Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

Followers

26 Jun 2012

E-cerPen : Seindah Kenangan Kita ~part 4~




Bunyi telefon bimbit Lisa menghentikan perbualan mereka. Enam pasang mata tepat memandang kearahnya.
                     “Kejap ye” telefon miliknya dilihat. Nama yang tertera di screen cukup membuatkan dia tersenyum.
                     “Yusof! . Serius? Kalau macam tu Lisa tak ada bantahan. Hope, lepas Sof bahagia dengan pilihan Yusop” Lisa ketawa girang.
                     “Sampaikan salam Lisa pada si dia” tawanya. Dia menghempus nafas lega. Tiada kata-kata makian dalam perngakhiran hubungan mereka. Bukan sikap dia untuk maki hamun sesiapa bila break. Dia terima seadaanya.
                     “Siapa tu Lisa?” soal Naqib. Dia seakan tertarik mendengar perbualan Lisa dan pemanggil.
                     “Oh… Yusof” ujarnya pendek.
                     “Yusof? Pakwe ke?” soal Nafiz.
                     “Kenapa dia ajak date ke?” sampuk Nafiz sedikit teruja.
                     “Bila? Dekat mana? Nak ikut boleh?” belum pun sempat Lisa menjawap Naqib sudah memintas.
Yang lain hanya mampu tersenyum. Berita hangat siapa tak terujakan.
                     “Angah, achik bagi la Lisa jawap dulu. Tak sempat dia bukak mulut kamu dah potong” sela Puan Noraini. Kesian melihat Lisa, baru nak buka mulut dah ada pelbagai soalam yang keluar.
                     “Betul tu. Ayah lagi tak sabar nak dengar ni. Cepat Lisa cerita, abaikan angah dan achik ni” gesa Tuan Nawawi. Pandangan matanya focus ke arah Lisa. Naqib dan Nafiz menarik muncung.
‘Apa la papa ni kita orang lagi tak sabar auw’. Kata-kata itu hanya mampu diluahkan di dalam hati.
                     Siti Nabila dan Shahrul hanya ketawa. Okey, ini cerita hangat sesiapa pun pasti akan teruja. Lisa ketawa kecil.
“Okey okey lisa cerita… yang call tadi teman lelaki Lisa kira pakwe la kan. Dia call nak mintak break up. Atau kata lain mintak putus” terang Lisa.
“Putus? Break up? Clash?” soal Naqib bertubi-tubi.
“Yap”
                 “Tapi kenapa tiba-tiba?” Nafiz tak puas hati. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba putuskan hubungan. Tapi okey jugak. Hehehe…
“Yelah Lisa, ayah pun hairan jugak tiba-tiba mintak putus ni?” soal Encik Nawawi. Tiada gelaran pak cik dan mak cik lagi yang ada hanyalah ayah dan ibu.
“Oh yang itu ya…dia cakap dia dah jumpa orang yang boleh memenuhi ruang hatinya.” Lisa mengaru kepala. Agak-agak boleh ke tak itu dijadikan alasan?
Are you sure, Lisa?” terasa sedikit cangung dalam jawapan itu. Lisa mengaru kepala.
“Sebenarnya dia mintak putus sebab Lisa, lupa nak wish birthday dia semalam dan lagi satu dia dah jumpa makwe baru” terang Lisa. Fuh rasa lega pulak bila sudah berterus-terang. Kenapa la dia tak pandai menipu ni?
                       Mereka yang mendengar jawapan Lisa tercengang. Lupa wish birthday pun boleh putus hubungan ke? Kenapa la pelik betul. Orang macam ni pun ada ke?
“Kamu tak kesah ke Lisa? Sedih?” soal Siti Nabila bila melihat Lisa sedikit pun tiada riak sedih ataupun sedang menahan sedih?
“Betul uh kak Lisa kawan Shah dekat sekolah bila putus cinta meraung macam mati laki. Shah tengok akak ni cool je. Hairan shah” Shahrul meluahkan apa yang bersarang dimindanya. Macam pelik je perangai akak Lisa ni.
“Tak pun. Happy adalah” Lisa tersenyum senang.
“Happy?”
“Lisa kalau ada masalah jangan segan cerita dekat kami” Puan Noraini meraih jari jemari Lisa cuba memberi semangat.
“Lisa okey la ibu, ayah” serius dia okey pelik melihat perangai mereka yang tiba-tiba mendung. Sekarang ni perangai siapa yang pelik mereka ataupun Lisa?
“Lisa tak kisah pun pasal semua itu. Lisa anggap tiada jodoh. Kalau dia happy, Lisa tumpang happy jugak. Kalau ibu dan semua orang nak tahu. Yusof bukan la orang yang Lisa tunggu selama ini.” Lisa tersenyum penuh makna.
Berkerut kening mereka yang mendengar.

                     “Achik suka Lisa ke?” soal Nafiz sambil mengambil tempat disebelah Naqib yang sudah pun duduk dibangku yang terletak di taman mini rumah mereka.
Tersentak Naqib mendengar soalan Nafiz.
                     Setakat suka je tak cukup achik” sambung Nafiz lagi. Bukan dia tak tahu perangai Naqib. Walaupun bukan sebagai kembar tapi sebagai seorang abang dia sudah masak dengan perangai Naqib. Segalanya sudah berada dalam poket seluarnya. Cara pandangan cukup mentafsir  segalanya.
“Achik ingat tak waktu mula-mula dia datang?” soal Nafiz sambil tersenyum.
“Mahu tak ingat kita Bagai  nak pecah perut gelakkan dia. Dia boleh buat muka blurr” Naqib ketawa. Peristiwa tersebut mengimbau difikiran mereka. Seharian mereka ketawa kerana kejadian dulu.
“Hah! Korang borak pasal apa? Ketawa bagai nak runtuh langit” sergah Lisa dari belakang. Dia mengambil tempat dihadapan Nafiz dan Naqib.
“Adalah” balas Nafiz tersenyum. Dia berpandangan dengan Naqib.
                     Lisa hanya mampu tersenyum. Suasana yang damai malam itu membawa terbang ingatannya kepada keluarganya.
                     Biasanya waktu macam ni papa pasti membuat onak pada ‘AD’ nya. Kalau abangnya ada sekali memang mereka jadi geng mengenakan AD. Entah apa la yang mereka dengki pada AD. Kesian AD, jadi mangsa buli. AD anak patung beruang kesayangannya yang sederhana kecil berwarna krim. Senang dibawa kemana-mana je. Sampaikan ke pejabat pun dia bawa. Senang cerita kemana sahaja dia pergi Ad pasti akan menjadi peneman disampingnya. AD pemberian seseorang yang cukup bermakna dalam hidupnya. Kira orang itu istimewa la. macam mana la keadaan AD ya. Seharian tak peluk AD. Rasa macam kosong pulak.
“Lisa” tepukkan dibahu Lisa mematikan lamunannya pada AD.
“Ish achik ni. Tak payah la tepuk bahu orang macam tu, terkejut la”
“Dah achik tanya Lisa tak jawap kenapa. Dah berbuih mulut achik Tanya. Aleh-aleh Lisa mengalamun”
“Berbuih?? Achik ada sawan ke?” soal Lisa cuak. Naqib dan menepuk dahi. Aduh dah mai dah blur dia.
“Apa pulak sawan ni. Kau ni memang blur kan?” soal Naqib. Kadang-kadang tu bila cakap dengan Lisa perlukan penjelasan yang betul. Bila blurr dia dah datang memang jenuh nak terangkan.
“Ish apa pulak blur-blur ni dah macam blue pulak” dalih Lisa. Ada pulak naik main warna-warna dengan aku.
“Dah la tu. Abaikan je la” putus Naqib. Kang ada jugak macam-macam soalan yang keluar.
“Okey” keadaan sunyi seketika.
“Tak sedih ke?” soalan Naqib memecahkan kesunyian mereka. Nafiz disebelah sudah tiada. Sampaikan angah dah blah pun kau tak perasan. Lisa..Lisa.
“Sedih kenapa pulak?” soalan dibalas dengan soalan.
“Putus cinta?”                
“Tak” jawapan Lisa mengundang kerutan di kening Naqib.
“Betul la ni?” Naqib tak puas hati dengan jawapan Lisa.
“Betul la. Dah orang mintak putus cara baik kira okey apa.”
“Tak kan la Lisa tak sedih langsung?”
“Mmmm” lisa menletakan jari telunjuk dibibir. Seolah-olah memikit sesuatu.
‘Comel’ desis Naqib.
“Sikit pun tak, malah happy lagi ada lah”
Happy? Macam mana tu?”
“Sebab dia dah ada makwe baru. Lepas ni biarla dia mengedik dengan makwe dia. Malas Lisa nak layan gedik dia…hahaha...” Lisa ketawa. Terbayang wajah Yusof yang suka merengek itu ini, dah macam budak tak cukup umur dah.
“Pelik betul la kau ni” jawap Naqib malas.
“Achik nak tahu satu rahsia tak?” pancing Lisa. Cuba menarik minat Naqib. Dia mendekatkan badannya kehadapan seolah-olah cuba membisik satu rahsia yang besar.
“Apa?” Naqib turut melakukan perkaran yang sama. Sedikit teruja bila lisa nak bagi tahu rahsia dia.
“Sebenarnya Lisa tak cintakan dia pun” jawap Lisa separuh berbisik. Dia meletakakn jari telunjuk diatas bibir isyarat suruh Naqib senyap.
“Habis tu kau cintakan siapa?” Naqib tertanya-tanya siapa yang sudah mengambil ruangnya dihati lisa. Jantungnya berdegup kencang bagai nak gugur.
“Achik” Naqib tersentak dengan jawapan Lisa. Jantungnya seoakah-olah berhenti. Muka Lisa dipandang. Mencari jawapan disebalik raut wajah yang serius.
Seminit…dua minit…tiga minit… empat minit… lima minit…
             Tiba-tiba mendengar satu tawa yang kuat bergema macam nak runtuh Taman tu dengan tawa Lisa yang tak ingat dunia.
Mendengar tawa Lisa, Naqib menjadi geram.
Dia mainkan aku. Desis Naqib. Dia berjalan masuk meninggalkan Lisa yang tiada tanda nak berhenti ketawa.
“Ketawa macam esok dah tak boleh ketawa” bisik Naqib bengang.
“Achik…achik…” panggilan Lisa tak dihiraukan. Boleh pulak dia bergurau pasal hal ni. Memang silap tempat la mak cik oit. Jaga kau Lisa.

                     Lisa melangkah menghampiri meja makan utama. Semua sudah bersiap sedia dimeja makan. Sarapan time. Heheheh..
“Assalamuaikum” sapa lisa. Dia mengambil tempat disebelah Siti Nabila. Didepannya Naqib sudah pun kemas berpakaian ke pejabat.
“Waalaikummussalam” serentak mereka menjawap.
Mak su pembantu rumah Vila Merlin menghampiri meja makan dengan menang dulang berisi air.
Naqib yang sedang leka menyapu jem pada roti dilihat. Kepalanya ke hadapan  seperti mahu berbisik.
“Kenapa lari masuk semalam?” soal Lisa separuh membisik. Naqib buat tak tahu dengan pertanyaan Lisa. Seolah-olah Lisa tak wuhud didepannya. Gara-gara Lisa semalam dia tak dapat tidur langsung.
“Hah apa yang Kak Lisa bisikan tu. Shah pun nak jugak tahu” tegur Shahrul melihat kelakuan Lisa.
“Kamu budak kecik tak boleh tahu”  lisa membetulkan kedudukannya. Melihat Naqib yang tiada reaksi membuatkan dia tertanya-tanya.
“Kalau Shah budak kecik, apa kata Lisa cakap dengan ayah” sampuk Encik Nawawi.
“Ish tak boleh la ayah, ni rahsia orang muda-muda gitu.” Selamba Lisa menjawab.
“Kalau ayah dan shah tak boleh, angah boleh tak?” cantas Nafiz. Lisa yang enak menguyah mee gorang berpaling.
“Angah lagi la tak boleh bujang terlajak” Nafiz yang sedang menghirup kopi tersedak. Bujang telajak dia panggil aku. Lisa ni.
                       Akhirnya meja makan itu dipenuhi dengan gelak tawa. Lisa menjeling kearah Naqib. Kaku langsug tiada reaksi. Kenapa pulak dia ni?
“So anak ibu hari ni ada apa-apa perancangan tak?” soal Puan Noraini . Soalan wajib yang ditanya setiap pagi.
“Ibu, Shah balik lambat hari ni. Ada latihan judo dekat sekolah”
“Kejap lagi Abang Zahid jemput akak. Dia dah balik dari outstation”
“Angah pun balik lambat nak kena uruskan oder baru masuk hari ni”
“Ayah macam biasa kena teman mem besar pergi borong dekat pasar besar” satu persatu ahli keluarga Encik Nawawi bersuara. Kecuali Lisa dan Naqib. Malas nak masuk campur. Aktiviti harian dia adalah mengacau mak su kemas rumah..hahahaha..
“Lisa pulak?” soal angah.
“Lisa macam biasa la kacau mak su buat kerja rumah..Hahhaa” dia ketawa kecil.
“Aduh! Puan Nor bawak la Lisa ikut puan. Susah saya kalau dia ada dekat rumah ni. Habis la saya jadi mangsa dia” sampuk mak su yang kebetulan berada berhampiran meja tersebut.
“Amboi mak su dah pandai mengadu ya. Siap la mak su kejap lagi jadi mangsa Lisa” Lisa ketawa jahat. Suka betul menganggu orang tua itu. Menggeleng kepala Puan Noraini. Lisa memang nakal. Ada sekali tu terkejut dia bila balik rumah melihat pembantu rumahnya itu hampir menangis dikerjakan oleh Lisa mana tak menangis orang tua tu bila Lisa dah buat make over. Rambut yang berubah menjadi rambut afro, baju pulak sudah menjadi seperti penari hip hop. Muka tak payah cakap la penuh dengan kesan contengan. Lisa memang nakal. Kadang-kala dirinya mengambarkan seorang dewasa yang berusia 23 tahun. Adakalanya Lisa berkelakuan seperti kanak-kanak. Walaupun begitu itu la yang menjadikan hari-hari mereka semakin bahagia.
“Lisa ikut angah nak?” ajak Nafiz kesian pulak melihat wajah mak su.
“Emm boleh jugak” dia mengenyit mata ke arah mak su.
“Okay la ayah ibu, achik gerak dulu. Shah jom hari ni achik hantar” Naqib bangun dari kerusi melangkah menghampiri Encik Nawawi dan puan noraini. Tangan tua itu dicium kasih diikuti oleh Shahrul sebelum kedua menghilangkan diri dibalik bintu. Lisa memadang Naqib kosong. kenapa dengan dia. Lain macam je?
Yang lain hanya berdiam diri.



rasa mcm panjang je cite kali ni..aduh kena singkakan ni...
T_T terima ksih pada yang sudi bce cerita tak seberapa nak best ni...
cite ni yang dah lama..ni tgh kopi and pasta masuk dalam ni..tengah nak kosongkan buku2 lama...
maaf la jika ada kekurangan dalam cite ni...aidan masih nak belajar..
terima kasih sekali lagi..

2 ulasan:

amni najwa>. berkata...

bagiku citer ni sdh ckp sdp...caiyok3..!!!x sbr nk tgg next en3 >.<

o-ReN berkata...

amni najwa: tq sudi bace cite aidan yg xseberapa ni...
^_^
sangat2 menghargai...T_T