Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

19 Jun 2012

E-cerPen : Seindah Kenangan Kita ~part 2~



                       
     

“Lisa kenalkan ini anak pakcik yang sulung namanya, Siti Nabila dah kahwin pun. Yang hensem macam pakcik ni masih solo lagi. Pilih la mana yang berkenan mana tahu boleh kahwin dengan Lisa pulak lepas ni. Nafiz Umar dan Naqib Adam dan yang tak cukup umur ni Shahrul Nazri.” Satu persatu ahli keluarga Encik Nawawi diperkenalkan olehnya. Manakala Puan Noraini hanya mampu tersenyum melihat Lisa. Meja makan yang dipenuhi oleh seisi keluarga itu riuh rendah bercerita itu dan ini. Dia masih kekok dengan suasana itu. Kalau dirumah yang selalu ada dia, mama dan papa. Kalau bernasib baik abang dan kakaknya tu akan pulang bercuti dirumah mereka.

Nafiz dan Naqib tidak lepas dari memadang Lisa. Gelagat mereka turut diperhatikan oleh Puan Noraini. Kedatangan Lisa memeriahkan lagi seisi keluarga. Rancangan mereka berempat baru diperingat pertama.
“Lisa dah ada pakwe belum?” soal Siti Nabila apabila melihat Lisa hanya mendiam diri sambil menikmati makanan tengahari. Rupa-rupanya dia tertidur dekat pintu pagar dekat luar hampir sejam lebih. Patut  la badannya sakit-sakit kerana tidur beralaskan beg-begnya. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh terlelap dalam keadaan macam tu.
“Dah ada” jawap Lisa pendek.
Tersembur keluar air yang diminum oleh Naqib. Naqib menepuk dadanya berulang kali. Pedih. Manakala Nafiz yang sedang makan turut melakukan perbuatan yang sama. Tersedak mendengar jawapan dari Lisa.
“Angah, Achik makan tu biar elok sikit.” Tegur Puan Noraini. Encik Nawawi hanya tersenyum. Siti Nabila dan Sharul ketawa kecil melihat gelagat Nafiz dan Naqib.
Naqib dan Nafiz hanya mampu berdiam diri dan menambung makan. Keadaan dimeja menjadi sepi tiba-tiba.


       Lisa membaringkan badannya dikatil. Badan yang perlu berehat. Mindanya masih teringat kejadian di highway sewaktu dalam perjalanan ke sini.
“Lisa nak balik. Papa dan mama ingat Lisa ni budak kecik ke nak kena jaga bagai” luah Lisa kesal. Pemandu-pemandu yang melalui highway tertoleh-toleh melihat adegan itu.
“Bukan macam tu. Papa tak nak Lisa tinggal sorang-sorang dekat rumah. Bahaya.” Luah Tuan Hashim cuba menenangkan anaknya itu dari membuat sesuatu di luar dugaan.
“Mamanya” Tuan Hashim meminta kerjasama Puan hashimah. Hanya dia yang mampu handle perangai Lisa. Tiba-tiba wajah Puan Hashimah berubah riak. Air matanya turut mengalir.
“Lisa sayang, mama dan papa sayangkan kamu. Papa takut nanti Lisa diapa-apakan oleh orang jahat. Lisa dah la satu-satunya anak mama yang paling mama dan papa sayang. Lisa ikut ya cakap papa. Lagipun ini untuk kebaikkan Lisa jugak” tangis Puan Hashimah sambil memegang tangan anaknya itu.
“Tapi mama…” keluh Lisa.
“Lisa tak sayang mama ya…kalau macam tu tak pelah. Mama tak larang Lisa duduk rumah sorang” tambah Puan Hashimah lagi. Air muka Lisa berubah menjadi merah.
“Yelah-yelah Lisa ikut cakap mama” balas Lisa sambil menonong memasuki kereta. Puan Hashimah tersenyum. Kerjanya sudah selesai. Lama juga dia tidak mengunakan cara itu untuk memujuk  anaknya. Terasa dia semakin tua pulak. Tuan Hashim turut tersenyum. Lakonan isterinya mampu membuatkan Lisa akur.
Eh Lisa beg kamu ni macam mana” jerit Tuan Hashim apabila terpandang ke arah beg anaknya yang berlonggok dikakinya.
“Papa la yang masukkan balik. Siapa suruh papa bukak bonet kereta." Jawap Lisa selamba sambil menekan-nekan not-not yang terdapat ditelefon bimbitnya.
“Pandai-Pandai la awak. Kita dah lambat ni” Puan Hashiamh turut mengikut langkah Lisa. Meninggalkan Tuan Hashim disitu.

“Mama ni memang drama queen betul la. Kenapa la aku je yang cepat termakan lakonan mama” Lisa merenung siling yang berada dibilik yang dia diami sekarang.
Ketukan di pintu biliknya membuatkan Lisa kembali ke alam nyata.
“Boleh kakak masuk?” soal Siti Nabila sambil tersenum. Dibelakangnya kelihatan Shahrul yang tersengih-sengih.
“Masuk la kak lagi pun ini rumah akak saya hanya menumpang je”
“Jangan la cakap macam tu akak dah anggap Lisa ni sebahagian dari keluarga akak dah”
Lisa tersenyum. Dia senang dengan Siti Nabila.
“Kak Lisa tahu tak plan mak dan ayah akak Lisa?.” suara Sharul memecah kebisuan antara mereka.
“Rancangan apa?”
“Rancangan yang mereka nak pergi Belanda tu ke?” sambung Lisa kembali.
Siti Nabila tersentak. Melihat Sharul cuba untuk bersuara dia dengan pantas menekup mulut Sharul.
Eh tak pe la Lisa. Lisa rehat la dulu ya, akak keluar dulu” Siti Nabila menarik Shahrul mengikut jejaknya. Nanti tak pasal pulak Shahrul pecah rahsia. Hanya orang yang tertentu yang mengetahui rancangan mereka.
Ish Shah ni. Selamat tak bocor rahsia taw.” Marah Siti Nabila bila mereka sudah pun keluar dari bilik Lisa.
“La mana la Shah tahu. Ingat an kak Lisa tahu” bela Shahrul.
“Dah lepas ni jangan cerita pasal tu lagi”
Haip haip captain” Shahrul membuat tabik. Tanda bersiap sedia menerima arahan dari Siti Nabila.




maaf kalau ada silap..selamat membaca...^_^
terima kasih kerana sudi luangkan masa tok bace cite merepek ni...^_^
sekarang aidan tgh siap an cite yg tertangguh..
p/s: mood swing2....kemalasan melanda...>_<

10 ulasan:

Nurul Najihah berkata...

senyum ^_^ x perlu kata apa2..ahaks..

Nurul Najihah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
o-ReN berkata...

nurul: ^_^ snyum jgn tak senyum...

Kk Zen berkata...

apa yg lisa tak tahu tapi dia orang tahu?hehe..o-ren,tertunggu2 sambungan citer ni..(^_^)

o-ReN berkata...

kk zen: tq sudi bace...^_^
i/allah akan saya cuba bt sambungannya...^_^

KaryakuHatiku berkata...

WoW!!!!
best kak aidan...
suke2..hehehe...
<---akn mnuggu slot yg sterusnya..

o-ReN berkata...

karyakuhatiku: tq...^_^
kerana sudi bce cite yg xseberapa ni...

eyqa amin berkata...

ada sambungan x? gantunglaaa.....hee

o-ReN berkata...

eyqa amin: sambungan ada...dlm proses...^_^
tq sudi bace...

o-ReN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.