Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

14 Jun 2012

E-cerPen : Seindah Kenangan Kita ~part 1~





“Okey. okey Assalamuaikum” gangang telefon diletak.
“Siapa papa? Pagi pagi lagi sudah telefon?” soal Lisa. Dia yang baru turun menyoal papanya apabila melihat papanya baru selesai berbual dicorong telefon.
Puan Hasimah yang sudah menghidang makanan dimeja tersenyum melihat anaknya yang sudah bersiap-siap untuk ke pejabat.
“Eh Lisa kamu tak payah turun, pergi masuk bilik kamu dan kemas pakaian kamu cepat. Hari ni kamu tak payah kerja” langkah Lisa terhenti di anak tangga terakhir. Pelik melihat ayahnya Tuan Hashim mengesanya tiba-tiba.
“Kenapa pulak” Lisa tercengang.
“Lisa cepat kemas pakaian kamu!!” jerit Tuan Hashim. Lisa yang terkejut terus berlari ke biliknya dan mencapai pakaian.
“Abang jadi ke plan kita ni, kesian saya tengok budak tu kelam-kabut naik atas yang abang jerit dekat dia” luah Puan Hashimah. Terkejut dengan jeritan Tuan Hashim yang tiba-tiba. Tuan Hashim hanya tersenyum.
Tidak sampai 5 minit Lisa sudah turun dengan 2 buah beg. Tangan kiri dan kanannya memegang beg separa besar dan dibelakangnya terdapat seekor anak patung beruang yang besar.
Dia tercunggap-cunggap.
“Mak ai!! sampai dua beg kamu punggah Lisa. Ni nak pindah rumah ke ni?”
“Eh tadi papa yang suruh kemas semua barang-barang Lisa. Pa, ma cepat la lari. Nanti tak sempat nak selamatkan diri ni” tergesa-gesa Lisa sambil menarik tangan Tuan Hashim dan Puan Hashimah untuk keluar dari rumah tersebut.
“Mama papa cepat la nanti kita semua rentung” jerit Lisa. Dia tak nak mati awal. Aku tak kahwin lagi.
Serentak dengan itu meledak ketawa Tuan Hashim dan bergabung dengan tawa Puan Hashimah.


“Papa kita nak pergi mana ni kenapa tiba-tiba” soal Lisa cemas. Dia memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Honda City milik papanya.
Tuan Hashim tidak menghiraukan soalan Lisa. Dia berlalu memasuki kereta untuk meneruskan perjalanan. ‘Heheehe.. Siap kamu Lisa, papa ada projek best untuk kamu.’ Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Tuan Hashim. Dia tersenyum.
                Puan Hashimah menoleh kearah suaminya. Raut wajah suaminya kelihatan gembira. ‘Suami aku ni kalau bab nak kenakan anak yang sorang ni memang nombor satu. Pakar la katakan. Tapi bila tangan sendiri kena luka bagai nak runtuh rumah dibuatnya.’ Puan Hashimah mengeleng. Malas nak masuk campur. Dia lebih senang menjadi pemerhati setia.
                ‘Ish papa ni kenapa sengih macam kerang busuk ni. Kerang busuk pun tak sengih macam papa. Memyeramkan. Tiba-tiba pulak ajak pergi bercuti ni buang tabiat ke? Bulan lepas aku ajak pergi tak mahu. Hairan…hairan..mmm nak pergi mana ya? Luar negara or dalam Negara.. Wah seronoknya dekat dua tahun tak pergi bercuti ni. Eh kejap-kejap bukan sekarang ni syarikat tengah uruskan projek mega ke? Tak kan la nak pergi bercuti pulak. Penat rebut tender yang dulu pun tak hilang lagi.’
                “Papa kita nak pergi mana sebenarnya? Kenapa tiba-tiba lak? Setahu Lisa kan opah dan atuk dah lama meninggalkan. Siapa pulak yang meninggal ni papa keluarga kita jugak ke? Yang jauh ke yang dekat papa?” luah Lisa binggung. Ini la masalah terbesar  Lisa suka cakap lepas tanpa berfikir dahulu. Tersentak Tuan Hashim mendengar kata-kata Lisa.
“Mulut kamu ni cabul betul la Lisa”
“Habis tu kenapa cemas ni papa. Papa jangan, syarikat kita tu tengah sibuk nanti tak pasal dioarang cakap apa pulak pasal Lisa. Lisa tak nak la dorang cakap Lisa ni bos yang tak berdedikasi dan jenis lepas tangan.” Nanti disebabkan hal ini dia dapat nama buruk.
“Papa” panggil Lisa lagi dia perlukan penjelasan dari Tuan Hashim.
Puan Hashimah yang berada disebelah pemandu hanya berdiam diri sambil layan lagu dari corong radio. Dia tidak berminat untuk masuk campur rancangan suaminya itu.
“Papa nak pergi Belanda sebab nak runding pasal projek dari Syarikat Oscar. Kira ambik masa sebulan lebih la. Sambil tu papa nak melawat cawangan kita dekat luar dekat tempat lain. Papa tak sampai hati nak tinggalkan kamu dekat rumah sorang, So, papa dah mintak tolong kawan papa untuk timpangkan kamu dekat rumah dia selama papa tak ada. Papa bagi kamu cuti selama papa tak ada dekat Malaysia ni.” ujar Tuan Hashim selamba.
“Papa, Stop the car right now!!” suara Lisa bergema dalam kereta Honda milik Tuan Hashim.
Preeeeeetttttttt!!!! Tuan Hashim yang terkejut mendengar jeritan Lisa terus menekan brek sampai berbunyi tayar kereta akibat geseran yang mengejut. Selamat la kereta tika ini tidak banyak kalau tak gerenti dah accident. Seisi kereta berdorong ke hadapan.
“Papa buka bonet kereta” Tuan Hashim yang terkejut hanya menurut  arahan dari anaknya itu.
‘Kenapa pulak dengan anak aku ni nak terkencing ke dekat tengah-tengah highway ni. Takkan la. Biar betul.’ Tuan Hashim berkira-kira. Tuan Hashimah disebelah masih dalam keadaan terkejut.
Lisa mengeluarkan begnya yang berada dibonet kereta. Tuan Hashim menghampiri Lisa diikuti dengan Puan Hashimah. Hairan melihat tingkah anaknya itu.
“Lisa kenapa ni? Kalau ya pun kamu nak buang air kecil lari la tempat yang sesuai. Kejap lagi kita sampai R&R kita berhenti dekat sana. Ini dekat tepi jalan, orang lalu lalang kamu nak membuang. Memang tak patut la.”
“Lisa nak balik. Lisa tak nak pergi rumah kawan papa tu. Lisa dah besar. Lisa pandai jaga diri. So, excuse me” Lisa melangkah meninggalkan papa dan mamanya dia cuba mencari teksi untuk pulang. Adeh Lisa mana la ada teksi dekat tepi highway waktu ni.
“Lisa nak ke mana tu ?” Puan Hashimah risau melihat gelagat anaknya itu.
Pemandu lain yang  melalui highway itu tertoleh-toleh melihat drama swasta mereka sekeluarga.



Bunyi enjin kerita Honda milik Tuan Hashim meninggalkan dirinya yang sudah pun tercegat depan pintu sebuah villa.
‘MERLIN’ tertera papan tanda ditepi pagar. Dah macam cerita Adventure of Merlin pulak. Ala cerita pasal ahli sihir yang dia terpaksa sembunyikan kebolehannya untuk membantu Arthur, raja Camelot tu la. Siapa yang pernah tengok angkat tangan? Okey stop pasal tu.Hehehehe. Agak-agak ni rumah merlin ke? Kenapa la papa tinggalkan aku dekat depan rumah ni.
Paling aku tak puas hati tu dia tinggalkan aku macam buang anak pulak. Eeee tak puas hati betul la. Baru pukul 9 pagi. Mana la loceng ni? Hah ini pun loceng. Mata Lisa terpaku pada punat loceng yang berada di tepi pagar. Lepas dua tiga kali ditekan langsung tiada sahutan. Tahu la rumah besar nak masuk pun agak-agak kena jalan jauh. Takkan la semua pekak kut. Omelnya. Rasa geram dihatinya masih tidak bersisa.



Pon!!!pon!!
“Ayah ada orang buang anak badak depan rumah” kedengaran satu suara yang garau dekat telinganya.
“Aduh sakitnya telinga siapa menjerit dekat telinga aku ni nak tidur pun tak senang.” Bebelnya. Matanya masih pejam. Tiada tanda-tanda untuk bangun dari mimpinya.
“Anak badak??” Lisa yang masih mamai membuka matanya perlahan-lahan.
“Badak!!” jeritan suara yang sama tepat ditelinganya. Ini mendatangkan marah aku ni.
“Weh tarzan bagi salam dulu la kalau nak menjerit dekat telinga aku sebelum nak panggil geng kau pun” balas Lisa. Dia sudah pun berdiri tegak sambil mencekak pinggang memandang tajam lelaki depannya itu. Menganggu aku tidur betul la. Lelaki?
“Anak?’ sapa satu suara garau yang lain. Matanya beralih kepada suara itu. Lelaki yang berada disebelahnya tersenyum sinis. Dibelakangnya kelihatan beberapa orang lain. Dua perempuan dan tiga lelaki kalau campur semuanya jadi enam. Eh sempat pulak aku buat matematik dekat sini.
Opss pakcik, sorry la saya salah rumah pulak. Minta maaf banyak-banyak” Lisa menundukkan kepalanya tanda mohon maaf stail jepun. Sambil mengangkat beg-bengnya untuk berlalu.
“Anak pakcik ra….”
“Tak pe pakcik saya maafkan pakcik.. Okey la saya pergi dulu assalamuaikum” ucap Lisa sebelum berlalu.
Mata-mata yang melihat tercengang sambil memandang antara satu sama lain.
Satu..dua…tiga.. eh kejap. Lisa berhenti melangkah. Dia berpaling melihat belakang. Langkah diatur kembali menghampiri pakcik tadi.
Mmmm pakcik ni Encik Nawawi ke?” tergagap-gagap Lisa menyoal. Kepalanya digaru.
“Hah pakcik la tu” jawap Encik Nawawi berserta tawa. ‘Bapa borek anak rintik. Comel jugak anak Hashim ni, dah besar panjang pun.’ monolognya.
Salam yang dihulur disambut. Serentak dengan itu Lisa bersalaman dengan semua ahli keluarga Encik Nawawi kecuali lelaki yang bukan muhrimnya la. Tak baik wo. Di belakangnya kedengaran ketawa yang kuat.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mmmmmm.....~_~
cite ni pun salah satu cite percubaan aidan...
ni bukan novel auw..cite pendek je...ada beberapa part je...
terima kasih kerana sudi bace contengan aidan ni...
contengan yg xseberapa ni...maaf la jika ada  kurang or silap..sudi2 la tegur silap aidan..
^_^
p/s: cite ni ok x??

7 ulasan:

KaryakuHatiku berkata...

Ok2...
best..huhu...
akak aidan cptla msokkn nest slot..huhu
tip top cter ni...
(Y)
<3

o-ReN berkata...

tq sudi bce.....^_^
nnt akak try bt secepat mungkin..
akk ni ada mslh gn taip2 ni..
lambt sikit....
^_^

Kk Zen berkata...

menarik hehe..lawaklah lisa tu..boleh pula trtido tepi pagar rumah org..

o-ReN berkata...

tq kk zen sudi bce...^_^

Nurul Najihah berkata...

bes2...xthu nk kta pa dh...he3..

o-ReN berkata...

thz nurul tak terkata saya bila awak sudi bace cite saya yang tak seberapa ni..
T_T
^_^
heheheh

Seri Ayu berkata...

Menarik..