Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Jun 2012

E-cerPen : Seindah Kenangan Kita ~part 3~







             “Lisa tak pandai la achik” jerit Lisa. Terkial-kial dia memegang ‘transport’ sementaranya itu.
“Ala Lisa cepat la, penat achik tunggu ni” laung Naqib. Dari jauh dia sudah membuat isyarat cepat.
                     Okey serius aku tak pernah naik benda alah ni. Macam mana nak cepat. Tahu lah dia tu dah expert naik benda alah ni. Tak ada aktiviti yang lebih menarik ke? Berkayak ke? Main bowling ke? Main snooker ke? Syok jugak.

                     Lisa dah duduk bertenggek di tepi jalan. Dah malas nak fikir lagi. Kalau boleh nak je dia angkut ‘benda’ ni tapi masalahnya berat. Kalau la tahu benda ni akan terjadi nak je dia ikut Nafiz lepak. Untung-untung Nafiz bawa dia ronda kota Melaka. Dia memandang ke arah pengujung taman rekreasi  itu. Ada yang datang bersama keluarga ada jugak yang bersama rakan-rakan.
Pandangannya jatuh ke arah sekeluarga yang sedang berpicnic. Ah rindu pulak dekat family. Dulu kecik-kecik selalu picnic. Tapi yang jadi mangsa dia la, selalu kenapa buli.

                     “Lisa asal ni..? Penat taw achik tunggu dari tadi” lamunannya tersentak apabila melihat Naqib sudah pun berada didepannya sambil memeluk tubuh.
“Lisa tak pandai naik benda ni la” ujarnya geram. Ish tak paham-paham betul. Dari sebelum keluar rumah lagi sampai la dekat taman ni perkara yang sama dia ulang. Itu pun tak paham ke.
“Betul ke? Achik ingat Lisa main-main je” terbit rasa bersalah. Waktu Lisa mengatakan yang dia tidak pandai mengendalikan ‘benda’ itu dia ingatkan Lisa bergurau. Patut la dari tadi Lisa hanya mengeret basikal tersebut. Sangkaannya meleset bila melihat Lisa sudah bertinggung ditepi jalan tersebut.
“Okey-okey Lisa tunggu kejap ya” Naqib berjalan meninggalkan Lisa. Berkerut dahi Lisa melihat Naqib bercakap dengan sesekali dia melihat ke arah Lisa. Kenapa pulak ni?


“Okey naik la. Achik akan ajar Lisa” terjatuh rahang Lisa melihat basikal roda 3 untuk kanak-kanak 6 tahun dihadapanya.
“Ni perli ke apa?” sinisnya. Kurang asam punya Naqib Adam. Aku reti la naik basikal. Aku selalu je naik basikal dekat gym. Cuma basikal tu tak berjalan je.
“Betul la. Achik nak ajar Lisa. Kita kena mula dari awal. So, langkah pertama silakan” Achik sudah pun menunjukkan basikal tersebut. Budak perempuan di tepi Naqib hanya mampu tengok. Mungkin sayu kot tengok basikal dia nak kena hempap dengan raksasa. Raksasa mana lagi kalau bukan aku. Takut aku naik basikal dia. Nanti tak pasal pancit tayar basikal budak tu.
“Dah tak payah nak mengada. Bagi balik basikal ni dekat budak tu” marah Lisa. Naqib hanya mengaru kepala. Kenapa pulak ni? Aku serius nak ajar dia naik basikal. Nanti nak ajak dia teroka kawasan sekitar. Dengan menunggang basikal baru advantare sikit.
“Habis tu nanti macam mana Lisa nak pandai kalau tak nak belajar?”
“Achik pegang basikal Lisa dari belakang. Jangan lepaskan selagi Lisa tak boleh nak stabil” arah Lisa. Nak tak nak terpaksa la jugak belajar sebab benda dah ada depan mata.
“Kalau macam tu okey la” Naqib menurut.

                     “Lisa okey tak” Naqib menoleh melihat Lisa yang digendongnya. Kesian pulak tengok Lisa. Kaki terseliuh gara-gara terlanggar pokok tadi. Handphone tertinggal dekat rumah. Lepas tu, hari pulak semakin gelap. Masalah betul la.
“Okey la” jawapnya ringkas menahan sakit di kaki. Tak selesa sebenarnya. Pertama kali bersentuhan dengan orang bukan  muhrim. Keadaan memaksa. Dia terpaksa menurut. Takkan la dia nak tunggu dekat situ sementara tunggu Naqib cari bantuan. dah la hari nak senja. masalah betul. Kenapa la waktu macam ni semua tiada. Kejadian tadi menerjah fikirannya.

                     “Achik tak boleh berhenti!!” jerit Lisa. Dia dah cuak bila basikal yang dikayuhnya tak berhenti didepannya sebatang pokok sudah pun menunggu.
“Lisa tekan brek!!” jerit Naqib. Dia mengejar Lisa. Terkejut melihat Lisa mengayuh basikal dengan laju dan tidak dapat untuk menghentikan.
Bum!!!

“Aduh sakit” adu Lisa. Memang tak sempat nak tarik brek dia dah pun menghentam pokok.
“Lisa okey tak.” Naqib cemas. Tangan Lisa dibelek kot-kot ada yang cedera.
“Boleh bangun tak??” soal Naqib gelabah. Lisa cuba bangun tapi gagal. Terasa sakit di bahagian kaki.
“Macam mana ni?”
“Entah la Lisa pun tak tahu la” ada sendu dihujung suara itu. Cuba menahan sakit.

“Naqib!” jeritan satu suara mematikan lamunan Lisa.
“Aduh perempuan ni. Masalah betul” kedengaran rungutan naqib. Lisa hanya mampu berdiam diri. Melihat seorang wanita berlari kecil ke arah Naqib membuatkan dia hairan.
‘Makwe mamat ni ke? Masalah ni nanti tak pasal minah ni mengamuk pulak’
“Naqib” Lisa sebe-salah. Takut pulak kalau berlaku pergaduhan kecil pulak. Macam yang biasa dia tengok dalam tv.
“Naqib, we need to talk” tegas suara tu.
“Nak cakap apa pulak. Rasanya Naqib dah terangkan” malas nak layan perempuan itu.
“Siapa perempuan tu?” soal dia. Jelas kelihatan wajah itu berubah riak. Tajam panahan mata tersebut memanah mata Lisa. Lisa dah gelabah. Sudah!
“Naqib busy ni, kita bincang kemudian” Naqib berlalu meninggalkan perempuan itu. Lisa masih setia berada dibelakang Naqib. Maklum la nak jalan tak boleh.
“Siapa tu? Makwe erk?” sakat Lisa apabila mereka sudah pun berjalan meninggalkan perempuan tersebut. Cuba mengorek rahsia mana  tahu boleh jadikan bahan nak kenakan lelaki itu.
“Entah” Lisa terdiam bila mendengar jawapan acuh tak acuh dari Naqib. Perjalanan mereka diteruskan dengan suasana yang senyap. 
\]
(bnygn situasi naqib mengendong lisa)





Perlahan-lahan Lisa meneliti tangga. Kaki yang masih samar-samar nak elok perlu dijaga sikit. Nanti nak berjalan susah.

“Aik Lisa kenapa turun? Kaki tu masih tak elok lagi tu” tegur Puan Noraini. Lengan Lisa dipegang kemas cuba menyokong langkah Lisa.
“Lisa bosan la mak cik duduk dalam bilik. Lagi pun kaki Lisa dah elok tu yang Lisa turun tu.”
“Tengok ni” Lisa berjalan kiri dan kanan cuba membuktikan kakinya sudah sembuh. Puan Noraini hanya mampu mengeleng. Degil sama macam papanya.
“Yelah mak cik pun tak boleh nak larang kamu, kalau kamu cakap dah okey. Mak cik harap macam tu la.” kepala Lisa di gosok. Mungkin kasihnya sudah semakin bercambah untuk gadis itu.
“Mak cik jangan risau. Lisa dah okey dah. Maaf la menyusahkan mak cik” bahu Puan Noraini di peluk. Semenjak dia duduk di Vila Merlin ni. Puan Noraini sekeluarga la tempat dia bermanja.
“Mak cik dah anggap Lisa macam anak mak cik dah. Lepas ni Lisa panggil je ibu bukan mak cik” pesan Puan Noraini.
Berkerut dahi Lisa.
“Boleh ke mak cik?” soalnya binggung.
“Boleh apa pulak tak boleh, Lisa kan sebahagian dari keluarga ibu” pipi Lisa ditarik. Anak itu memang manja.
“Baik la lepas ni Lisa panggil ibu” pipi Puan Noraini  dicium.
“Ibu” sebutnya perlahan. Dia tersengih.
“Macam best je bunyinya. Ibu ” sambung Lisa kembali. Puan Noraini hanya ketawa melihat gelagat Lisa.
“Kalau macam tu Lisa kena panggil pak cik, ayah.” Sampuk satu suara.
Kelihatan Encik Nawawi yang baru pulang dari kerja menyapa pandangan mereka. Dia mengambil temapt disebelah Puan Noraini.
“Boleh no hal punya. a..yah..” Lisa ketawa kecil. Keluarga itu seakan lengkap dengan kehadiran Lisa. Mereka berharap yang satu hari nanti Lisa menjadi sebahagian dari keluarga mereka dalam erti kata sebenar.



psstt...sedikit  dari aidan..
terima kasih sudi bce contengan aidan yg xseberapa ni....
maaf andai ada kekurangan. aidan bukan la sesempurna mana.^_^
,,aidan masih belajar lagi..  ^_^
p/s:semua gmbr yg aidan guna hsl dr google....  ^_^

5 ulasan:

Kk Zen berkata...

ahacks..rindu naik basikal..
aiseh naqib..siap berkendong lg hehe..lisa dgn naqib eh?

o-ReN berkata...

kk zen: tq sudi bce...
soalan tu tak leh nak jawap la..tp pasti dh taw jawapan dia an..^_^
p2 pun thz sudi meluangkan bace cite dari saya...^_^

KaryakuHatiku berkata...

wow!!..best...akhirnya...hahahahah...
kak aidan phm2 je la ek..huhu

Wan Ruzana berkata...

hehe suka2

o-ReN berkata...

karyahatiku:tq sudi bce...hehehe...heheh..akk phm32...^_^

wan ruzana: tq sudi bce cite yg tak seberapa...terima kasih.^_^