Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

10 Julai 2012

Teaser Cerpen....

kali ni aidan di landa mood kemalasan..bila balik asrama mood aidan beralih ke arah movie...
ni antara list cerita aidan yang tak siap-siap lagi...siapa sudi nak sambungkan??^_^
agak-agak an mana yang okey antara banyak2 ni.....
-_-





AKU BUKAN BUDAK SEKOLAH!!

Saya bukan budak sekolah” jerit Tasnif. Berang betul dengan lelaki didepannya itu. dah banyak kali dia cakap dia bukan budak sekolah.
“Jangan nak tipu abang okey…ni tempat majlis untuk orang dewasa bukan budak sekolah”ulang Nadhim. Dia selaku penyelia majlis terpaksa memantau perjalanan masjil tersebut. Majlis reunion pelajar uitm negeri Sembilan bacth 2009-2011. Hanya pelajar untuk batch itu sahaja dibenarkan hadir.
Tasnif dan mengaru kepala. Elok-elok rambut tadi kemas kini sedikit serabut. Tension. Kenapa tak habis-habis orang gelarnya budak sekolah. Dia dah 23 tahun okey. dah kerja pun.

                 “Hello encik abang kalau tak percaya nak ambik IC ni” Tasnif mengeluarkan kad pengenalan dari beg sandangnya. Kad pegenalan dengan kasar diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu sebelum merepuh lelaki itu.
“Aku bukan budak sekolah la” bebel Tasnif kegeraman.
“Oit Tas, asal ni membebel sorang-sorang?” tersentak Tasnif apabila ditegur dengan mengejut. Nafas di tarik bila melihat orangnya menegurnya itu amat-amat dikenali.
“Mana kau pergi hah? Asal tak tunggu aku dekat pintu. Tak pasal aku dah kena tahan. Balik-balik dengan gelaran budak sekolah tension aku!” macam peluru berpandu Tasnif bercakap . Sikit pun tak bagi peluang dekat Afifah untuk mencelah.

KAU SI PELIK AKU.

“Id!” jerit Suri Mysara. Dia yang sedang bercakap melalui telefon terhenti bila melihat Id sudah pun berjalan memasuki salah sebuah rumah yang terdapat dIdepannya.
“Papa kejap lagi suri call balik, Id ni dah masuk rumah orang pulak” sebaik sahaja berkata terus telefon dimatikan. Berlari suri mendapatkan Qaid Danial. Tertinjau-tinjau suri sebelum memasuki rumah tersebut.
“Id, akak kan dah pesan tunggu akak” marah suri sambil menapak perlahan kearah Id yang sedang elok duduk ditepi sebuah kereta dIdalam rumah bangle tersebut.
“akak cakap dengan papa lama sangat. Id bosan la.” rungut Id. Aduh budak kecik ni suka betul la menjawap.
“Id ni saja kan. Akak dah penat ni. Id naik main sorok-sorok pulak” suri mencekak pinggang. Geram dengan adiknya yang berusia 8tahun itu. selalu bagi dia runsing. Suri memandang keadaan sekeliling rumah banglo 2 tingkat. aduh rumah siapa pulak yang si Id ni masuk. Suka betul masuk rumah orang la budak sorang ni.
“Id ni rumah siapa pulak yang Id masuk ni, nanti tak pasal-pasal kita kena tuduh merompak.” Bebel suri. Matanya masih tak lepas dari memandang sekeliling. Aduh tuan rumah pun satu bukak pintu pagar luas-luas tapi tak ada orang . memang sah terlebih kaya ni sampai mengalu-alukan pencuri masuk. Tapi aku bukan pencuri.
“Id penat la tunggu dekat luar. Dekat sini teguh sikit. Ada bumbung” Id bersuara. Tiada tanda-tanda yang dia akan bangun dari bersandar di kereta. Erk?? kereta?? Dengan pantas suri mendongak.
Mercedes-benz slk-class? Rahang suri dah terjatuh. Id yang  bersandar di kereta tersebut ditarik kasar dan menyebabkan dia terdorong ke hadapan.


PROM NIGHT  (cerita gabungan aidan)

Arina membelek kad yang berada ditangannya.
‘PROM NIGHT’ perlahan-lahan dia mengeluh.
Kad tersebut diletak kembali keatas meja.
Kalau tak pergi tak boleh ke? Kenapa la majlis ini perlu ada dan wajib pulak tu.
“Arina!”jeritan satu suara membuatkan dia menoleh. Cermin mata yang berada di atas hidung ditolak naik.
‘Adel Eshan?’
“ada dapat card tak?” wajah lelaki itu aku tenung.
“Card??”
“Prom night?” soalnya.
“Kenapa dengan prom night?” aku lihat dia mengaru kepala. Sesekali kelihatan dia seperti teragak-agak.
“Pergi tak tahun ni?” soal Adel Eshan sambil sengih. Budak ni dah buat tabiat ke apa?
“s..”
“Adel!” belum pun sempat nak jawap. Kelihatan Ayu berjalan kearah  mereka.
“Apa you buat dengan budak tak cukup sifat ni?” Ayu sudah memandangnya sinis dari atas hingga bawah. Arina hanya menunduk siapa la dia nak dibandingkan dengan diva kolej mereka.
“You tak berhak nak hina dia?” Adel Eshan membela Arina. Tak sanggup melihat Arina sentiasa manjadi mangsa buli.
“Kenapa you bela dia pulak?” Arina dah mendongak. Silih berganti melihat Adel Eshan dan ayu dihadapannya.
“Ini bukan pasal bela. Tapi perbuatan you tu salah. Suka menghina orang sesuka hati. You patut malu” marah Adel Eshan. Tangan Arina ditarik untuk mengikutnya. Terkejut Arina dengan kelakuan Adel Eshan. Dia terdorong akibat tarikan Adel yang mengejut.
“Adel Eshan!!” jerit Ayu dari jauh. Kelihatan dia Ayu sudah menghentak-hentak kaki.
“A…del” tergagap Arina.
“Jangan layan dia. Biarkan dia”
“Tap..iii…” kata-kata Arina tersekat.

HOSPITAL CINTA

“Kau biar betul Nizam” Fathir memandang Nizam dengan riak kurang percaya.
“Betul la kau ingat aku main-main ke?” begang pun ada juga dengan soalan Fathir. Kad ditangan dipegang.
“Boleh percaya ke ni?” sekali lagi Fathir menyoal. Taufan tiada, tsunami tiada tuptup suruh hantar dia pergi hospital. Yang menjadi kemusykilannya sihat sahaja Nizam berdiri dihadapanya. Fathir meletakkan belakang tangannya di dahi Nizam tapi ditepis lagu oleh Nizam.
Serius tak panas pun. Elok je darjah kesihatan Nizam. Tak panas dan tak sejuk. Kalau sejuk nanti jadi lain pulak…huhuhu … Seram..
“Okey kau ni kenapa sebenarnya, cuba cakap dengan aku” Fathir memegang erat bahu Nizam. Tidak percaya yang Nizam suruh bawak dia pergi hospital. Okey ini memang tidak pelik, tapi pelik baginya kerana Nizam ini dalam seumur hidup dia sejak 25 tahun tak pernah pergi hospital.
Biasanya doctor yang akan datang kepadanya. Kad di tangan Nizam diambil.
‘Hospital Cinta’ tengok nama pun dah macam pelik.
“Ini hospital apa?” soal Fathir.
“Hanya ini la tempat yang aku boleh pergi sekarang. Kalau hospital lain mesti tak dapat nak sembuhkan penyakit aku ini” luah Nizam mendung. Susah betul la manusia didepannya ini. Suruh bawa pergi hospital pun soalan macam aku dekat mahkamah.
“Kau sakit apa ini Nizam. Kau jangan buat aku risau” muka Nizam ditilik. Pucat tak ada. Badan okey. Masih tegap aku tengok



Ni antar yang dah siapa separuh..tapi tak ada masa tuk sambung..hihihihi..manakala e-cerpen masih tak sentuh lagi..T_T

14 ulasan:

nas berkata...

wahaii cik oren mata hati saya dh tertarik dgn semua teaser cik oren ni..nak complete story*mengada*..hehehe..take your time to finish smua cerita ya..waiting for it!:D

o-ReN berkata...

heheheh...
tq2...
akan diusahakan,,,,^_^

Nurul Najihah berkata...

waiting...hospital cinta...lalllalal ha2

o-ReN berkata...

nurul najihah: orait..akan diushakan..^_^

Nas berkata...

eh ada org waiting for hospital cinta gak eh? cik oren apa petandanya itu?hahahaha..sila sambung ya..hihi..saya tgu smua yg teaser, yg baru lakar atas krtas mahupun yg baru disave dlm otak dan yg baru je terfikir tadi crita baru..*melampu minah ni*hehehe..berusaha!

o-ReN berkata...

wah! hahaha...saya bertapa malam ni jugak...heheheh..^_^

anis farzana berkata...

banyaknya idea pending oren! huhu... menarik2 semua tajuknya... :)
chaiyok2... hehe

o-ReN berkata...

anis: xtaw la bila boleh siap..
caiyouk3...hheheh...
^_^

Tanpa Nama berkata...

semua best,aku bukan budak sekolah mcm best je

o-ReN berkata...

tanpa nama: akan diusahakan jugak...^_^

yad'z berkata...

haha.. amboiii.. kemain banyak lagi... chaiyok3 oren.. ^_^

o-ReN berkata...

tq yad'z..^^

Nurul Najihah berkata...

ha2...sya nak undi hospital cinta bebanyak...nanti bole la...bca yg nie dulu sebelum pergi kem.....cik oren hospital cinta dulu...ek...hi2..

o-ReN berkata...

nurul: tgh berusaha siapakn,,,
^^