Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

6 Jun 2012

[1] Proses Menjadi Jutawan...



“Mulai saat ini Puteri Adelia dah tak ada dekat dalam rumah ini” tegas Adelia. Dia bangun dari kerusi.
Puan Zahirah dan Tuan Zaidi terkejut. Dia yang sedang leka menonton filem dipanggung mini di kediamannya terkejut.
Putera Aidit yang sedang mengunyah popcorn turut terkejut. Habis popcorn bertaburan.
“Kami ni kenapa AD, mama dengan papa tengah syok layan filem ‘aku ada, kau ada?!’ ni pun tak senang. Tergangu”  tegur Puan Zahirah. Lengan suaminya yang dipeluk sabaik sahaja memasuki bilik panggung dilepaskan.
“Kamu dan buang tabiat ke AD” tegur tuan zaidi.
“Akak kot ya pun nak bermimpi disiang hari jangan la waktu kemuncak ni. Orang tengah tengok Nordin and Tina gaduh ni. Kot-kot boleh dapat idea nak kena kan Yana ni” bebel Aidit. Susah betul kalau ada kakak yang tak betul ni.
Puteri adelia menarik nafas.
“AD yakin dengan keputusan AD kali ni. AD nak berdikari. AD akan mula dari bawah. Sebelum AD Berjaya. Mama papa doakan AD.” Tekad Adelia. Tangan didengan sambil mengangkat ke udara.
Terlopong mulut Tuan Zaidi dan Puan Zahirah. Bala apa pulak ni? desis mereka.
Popcorn ditangan Putera Aidit jatuh ke lantai.
Puteri Adelia berlalu meninggalkan panggung mini. Tuan Zaidi , Puan Zahirah dan Putera Aidit memandang antara satu sama lain.
“Normal” serentak mereka bersuara. Sebelum kembali menonton filem yang tertanggung tadi.
Adelia memasukan semua pakaiannya didalam bag baju. Segala kelengkapan dicampak kedalam beg. Kali ini dia betul-betul pasti dengan keputusannya.
‘Tipikal orang kaya macam kau la Putri. Hidup tak pernah susah. Kami ini yang orang biasa dah lali dengan asam garam kehidupan’ kata-kata Sydah berlegar difikirannya.
Siapa cakap aku tak pernah susah. Pernah la. Setiap kali nak dapat duit poket aku terpaksa menadah telinga mendengar papa membebel. Itu bukan susah ke? Lagi bila aku terpaksa gosok baju sekolah sendiri bila Mak Katty tak datang. Sampai hangus baju aku kosong. Last-last aku terpaksa ponteng sekolah. Itu zaman sekolah. Sekarang ni zaman dewasa pun aku masih susah kot…bila aku nak isi minyak. Kau tak tahu betapa susahnya. Aku tak pandai isi minyak. Naik kereta je pandai. Hohoho.
Sekarang pulak bila masuk office. Terpaksa mengadap semua kerja dan siapkan. Mana nak pergi outstation lagi, jenguk tapak projek, perbentangan. Susah apa. Walaupun itu syarikat keluarga. Dia tak ketinggalan untuk menguruskannya.
Aku bukan anak manja la. jerit hati Adelia. Mulai sekarang aku akan buktikan yang aku pun boleh jadi jutawan dengan usaha aku sendiri.

Adelia parking keretanya disebuah kedai makan. Dari jauh kedai itu dipandang. Sehelai kertas di site sebelah dicapai.
‘Saya orang susah sebelum berjaya. Macam-macam kerja saya buat. Jadi pekerja kedai makan, station minyak, cuci tandas, macam-macam la.’
Perkataan ‘pekerja kedai makan’ dibulatkan dengan pen merah.
Okey aku akan mulakan dari sini.
Dia pantas turun dari kereta Nissan Skyline miliknya.

Adelia berkira-kira. Dia duduk memandang keadaan sekeliling. Tergagap-gagap dia untuk bersuara. Maklum la pertama kali menapak di gerai makan tepi jalan. Kebiasaan untuk bersantap restaurant or cafe house yang menjadi pilihan yang penting mempunyai high class.
“Ya cik nak minum apa?? Makan??” tegur salah seorang perkerja kedai makan tersebut. Ditangannya terdapat satu buku nota kecil.
Adelia berkebil-kebil.
“Erk saya datang bukan untuk makan” lambat-lambat Adelia bersuara. Bibirnya digigit kuat.
Berkerut dahi gadis itu.
“Habis tu?” soalnya.
“Saya datang nak kerja”
Jelas kelihatan wajah terkejut gadis itu. Dia memandang Adelia dari atas hingga bawah. Sebelum memanggil seseorang.
“Erk adik nak kerja?” soal wanita yang lingkungan 50-an itu.
“Yap” jawap Adelia yakin.
Tingah wanita itu sama seperti gadis tadi. Adelia turut memandang badannya.

                            (Baju yang dipakai oleh adelia tika mintak kerja dikedai makan.)

“Agaknya papa apa yang merasuk AD kali ni?” Puan Zahiraah menuangkan macco untuk suaminya. Air kopi yang bercampur coklat merupakan salah satu air kegemaran suaminya.
Tuan Zaidi yang sedang leka memerhati arnab-arnabnya berlari ditaman tersenyum.
“Biarkan je la mamanya. Bukan awak tak kenal si AD tu ada je benda yang tak betul bermain difikirannya. Macam dua minggu lepas, dibawanya budak-budak Teratai Kasih berkhemah dekat halaman belakang rumah. Bila ditanya kenapa tak buat khemah dekat dalam hutan?apa jawap dia..”
“Dekat hutan tak ada tukang masak” cantas Puan Zahirah sebelum melepaskan tawa.
“Saya tak kesah apa yang dia buat yang penting pandai jaga diri. Kalau dia dah tekad kita tunggu je la hasilnya.” Tuan Zaidi mengangkat Brown ke ribanya. Arnab dari baka belanda itu dibelai perlahan.

“Abang tak nak suruh Hero follow AD ke?” jelas kedengaran riak risau dihujung suaranya.
“Tak payah kot. Kalau esok lusa dia tak balik nanti papa suruh Hero cari AD.” Tuan Zaidi memandang Hero yang berada tidak jauh darinya. Segak memakai seluar jean dan T-Shirt. Tiada pakaian yang khusus untuk bodyguard untuk keluarganya. Mereka bebas berpakaian asalkan menjaga keterampilan dan selesa.
“Kalau itu kata papa, mama tak kesah.”


Pssttt: mini novel kot. Dah lama tak jenguk blog.. harap-harap korang sudi layan cite ni. cite merapu dari aidan. kalau ada yang kurang jgn lupa cakap.
terima kasih kerana sudi bace contengan aidan yang tak seberapa ni.
P/s: tengah mencari tajuk yang sesuai tok cite ni? ada cadangan???


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe.. ada ke cari kerja kat kedai makan pakai baju cantik..?

o-ReN berkata...

^_^
tak taw nak ckp macam mana..n_n
anggp la puteri ni kurang pendedahan pasal dunia luar...
tq sudi bace..
^_^

Nas berkata...

Kelas kau AD pakai baju gitu mntk krja kedai mkn..hahaha.. kna tadah telinga masa mintk duit poket pun kira susah?? hahaha.. cik oren harus bertapa bertarung smbg cerita ni ^__^