Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

12 Jun 2012

CerPen: Ratu Balqis









Buk!!!!!!!

“Ratu bangun matahari dah nak terbenam kamu tak bangun-bangun lagi...bangun...” jerit Mak Shima

Ratu mengosok-gosok punggungnya akibat jatuh dari katil sebentar tadi...

Gila betul boleh pulak dia masak dalam mimpi aku..Tak sampai sehari aku dekat kampung dia jugak  yang muncul. Kalau tak ada depan mata dalam mimpi pun dia muncul jugak. Ini yang buat aku fobia nak balik kampung ni.

Dengan langkah yang malas Ratu menuju ke dapur .Haus la pulak.

“Mak malam ni mak masak apa?”soal Ratu sebaik saja mengambil tempat di meja makan.

“Masak pasir ” hah kan dah kena.

Lebih baik diam dari kena sembur lagi.

“Assalamuaikum tuan rumah”suara tu. Gulp. Tetiba air liur yang ditelan seperti batu la pulak.

“Pergi tengok siapa yang datang tu ” arah Mak Shima. Ratu hanya kaku di kerusi. Tiada tanda-tanda nak bangun.

“Assalammualaikum tuan rumah....” suara tu la. Tak silap lagi.

“Mak, Ratu  nak terberak la. ”

Zapppp!! aik budak ni cepat nya hilang...

“Masuk la Amin. ” laung Mak Shima dari dapur. Dia dah boleh  agak siapa yang datang.

Ratu mengurut perlahan dadanya..alamak mimpi ngeri dah bala lak pulak..tapi kenapa...bukan dia dah menetap kat Sarawak ke? aik macam mana aku tahu? huhuhu. Adik si Amin tu Aminah kamcing dengan aku. Kitaorang selalu chat kat fb, facebook la.

                                                                                                                                                                                   
Amin melangkah masuk menuju ke dapur. Macam tak biasa pulak. Tangan Mak Shima disalam.

“Mak sihat? ” soal Amin.. Bila masa mak aku jadi mak dia...rungut Ratu... Dia merapatkan telinga ke pintu bilik air. Nak dengar apa yang diorang  umpatkan...huuhuhu

“Alhamdulilah sihat...bila sampai...?” Ish mak ni nak beramah mesra pulak. Halau la dia balik. Ish Ratu siapa yang ajar kau halau tetamu ni ye....? Ala dia tu tetamu yang tak diundang.. Hati Ratu berbicara...

“Pagi tadi. ” Aku tak kira aku nak balik Seremban..wawawa.. Buat penat je aku apply cuti seminggu.... Benciiiiiiiiiiiii.....!!!!!

“Malam ni makan la dekat rumah..” pelawa Mak Shima....

“Mak masak apa? ” soal Amin... Eh itu mak aku la bukan mak kau...

“Hari ni Ratu balik..baru smpai tengahari tadi...mak ada masak makanan kegemaran dia. Masak lemak cili padi ketam...” Ish mak ni kenapa bagi tahu dekat dia aku ada dekat rumah ni... Ini tak suka ni...


Heheheh... Itu tujuan sebenar aku datang sini. Mana Ratu hati aku ni?

“Eh kenapa tak nampak pun dia mak...?” soal Amin..

“Dia dalam tandas duk terberak”  balas Mak Shima tanpa berlapit... Ratu menepuk dahinya... Ayo mak ni...

Amin memandang kearah bilik air...

“Ratu Balqis awat lama sangat dalam jamban tu..sembelit ke?” laung Amin. Dia tersengih-sengih... Aduh dia dah mula dah. Sabar Ratu. Nafas ditarik berulang kali. Diam.

“Okey la mak dah petang sangat ni nanti malam Amin datang ye mak.. Kite makan sama-sama” ujar Amin kuat.. Biar orang dalam bilik air tu dengar. hahahaaha. I MISS U RATU BALQIS..

Tergopoh-gopoh Ratu keluar dari bilik air mendapatkan maknya..

“Awat mak ajak dia makan sekali malam ni. Ni yang tak suka ni....” rajuk Ratu..

“Ish kamu ni macam tak biasa pulak..” sebab terlebih biasa la orang tak nak.
“Ala malas la mak..Orang nak makan dengan family je” muncung Ratu.
“Dia tu pun family kita jugak”

“Bila masak pulak kita ada pertalian darah dengan dia ?” protes Ratu. Mintak simpang la.

“Family sekampung” Mak Shima dah sengih-sengih.. Dia berlalu malas nak melayan anaknya yang sorang ni.
Ish mak ni buat lawak la pulak. Ratu menghentak kakinya dilantai tanda protes.


“Hai Rat” sapa Amin.. Dia yang tengah leka makan buah mangga menoleh. Macam pernah ku dengar itu suara. Gulp.

“Hukhukhuk....”  Ratu menepuk dadanya. Tercekik!! Kelam-kabut Amin mendapatkan Ratu dan.

“Hoi..apa sentuh-sentuh orang ni ” marah Ratu apabila situasi kembali normal.
“Eleh kerek betul la minah ni aku tolong kau dari jumpa malaikat maut r....” cis bahasa tak berlapit.

“Hah kau datang sini nak apa” tanpa mukadimah Ratu  menyoal.
“Saja nk jumpa kuli aku” Dush!!! macam kene tumbuk pulak dah.
“Oi mulut...”

“Apa apa apa? Nak kiss ke?”

Sepantas kilat Ratu menutup mulut...

“Hahahaah.. Tahu takut....” kau tak pernah berubah Ratu ku....

“Pergi la balik semak je la kau ni” arah Ratu tangan dah mengibas tanda menghalau....

“Mak, Balqis halau Amin balik” jerit Amin kuat. Mak Shima yang sedang sidai kain menjenguk.

“La kenapa kamu halau si Amin tu” aik mak ni aku pulak yang dia marah ni siapa anak mak ni. Amin dah pun mengangkat keningnya....


Benci Benci..Ratu dah pun melangkah masuk kedalam rumah. Panas hati dengan Al-Amin Lufti dan mak kesayangan siapa lagi kalau bukan Mak Shima....



“Weh tikus hang mai sini kejap” laung Amin sebaik saja melihat kelibat Ratu  melintas di hadapan kelas nya. Dengan langkah yang malas Ratu berjalan ke arah Amin...

“Nak apa ?” tanyanya malas....Dia nak cepat pulang ke rumah.

“Ambik ni” Amin menhulurkan fail berwarna biru kepda Ratu...

“Apa ni?”

“Fail la lembab”

“Aku taw la asal lak kau bagi aku ni” soalnya geram. Aku tahu la tu fail tapi apa kena-mengena dengan aku pulak..

“Aku nak kau kemas kini buku rekod persatuan”

“Kenapa pulak aku? Aku bukan setiausaha” protes Ratu. Skop kerja yang tiada kaitan dengan nya.
“Aku pengerusi kelab suka hati aku la nak suruh siap yang buat”balas Amin angkuh.
“Aku malas”

Amin melangkah menghampiri Ratu.
“Baik kau buat kalau kau nak selamat” ugut Amin.
“Aku benci kau” ujar Ratu. Dia melangkah geram dengan fail ditangan. Amin tersenyum..



“Apa mak!! mak biar betul tak nak la Ratu” marah Ratu tak pasal-pasal suruh kawin.
“Bagi mak dua sebab kenapa kamu  tak nak?” balas Mak Shima...Dia bukan suruh Ratu terjun dalam api pun hanya suruh dia kahwin je..

“10 sebab Balqis boleh bagi dekat mak”

“Apa sebabnya?”gesa Mak Shima

“Pertama,Qis tak kenal orang nye. Ke-2 Qis tak puas enjoy lagi, ke-3 Qis ..”

“Alasan tidak di terima keputusan mati tiada talian hayat” potong Mak Shima.

“Orang tak nak la..titik.!!!!” bantah Ratu keras..

“Okey..kalau Balqis tak nak. Putus hubungan ibu dan anak”serius Mak Shima bersuara.

“Apa ni mak, ugut-ugut macam tu pulak. Ugut pasal benda lain okey gak....”rungut Ratu...

“Ayah,mak paksa orang kawin!!” jerit Ratu dari biliknya.... Mengharap pertolongan ayahnya...

“Okey la tu. Cepat sikit ayah dapat cucu” laung Pak Leman dari ruang tamu.
“Apa ni? ni dikira pakatan tak bertauliah ni” rungut Ratu.
“Okey mak anggap jawapan kamu , yes” ujar Mak Shima sambil berlalu.
“Ini tidak adil” jerit Ratu.

                                        

                  
       Tepat pukul 3 petang dengan selamatnya dia menjadi isteri kepada Al-Amin Lufti. Terkejut beruk la dia kejap sebab manusia yang paling dibenci menjadi suaminya. Mak pun satu tak nak langsung bagi tahu hal yang sebenar. Tak sempat nak buat apa-apa. Dia pun tak paham kenapa la mak  suka betul dekat Amin tu.. Entah apa ilmu yang si Amin tu pakai sampai mak dan ayah terima macam tu je.

“Siap la kau malam ni...” masih terdengar ugutan Amin ditelinganya semasa majlis membatalkan air sembanyang.
Mundar-mandir Ratu berjalan dalam biliknya. Ini tak boleh jadi ni. Dia ingat senang nak buli aku macam dulu.

       Tapp!!.....mata Ratu memandag tepat kearah tingkap. Peluang hanya datang sekali. Baju dalam almari dicapai lalu di masukkan ke dalam beg...hahahahah..... Padan muka kau....

       Dengan hati-hati ruang tingkap dipanjat. Sebelum tu Ratu sempat memandang kiri dan kanan, Takut ada yang nampak.
Apabila keadaan kelihatan sedikit reda dia bangkit dari jatuh melompat dari tingkap sebentar tadi.

       Ratu jalan berjengkit takut ada orang dengar. Maklum la dah malam-malam cam gini.
“RATU BALQIS” jerit satu suara tapi tak terlalu kuat.
Gulppppp!!!.... bala oh bala....  Siapa pulak la yang memangil aku ni. Perlahan-lahan Ratu menoleh.

       Pup..!! dia jatuh terduduk. Tak mampu nak terima kenyataan bahawa “makhluk” itu ada didepan nya. Oit Ratu makluk tu laki kau la. Woi penulis diam la  tulis je la kacau aku nak berlakon betul la.

       “Mana kau nak lari hah” sinis suara itu. Dia berjalan menghampiri Ratu yang dah cantik landing dekat atas tanah.
“Jangan dekat” protes Ratu.

Senyuman ala-ala devil terukir dibibir Amin.

“Aaaaaa”  dengan sekelip mata tubuh Ratu dah pun terapung.

“Lepas la.....” Ratu meronta-ronta.

“Betul ni?”duga Amin.

“Betul la. Orang ada kaki la nak jalan”

Bukkkk!!!

       Masuk ni dah kali kedua Ratu jatuh terduduk.
“Oi main kasar ke?” Ratu mengosok pinggulnya. Sakit ya rabbi.

“La tadi cakap suruh lepaskan. So aku lepaskan la.....” ujar Amin tanpa belas.

“Ish...benci betul la” Ratu mengigit bibirnya. Kalau masak air dekat kepala dia gerenti dah kering dek terlampau geram dan marah.

Amin didepannya dah macam kuman dah. Sikit lagi dia nak basuh Amin dengan dettol biar mati segala kuman..
Ratu cuba bngun tapi gagal. Sakit sangat. Air mata nyris nak jatuh tak pernah dia kena buli seteruk ni dengan Amin. Amin betul-betul dah melampau.

       Melihat Ratu seolah-olah menahan sakit Amin menghampiri Ratu.
“Jangan datang dekat” amaran keras dari Ratu. Suaranya dah serak.

Amin mencempung tubuh Ratu.

I’m sorry”  bisik Amin. Dia tahu kali ni dia terlampau kasar.

Ratu dah pun teresak-esak. Dia biarkan Amin menendongnya dah tiada tenaga sebab terlalu marahkan Amin.


        “Kenapa ni?” Mak Shima dah pun tercegat didepan pintu rumah.
“Ada orang tu nak jadi spiderwoman, lepas tu silap landing” seloroh Amin.

Ratu masih diam. Hanya tangisan yang keluar dari mulutnya.

“Dah la. Pergi masuk” arah Mak Shima dia menggeleng dengan sikap Ratu.

Semoga percaturan yang dia buat tidak akan pernah silap..

       
       Dengan perlahan Amin meletakkan Ratu diatas katil. Amin menghulurkan sekeping coklat bar kearahnya. Buntang mata Ratu memandang coklat itu. Tangisannya semakin surut. Terus Ratu menyambar coklat itu dengan pantas coklat itu masuk kedalam mulutnya.
       Amin ketawa kecil. Sikap Ratu yang satu itu amat dirinduinya. Ya dia akui dia suka membuli Ratu sejak dari sekolah sehingga Ratu berpindah sekolah selepas PMR. Sejak hari itu hubungan dia dan Ratu terputus. Dia tahu Ratu membawa dia sebab tak tahan dengan dia.

       Tapi dia amat berterima kasih kepada Amirah kerana sudi menjadi mata dan telinga nya untuk mengetahuai perkembangan Ratu. Tak lupa jugak kepada Mak Shima dan Pak Leman yang kini sah menjadi mentuanya yang banyak membantunya.

       Selepas Ratu pindah sekaulah dia ada berjumpa dengan Mak Shima untuk memohon maaf dan turut meluahkan apa yang terpendam di hatinya.
Dan sejak hari itu dia dah “cop” Ratu Balqis dengan izin kedua ibu bapanya.


       “Nak lagi?” soal Amin.

Ratu menyapu air mata yang masih bersisa di pipinya.
“Awak nak apa sebenarnya dari saya. Tak puas ke awak sakitkan hati saya dari dulu hingga sekarang. Apa awak nak.? Apa dosa saya dekat awak..cakap..cakap......” rintih Ratu. Sakit hatinya melihat Amin hanya tersenyum melihatnya.

“Betul nak taw dosa apa  Ratu dekat abang” lembut Amin bersuara.

Abang?yewwwww.....jangan ingat kau buat suara mengoda aku tergoda...no way!!!tapi...tapi..tapi...kenapa macam tergoda je. Ah lantak la.....Ratu hanya mengangguk..

Firstly, abang betul-betul mintak maaf...Ratu maafkan abang ya..”pujuk Amin. Walau macam mana pun dia tetap bersalah. Atas semua tingkah lakunya dulu. Cara dia untuk merebut tempat dihati Ratu agak teruk. Itu memang dia tak nafikan.


       Ratu hanya mampu mendiamkan diri. Ingat senang ke nak maafkan mamat ni. Kau ingat kau bagi aku coklat ni aku cair. Almost, cair la gak...huhuhuhu...
“Ratu maafkan abang tak ?”soal Amin..Menanti kemaafan dari penghuni di hatinya itu.
“Apa yang aku dapat kalau aku maafkan kau?” eh wah Ratu main tarik tali nampak. hehehehhe. Ala bukan selaluan. Bicara hati kecil Ratu...

“Ratu dapat abang”Amin mengenyitkan matanya kepada Ratu.
“Wekkkk” tindakakn reflek..

“Tak nak la ni”Amin merapatkan badannya kearah Ratu yang duduk di birai katil...

“Jangan datang dekat”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak bagi la”

“Kenapa tak bagi lak”

Ratu mengaru dahinya yang tak gatal..sebab tak bagi ya. Mmmm sebab apa ya?.
“Sebab tak bagi la” marah Ratu. Dia main-mainkan aku pulak. Serentak dengan itu Amin ketawa.
“Weh asal ni ketawa sorang-sorang gila ke?” soal Ratu hairan orang tengah serius leh lak dia ketawa. Serius ke?

“Kerana itu la Ratu Balqis menjadi Ratu hati Al-Amin Lufti” luah Amin.
“Dah..dah...tak payah nak main pusing-pusing..cakap je la.. lagi satu saya tak nak la duduk dekat hati kau. Cepat keluarkan nama saya dalam hati kau tu.” protes Ratu

                                  
       Ratu menghentak kuat kakinya dilantai. Eeee kenapa la dia jadi laki aku. Ni la masalahnya kalau jadi orang lawa. Ada je dugaan. Huhuhu.

Dia membetulkan weading dress ditubuhnya. Hari ini akan berlangsung majlis persandingnya. Dia sendiri hairan macam mana la semua ini dirancang dengan teliti nak lari  memang tak sempat dah.


        Ish cantik jugak aku ni. Ratu membelek baju yang dipakainya sesekali dia buat gaya comel. Maklum la pertama kali pakai gaun macam ni. Alangkah gembiranya kalau hari ni aku kawin dengan raja idaman aku. Baru sesuai Ratu dan Raja. Tapi apakan daya. Dia mengeluh.

“Tak baik mengeluh” tegur satu suara. Nak melompat Ratu akibat terkejut punya  pasal. Selamat tak sempat lagi kalau sempat memang dah rabak gaun ni dikerjakan oleh Ratu.

Amin memegang kedua bahu Ratu. Dia memandang ke arah cermin yang berada dihadapannya. Kelihtan pantulan image keduanya. Ratu yang anggun memakai gaun dan Amin yang segak memakai texudo.

“Sayang nampak cantik”  bisik Amin ditelinga Ratu.

“Euwwww...sayang??” ejek Ratu. Benci betul  mendengarnya.

“Aik malam tadi tak sempat buat apa-apa dah ada tanda ke?”  Amin tersengih gatal.

Ratu yang mendengar kata-kata Amin menahan malu. Serius muka dia dah merah.

“Alooo..dia malu la” sakat Amin. Ratu menyiku perut Amin geram betul dengan manusia sorang ni. Bunyi Amin mengaduh tidak diendahkan. Dia berlalu. Namun langkahnya mati apabila Amin memeluknya dari belakang. Meronta-ronta Ratu dibuatnya.


            “Dalam bercinta kadang-kadang kita salah buat percaturan. Saya tak romantik macam hero kesayangan awak Kim Jeong Hoon, saya jugak tak sepandai Awal Ashari dalam membuat surpise melamar awak. Tapi saya ikhlas cintakan awak sejak saya mengenal erti kasih sayang ni. Cinta saya banyak capiknya awak. Tapi saya janji saya akan cintakan awak untuk seumur hidup saya. Cintakan awak satu anugerah tak ternilai dalam hidup saya, Ratu Balqis” Amin sudah pun melutut dihadapan Ratu Balqis. Tangan kanan Ratu dipegang erat.

“Ratu Balqis sudikah awak menjadi isteri saya yang akan mencintai saya dan sayangkan saya seperti mana saya sayangkan awak?” Ratu terpaku. Terkejut dengan lamaran Amin tiba-tiba.

“Ratu?” Amin memecah lamaran Ratu.

Ratu melutut dan menjadikan ketinggian mereka hampir sama.

Satu kucupan dihadiahkan kepada Amin. Amin terkedu dengan tindakan Ratu.

“Serius saya cakap ni la ayat yang paling sweet saya pernah dengar dari mulut awak dan of course la saya terima, lagipun awak kan suami saya sekarang.”  Ratu tersenyum manis sebelum memeluk tubuh Amin.

“Dah jom kita naik pelamin. Nanti kalau lambat bising pulak tetamu.” Pelukan dileraikan Ratu. Dia menarik tangan Amin. Amin masih keliru dengan keadaan sekarang. Dia hanya menurut. Akhirnya satu senyuman terukir dibibir Amin.

“Ratu, saya cintakan awak” luah Amin seketika.

“Saya tahu tu” Ratu mengenyit mata ke arah Amin.


   ~~~~~~~The End~~~~~~~~~~~~




Terima kasih kerana sudi baca nukilan yang tak seberapa ni..
Hope enjoy..
tahkz to haziqah nass coz banyak bantu utk siapkan cerpen ni yang sudah dekat bertahun t'perap dalam lappy..^_^
maaf jika ada kurang dalam cite kali ni..
contengan ikhlas dari saya..^_^
kalau ada kurang jgn segan2 bg taw...n_n
P/s: novel n cerpen mana menjadi pilihan...^_~

16 ulasan:

KaryakuHatiku berkata...

cik oren..cerpen ny mang tiptop..
ziqa suke mmbce nye..
smpai tersnyum2...=D..
ape2pun wc...hehehe..
<3 <3 <3

o-ReN berkata...

hehehe...
tq ziqah...
berkat pertolongan ziqah jugak...`
^_^

aryna sayuthi berkata...

haha.. swett tapi kn ad perkatan salah eja mcm sekolah tu..
ok la dari akk nie.. idea tak kembng mcm belon... huhu

o-ReN berkata...

tq kak..
take note yg tu...hihihi..
xp kak, nnt kita tiup idea akak sampai kembang mcm belon..hihihi
aja2 figthing sis...^_^

Kk Zen berkata...

gelak memanjang baca cerpen ni..
kadang2 yg dbenci tu yg melekat huhu..
best o-ren..teruskan hehe..

anis farzana berkata...

adess... dh x ckup lebar mulut nak senyum nie... huhu... best la o-ren.. :D

jwpn utk soalan tu... suka cerpen! :)

yad'z berkata...

wah.. nice.. suka hubby dia tu, kuat mengusik.. hehee...

well done! =)

Nurul Najihah berkata...

oren...so sweet sour...he3.. sy suka...adeh...sya terlepas tuk jadi 1st pengomen...he3...apapun..bes!

o-ReN berkata...

kk zen: betul uh kdg2 y xsuka tu la melekat..tq sudi luang kan masa baca...^_^

anis: terima kasih jugak sudi baca...oren xpandai bt novel..heheh..^_^

yad'z: thaz sudi baca yadz, maaf la jika ada kurang..^_^

nurul najihah: thakz nurul sudi baca cite oren..xp2 nnt lepas ni nurul jadi 1st komen cite aidan..hehhehe...^_^
*mcm la cite oren ni best an huhuhu...~ngeee~*

nzlyna'im berkata...

ala ala...sweet ye...

o-ReN berkata...

nzlyna'im: tq sudi bace..^_^

Nas berkata...

wah daku ketinggalan..*bajet diri pnting ja*..hihi..best,best,best! senyum plus tergelak ja bca..alh typo skit2 tu biasa la kdg2 terlepas pndg bukan..as long as readers faham okay la..heee..good luck my dear:)

o-ReN berkata...

nas: penting2..sapa ckp xpenting...hihihi
tq sudi bce....^_^

sukasukimylife berkata...

Bestnye jalan cerita ni!haha.the humour was excellent!
Jemput visit blog saya ye!
http://thesukasukiofmylife.blogspot.com/?m=1

Syed Salim Alattas berkata...

Best citer dia .. buat lg cerpen yg best2 mcm ni lg ye nnti 😉

Tanpa Nama berkata...

Best citer ni.. nnti buat citer yg best2 lg ye 😉