tu, macam mana ni?” Didie sudah pun meluahkan apa yang bermain dibenaknya. Pihak lelaki sudah pun bersiap sedia menunggu dari tadi. Hanya pihak perempuan tiada wakil. Hanya Diana sahaja kerana Diana anak yatim piatu. Semua urusan perkahwinan mereka hari ini diuruskan oleh Harraz, Kamal dan Didie yang merupakan sahabat baik Harraz. Hanya pihak tertentu sahaja yang hadir untuk majlis ini.



            Kereta Naza Sutera milik Dahlia diparking elok di Masjid Putrajaya. Langkah kaki diatur menuju ke dalam masjid untuk meraikan sahabatnya yang akan menamatkan zaman bujang hari ini. Baju di badan dibetulkan. Seronok tak terkata dia hari ini. Bukan selalu dia dapat melihat acara ini secara live. Hidup sebagai yatim piatu ini macam-macam yang perlu dia belajar sendiri. Tiada mak yang akan turunkan nasihat. Tiada ayah yang akan betulkan segala kesilapannya.
Dia tersenyum melihat baju ditubuhnya. Ini siapa la yang nak kahwin aku atau pun Zira. Peristiwa tika meneman Hazirah terjah ke dalam kotak fikirannya. Hazirah bukan sahaja memilih baju untuk dirinya tapi dia sekali. Bermati-matian Zira memaksanya untuk turut memakai baju yang sama denganya pada hari bersejarah Zira. Dia sekadar menjadi pengampit sahaja bukan pengantin. Tapi dituruti jugak pemintaan sahabatnya itu. Tak kesah la janji baju free siapa yang tak nakkan? Hehehehe..

Langkah kaki diatur laju. Dia harus cepat kerana sebentar lagi majlis akan berlangsung. Nanti tak pasal Zira bising. Akibat masalah dikedainya dia terpaksa berpatah ke sana dulu sebelum merempit ke sini balik. Sebaik sahaja dia tiba di tempat berkumpul dia hairan. Susana majlis itu kelihatan kelam-kabut.
Aikk..kenapa pulak ni, Zira lari tak nak kahwin ke’? Detik hatinya. Nafas ditarik.
“Assalamuaikum, Puan” salam diberi kepada salah seorang hadirin yang berada di situ. Sebagai seorang Islam memberi salam adalah sunat. Siapa tak nak pahala kan?
“Waaikumussalam” salamnya disambut berserta senyuman. Wanita itu memandangnya dari atas hingga bawah.
‘Ish jangan la tengok macam tengok Miss World, malu la’ rintih hati Dahlia.
“Diana ke ni?” soal wanita itu. Eh macam mana makcik ni tahu nama aku. Mmm tak sangka aku dah terkenal macam Miss World. Yahuu… Tahun depan aku nak masuk bertanding. Tanpa kata tangannya ditarik mengikut langkah makcik itu.
“Kenapa lambat?” soal itu terpancul dari mulut makcik itu. Lambat? Rasanya aku tak lambat. Tepat-tepat  je aku sampai.
Erk.. Jalan jem.” Balas Dahlia sikit gagap. Garangnya makcik ini.
Mmm tak apa la janji sampai” kata-kata makcik tersebut buat aku rasa terharu. Serius tak sangka aku begitu penting dalam majlis ni. Dahlia ketawa kecil. Dahlia masih setiap mengikut langkah makcik itu sebelum makcik garang tersebut membisikkan sesuatu di telinga salah seorang hadirin yang berada disitu. Kenapa tak ramai orang ni. ‘Satu, dua, tiga. Apa! Hanya 5 orang je wakil perempuan. Ish Zira ni tak patut betul. Kenapa tak panggil semua sanak -saudara dia. Biar penuh sikit masjid ini. Baru meriah’. Omel hati Dahlia. Aikk kenapa makcik ni main bisik-bisik pulak.. Mengumpat aku la tu. Tahu la aku punya baju cantik. Al-maklum la Razwan Will Will yang reka. Ala yang popular itu. biasa la akukan suka panggil nama orang sesuka hati. Kalau la dia tahu tak pasal aku. Kena. Ish minta simpang. Hah kamu yang baca ni tolong jangan bagi tahu dia taw. Ni rahsia kita-kita je.Dahlia menahan debar. Serius keadaan itu seakan kekok. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk kemas.
“Kenapa lambat puas mama tunggu Diana. Mama ingatkan Diana tak datang tadi” adu wanita yang mengelarkan dirinya ‘mama’.
Dahlia blurr.. Mama? Ini yang yang buat aku touching nak golek-golek ni. Bila masa pula aku ada mama ni. Mak ayah pun tak pernah kenal. Waaaa. Aku dah sedih ni.
“Jalan jem” hanya itu yang mampu Dahlia jawap.
“Dah la tu kita dah lambat ni” sampuk makcik garang tu.
“Duduk sini Diana. Kejap lagi majlis nak mula” arah ‘mama’.
Rasa dah macam pengantin pulak bila kena duduk atas bantal. Manalah si Zira ni. Matanya berkerja mencari kelibat Hazirah. Serius tika itu dia ingin berada disamping Zira. Menemaninya saat ini.

Makcik mama itu masih setia berada disampingnya. Tangan Dahlia dipegang. Mak zira ke? Kenapa nampak macam mak-mak salleh pulak. Takkan la Zira ini Pan-Asian? Setahu aku Zira Pure-Asian. Tak ada kacuk-kacuk ni. Mata mak cik ini warna biru la. Cantik betul makcik ni.
“Makcik mama ni pihak pengantin perempuan ke?” Dahlia cuba beramah mersa. Mana tahu makcik ni ada anak lelaki boleh la aku masuk line makcik ni lawa mesti anak dia hensem. Okey Dahlia stops it!
“Panggil mama. Lagi pun lepas ni kita adalah keluarga” ujarnya perlahan.
“Mama?”
“Ya sayang”
“Diana sain dekat sini” arah mak cik garang tiba-tiba. Terkejut Diana dengan ke muncul makcik garang secara tiba-tiba. Ish makcik garang ni. Suka betul main arah aku. Tadi main tarik-tarik sekarang main sain-sain pulak. Apa kes! Tapi dituruti jugak arahan wanita tersebut. Dahlia tahu merungut dalam hati sahaja tapi nak bangkang depan-depan memang kirim salam la. Dahlia ni memang pengecut sikit. Nak-nak bila orang lebih dewasa darinya bersuara. Ini memang dia tak boleh nak lawan. Anak baik la katanya.
“Kenapa lambat Zura?” soal makcik mama tersebut. Dahlia hanya mampu melihat sahaja. Tak ada sebab dia nak masuk campur walaupun ada la niat tu dekat hati sikit.
Oh mak cik garang ni namanya Zura’ desis Dahlia.
“Nama si Diana ni silap dalam boring ni. Selamat saya mintak IC dia tadi.” Dahlia mencebik.
“Tidak mengapa janji semuanya selamat.” Zura berlalu. Puan Sri Zulaika tersenyum. Tidak cacat cela gadis pilihan anaknya itu.
“Makcik”                                                                                                                 
“Panggil mama sayang”
Okay-okay, makcik mama mana Zira. Dari tadi tak nampak pun muka dia. Dia nak kahwin ke tak nak ni mak cik mama?”
“Zira?”
“Yelah mak cik mama. Saya ni cuma pengampit. Kalau tak ada pengantin saya nak ampit siapa pulak mak cik mama” Dahlia sudah membetulkan duduknya dari bersimpul ke bersila. Tak kuasa I nak jadi perempuan melayu terakhir. Nak jadi perempaun melayu terakhir tunggu la aku punya majlis kawin nanti. Waktu tu pijak anai-anai pun tak mati. Eh silap pijak semut pun tak mati.
“Diana jangan nak buat lawak pulak. Zira mana pulak ni. Bukan ke ni majlis kamu. Masjlis kamu dengan anak mama, Harraz Raihan.” Terang Puan Sri Zulaika. Ini sindrom akad nikah ke? Sampai dah tak betul. Majlis kahwin sendiri pun tak ingat. Puan Sri Zulaika sudah hairan. Apa yang berlaku ini?
“Nikah?” jerit Dahlia perlahan.
“Mak cik sayang, jangan la main-main. Saya ni pakwe dah la tak ada. Kawan yang berlainan jantinan ni boleh kita dengan jari je. Ni mesti dalam rancang Bang Bang Boom kan? Alamak saya dah terkena la” Dahlia sudah mula merepek. Dari duduk bersila dah duduk apa tah. Panas. Makcik-makcik yang berada disekitar dan mula bisik-bisik. Alhamdullah dapat pahala free.


“Harraz, Diana dah sampai. Jom la kita mulakan majlis” panggilan dari papanya menbuatkan harraz menarik nafas lega. Sekali lagi bahunya ditepuk oleh Kamal. Kali ini, helmi turut join sekali menepuk bahu Harraz.
“Jangan tersasul sudah.” Sakat Didie. Dia tumpang gembira bila sahabat baiknya yang akan menamatkan zaman bujangnya sekejap lagi.
            Harraz sudah pun mengambil tempat dihadapan tok kadi yang mana akan menamatkan zaman bujangnya dan mengikatnya dengan pengarang jantungnya.
“Kita mulakan” kata-kata Tok Kadi disambut dengan anggukan dari hadirin yang lain. Dia memandang tirai yang memisahkan antara dia dan Diana. Sabar ya sayang.
“Aku nikahkan dikau dengan Diana Dahlia binti Abdullah dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai” tangannya digengam kemas oleh tok kadi. Harraz terkedu. Bila masa pulak nama Diana ni ada Dahlia. Dia pergi tukar nama ke semalam? Soalan itu berlegar difikirannya. Dia binggung.
“Harraz” tegur Tan sri Abbas mematikan lamunannya.
“Hai cuba bawa beristifar. Maklum la gemuruh” kata-kata tok kadi membuatkan riak mukanya berubah. Malu. Boleh pulak bula mengelamun time angkat nikah ini.
“Harraz, boleh tidak ni? Nak ambik air sembanyang dulu tak?” soal papanya. Dibelakangnya kelihatan Didie dan Kamal menahan tawa. Tak boleh pakai punya kawan. Gelakkan aku pulak. Jaga korang.
“Kita mulakan sekali lagi ya?”  Harraz mengagguk. Nama Diana dihafal sekilas.
“Aku nikahkan dikau dengan Diana Dahlia Binti Abdullah dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai”
“Aku terima nikahnya Diana Dahlia Binti Abdullah dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai” dengan sekali lafaz akad itu sudah pun sah. Hadirin yang berada disitu sudah pun mengucap syukur.
“Nanti dulu” satu suara itu cukup membuatkan semau hadirin berpaling. Berkerut kening Harraz melihat seseorang yang tidak dikenali itu menjerit lantang. Ini kenapa pulak? Nak halang majlis aku ke?



layan lagu ni dulu..."memeluk bulan"
*entah kenapa tak leh masuk an video pulak*



OKAY...salam 1 malaysia semua. dekat sini aidan nak ucapkan time kasih kerana sudi singgah sini. mmm aidan tahu blog aidan ni tak teratur..cite pun tah apa2..tapi semua yg ada dalam ni juz untuk hiburan je..tiada kaitan antara hidup ataupun yg tak hidup. cite yg lain bnyk tak siap lagikan.... aidan hanya boleh tulis cite bila ada dekat rumah ni..bila dah masuk stdy aidan tak boleh nak tulis dah...
uihhh tak sbar nak cuti nnt aidan nak sambung semua cite yang ada or yg tertangguh. opss pasal cerpen. aidan mintak maaf bebanyak tak boleh nak tulis...huhu...T_T 
cite kali ni tak ada tajuk...
tajuk dia aidan mungkin kan tukar...mmm kena tengok keadaan la..huhuh....
ops terlebih panjang pulak...
maaf la jika ada silap n salah. aidan tak pandai..aidan tulis cite ni pun untuk suka2..kalau ada silap jgn la segan2 bg taw..aidan lagi segan dari korang yg bace..
mmm rasa2 ni bukan teaser dah tapi bab 1...pnjgn sangat kan...?

Terima kasih keran sudi singgah sini....^_^

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila nak sambung?

o-ReN berkata...

tanpa nama: tak pasti lagi..time kasih kerana sudi singgah..

Nas berkata...

serius best tak tipu..hehe..saspen sapa yg menghalang perkhwinan tu..hehe.. oren take your time.. ganbatte ! :DD

Nadieyya berkata...

Menarik.... cepat2 la sambung, nak tau ape yg terjadi pada harraz dan dahlia...

o-ReN berkata...

nas:tq sudi bace cite oren..tq sesangat...^_^ walaupun cite entah apa2...hohoh
nadieyya: tq sudi singgah sini...i/allah akan sambung...cuma tak tahu bila....tq..^_^ sudi bace...

Nadieyya berkata...

most welcome cik writer, BCE ni mmg Menarik...sambung la cepat2 ye..hehehe..

~malin leen~ berkata...

bila nak sambung...??best cite ni..episod 1 da mendebarkan...cepat3..:DD

o-ReN berkata...

nadieyya dan malin leen:akan berusaha untuk siapkan...^_^
tp tak tahu la ia ok ke tak...:)

norihan mohd yusof berkata...

menarik dek...kelakar gak bile kes tersalah pengantin ne!!!mukadimah pun dah best dek...

o-ReN berkata...

cik norihan:time kasih kerana sudi bace cite mengarut aidan..^_^