Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

13 Julai 2012

[2] Proses Menjadi Jutawan...



Agak-agak masih ingat lagi tak cerita ni. seriusly cerita ni dah lama tak update. sebab apa xupdate pun aidan tak pasti. cerita ni masih mencari tajuk lagi..kalau aidan tukar tajuk "AKU JUTAWAN" boleh ke?
mmmm..xkesah la...harap korang sudi bace cerita ni jugak..^_^
maaf atas segala kekurangan...




              Dayana memandang tepat ke arah Adelia. Dia mengetuk-ngetuk meja makan di gerai itu. Memang orang kaya perangai pelik ke? Detiknya. Melihat Adelia yang sedang sibuk mengambil pesanan. Mula-mula tu jenuh jugak la dia nak terangkan macam nak buat kerja. Ada ke patut dia speaking dengan Atuk Tahir. Orang tua tu dah la tak reti English. Mahu tak terkedu orang tua tu. Itu satu hal, yang tak leh tahan tu boleh pulak bertekak dengan dengan orang tua tu. Semuanya kerana air kosong ataupun sky juice. Mengeleng kepala Dayana.
“Mak ngah tak pe ke budak tu kerja sini?” soal dayana. Mak Intan disebelah dipandang.
“Entah la, mak ngah pun tak tahu. Layan je la kebetulan kita kekurangan pekerja.” Terbit juga perasaan ragu-ragu dibenaknya. Anak orang kaya mana la yang tersesat dekat sini. Ada juga orang berperangai pelik macam gadis itu. Agak-agaknya terlebih kaya sampai tak tahu nak buat apa kot.

           Hero memandang pelik Adelia.
“Kali ni apa la yang si Puteri ni cuba buat?” dari jauh Hero hanya memandang kelibat Adelia yang sedang mengambil oder di kedai makan. Mula-mula dia agak terkejut mendengar cerita dari Tuan Zaidi. Tapi bila fikir dua kali dia rasa tak perlu terkejut kot. Puteri yang satu ini sukar untuk menebak fikirannya.
Dia bersandar di pintu kereta sebelum tersenyum lucu.
“Puteri Adelia” nama itu meniti di bibir Hero lambat-lambat. Sebelum menghampiri  yang sedang berehat di salah satu meja yang terdapat digerai itu.
“Miss, nak oder boleh” Adelia mendongak. Baru nak rehat dah ada orang menganggu. Terkejut melihat Hero sudah pun berada dihadapannya yang segak memakai t-shirt dan jean gaya yang agak sempoi.
“Hero apa buat dekat sini?”
“Hero nak makan la. Tak kan la nak mandi pulak” bidasnya. Puteri Adelia ni suka Tanya soalan yang tak berapa nak cerdik. Opss bukan Puteri Adelia saya tapi hampir 99% warga Malaysia suka menberi pertanyaan yang sudah ada jawapan didepan mata.

‘Basuh baju ke? Sapu sampah ke? Sidai kain ke?’ itu ala antara soalan yang sering warga Malaysia gunakan. Dan yang paling tak menahan tu. Jawapan dah ada. Contoh macam soal ‘sidaikan ke?. Soalan itu ditanya apabila melihat si pelaku tengah sidai kain. Well, itu la keunikan Malaysia. Alamak apa pulak yang aku melalut ni. okey drop topic pasal tu.
Melihat muncung Puteri Adelia membuatkan Hero tersenyum. Kerusi ditarik.
“Puteri tidur mana semalam? Kenapa tak balik rumah?” serius nada suara itu.
“Puteri tidur dekat telerai kasih. Mulai hari ni dan seterusnya Puteri akan duduk dekat sana sehingga Puteri jadi jutawan atas hasil usaha keras Puteri sendiri” terang Adelia. Matanya cukup bercahaya dengan semangat. Kita tengok la semangat Puteri Adelia ni tahan sampai bila.
“Bukan sekarang ni Puteri kaya atas titik usaha Puteri ke? Puteri kan kerja bersungguh-sungguh. Siang malam Puteri bertungkus lumus siapkan projek Puteri. Kadang-kadang tu hari minggu pun Puteri terpaksa pergi perjabat bila ada kerja yang perlu diuruskan.” Panjang lebar Hero bersuara. Apa la yang duk merasuk fikiran Puteri Adelia ni.

Terdiam Adelia bila mendengar bait-bait kata Hero. Cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Hero.
“A’ah la kenapa la Puteri tak terfikir pasal perkara macam tu” Adelia bangun dari duduk.
“Jom”
“Pergi mana?” soal Hero hairan. Tiba-tiba jom pulak. Jom ke mana?
“Balik la. mana lagi. Ataupun Hero nak bawak Puteri jumpa makwe Hero”
“Makwe? Siapa pulak?” soalnya hairan. Bila masa pulak aku ada makwe ni.
“Dah lupa la tu. Hajar? Azura? Zahidah?”
“Dah dah. Dah ingat dah.” Potong Hero nanti tak pasal habis semua di sebut. Itu bukan makwe tapi maut dah tu.
“Baru nak sebut ina, dayu, rana, mia..”
“Cukup.. cukup. Hero tak nak dengar la. ni nak pergi ke tak nak ni?” cepat-cepat dia memotong percakapan Adelia. Nanti tak pasal dia pergi list semua nama. Untuk pengetahuan semua Hero bukan player okey.Cuma ramai je perempuan duk kerjakan dia. walaupun Hero ni bodygroud dia tetap jadi buruan orang. Nak nak bila dia terpaksa teman Puteri pergi function mana-mana. Balik tu pasti sebeban number telefon dia terima dari Adelia. Nombor telefon orang nak berkenalan dengan dia.
“Kejap taw.” Adelia berlari kearah dapur.

“Mak ngah Lia nak berhenti kerja” tulus je suara Adelia. Berkerut wajah tua itu.
“Berhenti kerja?”
“Yap. Ni duit pampasan untuk 30hari berkerja. Sebagai ganti rugi” beberpa not RM50 bertukar tangan.
“30 hari berkerja. Kamu ni ingat kedai mak ngah ni perjabat ke siap ada duit pampasan” ujar Mak ngah keliru. Berkebil-kebil melihat not warna hijau itu. Adalah dalam beberapa keping.
“Tapi rule memang macam tu kalau berhenti kerja tanpa surat memang kena bayar pampasan” terang  Adelia.
Mmak ngah punya kedai biasa je. Tak pakai surat-surat ni dah ambik balik duit kamu ni. Mak ngah tak nak pun duit kamu ni.” perlahan duit bertukar tangan.
“Jangan la macam tu mak ngah. Okey-okey anggap la ni duit ganti rugi sebab pinggan dan mangkuk yang pecah tu bukan lagi termaksud dengan cawan-cawan lagi.”
“Ala berapa sen sangat tu semua. Mak ngah anggap tak ada rezeki je.”
“Tak apa lah. Ambik je” keras Adelia.

                Mak ngah melihat Adelia berlalu dengan kereta BM hitam. Duit ditangan dilihat. Tersenyum dengan gadis itu. orang kaya yang pelik!
“Dah balik ke si Lia tu mak ngah?” soal Dayana dari belakang.
“Dah. Berhenti jugak si Lia tu. Baru 3 hari dah berhenti.”
“Entah la Yana. Mak ngah tak kesah pun. Lagipun tak sunyi sikit kedai mak ngah ni. Ada jugak hiburan petang-petang”
“Betul tu mak ngah ada jugak Yana kawan untuk borak-borak. Dia tu banyak gossip kot mak ngah”
Mereka ketawa kecil. Ada saja benda yang mencuit hatinya. Nampaknya dah tak adalah orang nak buat lawak lagi.


Pstttt..
Hanya mampu sampai sini….
selamat berhibur..sudi2 la drop kome kalau ada yang tak berkenan or tak puas hati. Kalau ada kurang pun cakap la..nanti aidan perbaiki mana yang patut…
Maaf atas segala kekurangan…contengan aidan yang tak seberapa ni…
P/s: tak sempat nak edit lagi…^^

3 ulasan:

Nas berkata...

kahkahkah..lawak betul Adelia ni..Hero ckp mcm tu terus dia brhnti kerja..hihi..Amboi Hero bnyk dpt no fon ya.. ^^*kening-kening*

o-ReN berkata...

hero kan hero...
erk??mcm tu ke ayat dia,....
heheheheh.....
^^
tq sudi bce.....

Nas berkata...

haha.. sama2.. haruslah dh nama hero tu Hero.. eh ?..saya tggu sambngnnya :)