Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

4 Julai 2012

E-cerPen : Seindah Kenangan Kita ~part 5~





“Wow canggihnya betul la kedai angah ni” Lisa memerhati workshop milik Nafiz. Workshop yang mempunyai gabungan dengan kedai menjual kereta milik Nafiz. Disebelah kanan terdapat sebuah kedai kaca yang dipenuhi oleh kereta sport dari dalam dan luar negara dah macam muzium pulak. Sebelah kiri menyediakan tempat membaiki kenderaan.
“Lisa tengok-tengok la dulu, angah nak pergi office dekat atas kejap”
“Cik Lisa” tegur satu suara Lisa yang leka memerhati langkah Nafiz berpaling.
“Ya saya” kelihatan seorang gadis sedang tersenyum kearahnya. Memiliki wajah yang manis. Ketinggian yang hampir sama dengan para model dimalaysia. Rambut yang lurus dibiarkan lepas.
“Erk! Awak pakai shampoo rejoice ke? saya rasa rambut awak ni guna jari pun boleh tak payah nak guna sikat dah”. Dia sudah pun memandang tajam rambut gadis didepannya itu. Adui ai Lisa kenapa la kau jadi macam ni.
“Saya Mastura pegawai pemasaran dekat sini” Mastura memperkenalkan dirinya.
“Encik Nafiz suruh saya teman encik Lisa melawat kedai buruk kami ni” Mastura tersenyum manis.
“Kedai buruk?? Awak biar betul. Ni bukan buruk la tapi cantik, ish-ish siapa la yang cakap kedai ni buruk meh saya sekeh sikit” bebel Lisa.
“Jom cik Lisa mari saya bawa cik melawat tempat ni” Mastura memperlawa Lisa. Hatinya sedikit tercuit dengan gelagat Lisa.  Terselit perasaan kagum melihat kedai yang dimiliki Nafiz. ‘gallery auto’ sesuai dengan konsep kedai yang dihias seperti gallery.
Pelbagai kereta yang terdapat di gallery tersebut dari luar negara mahupun dalam negara. Langkah kaki Lisa terhenti bila melalui sebuah kereta. Dah macam patung cendana dia berdiri di kereta tersebut. Kereta idaman Malaya dan turut menjadi idamannya. Volkswagen beetle!
“Mas, kereta ni dah ada orang ‘cop’ belum?” dia membelek setiap ruang yang ada didalam Volkswagen beetle .
“Belum cik Lisa baru sampai 2 hari lepas. Kata encik Nafiz ni sudah ditempah oleh orang.” Terang Mastura. Itu la maklumat yang dia dapat sebaik sahaja kereta tersebut tiba dikedai mereka. Lisa mengeluh. Melepas peluang ni untuk memiliki kereta ni.
“Kalau cik Lisa berminat ni ada catalog. Boleh la tengok-tengok” satu catalog diserahkan kepada Lisa. Dia hanya membelek kosong. Hanya gambar yang mampu dilihatnya. Nak tengok lebih-lebih dia tak tahu. Yang dia hanya tahu pandu sahaja. Bila cukup bulan papa hantar servis.  Senang tak hidupnya.
“Hah macam mana Lisa ada yang berkenan tak?” terpacul wajah Nafiz disebelah Mastura sambil tersenyum.
“Kalau dah ada yang berkenan cakap la boleh angah bagi”
Ini dah macma orang mengantuk disorongkan bantal.. Sepantas gilat Lisa mengangguk. Pernah dulu dia suruh papa untuk membelikannya satu. Nampak cute je bila orang pakai tapi hampa. Membazir katanya yang sedia ada dekat rumah pun masih tak guna. Last-last dia hanya mampu melambai je.
“Tak pe la angah” ujarnya perlahan. Sedih pulak bila fikir hasrat yang tak berkesampaian.
“Kenapa? Lisa tak suka ke kereta ni” Nafiz menepuk berpalahn bumbung Volkswagen beetle.
“Suka tu memang la suka tapi papa yang tak suka kalau Lisa beli kereta” tegasnya. Kalau bangkang kata papa tak pasal nanti papa potong elaun bulan-bulan. Kalau nak harap gaji setiap bulan memang tak sukup nak buat shoping. Lisa Lisa duit gaji nak cecah 15k pon masih tak cukup? Tak tahu la beli apa.
“Itu Lisa jangan risau uncle Hashim yang suruh angah tempah kereta ni. Dia cakap kot-kot Lisa nak dia nak beli kan”
“Biar betul? Ish apa pulak tak nak. Of course la nak” dalam keadaan yang tak masih tak percaya dia sedikit teruja. Hahahaha….siapa yang tak nak bila ada orang offer benda idamankan?
“Kalau macam tu nanti angah uruskan” macam nak melompat jugak dia dekat situ mendengar jawapan Nafiz. Haiya selamat la ni tempat awan kalau tertutup memang dia nak melompat sampai lagit dah.hahahaha.

“Lisa masih termenung diruang rehat yang terdapat di geleri auto. Memikirkan perubahan yang berlaku ke atas Naqib pagi tadi. Ada yang tak kena ke? Biasanya pagi-pagi lagi dia dah cari gaduh dengan aku. Kalau tak dengar aku mengamuk memang tak sah. Tapi kenapa pagi ni senyap je. Ini mesti tak gosok gigi ni, tu sebab takut nak cakap dengan aku. Lisa ketawa kecil. Sebelum melepaskan satu keluhan.
“Apa yang dikeluhkan tu?” tegur satu suara. Kelihatan sedang mengeleng. Air 100 plus yang dihulur Nafiz dicapai.
“Apa yang angah buat bila rasa bersalah tapi pada masa yang sama tak tahu salah kita?” sebaik sahaja Nafiz melabuhkan punggung Lisa sudah pun menyerang Nafiz dengan pertanyaan.
“Maksudnya?” Nafiz tersenyum.
“Dah la Lisa tahu angah fahan dan dengar dengan jelas. Malas la nak ulang benda yang sama” rungut Lisa orang tengah kusut ni.
                            Air 100 plus diminum rakus. Haus pulak tekak ni tiba-tiba. Mana tak haus bila borak dengan Mastura non-stop. Ni la padahnya. Walau macam mana pun dia dapat tahu banyak perkara. Antaranya pasal kelaurga encik nawawi. Mempunyai anak yang berbeza minat.  Angah yang lebih cederung ke arah perniagaan sendiri, Naqib yang mengikuti langkah encik nawawi. Siti Nabila yang sudah pun menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan kedudukan keluarga necik nawawi dalam kawasan ini.
                            Angah sendiri rupanya sudah bertunang Cuma tunggu tunangan dia pulang ke Malaysia. Maklum la orang jauh. Nun perancis mari. Hohoho. Orang masih muda menuntut ilmu pun makin jauh.
Manakala achik pulak masih mencari. Dari cerita Mastura achik ni ramai orang minat maklum la orang hensem, ramai la peminat. Pernah achik terima pinangan dari seorang perempuan. Tapi ditolak dengan baik. katanya tak serasi. Aigooo achik dah macam anak dara pulak tunggu pinangan.
                            Untuk orang dapat kawin dengan orang hensem ni.tapi betul ke achik ni hensem?? Mmm…okey dia ngaku hensem la jugak. Kira sedap mata memandang. Dia ketawa kecil. Boleh pulak teringat dekat mamat emo.
“Lisa” panggilan Nafiz menyedarkan Lisa dari lamunan merapu dia.
“amboi berangan apa sampai ketawa ni?”
“Adalah la” menutup malu akibat tertanggap mengelamaun didepan Nafiz. Ni belum nafiz tahu pasal apa yang dia mengelamun. Memang jadi isu la kalau Nafiz tahu.
“Tak nak share dengan angah ke? Kot-kot angah boleh tolong” cuba mengorek rahsia.
“Share apa?”Lisa buat blur.
“Ala tak payah nak malu-malu dengan angah la. lupa angah nak Tanya. Lisa buat apa dengan achik semalam sampai moody je dia hari ni?” soal Nafiz cuba memancing reaksi Lisa.
“Mana ada orang buat apa-apa dekat dia. Dia tu yang tiba-tiba tak nak cakap dengan orang” adu Lisa. Kepala dah disembabkan diatas meja. Pening-pening.
“Cuba cerita dekat angah. Mana tahu angah boleh tolong” pujuk Nafiz. Kesian juga tengok Lisa macam ni.

                            Mengeleng Nafiz. Mahu tak merajuk mamat tu dengan dia. Mamat tu la dah la ada bunga-bunga dekat hati.
“Yang kamu cakap macam tu dekat achik kenapa?” Soal Nafiz
“Ala orang gurau je. Mana tahu moody dia tak betul waktu tu” belanya. Bukan selalu dia dapat kenakan Nafiz. Bila dapat peluang tu terus Naqib moody. Aduh!

                            Talian telefon ditamatkan. Tergaru kepalanya dengan sikap pemanggil sebentar tadi. Papa balik dua minggu lewat. Besar sangat ke projek dia dekat sana. Sampai kene postpone 2 minggu lagi. Baik tido lagi baik. dah pukul 11 malam orang dalam vila ni pun dah lelap. Sebaik sahaja Lisa berjalan menghampiri ruang tamu dia berselisih dengan Naqib yang baru turun dari bilik.
                            “Hai” tegur Lisa. Naqib hanya menonong. Mengangap tiada siap-siapa dekat situ. Dekat 3 hari Naqib lancarkan perang dingin dengan dia. Lisa mencebik. Sejak bila rabun tak tahu la. aku yang cantik menawan ni dia tak pandang. Jangan suatu hari nanti muka ni yang dia nak belek hari-hari sudah waktu tu dia nak je jual mahal. Hahahahaha..
                            Sebaik sahaja dia merebahkan badan di katil, AD dicapai. Dipeluk kasih. AD jom tido dah lewat ni. Patung teddy itu diusap. Sebelum pun sempat dia terlelap. Lisa dah berdiri tegak.
                            Erk? kenapa perut ni berbunyi. Perlahan-lahan Lisa bangit.. dia perlu mencari sesuatu untuk dimakan kalau nak tunggu pagi memang alamat hospital la gayanya . maklum la ada penyakit tak boleh tahan lapar. Ala gastrik la.
                            Buah epal didalam peti ais dicapai.  Honeystar didalam cabinet dapur turut ditarik. Dia ketawa kwcil jangan shahrul tahu sudah. Budak tu dah la gila makan honeystar. Last sekali dia menarik sekotak air milo di dalam peti ais.
                            Rakus. Itulah perkataan yang sesuatu untuk Lisa dengan kadar yang laju dia masukkan semua itu didalam mulut. Sedang leka mengunyah epal bahunya terasa disentuh. Lisa kaku. Epal yang berada dimulut terjatuh. Bulu romanya merembang. Muka dia sudah pucat.fikirannya melayan teringat kata-kata abangnya.
‘hantu dia aktif pukul 2 atau 3 keatas. Kalau nak kelaur bilik waktu tu kena fikir banyak kali’ dia menahan air liur. Sekarang ni dah pukul 2.45. hantu ke? Badan Lisa mengigil tiba-tiba terasa lututnya lemah. Dia jatuh terduduk. Dia takut. Air matanya sudah mengalir keluar. Tersendu-sendu dia tika itu.
Naqib mengaru kepala. Kenapa pulak dengan budak ni. menagis tiba-tiba. Aku rasa aku tak buat apa-apa pun. Naqib mendengar esakan kecil.
“Lisa kenapa ni?” soal Naqib yang sudah pun mencangkung dihadapan Lisa. Bahu Lisa dipegang.
“Kenapa ni? apa yang berlaku?” soalnya bertubi-tubi.
                            Sebaik sahaja mendengar satu suara yang biasa di sapa telinganya dia mendongak. Kelihatan Naqib berada didepannya. Sepantas kilat tubuh Naqib dipeluk. Serius tahapa ketakutan Lisa sudah pun meninjak kearah tahap kritikal. Ketakutan yang dulu seperti menyerang. Teringat peristiwa sewawktu dia masih bersekolah. Rakan-rakannya sering menakutkannya sehingga la satu hari tu dia pengsan teruk akibat ketakutan. Serius sejak hari itu dia fobia.
“Dah la tu tak ada apa-apa pun. Ni achik la, Naqib. Dah jangan nangis.”
Bagai tersedar dari lena Lisa menolak tubuh Naqib dan menyebabkab lelaki itu terjatuh kebelakang.
“Aduh!" Naqib bersuara perlahan. Ni kenapa pulak tiba-tiba tolak aku?
“Apa ni? ambik kesempatan ke?”soal Lisa berang. Dai masih tersendu menahan tangis.
“Eh apa pulak? Lisa yang tiba-tiba peluk achik. Ni kenapa nak salahkan achik. Aku tahu la aku hensem. Nak ambik kesempatan la tu.”balas Naqib. Dia pulak yang dipersalahkan. Sedangkan perempuan itu yang memeluknya tiba-tiba. Dia yang kebetulan berada diruang tamu ternampak Lisa yang berada didapur niat dihati nak bertanya. Tapi tak sangka pulak boleh menangis budak tu bila ditegur.wajah Lisa yang masih dalam sisa tangis dipandang. Walaupun dalam keadaan yang agak sememeh itu dia kelihatan comel.
                            Lisa yang sedar Naqib memandangnya pantas bangun dan berlalu. Belum pun sempat Lisa melangkah keluar dari ruangan dapur. Naqib memanggilnya.
“Tu” Naqib menunding kearah tangannya. Pandangan Lisa jatuh kearah AD yang dipegang kemas ditangannya.
“Apa?” soal Lisa kasar sebelum berlari kebiliknya. Malas nak ambik tahu.


Kesibukan yang menambah. Hohoho..
lepas ni dah kena masuk stdy balik. Cuti sem dah habis..T_T
Malas la pulak…hohoho…sorry la andai ada ada silap. Mungkin tak best sangat kot. Semua yang ditulis ini adalah hasil dari cebisan aidan yang tak seberapa. Harap maafkan segala kesilapan aidan. kalau yang kurang. Sila la tegur. Enjoy…walaupun tak best.^_^

P/s: tak sempat nak betulkan kesalahan.^_^.

Tiada ulasan: