Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

24 Julai 2012

CerPen: Lakaran Cinta

salam 1 malaysia semua. kali ni aidan nak share satu cerita yang kawan aidan buat. cerita ni tak ada kaitan antara hidup dan mati. ^_^
aidan harap semua enjoy dengn cerita ni...
maaf la jika ada kurang dalam cerita ni..kami masih belajar lagi....^_^





oleh: San Ran




*****************************************************************************************
                                                  CERITA BARU NAK MULA ^^
Dia tersengih- sengih membaca apa yang sedang ditulisnya di dalam “Kotak Hati” iaitu diari miliknya yang sentiasa dibawa kemana- mana hatta ke jamban sekalipun ! Mat Salleh bawa newspaper masuk jamban tapi dia bawa diari masuk jamban. Unik apa !
 Sekali-sekala dia membetulkan kaca matanya yang kian melorot ke bawah kemudian menyambung menulis kembali.  Keadaan sunyi sepi di perpustakaan ini menyebabkan mood mengarangnya semakin bertambah. Ideanya mencurah-curah ke ladang gandum menyebabkan tangannya menulis tanpa henti dengan kadar kelajuan sepantas kilat  . Sungguh la melampau teknik yang digunakan. Adik-adik jangan tiru aksi ini di rumah.
Okay done ! Dia menanggalkan cermin mata berbingkai hitam sambil membaca kembali apa yang di coretkannya di dalam diari tersebut.

“ Aku mencari cebisan cinta yang hilang, hilang kerana dicuri masa, hilang kerana tidak dapat bercantum dengan cebisan yang lain supaya dapat membentuk satu kepingan rasa yang lengkap iaitu C.I.N.T.A. Hanya kau yang mampu melengkapkan cebisan ini kerana kau si pemilik hati, penjaga jiwaku, pendamping diriku, tanpa kau aku hilang rasa. “
 “Mencintai sesorang di dalam diam bukan mudah malah makin susah apabila orang yang dicintai itu tak mungkin digapai walaupun kedua-dua belah tangan sudah dihulurkan. “  ~A.N.A~

Setelah berpuas hati dia segera menutup buku diari yang menyimpan seribu rasa dalam hidupnya. Ya Diari yang telah menyembunyikan rasa cintanya terhadap seorang gadis yang sekian lama bertakhta di hatinya. Tapi mana mungkin dia meluahkan apa yang terpendam kerana gadis itu melihat cinta dari sudut perspektif yang berbeza. Pandangan gadis itu sungguh tidak masuk akal !
“Ku ingat kamu , ku rindu kamu, wajahmu , senyummu terbayang, cepatlah datang aku menanti aduh, aduh, aduh ku ingin jumpa.....Seratus percent cinta ku hey hey hey hanya untukmu “.

Hampir membuntang matanya apabila menyedari bahawa telefon bimbitnya sudah bertukar nada dering daripada lagu Echanted, Owl City kepada lagu 100 percent, Mas Idayu. Gila apa lelaki layan dangdut. Aku tumbuk sampai lumat kalau aku dapat tahu siapa yang nak mendengki aku ni.
Sungguh memalukan apabila volume nada deringnya mencecah volume lima dan yang paling best sekarang telefon bimbitnya sedang berbunyi di dalam perpustakaan yang sunyi sepi.
Hampir sahaja dia mnyembunyikan mukanya di dalam beg tak pun sembunyi di dalam pasu bunga yang dijadikan hiasan di perpustakaan . Rasanya sembunyi belakang tiang aci tak ? Perpustakawan sudah memberi jelingan menggoda kepadanya tanda ‘ kau tolong jangan buat bising, ini kawasan aku yang pengang’.
Jarinya pantas menekan punat hijau bagi menjawab panggilan tersebut. Panggilan yang telah mengaibkan dirinya di hadapan puluhan orang. Tergesa-gesa dia keluar dari perpustakaan tanpa menyedari dia sudah tertinggal “Kotak Hati” yang sudah tercicir di bawah meja yang didudukinya . Tercicir gara-gara dia menjadi gabra apabila terpandangkan beberapa orang sedang mentertawakannya. Moral value ialah tolong silent telefon anda kalau mahu selamat ! Musuh ada di mana-mana.

******************


“Assalamualaikum”.  Nashwa memberi salam kepada tuan rumah.
“Waalaikumussalam. Eh Nashwa rupanya. Masuklah. “ Puan Nazirah menjemput masuk anak jiran merangkap anak sahabat karibnya  sejak dari tadika KEMAS lagi iaitu Puan Nazatul.
“ Umi, ini Nashwa ada bawakan kek Coklat Moist terbaik dari ladang Puan Nazatul dengan puding karamel vavavom  Cik Nashwa.”
Puan Nazirah tertawa kecil mendengar celoteh Nashwa yang sudah ala ala Masterchef Selebriti masuk dapur.
Nashwa sudah menganggap Puan Nazirah ini seperti ibu kandungnya kerana mereka sekeluarga sangat rapat dengan keluarga Puan Nazirah. Sehinggakan anak lelaki Puan Nazirah telah menjadi sahabatnya sejak dari buaian lagi. Buktinya mereka berdua pernah berlawan tarik rambut gara-gara berebut botol susu yang penutupnya ala ala telinga kucing. Sungguh tak matang ketika itu. Eh bercakap tentang anak lelaki Puan Nazirah mana dia eh ?
“Umi, Nadiy mana ? “
“ Kamu bukan tak tahu, Nadiy tu kalau weekend aje buka kilang paip bocor *air liur tak basi okay* usahasama dengan kilang taik emas. Tidur memanjang. Lepas subuh terus tidur balik. Nanti time lunch baru reti nak bangun anak teruna umi tu. Entah siapa la nak kahwin dengan dia nanti”
Nashwa sudah tertawa mendengar bebelan Puan Nazirah tentang anak terunaya yang seorang tu. Seronok agaknya orang lain kena beleter nanti kena dekat batang hidung sendiri baru tahu.

“Oh nanti Nashwa nak pergi kejutkan dia la umi. Umi mana wawa ?” Nashwa mencari kelibat Akalili Nawwarah iaitu adik perempuan Nadiy yang sangat rapat dengannya. Segala rahsia gadis itu tersimpan kemas di dalam poketnya.
“Wawa pagi-pagi lagi dah keluar. Ada group discussion katanya”.
“Bagus la dia dengan Akalil pun dah nak final exam tak lama lagi kan. Umi, Nashwa nak naik atas kejutkan Nadiy ya.”


Akalil Nafis merupakan adik lelaki Nashwa dan mereka hanya mempuyai dua beradik sahaja. Sama seperti Nadiy yang juga mempunyai dua beradik. Masing-masing sama umur dengan lebih tepat lagi dilahirkan pada tahun yang sama cuma bulan sahaja berbeza. Ehem terror betul parents mereka membuat family planning.
Nashwa memanjat tangga untuk menuju ke bilik Nadiy yang berada di tingkat atas. Timbul idea hendak mengenakan Nadiy yang dah menjadi sleeping beauty di dalam biliknya.
Heh ! Selalu kau kenakan aku Nadiy. Sekarang time to revenge! Siap la kau. Nashwa sudah ketawa jahat di dalam hati. “Benda” yang sempat di bawanya di simpan elok di dalam poket seluarnya. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik Nadiy.
Wah ! Tidur sampai ternganga tu. Nashwa mengeluarkan “benda” yang dibawanya lantas dengan kekuatan tangannya yang halus dia menyepit hidung Nadiy menggunakan pengepit baju dan memasukkan ular mainan ke dalam mulut Nadiy yang sedia terbuka itu.
“Argggghhhhhhhhh”. Nadiy menjerit ketakutan dengan suara yang sengau ala ala katak tercekik jongkong emas. Cuba bayang dasyat tak dasyat bunyi itu.

Nashwa ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling kerana tidak tahan melihat reaksi Nadiy yang dah macam “malas mak nak layan nyah”. Berair matanya kerana terlalu banyak ketawa.
Bulat mata Nadiy memandang Nashwa yang sesedap sotong melanding di atas karpet biliknya. 
Cekodok punya Nashwa . Dia kenakan aku.
“Aidan Nashwa Binti Aidil !” Nadiy rasa seperti hendak mencekik leher minah di hadapanya.
“Ya Adhwa’ Nadiy Bin Aiman ” sempat lagi Nashwa menjelir lidah kepada Nadiy.
“ Apa kau dah buat kat aku hah ?”
“Tarappapa. Aku Cuma letak ular mainan dalam mulut kau dan kepit hidung kau guna pengepit baju je”. Nashwa menjawab dengan muka suci lagi innoncent.
“Kau memang..... !” Nadiy mengetap bibir menahan geram.
“ Aku memang lawa itu aku tahu.” Slamber biawak Nashwa menjawab.
Terus Adhwa’ Nadiy membuat rolling eyes sebelum pura-pura pengsan.

***************************************
“Hah nak kemana tu Nashwa ? “ Encik Aidil menegur anak daranya yang baru sahaja melintas di meja makan.
“ Nashwa nak pergi library abah. Nashwa nak temankan Akalil cari buku untuk individual assignment dia”.
“Bukan kamu dengan library tu macam musuh ke ? Setahu abah kamu tak suka pergi library. Ini mesti kena ugut dengan Akalil ”.
Macam tahu-tahu je abah aku ini. Aku memang tak suka library. Rasa macam masuk rumah hantu. Sunyi sepi takdok orang apo nak di kato. Kan dah nanyi.
“Mari makan dulu. Hari ini ibu kamu masak nasi goreng kampung Nazatul special punya. Nasi goreng yang buat abah jatuh cinta dengan ibu kamu.” Encik Aidil tertawa kecil sambil melipat surat khabar yang baru selesai dibacanya.
“Pandai la abah kamu tu nak membodek ibu. Mulut tu kalau bercakap manis aje”. Puan Nazatul menjeling sekilas kepada suaminya. Air horlick yang dibancuhnya segera diangkat dan diletakkan di atas meja.
“ Hai mana tahu ? Pernah rasa ke ? Naz tak tahu ke abang suka menanam tebu di tepi bibir sebab tu manis aje”. Encik Aidil mahu mengusik isterinya yang tercinta.
“Ish orang tua ni cuba kalau bercakap tu senonoh sikit. Buat malu je anak-anak dengar”.
“Sampai hati Naz cakap abang tua”.
“Sampai je.” Puan Nazatul menahan tawa apabila melihat muka cemberut suaminya. Buruk benar rupa orang tua merajuk. Ingat comel sangat la tu !
“ Nashwa tengok ibu kamu dah tak sayang abah. Merajuk la macam ni. Nashwa dengan Akalil sayang abah kan ?”.
Akalil yang baru menarik kerusi untuk duduk terpinga-pinga tidak memahami kata-kata abahnya.
“Kak abah tu kenapa ?” Akalil menyiku lengan kakaknya.
“Tu la bersiap mengalahkan akak yang anak dara ni. Bukan main lama lagi adik bersiap. Akak bajet adik keluar dari bilik kot muka berubah jadi Lee Dong Wook tapi tak juga still muka Lee Dong Akalil. Orang naik monorel adik naik sampan. Kan dah ketinggalan babak romantik Encik Aidil dan Puan Nazatul.”
Eh yang kakak aku ni kenapa ? Lain aku tanya lain yang dia jawab. Siap naik monorel, naik sampan. Aku rasa soalan aku empat suku kata tapi jawapan bukan main bersuku suku kata. Sungguh la jawapan luar silibus !

Selesai bersarapan mereka bergerak ke Public Library yang berhampiran dengan taman perumahan mereka. Kereta Camry putih di pandu dengan berhati-hati oleh Nashwa. Harus la hati-hati kereta kesayangan ni. Berhempas-pulas dia bekerja serta bertungkus lumus mengikat perut akhirnya berjaya juga dia membeli kereta ini. Nashwa ni nama aje kerja arkitek tapi bab-bab bershopping jimat yang amat.
Selepas mendapat tempat parking yang paling teduh lagi nyaman untuk keretanya Nashwa dan Aklil memasuki perpustakaan dengan satu tekad dan satu semangat. Aklil dengan misi mencari buku manakala Nashwa dengan niat untuk saja saja datang cari pasal di perpustakaan. Bagus betul anak dara Encik Aidil.
Nashwa mencari tempat yang agak tersorok supaya dia mudah untuk berangan sambil mendengar MP4. Lebih baik dia layan lagu dulu sementara menunggu Akalil mencari buku. Pak cik tu kalau dah duduk dalam library mahunya berjam-berjam.
“ Akak tolong pilihkan tajuk untuk adik. Which one I should choose? Whether abortion, drug addiction , child labour or illegal immigrant?”.
Nashwa sudah menjulingkan matanya ke atas. Hai sekarang siapa yang jadi student Law ni. Aku ke adik aku. Nak pilih tajuk assignment pun nak tanya aku.
“ Adik akak mana tahu yang mana sesuai. Akak bukan lawyer”.
“ Eh bukan akak lawyer ke ?”
“Hah ? Akak lawyer apa pulak ni ?”
“ Lawyer buruk !” Aklil tergelak sopan. Wajib sopan kalau tak nak terkena panahan asmara si arjunawati yang berada di kaunter hujung sana.
Cekodok punya adik ! Kenakan aku pulak.
“ Adik pilih la tajuk illegal immigrant tu. Baru sesuai dengan Malaysia yang mengalami krisis pendatang asing tanpa izin.” Nashwa menjawab malas.
“Thanks cik Lawyer buruk. Adik nak pergi cari buku yang sesuai ni. Akak jangan nakal-nakal tau. Jangan lari-lari sambil pusing-pusing tanpa henti macam kanak-kanak riang ”. Akalil kenyit mata.
“Diam la adik !” Nashwa membaling tisu yang dipengangnya sejak dari tadi tepat terkena ke muka comel adikya. Natijahnya, dia mendapat pandangan tajam lagi menusuk kalbu dari arjunawati yang duduk di kaunter. Tu la kau buang lagi sampah merata-rata.
Nashwa sudah mengeluh kebosanan. Matanya mula memerhati setiap manusia yang berada di dalam library. Sekali-sekali dia tergelak kecil melihat gelagat yang mencuit hatinya. Kemudian dia membuat muka nak muntah oren apabila ternampak ada seorang lelaki tengah suka suki mengorek hidung di khalayak ramai. Sungguh tak bermoral !
“Bosannya”. Nashwa menekup mukanya di meja sambil menghayunkan kakinya di bawah meja.
Tiba-tiba dia terasa seperti tersepak sesuatu. Uish benda apa tu. Rasa macam keras je. Tanpa membuang masa dia menunduk ke bawah meja untuk melihat benda tersebut. Dia segera mencapai benda tersebut dan di letakkan di atas meja.
“Kotak Hati “. Nashwa membaca perlahan ayat yang tertera di kulit buku itu.
“Buku apa ni ? Kreatif gila buat sendiri. Tajuk bukan main kelas kau Jah lagi. Diari ke ni ? Kalau aku buka agak-agak dosa tak ? Hish kalau tuan dia dapat tahu aku baca naya aje. Tapi kenapa aku rasa macam berminat nak baca. Pemilik diari ni ada kat sini ke ? Argh tak kira aku nak baca jugak !”. Nashwa sudah bercakap seorang diri. Sekali tengok Nashwa ni dah macam orang gila dua kali tengok memang sah dia gila.
“ Uit akak dah jom balik. Adik dah jumpa semua buku-buku tu.” Aklil menegur kakaknya yang sedang leka membelek buku di tangan. Buku apa tu ?
“ Hah ? Dah sudah ke ? Okay jom balik. “ Nashwa menyimpan diari tersebut di dalam beg sandangnya.
********************************
“ Pewwit hai adik manis siram bunga ke ? Nak abang tolong ?”. Nashwa mengusik Nadiy yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya dengan suara yang sengaja di besarkan.
Akalil sudah ketawa mendengar lawak tak cukup seringgit kakaknya.
Terkeliru jantina ke apa Nashwa ni. Berangan nak jadi abang macho kot. Turun sahaja dari kereta mereka berdua sudah ternampak Nadiy sedang menyiram pokok bunga kesayangan Puan Nadzirah. Dah nama pun berjiran mesti lah nampak kan. Rumah sebelah menyebelah. Nashwa kalau tak menganganggu keamanan Nadiy memang tak sah. Nadiy juga kalau tak mendengki Nashwa rasa hidup macam tak lengkap.
“ Blah la kau Ai. Abang konon. Kau punya suara dah macam spesis mak mak je aku dengar. Aku siram dengan air baru tahu”.
Nadiy menyiram pokok bunga selepas menerima leteran ibunya apabila dia didapati sudah terbongkang tidur di atas sofa. Petang- petang tak elok tidur nanti otak jadi lembab. Sedas tembakan dilepaskan ibunya. Pedih beb. Mana ada lembab ! Aku elok je jadi lawyer.
Nadiy memanggil Nashwa dengan nama Ai iaitu singkatan daripada Aidan. Walaupun ditegah oleh Nashwa namun Nadiy ni kenyal tak makan saman sebab dia makan nasi. Jadi sampai sekarang Nadiy memanggil Nashwa dengan nama Ai.
“Rajin ye kau Nadiy. Aku tempah buat menantu la macam ni”.
“Banyak la kau. Baik kau tempah buat suami sedap juga hati aku ni nak dengar”.
Nashwa menjegilkan matanya yang berwarna amber.
“Kau kan tahu aku tak suka cakap pasal ni. Prinsip aku no special relationship with bestfriend. Kau , aku kita tak mungkin bercinta. Lagipun kau kan sahabat aku.”
“Cik Aidan Nashwa Binti Aidil dalam islam tak ada pun mengharamkan perkahwinan antara sahabat. Okay apa kita dah kenal hati budi masing-masing”.
“Encik Adhwa’ Nadiy Bin Aiman memang islam tak mengharamkan tapi dalam kamus hidup aku dah terpatri kemas yang aku tak mahu berkahwin dengan sahabat sendiri”.
Payah la bercakap dengan cik arkitek kat depan aku ni. Sekarang siapa yang lawyer ni. Aku ke dia ? Nadiy terdiam mendengar kata-kata Nashwa.
“Dah la aku nak masuk dulu ni. Nak solat asar. Kau tu jangan siram pokok sampai senja. Anak dara tak elok duduk luar rumah masa senja. Nanti banyak ”benda” nak mengikutnya”. Nashwa masih tidak puas mengusik Nadiy.
Nadiy hanya mampu memandang langkah Nashwa yang sudah beransur masuk ke dalam rumah.
“Ai kenapa kau tak nampak cinta aku kat kau ? Aku sayang kau sejak dari kita sekolah menengah lagi. 10 tahu Ai aku sukakan kau ! 10 tahun !” . Nadiy hanya mampu meluahkan di dalam hati tentang perasaan sebenarnya terhadap Nashwa. Perasaan yang lebih dari seorang sahabat. Tetapi gadis itu degil tidak mahu menerima cinta dari seorang sahabat.
Nak kata Nadiy ni tak handsome kalau perempuan tengok mahu 3 hari 3 malam tak tidur sebab nak menatap wajah tampan Nadiy. Si Nashwa tu ja yang tidur lena bila tengok muka Nadiy. Sungguh tak berperasaan Nashwa ni.
Pada malam itu setelah selesai makan malam Nashwa menolong ibunya mengemas meja.
“Ibu Nashwa naik atas masuk bilik dulu ya. Esok kan kerja. Nak kena bangun awal sebab Nashwa ada meeting pasal projek baru yang dekat Kuantan tu”.
“La tak nak makan buah epal dulu ke ? Ibu dah siap kupaskan dah ni. Tinggal nak bawak ke ruang menonton je bagi abah dengan adik kamu makan”. Puan Nazatul mengerutkan dahinya.
“Tak apa lah ibu Nashwa dah kenyang. Ingat nak tidur awal malam ni”.
Hmmm kalau macam tu tak apa lah. Kamu rehat secukupnya ya”.
Good night ibu. Love you”. Nashwa mencium pipi ibunya.
Semasa melintas di ruang menonton Nashwa sempat mengucup pipi abahnya juga. Sudah menjadi kebiasaan bagi dia dan Akalil untuk memberikan good night kiss kepada orang tuanya.
Nikmatnya dapat landing di atas tilam yang lembut macam kapas, bantal gebu dan berselimutkan selimut selembut sutera. Sungguh bom plastik ayat ini. Eh bukan bombastik ke ?
Nashwa sempat juga berangan-angan berkahwin dengan anak raja. Konon dialah Bawang Putih versi moden iaitu Bawang Nashwa yang pandai menyanyi sambil naik buaian. Dalam dia berseronok melayan angan-angan tiba-tiba dia teringat tentang sesuatu. Lantas dia bangun dari pembaringan sambil memetik jari. Dia mencapai beg sandang yang diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Ya baru dia teringat tentang diari yang di jumpainya. Diari itu tidak bernama jadi dia tidak tahu nama pemilik diari tersebut.
“Si pemilik diari, aku nak baca diari kau ni. Kau jangan marah ya”. Nashwa bercakap seorang diri konon sebagai tanda mintak izin kepada pemilik diari tersebut. Nashwa kau ingat tuan punya diari ni nak dengar ke apa yang kau cakap.
Dia menyelak helaian pertama. Terpampang sekeping gambar bunga ros dan di atasnya tertulis satu ayat.
Baru muka surat pertama Nashwa sudah pun buat muka kelam.
“Ai ? Ai apa ? Aida ? Aisyah ? Airina ? Aiman ? Eh tu nama ayah Nadiy la ! Ke Aidan ? Weh tu nama aku. Lagi tak logik”. Nashwa mengeleng-gelengkan kepalanya.
“ Ha aku tahu ni confirm wo ai ni yang bermaksud aku cinta padamu dalam bahasa Cina”.
Nashwa mengusap-ngusap dagunya sambil berfikir. Tapi kat sini tulis ‘aku yang mencintai seorang Ai’. Jadi Ai tu pasti nama seseorang. Haish penulis ni pun bukan nak tulis nama penuh. Saja je nak bagi otak aku terbelit berfikir. Serabut la macam ni. Urgh aku tak tahu siapa itu Ai yang aku tahu Aidan Nashwa dah nak tidur.
Malas menyerabutkan kepalanya yang sedia serabut ini Nashwa terus memadamkan lampu dan membaca doa tidur dengan harapan Allah mendatangkan ilham melalui mimpi supaya dia dapat tahu siapa itu Ai. Hai baru muka surat pertama dah give up. Nashwa, Nashwa...
******************************
“Letihnya !”. Nashwa mengeliat perlahan sambil membetulkan uratnya yang tengang kerana terlalu lama tunduk menyiapkan kerja.
“Biasalah Nashwa, kali ini projek besar punya. Habis dikerah semua pekerja untuk menyiapkan projek ini. Dah nak cepat. Nasib mata aku ni dah terbayang duit bonus yang bakal kita dapat. Sejuk sikit hati aku”. San Ran gadis berbangsa Cina yang petah berbahasa melayu merupakan rakan sekerja Nashwa.
“Tu lah Ran. Nasib baik gaji kita tinggi. Kalau tak, nak juga aku mengamuk sebab di arahkan buat kerja lebih masa”. Nashwa menjawab lemah. Letih !
“Siapa yang nak mengamuk ?”.
Tiba-tiba satu suara garau menyampuk.
Tertegak badan Nashwa apabila mendengar suara itu. Suara itu ! Dia kenal sangat dengan suara itu. Suara Megat Syirazi Zuhri Bin Megat Syahmi !
Errr mana ada bos. Mana ada sesiapa nak mengamuk. Kami cuma borak-borak kosong aje”. Terkial-kial Nashwa menjawab.
“Saya ingatkan siapa nak mengamuk sebab saya nak suruh orang tu tengok macam mana saya mengamuk dulu”. Syirazi membalas sambil membetulkan cermin matanya yang berbingkai hitam.
Bukan dia tidak dengar yang Nashwa tengah merungut kerana terpaksa bekerja lebih masa tetapi dia sengaja hendak memerli gadis itu. Sesungguhnya dia juga sangat letih kerana terpaksa bekerja kuat tambahan pula dia ialah bos walaupun usianya baru mencecah 28 tahun.
Hish bos salah dengar tu”. Ran pula menjawab bagi pihak Nashwa.
Nashwa mengangguk laju.
“Apa-apa je la. Kamu berdua lepas ni balik ke rumah terus. Dah lewat ni”.  Syirazi menjeling sekilas jam tangannya.
“Baik bos!” Serentak Nashwa dan Ran menjawab.
Syirazi berpaling ke belakang untuk kembali semula ke biliknya untuk mengambil fail dan briefcase sebelum pulang ke rumahnya.
Belum sempat Nashwa menarik nafas lega tiba-tiba bosnya berpaling.
But make sure that semua fail dan paperwork tentang projek di Kuantan tu mesti ada kat atas meja saya. At 10.00 a.m sharp! Saya tak suka orang yang lewat.” Syirazi bercakap dengan nada yang tegas. Selepas itu dia terus meninggalkan dua pekerjanya itu.
Nashwa terus mencebik sambil mengejek-ngejek kembali cara Syirazi bercakap.
Ran tergelak kecil melihat gelagat Nashwa.
“Dah dah la tu Nashwa. Tak tahan daulat aku tengok kau buat muka ketat sambil ejek-ejek bos. Jom balik”. Ran bersuara dengan senyuman.
“Bukan setakat ketat tapi dah cekang sangat ni. Sabar je la dapat bos tegas macam harimau”. Nashwa menjulingkan matanya ke atas.
“Kau jangan Nashwa. Kang kau jatuh cinta dengan bos baru tahu. Handsome tu bos kita. Dengan rambut dia yang sempoi di tambah lagi dengan spek yang dia pakai. Tergugat beb !” Bersungguh-sungguh Ran bercakap.
Talk to my hand please ! Nehi kabi nehi. Tak mugkin aku bercinta dengan dia. Tegas ! Aku jenis yang ikut suka hati jiwa raga bakul aku la nak buat apa. Bos kita tu berdisplin sangat.”
“Eleh cakap kencang. Jangan tangkap leleh dengan bos sudah. Dah jom balik. Habis air liur je aku bercakap dengan kau”. Ran mengambil beg tangannya yang di letakkan di dalam laci lalu jalan beriringan dengan Nashwa untuk ke tempat parking.
Walaupun letih Nashwa masih bersemangat untuk menyambung kembali pembacaanya yang terbelangkai sejak semalam. Perasaan ingin tahunya semakin memuncak terhadap hamba Allah yang bernama Ai itu. Semangatnya berapi-api tinggal tak terbakar aje untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan diari tersebut. Mana la tahu tiba-tiba dia terjumpa peta harta karun ke. Tak ke kaya ?
Nashwa menyelak helaian kedua muka surat diari tersebut. Matanya berlari-lari di setiap baris ayat-ayat tersebut. Otaknya cuba mencerna dan menghadam apa yang sedang di bacanya.
Mengenali seorang Ai membuatkan aku kenal apa itu cinta,
Mengenali seorang Ai aku belajar menjadi perindu,
Mengenali seorang Ai aku dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza,
Mengenali seorang Ai aku kini mengerti apa itu bahagia.
Ya Allah terima kasih kerana telah menghantar seorang bidadari ke dalam hidupku. KeranaMu aku dapat bertemu dengan Ai dan kerana rasa cinta yang dikurniakanMu kepadaku juga aku tetap merasa bahagia walaupun dia masih tidak mengerti apa yang aku rasa.  Aku berdoa kepadaMu Ya Allah supaya jadikanlah dia jodohku,  penemanku,  bidadariku di syurga dan andai dia bukan jodohku temukanlah dia dengan seorang lelaki yang berpengang teguh pada agamaMu.
                                                                                                                              ~A.N.A~
Pap ! Nashwa terus menutup diari tersebut. Seram sejuk Nashwa membaca bait-bait ayat yang di tulis. Jiwang sih ! Meremang bulu romanya dengan ayat romantik yang terlebih sifat ni. Sungguh tak kena dengan jiwa. Eleh pura-pura geli nampak Nashwa. Suka cakap suka.
Kau diam Peah kau diam ! Sumpah aku geli.
Perlahan-lahan Nashwa membuka kembali diari tersebut. Hai tadi cakap geli. Nashwa agak tersentuh dengan doa si penulis. Tersentuh dengan doa okay bukan dengan ayat jiwang yang mampu membuat tekaknya kembang.

Nashwa semakin khusyuk membaca diari tersebut. Muka surat demi muka surat di selak. Dia tergelak kecil apabila terbaca kisah lucu antara penulis dan pujaan hatinya yang bernama Ai. Lawak la ! Ada ke patut diorang lawan merempit naik moto kapcai sampai nombor plat motor tertanggal kat tengah jalan. Paling lawak bila orang yang kalah kena pakai helmet “tembikai” iaitu kulit buah tembikai yang di potong separuh untuk balik ke rumah.
Erk ? Kenapa aku macam pernah lalui situasi tu. Argh mesti aku baca scene ni kat novel tak pun cerpen.
Sedar tak sedar  Nashwa sudah sampai di muka surat terakhir kerana muka surat seterusnya kosong. Cepat juga minah seorang ni baca ya. Ilmu apa yang Nashwa pakai ? Ke buku ni yang berhantu ?

“ Aku mencari cebisan cinta yang hilang, hilang kerana dicuri masa, hilang kerana tidak dapat bercantum dengan cebisan yang lain supaya dapat membentuk satu kepingan rasa yang lengkap iaitu C.I.N.T.A. Hanya kau yang mampu melengkapkan cebisan ini kerana kau si pemilik hati, penjaga jiwaku, pendamping diriku, tanpa kau aku hilang rasa. “
 “Mencintai sesorang di dalam diam bukan mudah malah makin susah apabila orang yang dicintai itu tak mungkin digapai walaupun kedua-dua belah tangan sudah dihulurkan. “  
                                                                                                                                       ~A.N.A~

            Nashwa tertarik dengan kata-kata ini. Dia seakan-akan sudah jatuh cinta dengan pemilik diari ini. Setiap ayat yang ditulis sungguh bermakna. Dia menjadi semakin penasaran ingin mengetahui siapakah lelaki yang menulis semua ayat-ayat yang menekan jiwa sehingga membuatkan hati Nashwa mula goyah.
Nashwa tertanya-tanya apa maksud A.N.A yang ditulis di setiap bawah ayat di dalam diari tersebut. Dia nekad untuk mencari jejaka yang menulis semua ini. Jejaka yang membuatkan Nashwa gila bayang dengan hanya membaca ayat-ayat romantik diari tersebut. Dia akan menjadi sukarelawan di library. Hanya dengan cara ini dia dapat mencari pemilik “Kotak Hati” tanpa duketahui orang lain. Misinya bakal bermula !
************************************
Aucchum !” Nashwa terbersin ketika membersihkan habuk di rak buku.
Matanya ligat memandang sekeliling. Dia tercari-cari lelaki yang mungkin ada tanda-tanda seperti pemilik “Kotak Hati”. Namun hampa. Setiap lelaki yang ada tidak sesuai langsung dengan gaya pemilik Kotak  Hati. Dia berpura-pura menyusun buku kembali. Sudah dua minggu dia bertapa di library sambil memengang status sukarelawan di library. Dia masih tercari-cari pemilik diari itu.
Argh mana tuan punya diari ni ?”. Nashwa merungut sendirian.
“ Hai sejak bila awak kerja kat sini. Awak tengah buat apa tu?”. Satu suara menegur.
“ Saya tengah usha orang”. Nashwa menjawab tanpa memandang lelaki yang menegurnya.
Erk ? Lelaki ? Jangan jangan dia...... Nashwa terus mengangkat wajahnya dan memandang tepat kearah lelaki tersebut. Mulutnya melopong.
“ Tak cukup ke gaji yang saya bagi kat awak sampai awak kerja dekat library waktu weekend macam ni ?”. Syirazi bersuara sambil membetulkan cermin mata berbingkai hitamnya.
Nashwa terkejut. “Bos ! Apa yang bos buat kat sini ?”.
“Tak nampak ke saya datang jual ikan kat sini?”.
Toink toink toink. Tanya lagi soalan sengal. Kan dah kena.
“ Maksud saya macam mana bos boleh ada kat sini ?”
“Kenapa saya tak boleh datang sini ke ?” soalan berbalas soalan.
“Saya tak pernah nampak bos pun”.
“Cik Aidan Nashwa hampir setiap hari Sabtu saya datang sini.  Tapi tak pernah pula saya terserempak dengan awak. Hari ini kita berjodoh kot sebab tu kita terjumpa.” Syirazi masih membelek-belek buku di rak.
Nashwa menggigit bibir mendengar kata-kata Syirazi. Berjodoh ?
“Okay lah saya dah jumpa buku yang saya cari. Nanti kalau awak free boleh join saya kat meja hujung sana”. Syirazi menunding jarinya ke arah meja yang dimaksudkan.
Nashwa hanya mengangguk. Otaknya masih ligat berfikir tentang kemunculan tiba-tiba bosnya di library ini. Adakah bosnya lelaki yang dia cari-cari sejak beberapa minggu ini ?  Tak kanlah bos dia tu pemilik diari yang telah membuatkan dia jatuh cinta. Biar betul ?
 Bos ke pemilik “Kotak Hati” ? Nashwa menekup mulutnya dengan tangan tanda tidak percaya. Macam tak logik pula kerana bosnya bukan seorang yang jiwang. Tapi dia baru teringat yang Ran pernah memberitahunya yang Bos mereka itu pernah jatuh cinta tapi cintanya tak kesampaian.
Jadi betullah diari tu bos punya ? Serabutnya fikir ! Aku mesti siasat sama ada betul ke tak bos tu pemilik diari ini. So, Nashwa fikirkan strategi. Fikir, fikir....
Semenjak peristiwa terserempak dengan Syirazi di library hubungan mereka berdua semakin akrab. Hampir setiap hari Sabtu mereka akan berjumpa di library tersebut. Syirazi masih dengan hobinya yang suka membaca manakala Nashwa sudah bertukar misi. Misi terbaru ialah mengorek rahsia Bosnya itu bagi memastikan sama ada telahannya tepat atau tidak yang bos ialah pemilik “Kotak Hati”.
*************************
“Ai !” Nadiy memanggil Nashwa apabila dia ternampak kelibat gadis itu di luar rumah.
“Hah kau Nadiy. Kenapa kau panggil aku?”
“Sombong kau sekarang ye. Pakai lawa-lawa ni nak pergi mana? Bukan hari ni hari Sabtu ke ?”.
“Memang la hari Sabtu. Tapi aku nak keluar. Nak pergi library”. Nashwa memutar-mutar kunci keretanya.
“You what?! Telinga aku tak silap dengar kan ? Kau nak pergi library nak buat apa?” Nadiy mengerutkan dahinya.
Seperti mimpi apabila dia terdengar Nashwa hendak ke perpustakaan. Bukan dia tidak tahu dengan sikap gadis itu yang tidak suka ke perpustakaan. Macam masuk rumah hantu la , rasa seram la alih-alih hari ini gadis itu hendak ke perpustakaan. Ini sangat aneh.
“Aku jadi sukarelawan kat perpustakaan tu. Aku rasa nak buat amal kebajikan sikit. Hampir sebulan juga la aku jadi sukarelawan”.
“Kenapa kau tak beritahu aku, Ai? Kalau tak boleh aku join kau.” Nadiy bersuara dengan tidak puas hati. Sampai hati berahsia dengan sahabat sendiri.
“Eh kau kan sibuk. Sekarang banyak kes yang kau kena uruskan kan ? So, tak nak la aku kacau kau”.
Gila apa ajak Nadiy. Kantoi la plan aku nak mencari pemilik misteri yang menulis diari “Kotak Hati”.
“Alasan semua itu ! Dah lama kita tak lepak berdua. Kalau tak malam-malam selalu je kita star gazing sama-sama”. Nadiy memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar. Matanya tajam merenung gadis manis di depannya.
Hobi mereka berdua sama. Suka tengok bintang waktu malam-malam sambil berbual-berbual dan berkongsi cerita di selang-seli dengan usikan yang kadang-kala membuatkan mereka bertengkar. Keesokannya mereka pasti akan berbaik-baik semula. Ala-ala gaduh manja sahaja.
“Kau jangan nak buat muka macam itik tertelan pisang ya kat sini. Buruk betul muka merajuk kau tu. Ingat segak sangat la buat macam tu”. Nashwa juga mengakui sekarang dia sudah jarang melepak bersama-sama Nadiy.
Nadiy tergelak kecil. Ada ke itik tertelan pisang ? Hiperbola sungguh.
“ Aku tak kira lepas ni kau kena star gazing dengan aku. Kalau tak aku bagitahu Ibu yang aku pernah peluk kau. Lepas tu boleh la kita kahwin je terus. Senang”. Nadiy sudah mula mengugut.
“Weh peluk secara tak sengaja la. Dah aku nak terjatuh nak buat macam mana”.
“Dah la aku nak pergi dulu ni. Nanti bila free kita lepak sama-sama”.
Nashwa membunyikan hon kepada Nadiy sebelum berlalu pergi dengan keretanya.
**************************
Syirazi mengangkat kepalanya apabila dia terdengar bunyi kerusi di hadapannya ditarik. Pantas dia menyembunyikan buku yang telah ditulis dengan beberapa ayat. Dia menghadiahkan senyuman kepada gadis dihadapannya.
“Bos tulis apa tu ?”. Nashwa menyoal dengan penuh curiga.
“Saya tak tulis apa-apa la”.
“Bos tulis diari eh ? Betul tak ?”.
“Diari ? Erk mana ada saya tulis diari”. Tak sangka tekaan gadis itu tepat. Sememangnya dia sedang menulis diari.
“Alah itu pun nak rahsia. Tulis diari mengaku aje la”. Nashwa sedikit mendesak.
Hish  awak ni. Kalau saya tulis diari kenapa ?”.
Jadi betullah bosnya sedang menulis diari. Adakah Megat Syirazi Zuhri Bin Megat Syahmi adalah pemilik kepada diari yang tercicir itu ? Kalau betul bermakna Aidan Nashwa Binti Aidil telah jatuh cinta dengan bosnya sendiri ke ?!
“Bos tulis pasal apa ya?” Nashwa sudah tidak kisah kalau Syirazi mahu menganggapnya suka menjaga tepi seluar orang. Perasaan ingin tahunya semakin memuncak.
“Saya tulis tentang perasaan saya terhadap seseorang”.
“Kekasih ke?”. Tengok Nashwa memang busybody.
“ Ya dan tidak”. Syirazi menghembus nafasnya perlahan. Rasanya tidak salah dia berkongsi dengan gadis di hadapannya ini. Lagipun dia mula tertarik dengan sikap periang Nashwa yang mampu membuatkan dia ketawa panjang.
Nashwa sudah buat muka kelam. Kalau disuluh dengan lampu sekalipun belum tentu nampak muka comel Nashwa. Cuba bayang betapa kelamnya muka Nashwa.
“Saya tak faham la”. Sungguh dia keliru. Tak tipu.
“Apa kata kita singgah minum dulu kat luar sebelum balik. Tak selesa kalau nak berbual kat sini”. Mana nak selesanya kalau sudah beberapa kali perpustakawan berdehem kuat ke arah mereka. Terlekat tulang ikan kot. Terdetik juga di hati Syirazi  untuk mengulurkan Fisherman friends mana tahu cepat sembuh.
“Okay”. Laju sahaja Nashwa memberi persetujuan.
Dia dapat merasakan misinya bakal berakhir. Syirazi pasti akan menceritakan tentang diari yang dia tulis dan akhirnya mengaku dia lah pemilik diari yang telah tercicir itu. Nashwa tersenyum panjang kerana selepas ini tidak perlu lagi dia bersusah payah untuk datang ke library ini. Buat sembelit aje !
Seperti yang dijanjikan mereka berjalan beriringan menuju ke restoran. Setelah memesan minuman Nashwa mula memujuk Syirazi untuk menyambung kembali cerita yang tergantung ketika di perpustakaan tadi.
“Apa maksud bos tadi tu ?”.
“Oh yang ya dan tidak tu ke ?”.
Nashwa mengangguk.
“Gadis tu kekasih saya tapi saya bukan kekasih gadis tu”. Syirazi menghirup perlahan minuman panas yang di pesan.
Hah sudah ! Makin pening jadinya. Nashwa dah buat muka puzzle sebab muka kelam sudah tak berkesan dalam situasi ini. Apa maksud ayat ini ? Sesiapa boleh tolong terangkan.
Nashwa mengaru-garu kepalanya. “ Bos, otak saya dah terbelit tunggu masa nak sembelit aje ni nak faham ayat bos. Bos straight to the point je la. Jangan bengkang-bengkok”.
Syirazi ketawa apabila mendengar kata-kata Nashwa.
“Gadis tu kekasih saya sebab saya cintakan dia. Kira automatik saya anggap dia kekasih hati saya. Tapi dia tak cintakan saya. Ini bermakna saya bukan kekasih hati dia. Dia cintakan orang lain”. Wajah Syirazi menjadi suram.
“Sorry bos kalau saya paksa bos bukak cerita sedih ni”. Nashwa sudah berasa serba salah. Tu la menyibuk hal orang lain lagi. Patutlah Ran kata cinta bos cinta tak kesampaian.
No hal lah. Saya tak ambil hati tapi saya nak ambil hati awak boleh?”.
Hampir tersembur air yang di minum Nashwa. Dia tersipu-sipu.
“Bos tak nak cerita ke bos tulis apa dalam diari tu ?”. Nashwa mula mengalihkan topik. Segan kerana di usik oleh bos sendiri.
“Awak ni busybody juga ya. Saya tulis tentang perasaan saya la. Perasaan yang tak dapat saya nak luahkan dekat dia. Dulu saya ada sebuah diari tapi dah hilang. Mungkin tercicir kot. So, saya buat diari baru yang awak nampak kat perpustakaan tadi tu la”.
Nashwa mengangguk tanda faham. Nashwa ni sejak dari tadi hanya tahu mengangguk sahaja gelengnya tidak.
Cup cup ! Syirazi ada cakap tentang diarinya yang hilang ? Diari ! Jadi........
Nashwa memandang Syirazi dengan mata yang membulat. Jantungnya seperti mahu gugur ke lantai. Adakah ini bermakna lelaki yang dia cinta itu Megat Syirazi Zuhri ?
“Err macam mana diari bos tu tercicir ? Tercicir kat mana ya ?”.
“Entah la. Rasanya tercicir di pantai atau mungkin kat tempat lain. Saya tak ingat”.
Terketar-ketar tangan Nashwa mengambil diari “Kotak Hati” yang di simpan elok di dalam begnya. Hatinya berdebar-debar sakan.
“Ini ke diari bos yang hilang tu?”. Nashwa meletakkan diari tersebut di atas meja.
Syirazi mengerutkan dahi sambil mengambil diari tersebut.
Hmmm.. diari ni...”. Syirazi terdiam seketika.
“Diari ni bukan saya punya. Diari siapa yang awak tunjuk ni?”.
Fuhh ! Buat saspen aje. Mati-mati Nashwa ingat Syirazi tuan punya diari ini. Baru dia nak tangkap cintun sambil buat lompat bintang cecah langit kerana telah berjaya menemui jejaka yang buat dia gila bayang. Tapi hampeh betul !
“Oh bukan bos punya la ? Saya jumpa diari ni kat perpustakaan. Ingat nak pulangkan kepada pemiliknya. Tapi takde nama pula”. Nashwa menyimpan kembali diari tersebut di dalam beg.
Nampaknya Nashwa macam kena give up saja kerana susah benar untuk dia menjejaki pemilik diari ini. Selepas selesai minum mereka berdua saling mengucapkan selamat tinggal sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Tanpa Nashwa sedari Nadiy telah ternampak kelibatnya minum bersama Syirazi. Tahap kecemburuan Nadiy sudah sampai ke petala ke lapan.
“Ai rupanya kau ada orang lain”. Nadiy bercakap dengan nada kecewa sebelum melangkah pergi. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Nadiy berjalan di dalam hujan. Pasrah betul. Agak-agak kalau ada sound effect lagu Hindustan mesti lagi tragis.
***************************************
“Hello Nadiy ! Kita star gazing malam ni nak ?”. Entah kenapa Nashwa berasa sangat rindu dengan sahabatnya yang seorang ini.
Hmmm..okay”. Nadiy menjawab malas. Hatinya masih sakit melihat peristiwa beberapa hari yang lalu.
“Sekarang tau. Aku tunggu kau kat luar. Malam ni lepak kat halaman rumah aku la. Okay see you.”
Selepas Nashwa menamatkan panggilan Nadiy terus mencapai gitarnya dan terus menuju ke rumah Nashwa. Dia sempat menanggalkan cermin mata berbingkai hitam yang di pakainya sewaktu membuat kerja sebentar tadi.
 Sewaktu tiba di halaman rumah Nashwa dia sudah ternampak Nashwa yang sedang duduk di atas kerusi batu sambil merenung ke dada langit.
“Hoi !”. Nadiy menyergah.
“Oh I love you !” Nashwa menutup mulutnya dengan tangan. Macam mana dia boleh melatah ni.
Nadiy ketawa melihat Nashwa yang sudah bermuka pucat dan eh Nashwa blushing la!
I love you too”.
Nashwa menjulingkan matanya ke langit. Menyampah !
“ Kau apa cerita ? Lama kan kita tak lepak”. Nashwa memulakan bicara.
“Cerita kedai kopi hey, cerita kedai kopi”. Nadiy menyanyi kecil sambil memetik gitar. Natijahnya, dia mendapat cubitan di lengan daripada Nashwa.
“Loyar buruk pula kau ni. Aku tanya betul-betul ni”.
“Aku macam yang kau nampak ni la. Makin handsome dan tegap.”hehehe.
Kali ini Nashwa rasa macam nak wrestling orang pun ada.
Mereka bersembang sakan sambil merenung bintang-bintang di langit. Pertengkaran kecil berlaku apabila Nashwa mengutuk suara Nadiy yang konon-konon macam katak kena lenyek dengan kereta api. Padahal realitinya merdu aje. Paling tak boleh blah bila masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing tentang jenis bintang yang mereka lihat. Seorang kata bintang biduk yang seorang lagi bintang pari. Masing-masing tak mahu mengalah. Dah macam masuk silibus darjah enam pun ada.
Stop, stop, stop! Penat aku berlawan mulut dengan kau. Buang air liur je”. Nadiy mengalah.
Nashwa dah buat muka comel sambil mengangkat peace.
“Weh kau pernah jatuh cinta tak?” Nashwa ingin mengorek rahsia Nadiy.
“Pernah. Cinta dalam diam”. Nadiy menjawab perlahan.
“Kenapa kau tak bagitahu je kat perempuan tu yang kau suka dia? Tak kan kau takut kot”.
“Mencintai sesorang di dalam diam bukan mudah malah makin susah apabila orang yang dicintai itu tak mungkin digapai walaupun kedua-dua belah tangan sudah dihulurkan”. Nadiy menyebut balik ayat yang pernah ditulisnya.
Melopong mulut Nashwa mendengar ayat tersebut. Ayat tu sebijik dah macam “salin tampal” atau bahasa indahnya copy paste daripada diari “Kotak Hati”. Kenapa boleh sama ni ?
“Nadiy kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Lima minit lagi aku datang balik. Tunggu tau !”. Terus Nashwa berlari ke biliknya.
Tak sampai lima minit Nashwa dah kembali di hadapan Nadiy. Dahsyat betul terbang ke apa minah ni.
“Kau kenal diari ni ?”. Nashwa menayangkan diari “Kotak Hati” .
Nadiy terus merampas diari tersebut dari tangan Nashwa. Mukanya berubah pucat.
“Man.. mana kau dapat diari ni?”. Tergagap-gagap Nadiy bertanya.
“Kau punya ke ?”. Nashwa merenung ke arah Nadiy tanpa berkelip.
Apa aku nak beritahu Ai ni ? Jangan-jangan Ai dah baca apa yang aku tulis. Nak mengaku ke tak ? Akhirnya Nadiy mengalah.
“Diari ni aku punya. Aku rasa diari ni tercicir kat perpustakaan sebab tempat tu kali terakhir aku pergi. Kau..kau dah baca ke apa yang aku tulis ?”.
“Kau jawab dengan jujur. Kau suka aku tak ?”. Nashwa bertanya tanpa berselindung.
“Aku tak suka kau”.
Hampir sahaja Nashwa membenamkan mukanya ke dalam tanah. Termalu sendiri kerana bertanya soalan itu tadi. Nadiy tak suka dia pun. Huuu
“Tapi aku cintakan kau !” Nadiy mendapat keberanian untuk meluahkan cinta yang di simpan sejak 10 tahun yang lalu.
Okay tarik balik. Tak jadi Nashwa hendak membenamkan mukanya setelah mendengar ayat keramat itu. Sekarang dia rasa macam nak benamkan muka kat dada bidang Nadiy. Oh my God gedik betul.
“Betul kau cintakan aku?”.
“Aku cintakan kau dan kalau boleh aku nak hidup dengan kau sampai kita tua, sampai kita berada di akhirat kelak macam yang aku tulis dalam “Kotak Hati” ni”.
“Okay kalau macam tu malam esok lepas solat Isyak aku datang rumah kau. Kau jangan ke mana-mana”. Nashwa membuat muka serius.
“Kau nak buat apa datang rumah aku ?”.
“Kau tunggu je. Malam esok kau tahu. Jumpa malam esok. Bye!”. Terus Nashwa masuk ke dalam rumah. Dia ada benda yang perlu di bincangkan bersama-sama kedua-dua orang tuanya.
Nadiy terpinga-pinga. Nampaknya Nashwa seperti tidak dapat menerima cintanya.
*******************************
“ Hah kau Aidil. Eh masuklah Nazatul, Nashwa pun ada ? Jemput masuk.” Encik Aiman mempelawa sahabat karibnya yang datang bertandang.
“Naz, Nashwa kenapa tak bagitahu awal-awal nak datang ? Kalau tak boleh sediakan puding jagung awal-awal”. Ceria Puan Nazirah menyambut tetamunya.
“Eh jemput duduk.” Encik Aiman mempelawa keluarga itu untuk duduk di sofa.
“Man mana Nadiy ? Kalau boleh kau ajak dia join kita sekali. Ada benda penting aku nak cakap”. Encik Aidil bersuara.
“Hah panjang umur Nadiy. Dah turun pun. Nadiy mari duduk sini.” Encik Aiman memanggil anaknya.
“Sebenarnya kami sekeluarga datang ni ada hajat.”
“Hajat apa tu Dil ?”. Puan Nazirah menyampuk.
Nadiy merenung Nashwa yang sejak dari tadi hanya diam sambil menunduk mukanya. Kakinya pula menguis-nguis permaidani di lantai.
“ Hajat kami nak menyunting kumbang di daun”.
Encik Aiman dan Puan Nazatul berpandangan sesama sendiri. Menyunting kumbang di daun ? Bukan orang selalu sebut menyunting bunga di taman ke ? Eh ni datang nak pinang siapa ni ? Tak kan meminang si Akalili Nawwarah.
“Apa maksud kau ni Dil ?”. Encik Aiman tidak memahami maksud yang cuba di sampaikan oleh sahabatnya itu.
“Kami datang ni nak meminang Adhwa’ Nadiy untuk anak kami Aidan Nashwa. Setuju tak Nadiy?”.
Hampir terlompat Nadiy di buatnya selepas mendengar kata-kata Encik Aidil. Pinang aku ? Biar kumbang !
Nashwa menahan tawa daripada meletus. Senak perutnya kerana terpaksa ketawa di dalam hati apabila melihat mulut Nadiy yang sudah ternganga luas yang boleh memuatkan sebiji penumbuk.
“Nadiy, abah tanya kamu tu setuju ke tak”. Suara walidnya pula kedengaran.
“Kalau kamu tak setuju tak apa. Abah tak paksa. Abah kahwinkan aje Nashwa dengan orang lain”. Encik Aidil pura-pura sedih.
“Eh abah, Nadiy nak kahwin dengan Nashwa !” Laju sahaja Nadiy menjawab.
“Kalau macam tu majlis lagi sebulan dari sekarang. Kita buat satu majlis je senang. Rumah sebelah-menyebelah aje pun.”
Kata putus telah di ambil.
Sebulan kemudian.........
“Wawa cepat lap muka akak make up dah cair ni”. Tergesa-gesa Akalili menuju ke arah Nashwa.
“Akalil sampin abang Nadiy dah nak terlondeh ni. Cepat tolong kemaskan”. Nadiy pula memberi arahan.
“Wawa akak haus. Ambilkan air.” Akalili segera menghulurkan segelas air kosong.
“Abang Nadiy gementar la Akalil. Kalau tergagap masa akad nanti macam mana?”. Kalut Akalil menenangkan Nadiy yang sudah seperti cacing kepanasan.
“Wawa !”
“Akalil !”
Hampir pitam di buatnya Akalili dan Akalil. Masing-masing tak cukup kaki tangan untuk melayan karenah raja sehari ini. Macam ni ke rasa kalau jadi pengapit ? Kalau macam ni awal-awal lagi mereka letak jawatan.
Semua orang tersenyum hingga ke buku lali apabila Aidan Nashwa sudah sah menjadi milik Adhwa’ Nadiy. Kenduri bagi pihak lelaki dan perempuan diadakan serentak. Untunglah kahwin dengan jiran. Diari “Kotak Hati” di jadikan sebagai hantaran daripada Nadiy untuk isteri tercinta. Kau ade ?
Sama cantik sama padan kedua-dua mempelai ibarat pinang di kisar halus. Nashwa nampak cantik dan terserlah keayuannya apabila menggayakan baju pengantin berpotongan moden yang berwarna oren sedondon dengan Nadiy. Warna kegemaran Aidan Nashwa.
Akalil dan Akalili menjadi DJ tak berbayar ketika pengantin sedang menjamu selera. Hai payah betul kalau nama hampir sama ni. Keliru! Encik Aiman dan Encik Aidil turut memberi ucapan yang berbaur nasihat kepada anak-anak mereka.
“Sekarang tibalah masa untuk melihat pasangan raja sehari kita untuk membuat persembahan”.
Hampir tersembur air yang sedang di minum Nashwa. Nadiy sudah tersenyum-senyum.
“Abang tolong jangan buat lawak kat sini. Tak ada dalam plan pun yang kita akan buat persembahan”. Nashwa berbisik geram ke telinga Nadiy.
“ Memang. Tapi ada dalam plan abang. Dah jom”. Nadiy menarik tangan Nashwa untuk ke hadapan.
“Ehem..ehem..testing 1,2,3 clear.”
“Kami berdua akan berduet lagu Lucky. Saya selaku Jason Mraz versi Malaysia dan isteri saya Collbie Caillat versi Melayu walaupun pada hakikatnya isteri saya ni lagi cantik dari Collbie tu”.
Kata-kata Nadiy mendapat siulan nakal daripada para tetamu. Memerah muka Nashwa di buatnya. Nadiy memulakan nyanyian dan di sambung Nashwa bagi part perempuan.
Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair
Nadiy terus menyelitkan sekuntum bunga lily di celah telinga Nashwa yang ditutupi tudung. Nashwa pula tersenyum manis.

Though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Lagu yang sangat tepat dengan kisah cinta mereka. Jatuh cinta kepada sahabat sendiri. Cuma yang uniknya Nashwa jatuh hati dengan pemilik diari “kotak Hati” yang tidak di sangka-sangka merupakan sahabatnya. Ingat lagi A.N.A ? Ia bermaksud Adhwa’ Nadiy dan Aidan Nashwa permulaan huruf nama mereka.
Mereka saling berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum manis. Sungguh indah kisah cinta mereka yang di atur oleh Allah. Semoga Nadiy akan menjadi Adam di hati Nashwa dan Nashwa akan terus menjadi Hawa di dalam hidup Nadiy.
                                                            CERITA DAH TAMAT >,<
                                                                                                                                 ~ S.I.K~
                                                         SIMPLE ITU KAMI
**********************************************************************************                          
Nota kaki : 
Adhwa’ Nadiy : cahaya pemurah
Nashwa : harum
Akalili Nawwarah : mahkotaku yang bercahaya
Akalil Nafiz : mahkota yang bernilai
Syirazi Zuhri : Nisbah kepada syiraz , kecantikkanku












                                                                                                                                                                                                                











9 ulasan:

Nurul Najihah berkata...

^_^@

Simple itu kami berkata...

huhu..sorry kalau cerita ni nmpk mcm rushing nk the end je.. or pengolahan kurang menarik.. hope all of you will enjoy it.. (:

Simple itu kami berkata...

lupa nak say thanks to my beloved friend aidan a.k.a cik oren..thanks for sharing this story dekat blog.. thanks for giving the idea..really appreciate that :D

o-ReN berkata...

nurul: thakz sudi bace...^_^
maaf andai ada sebarang kekurangan....
simple itu kami: xp kita pun masih belajar...aja2 fighting....ni semua adalah hasil SIK sendiri..bukan aidan...^_^

Tia Fatiah berkata...

cerpen gabung yep? best gak.. hehe.. simple itu kami.. wah unik meyh.. hhihihi..


#dah lama tak dengar lagu lucky.. eksited lak baca lirik tu.. huhu

Simple itu kami berkata...

Tia.. projek gabung..idea cik aidan tp dtulis oleh saya..sungguh la bnyk kekurangan.. hee nostalgia sungguh lagu lucky tu.. thanks sudi baca (:

Kk Zen berkata...

Lama tak jenguk blog hehe..
Wah..suka sgt dgt jln cerita ni..meleleh airmata
terharu dgn kisah mereka ni..
Tahniah..hehe

o-ReN berkata...

kk zen: time ksih kerana singgah...aidan pun dah jarang jenguh blog..huhuh..T_T
sibuk memanjang...
ni cite sahabt aidan yg tulis....
^_^

sasasyayayay hiperlink berkata...

Tergoliat lidoh denn....Aptb...
Syok woo