Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

15 Julai 2012

CerPen: Hospital Cinta

okey cerita hospital cinta ke udara....^_^






“Kau biar betul Nizam” Fathir memandang Nizam dengan riak kurang percaya.
“Betul la kau ingat aku main-main ke?” begang pun ada juga dengan soalan Fathir. Kad di tangan di pegang.
“Boleh percaya ke ni?” sekali lagi Fathir menyoal. Taufan tiada, tsunami tiada tup tup suruh hantar pergi hospital. Yang menjadi kemusykilanya sihat sahaja Nizam berdiri dihadapanya. Fathir meletakkan belakang tangannya di dahi Nizam tapi di tepis laju oleh Nizam. Serius tak panas pun. Elok je darjah kesihatan Nizam. Tak panas dan tak sejuk. Kalau sejuk nanti jadi lain pulak…huhuhu … Seram.
“Okey, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba cakap dengan aku” Fathir memegang erat bahu Nizam. Tidak percaya yang Nizam suruh hantar dia pergi hospital. Okey ini memang tidak pelik, tapi pelik baginya kerana Nizam ini dalam seumur hidup dia sejak 25 tahun tak pernah pergi hospital.

Biasanya doctor yang akan datang kepadanya. Kad di tangan Nizam diambil. ‘Hospital Cinta’ tengok nama pun dah macam pelik.
“Ini hospital apa?” soal Fathir.
“Hanya ini la tempat yang aku boleh pergi sekarang. Kalau hospital lain mesti tak dapat nak sembuhkan penyakit aku ini” luah Nizam mendung. Susah betul la manusia didepannya ini. Suruh bawa pergi hospital pun soalan macam aku dekat mahkamah.
“Kau sakit apa ini Nizam. Kau jangan buat aku risau” muka Nizam ditilik. Pucat tak ada. Badan okey. Masih tegap aku tengok.


“Laa... aku dah cakap dengan kau dah, doctor ni tak boleh rawat aku la” marah Nizam. Sebaik sahaja keluar dari klinik tadi tak habis-habis membebel itu ini.  At least, permintaan sahabatnya itu ditunaikan walaupun ada sedikiti pertukaran tempat rawatan.
“Doctor tu cakap apa tadi?” soal Fathir prihatin.
“Dia cakap aku perlukan banyak rehat, lepas tu pastikan tidur mengikut piawaian yang ditetapkan” omel Nizam tak puas hati.
“Alhamdulilah. Sihat pun kau, ni tak dari tadi tak habis-habis cakap kau sakit kenapa? Nanti ALLAH SWT bagi betul-betul baru kau tahu” marah Fathir. Kereta Honda City itu dihidupkan sebelum meluncur laju meninggalkan Klinik Azhar tersebut.
“Dah memang betul aku sakit. Doctor tu je yang tak tahu. Entah kelulusan apa tah yang dia ada. Entah-entah sijil beli” Fathir mengeleng kepala dengan perangai temannya itu. Ada je yang tak kena. Bila sihat nak sakit. Nanti diberi betul-betul penyakit tu tak ke haru nanti.

Fathir membelok keretanya memasuki satu halaman yang luas. Ditengahnya kelihatan satu bangunan yang mempunyai 2 tingkat. Sekali tengok dah macam rumah agam. Nizam di sebelah dilihat. Hampeh punya kawan. Dua hari mogok dengan aku suruh hantar pergi hospital ni. Sekali dia boleh buat tahi mata. Bukan nak tolong aku cari pun, sudah la kedudukan hospital ini agak tercorok sikit dari bandar.
Kad ditangan dilihat. Peta dekat belakang kad yang menjadi pandu arahnya untuk menuju ke sini.
“Kalau ikut peta ni, tak salah lagi ini la tempatnya.” Yakin Fathir. Dia keluar dari kereta. Badan diregangkan.
“Udara yang sedar” ucapnya.
“Oit bangun la.” kejut Fathir. Melihat tiada tanda dari Nizam. Dia membuka pintu kereta.
Bukk!! Nizam jatuh tergolek ditanah. Badannya yang elok landing peluk pintu kereta tadi sudah cantik peluk tanah.
“Woi kau nak bunuh aku ke?” marah Nizam apabila dia sedar. Badannya digosok. Kekotoran di baju dan seluar digosok sebelum berdiri tegak dihadapan Fathir.
“Dah sampai erk?” soal Nizam apabila melihat sekeliling.
“Tak la dah balik” sinis Fathir.
“Kenapa aku kena ikut cakap kau? Kenapa aku kena datang sini? Kenapa kau tak ada lesen? Kenapa? Kenapa? Kenapa?” Fathir mengeleng. Melihat wajah Nizam yang hanya tersengih membuatkan dia mengeluh.

Nardhiyah tersenyum melihat pesakit dihadapannya.
“Macam ni la Encik Nizam saya try dulu. Tapi insyallah saya akan usahakan” ucap Nardhiyah.
“Saya harap sangat doc, harap sesangat. Ni dekat hati saya ni dah macam nak meletup dah ni” luah Nizam bersemangat siap buat gaya lagi. Nardhiyah hanya ketawa kecil. Ini memang dah parah dah ni.
“Macam yang saya cakap tadi saya cuba.” Ayat yang sama diulang.
“Kalau macam tu saya balik dulu la doctor. Takut pula ada orang bising” Nizam sudah bangun dari kerusi.
“Encik Nizam jangan risau hal ini saya akan teliti. Lagi pun penyakit yang dihidapi oleh encik Nizam memang akan didahulukan” Nardhiyah memberi kata-kata semangat. Senyuman semanis gula-gula dipamerkan. Pelanggan kena diutamakan.
Thanks doc, tak terkata saya bila doc sudi nk tolong saya.”


Nardhiyah menghiring pesakitnya itu ke muka pintu.
“Nanti kalau ada pape saya akan call Encik Nizam terus”
“Okey”
“Tapi sebelum tu saya nak kenalkan Doc, dengan kawan saya. Yang saya ceritakan tadi tu” Nizam tersenyum.
“Panggil Nar, saya lebih selesa dari Encik Nizam panggil saya Doc”
“Kalau macam tu Doc, pun kena panggil saya Nizam. Okey”
“Okey” Nardhiyah mengangguk.


Fathir hanya memandang sepi ruang legar bangunan yang digelar hospital.
“Yeahhhhhh”. Bunyi suara orang menjerit membuatkan dia tersentak. Pandangannya jatuh ke arah kaunter pendaftaran. Kelihatan ada seorang perempuan yang sedang melemparkan cebisan kertas warna warni ke udara. Diikuti dengan gelak tawa sekumpulan kanak-kanak. Gelagat mereka seperti bermain salji di luar Negara.
“Amacam rasa salji tak?” ucap perempuan itu sambil mengusap kepala salah seorang kanak-kanak lelaki itu.
“Rasa rasa, rasa macam dekat Australia.” Ujar budak lelaki itu. Matanya jelas memaparkan riak kegembiraan.
“Kan kan kan. Akak dah cakap dah. Jom kita main lagi.” Jerit perempuan itu sambil mengangkat tangan keudara.
“Jom!!” jerit kanak-kanak yang berada disitu. Ini pusat asuhan ke? Detik Fathir.


Bunyi pintu di kuak dari dalam membuatkan Fathir menoleh. Dia bangkit dari duduk.
“So Nar, inilah kawan saya” terpancul wajah Nizam sebaik sahaja kelaur dari bilik tersebut. Fathir mengangguk sebelum tersenyum.
“Fathir” ucapnya. Wajar doctor yang merawat Nizam dipandang. Erk!
“Doctor???” Fathir pelik.
“Ya saya” Nardhiyah memandang lelaki disebelahnya yang di kenali sebagai Fathir.
“Bukan tadi awak dekat sana ke?” soal Fathir. Dia tertoleh ke arah kauter pendaftaran.
“Apa yang kau merepek ni Fathir. Tadi Nar dengan aku la dekat dalam bilik ni. Elok je dia duduk depan aku tadi sampai sekarang. Kau ni mengigau ke?” berkerut kening Nizam dengan kata-kata Fathir. Nardihyah disebelah mengangguk. Tanda mengiyakan siap kata-kata pesakitnya itu, Nizam.
“Encik Fathir okey tak? Perlukan pertolongan” soalnya lembut.  Fathir memegang kepala. Takkan aku salah tengok pulak. Takkan la.
“Eh tak tak saya okey.” Ujarnya lambat-lambat.
“Kau dah siap ke Nizam, jom la balik. Aku ada hal la nak uruskan”
“Okey la Cik Nardhiyah nanti kita jumpa lagi ye”


“Kau paksa aku hantar kau dekat hospital dekat corok dunia tu, semata-mata nak dapatkan buku tulis ni sebijik” Fathir kehabisan akal. Serius dia tak paham. Kata doctor Nardhiyah sakit Nizam dah teruk tapi kenapa ubatnya hanya sebuah buku tulis berwarna merah hati. Apa dia suruh tulis waksiat ke?
“Ala relax la, Fahtir aku tak nak menyusahkan kau. At least, sekarang ni aku dah lega sikit. Tanpa kau mungkin penyakit ni makin merebak.” Nizam berdrama.
“Sudah la kau ni. Malas aku nak layan” Fathir menekan minyak kereta miliknya meluncur laju membelah lebuhraya.
Fikirannya masih mengingati perempuan yang bersama kanak-kanak di hospital cinta. Takkan hantu pulak. Ish tak mungkin kot.



“Siti ada nampak Nashuha tak?” soal Nardhiyah. Siti yang sedang menyusun sesuatu menoleh
“Eh Nar. Siti tak pasti la.. Tadi dia ada datang bawak si Khai, Mirul, Hana, Fyka, Sarah dan Mira main dekat sini. Cuba Nar tengok dekat sana habis berterabur kertas yang dikerjakan oleh Nas tu” adu Siti. Dia menoleh ke arah kertas yang berselerak dilantai.
“Okey la Siti, Nar nak pi cari Nas sat. Ada benda Nar perlukan dari dia” Nardhiyah tersenyum.
“Ops sebelum lupa pesakit dekat wad Rindu bila boleh pulang?” soal Nardhiyah
“Oh si Murni tu ke? Kalau tak silap Siti, nanti petang dia akan discharge. Tapi sebelum tu dia nak jumpa dengan Nar dulu” pesan Siti. Gadis di depan dipandang. Selesa berkerja dibawah bumbung dengan pemilik hospital cinta ini.


Nardhiyah dan Nashuha dua kembar seiras. Pemilik hospital cinta yang mengendalikan soal cinta manusia. Memiliki dua ruang untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak. Siapa cakap kanak-kanak tak ada masalah cinta. Adalah. Cuma dari bentuk yang berbeza.

Nardhiyah mempunyai perwatakan yang agak matang dan mampu mengendali masalah cinta. Cenderung ke arah sifat kewanitaan dan agak lemah lembut. Kalau masuk rancangan gadis melayu confirm menang tanpa bertanding.
 Nashuha adik kepada Nardhiyah. Lewat 2 minit dari Nardhiyah cenderung merawat pesakit yang sudah pun mempunyai tahap cinta yang mana pada peringkat negative. Mempunyai perwatakan happy-go-lucky. Mempunyai tahap keceriaan mencecah 360 darjah. Kalau masuk rancangan super spontan boleh jadi pemenang tanpa perlu mendaftar. Dia jugak seorang yang ganas diluar. Hehehe
Sebanyak 99% kes sudah pun berjaya diselesaikan. 1% hilang sebab pesakit telah dimasukkan dihospital jiwa kerana tidak boleh menerima cinta yang tak kesampaian.
Doctor cinta gelaran untuk Nashuha dan Nardhiyah. Bukan sekadar doctor biasa . Mempunyai sijil dalam bidang kedoktoran. Bukan sijil beli bukan sijil kopi and pasta. Ala copy paste la. Tapi sijil yang mendapat pengiktirafan dunia. Sijil dari Harvard University, Cambridge, Massachusetts, Amerika.


“Nar kau pasti ke tentang ni?” Nashuha membelek kertas yang berada dihadapannya.
“Ya la mcam tak biasa. Tapi ini lain sikit. Perempuan uh adik kawan dia dan adik dia tu dah ada pakwe. Kawan dia tu pulak jenis protect adik gila-gila. Dia hanya terima siapa saja yang akan jadi laki adik dia yang penting adik dia tu mesti setuju.” Terang Nardhiyah. Dia mengetuk pencil di atas meja. Sambil memandang ke arah adiknya, Nashuha yang sedang tekun memandang kertas yang mengandungi maklumat bakal pesakitnya itu.
So kita nak guna ‘ubat’ apa?” soal Nashuha . Matanya tepat memandang Nardhiyah. Mencari jawapan yang satu.
“Ikut yang mana sesuai. Cara Nas lain dari Nar” putus Nardhiyah.  Nashuha mengangguk. Corak ‘rawatan’ sudah pun berada di dalam mindanya.
“Okey anggap je ni semua selesai.”


Botol air mineral di tangan Fathir dilempar kuat. Bunyi suara orang mengadu membuatkan Fathir gelabah. Matanya terpaku pada raut wajah seseorang. Melihat gadis itu berjalan kearahnya membuatkan dia terhimpit rasa bersalah marahkan orang lain. Orang lain yang kena.
“Oit cik abang cantik tingkah laku, apa ingat kepala saya ni tong sampah ke?” marah gadis itu. Gadis la dengan darjah ketinggian dan lenggoknya membuktikan yang didepannya gadis. Cuma satu jelah raut wajah itu ditutupi dengan topi.
Sebaik sahaja gadis itu mendongak dan menampakkan raut wajahnya Fathir tersentak.
“Eh Nar..Maaf-maaf saya tak sengaja tadi... maaf sekali lagi” pohon Fathir selepas terdiam seketika. Nashuha mendengus.
“Apa Nar Nar. Kau ingat aku ni Narnia ke??” marah Nashuha. Silap orang la beb aku Nashuha bukan Nardhiyah. Amboi garangnya doktor sorang ni dah macam singa dekat Narnia...hoho.
“Maaf la Nar, saya betul-betul tak sengaja.” Mohon Fathir, nak buat macam mana memang sahih dia yang bersalah. Kalau nak larikan bukti pun memang dah tak boleh dah. Bukti dah ada depan mata.
“Susah aku nak maafkan kau ni. Zakat kepala aku ni mahal. Kau dah menyebabkan duit zakat aku kurang ni” Nashuha berkira-kira. Dia cukup pantang orang main kepalanya.
“Nur!!!!!” bunyi jeritan satu suara membuatkan Nashuha terus berpaling. Rasa marahnya tadi bertukar meluat bila melihat orang yang memanggil namanya tadi.
“Hah kau nak apa dah tak puas makan penampar dari aku” ujar Nashuha garang. Kecik besar je lelaki didepannya itu.
Fathir yang melihat sedikit terkejut. Amboi perempuan ni bukan main garang lagi.
“Nur jangan la macam ni. Niat saya ikhlas ni” alamak pasangan kekasih bergaduh la. Fathir melangkah perlahan meniggalkan merpati yang tak sejoli tu.
“Hah nak pergi mana tu” langkah Fathir terhenti bila mendengar singa Narnia ni mengaup.
“Saya tak nak gangu pasangan kekasih berdating” selamba Fathir. Nanti tak pasal hati yang sakit bertambah sakit pulak tengok pasangan bercinta ni.
“Mari sini” Nashuha menarik tangan lelaki didepannya. Fathir terkejut. Pantas tangan gadis itu ditepis lembut. Tak manis kalau orang tengok.
Nashuha mengangkat tangan tanda bersalah. Nak lari dari masalah punya pasal sampai lupa batas. Dia tak boleh lepaskan lelaki didepannya itu kerana hanya dia la mampu selamatkan dirinya.
“Kau duduk sini diam-diam selagi aku tak suruh kau blah jangan nak blah paham” terkedu Fathir. Ini arahan ke apa ni. Serius perempuan ni singa Narnia. Perlahan-lahan Fathir menganguk. Malas nak dengan singa ni mengaum. Nashuha menarik nafas sebelum lepas. Perlahan-lahan dia mengubah riak mukanya.
“Nur saya betul-betul mintak maaf saya tahu saya salah sebab buat awak macam ni” pohon lelaki itu. Fathir yang berada ditengah meraka hanya berdiri tegak. Nak nyanyi lagu negaraku la. Kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati.
“Oit kau Mail jangan nak kacau aku lagi. Kalau aku jumpa kau lepas ni siap kau. Ni kau nampak lelaki depan aku ni. Dia ni bakal laki aku.” Nashuha menunding jari kearah Fathir. Fathir yang masih kaku nyanyi lagu negaraku tersentak.
Apa ke benda yang berlaku ini. Fathir melihat wajah sungul lelaki di depanya itu. Serius dia pun tak tahu nak cakap apa. Nak nafikan sebe-salah tak nafikan lagi la sebe-salah. Last-last dia buat tak tahu. Nanti tak pasal pulak singa ni mengamuk dengan aku-aku dia ngap.
“Tahniah bro. Aku harap kau dapat jaga Nur dengan baik. Nampaknya aku terpaksa mengundur diri..” sayu je suara lelaki yang dikenali Mail itu. Itu pun sebab tadi dia dengar singa ni panggil Mail.
“Eh nanti dulu saya rasa ada salah faham ni..”
“Dah tak payah kau nak menyibuk” tegas suara singa Narnia ni. Adeh kenapa la aku terperangkap dalam situasi ni! Jerit hati Fathir.



Nizam tercenggang. Tak sampai 5 minit nasi dalam pinggang Fathir sudah pun licin. Nizam menahan tangan Fathir dari menambah lauk asam pedas yang dia masak.
“Weh asal ni?” marah Fathir. Orang nak makan dia pergi halang-halang ni kenapa.
“Kau tak kesian ke dekat aku ni Fathir. Aku balik keje terus masak lepas tu bila aku nak makan tak sempat, kau dah habiskan. Ni tinggal seketul je asam pari ni. Kau tak nak bagi aku ke. Air liur aku ni dah meleleh ni. Penat-penat aku masak kau tibai semua. Sedih aku” kelam je wajah Nizam. Sedih kot.
Dari semalam teringin nak makan, ingat bila dah masak boleh makan puas-puas tapi hampa jugak. Dia sebaik sahaja selesai mandi dia turun untuk makan. Makanan sudah dihidangkan siap-siap.
Bila turun ye tengok si Fathir tengah melahap semua. Habis licin nasi dan masak lemak cili padi ayam. Dia yang tengok bergegas turun untuk selamatkan seketul lauk yang tinggal. Apa la nasib aku ni.


Fathir menyandar dikerusi kesian pulak tengok rupa Nizam yang macam orang mengidam tu. Serius dia tak sedar waktu tu. Balik je rumah dia terasa haus akibat dari kegeraman. Bila bukak  tudung saji pantas ternampak wajah singa Narnia tu. Dek kerana geram habis dia makan semua makan yang ada atas meja makan. Hati dia panas je bila teringatkan singa tu.
Sorry aku tak sedar. Aku tengah tension gila ni” luah Fathir.


Heimlich maneuver. Jeritan hatinya sebaik sahaja. Wanita itu terkulai layu. Keadan yang kelam-kabut itu menyukarkan Nashuha.
“Sila beri saya ruang” tegas Nashuha. Tubuh wanita asing itu dipeluk arah belakang. Bahagian pinggang dipeluk kemas. Sebelah tangan lagi digengam dan menekan bahagian ibu jari ke perut mangsa antara pusat dan rangka dada. Sebelah tangan lagi memegang tangan yang digengam. Tangan di tarik ke atas dengan cepat. Melihat wanita itu terkulai layu membuatkan Nashuha menarik nafas sekali lagi. Parah!
Sapu tangan di tekap perlahan pada leher wanita tersebut. Sebaik sahaja dia menyerahan wanita itu kepada pihak ambulans dia tersenyum puas. Heimlich maneuver adalah prosedur kecemasan untuk mengeluarkan objek asing yang dikemukakan dalam saluran udara yang menghalang orang daripada bernafas. Hanya dengan melakukan tekanan pada bahagian belakang. Namun keadan tadi sedikit teruk apabila mangsa tadi pengsan sebelum sempat benda asing yang terdapat disaluran nafas itu keluar.
Satu lubang kecil perlu dibuat dibahagian leher bagi memberi bantuan penafasan. Sebaik sahaja wanita itu bernafas perkara yang sama diluangi iaitu memberi tekanan pada bahagian belakang. Sehingga benda asing itu terkeluar.
Alhamdulilah terasa gembira bila dapat menyelamatkan nyawa seorang. Hah! Seronok betul jadi doctor nak nak bila dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun ajal maut ditangan tuhan tapi kita sebagai doctor sebagai perantara. Kita wajib berusaha.
Beg tangan dicapai. Dia perlu menguruskan sesuatu. Langkah yang diiringi dengan senyuan kegembiraan. Dari jauh langkahnya diintai seseorang dengan degupan jantung yang kencang melihat diri itu.

“Masuk ni kali kedua kau datang sini dengan kecederaan yang sama. Kau ni tak reti jaga diri ke?” bebel Nashuha sambil tekun membalut tangan pesakitnya itu. Fathir hanya mendengar setiap bebelan Nashuha dengan senyuman. Setiap kata-kata Nashuha dirasakan seperti alunan music yang mengasyikkan. Kau dah angau Fathir!
“Nar saya tak pandai jaga diri. Awak nak jagakan tak?” balas Fathir. Lain yang ditanya lain yang dijawap.
“Aku bukan Nar la” marah Nashuha. Tak habis-habis dengan Nar dia. Tapi salah dia jugak kerana tak bagi tahu hal sebenar. Lagi pun tak penting pun.
“Doctor mana boleh layan pesakit garang-garang. Nanti pesakit lari” lembut  Fathir bersuara. Cuba memancing gadis didepannya itu berlembut dengannya. Kali terakhir gadis itu berlembut dengannya adalah tika pertama kali jumpa sewaktu teman Nizam ke sini.
Well, kalau pesakit yang tak reti menghargai diri sendiri tak dialu-alukan kot” sinisnya. Balutan itu dikemaskan sebelum tersandar lemah dikerusi miliknya.
“Mencederakan diri tanpa sebab umpama membunuh diri dan hokum membunuh diri adalah haram” sedikit tegas suara Nashuha.
“Saya tak mintak diri saya untuk cedera berulang kali. Mungkin sudah jodoh kita untuk berjumpa berkali-kali”
“Jodoh?” soal Nashuha pelik. Aik kenapa pulak main jodoh-jodoh ni? Hairan-hairan.
“Kenapa tak percaya ke?”
“Mmmm….yap memang kami di hospital cinta ini ada menguruskan pasal hati dan perasaan.” Nasuha bermain dengan pen ditangan. Dia suka bahagian ini. Jodoh, cinta dan perasaan.
“Kebetulan pulak saya pun ada masalah pasal hati dan perasaan ni” Fathir sedikit teruja. Berharap apa yang dirancang berjalan lancar.



Kring! Kring! Bunyi telefon mematikan niat Nashuha. Berkerut keningnya mendengar berita yang disampaikan.
“Saya ada hal emengency. Nanti akan ada doctor yang intake kes awak ni” sebaik sahaja habis berkata-kata dia keluar dari bilik. Ada hal mustahak yang perlu diuruskan. Bayang Nashuha hilang di sebalik pintu bilik tersebut. Satu keluhan dilepaskan. Hampa!


“Assalamuaikum Fathir” sapa satu suara dia yang sedang menunduk mendongak sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil namanya. Kelihatan seorang gadis yang kelihatan ayu memakai baju kurang. Berkerut kening Fathir. Nar! Dia pergi tukar baju ke apa? Tadi pakai baju t-shirt lengan panjang dan jean sekarang pakai baju kurung pulak. Takkan la hal penting tadi adalah tukar baju. Tapi tak apa. Nar lebih kelihatan ayu dengan persalinan yang sopan itu.
“Bukan tadi awak ada kes emergency ke?” soal Fathir.
“Macam mana tangan dah okey belum? Jauh betul Fathir mendapatkan rawatan” dia tersenyum. Tangan Fathir dibelek sebelum menulis sesuatu.
“Kes tadi tu Nas take. Ni Nar datang gantikan dia. Dia cakap ada pesakit mental” terang Nardhiyah.  



Dari jauh kelihatan Nashuha sedang leka memujuk seorang kanak-kanak yang sedang mengamuk.
“Tu Nashuha bukan Nardhiyah” Fathir hanya memandang kaku ke arah Nashuha.
“Kami kembar. Kembar seiras”
“Patut la dia marah bila panggil dia Nar” Fathir mengeluh.
“Sekarang dah tahukan. Nas memang garang kadang-kadang. Tapi hati dia baik”
“Yap memang betul pun”



Botol-botol ubat disusun ke dalam almari yang disedikan. Kadang-kadang tu dia akan turun padang untuk memeriksa dan menyimpan stok ubat-ubatan yang berada dihospital cinta. Tangannya berhenti apabila terpegang sebotol ubat yang berwarna merah. ‘Ubat cinta Nur Nashuha’ tertera tulisan itu dilabel ubat tersebut.
“Aik bila masa pulak aku ada masalah cinta ni?” botol ubat itu dipegang. Siti perlu dicari kerana dia yang menerima stok ubat pada hari ini.
“Siti ni ubat apa? Kenapa ada nama saya?” soal Nashuha sebaik sahaja mendapatkan Siti dikaunter.
“Ubat? Nama? Entah la Siti tak tahu pun Siti tak sempat nak belek stok yang sampai.”  Bekerut kening siti.
“Kalau macam tu tak apa lah” botol ubat dibuka jelas terbau haruman strawberry menusuk hidung.
“Strawberry? Apa pelik ubat ni?” balang kaca yang berisi ikan emas dipandang. Perlahan-lahan dia menghampiri balang tersebut sebelum menuang sedikit ubat kedalamanya.
20 saat…10 saat….5 saat…..4 saat…3 saat….2 saat….1 saat… Jam ditangan dilihat. Okey done tak ada racun! Botol tersebut hampir dibibir.
Yum..Yum..Yum…strawberry jus. Ini apa kes jus strawberry ada dalam botol ubat ni. Dalam beberapa saat sahaja botol itu sudah kosong. Lupa pulak Nashuha ni gila strawberry. Semua yang berunsur strawberry akan menjadi kegilaannya.


            Strawberry cake diatas meja dibelek. Apa pulak ni. Birthday aku lambat lagi la. Rungut Nashuha. Masuk ni dah banyak kali dia terima something yang berunsur strawberry. Macam tahu-tahu kelemahan dia. Susah betul la macam ni.
Bunyi pintu di buka dari luar membuatkan dia bersandar dikerusi. Wajah Nardhiyah menyapa ruangan matanya.
“Wow hari ni ada kek la” Nardhiyah menganbil tempat dihadapan Nashuha.
“Nas tak tahu la siapa yang tak ada keje macam  ni.” rungut nashuha
“Eleh. Nak tutup malu la tu. Cakap je la Nas suka. Jimat sikit duit Nas kan nak beli ni semua.” Nashuha tersengih. Susah nak berahsia dengan orang yang sama-sama berkongsi rasa.
“Nar tahu ke ni semua kerja siapa?”
“Tak. Tapi yang pasti orang tu betul-betul dah falling in love dengan Nas. Sampai sanggup buat macam ni. Even, Mail pun tak pernah nak buat macam ni asyik sakitkan hati Nas je”
“Mail? Dia tu tak boleh nak diharap langsung. Lain yang Nas suruh lain yang dia buat memang patut pun Nas tak terima dia” rasa meluat pulak bila mendengar nama Mail. Kali terakhir dia melihat Mail sewaktu dia mengamuk dekat taman dulu. Harap lepas ni dah tak jumpa dia lagi.
“Hujung tahun ni Nar dah nak kawin nanti tinggal Nas sorang-sorang. Nas tak nak ke ada teman?” satu keluhan keluar dari mulut Nashuha.
“Mencintai seseorang dengan sepenuh hati satu perkara yang agak sukar. Untuk mencintai orang tersebut hati ni perlu ikhlas” Nashuha menunjukkan bahagia dadanya. Parut kisah lalu masih tak hilang lagi.


Pandangan Nashuha kaku melihat tasik. Terasa tenang kala ini. Tiada yang lebih tenang selain melihat ciptaan-Nya.
“Fathir jangan la amcam ni. Dila tahu Dila salah.”
“Ngaku pun. Dah la hubungan dah lama putus. Dila dah tak ada dalam diri Fathir lagi”
Bunyi orang bertengkar menarik minat Nashuha.
Fathir yang menarik nafas. Pasal perempuan depan dia la seminggu dia tak terurus. Pandangan mata dibawa lari sebelum terpaku pada seseorang yang cukup dikenali. Dia tersenyum sebelum melangkah perlahan menghampiri seseorang itu.
Nashuha terkejut apabila melihat orang yang cukup dikenali. Gulp! Air liur ditelan apabila melihat lelaki itu berjalan kearahnya. I smile something bad.
“Jom”  Fathir menaik tangan Nashuha untuk mengikutnya. Tarikan itu lembut tapi cukup keras. Degupannya sedikit tak betul.



Nashuha hanya mampu mengikut. Terkejut masih bercampur blur.
Okey listen carefully. Nashuha ni yang akan jadi pengantin Fathir hujung bulan ni. Dila dah putuskan perkahwinan kita dan ia putus untuk selama-lamanya. Dila teruskan je perkahwinan Dila dengan Rosyam tu. Fathir tak kesah pun. Sebab Fathir akan berkahwin dengan Nas hujung bulan ni” terkebil-kebil nashuha mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Fathir. Apa kes ni.
Erk saya rasa ada salah faham ni” lambat-lambat Nashuha bersuara.
“Sayang diam. Biar benda ni abang yang uruskan.” Tegas Fathir. Terkedu nashuha. Apa kes ni!
“Mulai sekarang Dila dah tak ada apa-apa kaitan dengan Fathir.”
“Tapi Fathir..”
“Dah cukup terang Fathir cakap. Dah jom Nashuha. Banyak lagi barang yang kita tak beli lagi” terdorong Nashuha mengikut langkah Fathir. Aku tengah berlakon ke apa ni?
Bunyi jeritan Dila sedikit pun tidak melembutkan hati Fathir. Sekarang fikirannya hanya ada Nashuha dan majlis perkahwinan mereka.
“Apa ni?” jerit Nashuha. Dia merentap tangan dari gengaman Fathir.\
“Apa yang apa?” soalan dibalas dengan soalan.
“Ish dia ni suka betul balas soalan balik” rungut Nashuha.
“Jom la kita pergi beli barang hantaran” selamba Fathir bersuara.
“Apa ni dah gila ke?” marah Nashuha sebelum melangkah pergi. Orang gila mana pulak ni? Ada jugak aku campak masuk dekat wad Hospital cinta. Sakit mental!
“Nas! Nas!” terjerit-jerit Fathir memanggil gadis itu. Lucu melihat wajah itu bengang. Comel sangat. Tapi apa yang dikatakan semuanya benar. Bukan satu lakonan.


Kot putih di campak kasar di atas meja. Apa yang lelaki ni buat dekat sini. Menganggu je. Terkejut Nashuha melihat Fathir dihospital cinta.  Perkara yang paling dia terkejut adalah apabila sesedap rasa ayam KFC dia cakap aku ni tunang dia. Tak pasal heboh satu hospital.
“Siapa Fathir dalam hidup aku?” jerit Nashuha geram.
“Bakal suami dan bapa untuk anak-anak kita” sampuk satu suara.
“Kau?” tercengang dia apabila melihat Fathir muncul disebalik pintunya.
“Apa kau buat dekat sini?” berangnya masih ada lagi.  
“Nak jumpa dengan bakal isteri la” dengan riak tak bersalah Fathir bersuara.
“Siapa bakal isteri kau hah?” nampaknya aura singa Narnia Nashuha dah keluar. Habis la kau Fathir. Muhahahaah.
“Shyyy..Jangan marah-marah sayang nanti seri pengantin lari” sakat Fathir.
“Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak kira aku heret kau keluar.


Nahuha sudah pun berdiri depan pintu. Mata mereka bertentang. Antara kasih dan amarah.
Perlahan-lahan Fathir bergerak menghampiri Nashuha dengan senyuman. Nashuha ke belakang. Senyuman Fathir membuatkan dia seram.
Klak! Tombol pintu terkunci. Terkejut Nashuha apabila Fathir sudah berada didepannya. Hanya beberapa inci sahaja jarak muka mereka. Pintu yang terkunci membuatkan Nashuha gelabah.
“Ni apa hal plak ni?”
“Nak Nas” bisik Fathir tepat ditelinga Nashuha. Berdegup jantung Nashuha. Sebelum menolak keras tubuh Fathir. Pintu bilik direntap sebelum menolak keras tubuh Fathir keluar dari bilik tersebut. Terduduk dia disebalik pintu itu sebaik mengunci tombol.
Fathir terdorong ke hadapan. Sebelum mengeleng. Pintu bilik Nashuha dilihat. Boleh tahan jugak bakal isteri aku ni. Singa Narnia yang comel. Bibir diukir segaris senyuman. Secebis kertas nota yang berada didalam poket seluar dikeluarkan sebelum menolak kertas itu dibawah bilik Nashuha.


            “Mama nanti besar nanti Nada nak jadi doctor dekat hospital cinta boleh tak” lancar sekali kata-kata yang keluar dari bibir comel Nada Ayuni yang berusaha 5 tahun itu.
“Kenapa Nada nak jadi doctor?”
“Papa cakap, papa jumpa mama dekat hospital cinta . Papa cakap lagi mama doctor cinta terbaik di hopital cinta. Lagi papa cakap, mama doctor cinta paling cantik. Lepas tu papa cakap lagi mama ni macam singa, garang. Hanya papa je boleh jinakkan mama.” 
“Amboi banyaknya papa cakap dekat dia.” pipi tembam Nada ditarik.
“Nanti bila jadi doctor, Nada nak tolong semua orang dekat hospital cinta. Siankan dia orang mama. Sampai hati ada orang sakitkan hati mereka kan. Papa cakap lagi, hati mama pun pernah sakit. Papa cakap papa la doctor paling hebat sebab dapat sembuhkan hati mama” kepetahan kata-kata Nada membuatkan wanita itu ketawa kecil.
Ish ish ish papa ni habis semua rahsia mama dia bagi tahu dekat Nada. Papa ada cakap tak yang papa sayang mama?” Nashuha membisik. Cuba mengorek rahsia dari si cilik Nada Ayuni permata hatinya dan suami tercinta. Siapa lagi kalau Fathir bin Arshad. Siapa sangka lelaki itu dapat membuatkan dirinya setuju dalam sekelip mata.
“Papa tak sayang mama tapi papa cintakan mama” pelukkan dari arah belakang membuatkan Nashuha tersentak.
“Tengok papa dah cakap. Mama ni lain kali kalau nak tahu tanya la papa sendiri” bebel si cilik.
Nada didukung oleh Fathir.
“Anak papa ni pecahkan rahsia papa ya” hidung Nada dicuit.
“Papa tak cakap pun rahsia”
“Suka lawan cakap papa macam mama dia jugak.”
“Anak mama la katakan.”
“Amboi kalau tak ada papa, bukan anak mama taw”
“Nada anak mama dan papa” Nada bersuara. Leher Nashuha dan Fathir dipaut.
Fathir dan Nashuha berpandangan. Sebelum satu kucupan hingga di kedua belah pipi Nasuha.
“Tak aci. Papa cium pipi mama je, Nada papa tak cium. Tak adil” rengek Nada. Muka dipaling.
Tercetus ketawa antara kedua-duanya.


Fathir mengambil tempat disebelah Nashuha. Matanya ralit melihat Nashuha yang sedang leka membaca sesuatu.
“Bukan niat saya untuk menjadikan awak mangsa dalam hidup saya. Bukan niat saya untuk memainkan perasaan awak. Namun niat saya hanya satu. Ingin menjadikan awak yang peneman hidup saya tika susah dan senang. Bukan hanya jadi pelakon sementara tapi menjadi realiti. Saya cintakan awak kerana Allah SWT dah tetapkan hati saya untuk awak. Kunfayun. Makan terjadi la jodoh kita. Nur Nashuha sudikah awak merealisasikan kehidupan saya sebagai realiti dan awak adalah watak utama dalam hidup saya” bait-bait itu keluar dari mulut Fathir. Nashuha yang sedang leka memandang kertas itu terkejut. Tak sedar bila suaminya masuk kedalam bilik.
“Hebat tak ayat abang, sampai orang tu baca sambil menangis-nangis. Lepas tu siap jerit satu hospital I do lagi” sakat Fathir. Bila teringatkan peristiwa dulu cukup membuatkan memorinya sedar untuk menjadi satu kenangan paling yang bahagia.
“Tak payah la ungkit cerita zaman tok kaduk sekarang ni zaman milinuem.” Marah Nashuha. Sebenarnya  dia segan bila kenangan itu diungkit. Malu kot. Tak pasal satu hospital terdiam.
“Tanpa cinta tok kaduk cinta milinuem ni tak ada” kepala Nasuha ditarik merapati dadanya.
“Abang cintakan Nas untuk selamanya” ucapa Fathir penuh romantic.
“Nas pun cintakan abang jugak. Tapi cinta Nas lebih sikit la” gurau Nas.
 “Abang cintakan Nas sama macam Nas cintakan Strawberry dia” berkerut kening Nashuha.
“Abang samakan cinta Nas dengan Strawberry. Tahu la dulu abang yang bagi strawberry dekat Nas” Nashuha menarik muncung.
“Tak la sayang abang lebih cintakan Nas dari Nas cintakan abang” pujuk Fathir.
“Alolo..Sweet-nya” pipi Fathir dipegang. Semoga bahagia menjadi milik mereka.

______________________the end________________________


Fuh akhirnya siap jugak...
Untuk nas ni untuk awak…
Nurul hasil undian awak cita ni siap jugak..tapi aidan mintak maaf la jika cerita ni tak seperti yang korang harapkan…
Maaf atas segala kekurangan. Maaf la diri aidan ni banyak kurangnya.
Satu daripada list dah siap…^^
P/s: aidan tak pandai sangat nak buat cerita..juz untuk hiburan boleh la,,,^_^





14 ulasan:

Nas berkata...

hahahaha.. hati nas kembang tak kuncup2 mmbacanya.. tengkiu cik oren :DD.. nk wrestling mail sbb jdik pngcau..hahaha.. romantik mak jemah you fathir ngn nas..kehkeh

o-ReN berkata...

wc...tq jugak sudi bace..^_^
sian mail kena wrestling..hehehh

nzlyna'im berkata...

sweetla cerita nie.. i like

anis farzana berkata...

woaaa.... idea kreatif n menarik! mula2 ingatkan nizam dgn nar yg hero dgn heroin. rupa2nya fathir tu dgn nas yg jadi hero heroin... hehe.

tapi sweet la.. cita ni.. suka sgt2.. cuma byk typo.. hehe. ni mesti kes x larat nak edit blk ni... ;)

*teringat tajuk cita indon nada-nada cinta. hehe sbb anak dia nama nada n mak dia bka hospital cinta. :P

o-ReN berkata...

nzlyna'im: tq sudi meluangkan masa tok bace...^_^

anis: a'ah mmg dah tak larat nak edit....hehehehe..nnt ada masa aidan edit balik...
*tak tgk nada cinta...juz ambik nama nada tu..^_^*

Nurul Najihah berkata...

TQ oren! he2 akhirnya undian sya tercapai...ha2 bes,menarik,cun,sweet.....apa lagi erk...apapun...cita nie bt sya tersenyum....hi2

o-ReN berkata...

nurul:heheh..akhirnya undian awak tercapai jugak....
tq sudi bace...^_^
harap terhibur...^_^

yad'z berkata...

haishhh.. ni kenapa sweet sangat ni.. terasa ada gula jekk kat mulut ni, asyik nak tersnegih jek.. hahahaa..


nice,, suka sangattt..!!

o-ReN berkata...

yad'z: tq sudi bace...
^_^

I am Me berkata...

wahh,, bez la.. bookmark trus, bleh bca tyme santai2. :)

o-ReN berkata...

i am me: time kasih sudi bace....hope terhibur....^_^

ArifahLee's berkata...

Mula-mula igtkan Nizam ngan Nar yang watak utama, tgk2 Fathir ngan Nas. Terbaikk :)

o-ReN berkata...

Arifahlee: cuba cari kelainan sikit....heheheh
p2 thknz a lot...;)

zayrin airina berkata...

Wah...so sweet..agaknya hospital cinta ni btl2 ade ke? Klu ade nk gilah heheehe;-)