Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

9 Jun 2012

CerPen : Cinta Dewa Dewi



Bodoh!! Jerit hati Rafika…
Buku kuliah dihempas atas meja. Bunyi  kaca pecah membuatkan dia berpaling. Dia menghampiri meja tersebut. Melihat satu cebisan nota membuatkan dia lantas mengahampiri. Kertas itu diambil tanpa sedar dia telah terkena sepihan kaca tersebut. Tapi hairan luka itu seperti tiada apa yang perlu disakiti jika dibandingkan dengan luka yang dialaminya sekarang.
Tanpa perasaan kertas itu dibuang ke dalam tong sampah.

“Fika” jeritan dari Afiq langsung tidak dihiraukan.
Bahunya disentuh. Dia berpaling. Tercungap-cunggap Afiq didepannya.
“Asal laju sangat kau jalan ni?” soalnya. Rafika hanya menjungkit bahu.
“Jom makan” ajak Afiq. Dia diam tidak berkutik.
Afiq terkejut sebaik sahaja melihat wajah Rafika didepannya. Panahan matanya gelap, kelam seperti tiada cahaya. Tidak seperti sebelum ini. Mata yang pernuh dengan cahaya kegembiraan.
Dia cuba mengusir perasaan tersebut.
“Jom la” Afiq menarik tangan Rafika untuk mengekorinya. Apabila tiada tanda yang Rafika akan mengikutnya.

“Fika kau okey?” Lana mengambil tempat disebelah Rafika. Dia perasaan sejak beberpa hari ini Rafika lain. Lain sesangat.
“Okey” sepatah. Okey memang lain. Dulu bila dia tanya satu soalan jawapannya seperti satu karangan SPM. Tapi sekarang berpuluh-puluh soalan hanya satu yang dijawap. Itu kira okey kalau tak langsung tak bersuara.
“Kalau kau ada masalah jangan segan-segan bagi tahu aku. Aku sentiasa ada disisi kau” hanya itu yang mampu dikatakan oleh Lana.
“Okey” perkataan yang sama berulang. Rafika menahan rasa. Dia terus menjatuhkan kepalanya diatas riba Lana. Rumah sewa mereka sunyi. Hanya bunyi kipas disiling yang kedengaran.
“Aku sayang kau Fika. Kau la tempat aku kongsi sedih dan gembira” kata-kata Lana membuatkan air matanya deras mengalir.
‘Terima kasih Lana’ detik hati Rafika. Tiada kata yang mampu diucapkan.

“Mulai sekarang kita dah tak ada hubungan” putus Afiq. Rafika hanya menganguk.
“Awak ni kenapa Fika, sejak kebelakang ni awak pelik sangat” Afiq mengoncang tubuh Rafika.
‘Saya dah mati Afiq. Awak dah bunuh saya. Awak dah bunuh hati saya’ jerit hatinya. Tubuhnya yang digoncang oleh Afiq dibiarkan.tiada kudrat. Dia sudah letih. Perlahan-lahan tangannya menepis tangan Afiq. Afiq tersentak dengan tindakan Rafika.
“Bye” perlahan perkataan itu keluar dari mulut Rafika. Afiq tersentak.melihat Rafika yang sudah pun berpaling darinya membuatkan hatinya sakit. Sudah la perangai Rafika dingin. Malah apa setiap kata-katanya dibalas dingin hanya dengan satu patah perkataan.
“Kalau awak pergi pertunangan kita putus.!!!” Jerit Afiq. Mendengar kata-kata  itu Rafika berhenti melangkah. Afiq yang ,melihat tersenyum. Dia tahu Rafika akan berpaling. Kerana dia tahu gadis itu sayangkan hubungan ini.
‘Sudah lama dia nantikan perkataan itu. Sejak sebulan yang lalu’ dia memejam mata.
‘Aku dambakan perkataan itu sejak dulu lagi. Sejak hati ini digores dengan perbuatan kau’ dia mengeluh sebelum meneruskan langkah kakinya.
“Bye” perlahan sahaja suara itu kedengaran tidak.
Afiq yang melihat Rafika kembali mengatur langkah terkejut.
“Perempuan ni memang cari nahas betul la” Afiq mengeluarkan  telefon bimbitnya. Dia menunggu sahutan dari seberang sana.
“Ma, orang nak putus tunang dengan Rafika…mama uruskan je..Afiq dah malas nak hadap perempuan tu lagi dah” dia menamatkan panggilan tersebut. Satu senyuman mengayut dibibirnya.

“Papa tak faham. Apa yang Fika dah buat sampaikan Afiq mintak putus tunang ni” amukkan papa dipandang sepi. Papa tak akan mengerti apa yang berlaku. Andai diluahkan mungkin  papa tidak akan mengerti.
“Mama tengok sejak Fika balik ni perangai Fika pelik. Apa yang berlaku sayang cuba cerita dekat mama” Datin Hafiza cuba memujuk. Dia perlu dengar sendiri dari mulut anak gadisnya itu. Kenapa perlu putus tunang sudah hampir dua tahun perhubungan ini diikat.
“Jawap Fika bila mama tanya” tempik Dato Razali. Baran dengan sikap Rafika.
“Papa, jika pertunangan ini bukan diputuskan oleh dia. Rafika sendiri akan putuskan” terkejut Dato Razali mendengar kata-kata Rafika.
“Fika baik kamu naik bilik sekarang” Dato Razali mengawal marah. Geram dengan sikap anaknya itu. Seperti cuba memancing marahnya.
Rafika bangun dari duduknya. Mama disebelah dipandang sebelum mengucup pipi tua itu. Dia menghampiri papanya. Melihat papnya yang berpaling darinya membuatkan dia semakin galak menghampiri. Pipi papanya dicium sama seperti yang dilakukan kepada mamanya.
“Mungkin ini ciuman terakhir dari Fika” ucap Rafika.


Rafika mengemas kertas-kertas yang berteraburan dimeja. Dokumen itu disusun kedalam satu fail.
“Fika” sapa satu suara. Tangan yang lincah menusun kertas terhenti. Dia mendongak sebelum kembali menatap kertas itu kembali.
“Boleh buatkan air untuk saya?” pinta Dewa.
Rafika berlalu ke pantry. Sudah menjadi tugasnya sebagai tea lady merangap tukang sapu di syarikat HD sejak setahun yang lalu.
“Macam biasa” laung Dewa dari luar. Kerja yang tergendala tadi disambung. Gadis itu sudah tak seperti setahun yang lalu. Berputar 360 darjah kitaran hidup gadis itu. Mula-mula dia terkejut juga melihat Rafika pemegang sijil Diploma Pengurusan memohon jawatan sebagai tae lady disyarikat miliknya. Jauh beza kelayakan yang diperolehi sekarang dengan sijil yang ada. Mug putih disuakan dihadapannya. Terkejut Dewa. Perlahan-lahan dia mencapai sebelum duduk di salah satu kerusi yang berada di meja yang digunakan oleh Rafika.
“Kenapa kopi ni tak pahit ya?” soal Dewa. Dia memandang ke arah Rafika.
Rafika terkejut. Apa maksud dia tak pahit. Sebelum ni tak ada complain pun. Elok je mamat ni telan air yang aku buat.
“Agak-agak mana lebih pahit. Kopi tanpa gula atau kenangan awak?” soal Dewa. Sebelum bangkit dan berlalu memasuki biliknya.
Rafika terkedu.

“Tiada istilah cinta lagi dalam diri ini Lana. Melutut la dia berulang kali, hati aku dah tertutup untuk satu cinta” tegas Rafika. Dia dah penat untuk menjawap semua persoalan dalam soal cinta.
“Tapi Fika bukan semua cinta itu satu penyeksaan” tidak putus-putus Lana memberi nasihat. Dia tahu perkara yang dialamli oleh Rafika satu kesakitan.
“Entah la Lana hati  aku dah kosong. Keputusan terbaik adalah tanam rasa cinta itu.”
“Bukan semua lelaki macam Afiq, Fika. Kau berhak untuk bahagia” perubahan yang menyakitkan bila Rafika menjadi beku.
“Kebahagian satu kesakitan.” Tegasnya.
“Salah Fika. Kebahagain satu kegembiraan.” Rafika menoleh apabila mendengar satu suara yang menyampuk. Kelihatan kerusi di sebelahnya diambil oleh Dewa.
Apa dia buat dekat sini. Matanya mememandang sekeliling. Banyak lagi tempat yang kosong di MCD itu kenapa tempat dia dah Lana menjadi pilihan.
“Tak salahkan kalau I join you lagipun dah lama tak jumpa you, Lana” sapa Dewa. Lana disebelah dipandang.  Cuba mencapai persetujaan dari gadis itu.
“Nope. Tak salah pun lagi pun bosan jugak asyik makan mengadap muka si Fika ni” selorah Lana. Rafika di depan memandang tajam wajahnya.
You buat apa dekat sini?” soal Lana. Kelihatan lelaki itu segak memakai kemeje biru laut.
“Singgah breakfast”
“Breakfast?? Sekarang ni dah lunch la”
“Well, hari ni saya punya tukang masak off date. So, lambat makan” Dewa memandang Rafika disebelahnya. Rafika mencebik. Sibuk je.
“Korang ada apa-apa ke?” Lana memandang ke arah Dewa dan Rafika silih berganti.
“Tak ada kena mengena langsung” putus Rafika. Kalau tak gangu aku tak boleh ke?
“Wow... dah lama tak dengar awak cakap panjang macam tu sekali” ada teruja dihujung suara Dewa.
“Perli apa?” sinis Rafika.
Ish.. mana ada ikhlas saya cakap. Saya rindu nak dengar suara awak taw” Dewa tersenyum.
Yap Fika aku dah lama rindu senyuman kau.
“Dah la malas nak layan kau, Lana aku nk balik dulu. Kau layan dia” Rafika lantas mencapai handbag dan berlalu. Serius dia benci benda situasi itu.
“Kenapa dengan Fika?” soal Dewa sebaik sahaja melihat kelibat Rafika berlalu, Lana hanya mampu menjungkit bahu. Dia tiada  jawapan untuk soalan itu.
“Banyak benda yang dia lalui dah tanggung sorang-sorang” Lana mengeluh.
“Kesan dari bedebah tu kuat sangat sampai hati dia hancur dan beku macam tu sekali.” Perlahan Dewa bersuara.
Terkejut Lana mendengar kata-kata Dewa walaupun perlahan tapi dia dapat dengar dengan jelas.
“Kau tahu apa yang berlaku?” soal Lana. Selama setahun dia mencari jawaan atas perubahan Rafika. Namun tiada jawapan. Mama dan papa Rafika sendiri buntu akan perubahan Rafika. Dia yang berada disisi Rafika pun tidak tahu inikan lelaki itu yang tiada kena mengena dan tidak rapat dengan mereka.
Dewa mengangguk.

Langkah Rafika terhenti bila melihat bayangan Afiq di sebalik dinding. Dia tertinjau-tinjau. Cuba memastikan matanya tidak silap dalam meneliti. Afiq dengan Syalina sedang bercumbuan disebalik dinding Falkuti Binaan. Dai menarik nafas. Mata dipejam erat. Sebelum celik sekali lagi. Kali ini ruang matanya ditemani dengan air jernih yang keluar dari tubir mata.
Lantas dia mengeluhkan telefon bimbit miliknya.
“Helo” perlahan suara Rafika.
“Afiq ada dekat mana ni?” soal Rafika . dihujung sana jelas kelihatan Afiq sedang menjawap panggilanya sambil bermesra dengan Syalina.
Library. Tengah buat kertas kerja untuk final sem ni. Kenapa?” semakin lebat tangisan Rafika mendengar sahutan Afiq.
“Fika ingat nak ajak Afiq makan?”
“Tak boleh la Fika. Kerja Afiq ni penting. Lain kali la Afiq teman Fika okey?”
“Okey”
“Love you Fika” panggilan telefon ditamatkan.
“Siapa tu baby” soal Syalina. Afiq mengusap perlahan bahu Syalina.
“Oh siapa lagi, tunang I yang bodoh tu la” Afiq ketawa kecil.
“Bukan you cintakan dia ke?”
I cintakan dia??. Huh please la. kalau tak kerana mama and papa yang sukakan dia belum tentu I nak tunang dengan dia” jawapan dari Afiq membuatkan jantung Rafika seperti meletup. Dadanya disentuh. Terasa ada yang menarik jantungnya keluar dengan kuat. Dia berlari meninggalkan pasangan yang berada didepan matanya.
‘Afiq sayangkan Fika’
‘Fika, I love you’
“Fika semua tentang Fika Afiq suka’
‘Tak sabar Afiq nak jadikan Fika yang halal untuk Afiq’
Satu-persatu ungkapan yang pernah lahir dari mulut Afiq bergema dibenaknya.
Dia menutup telinga tak mampu nak mendengar kata-kata dusta tersebut.
Bukk!!
Rafika terjatuh apabila merasakan ada sesuatu yang melanggarnya.
Air mata tidak putus-putus keluar. Dia terduduk.
“Fika” sapa satu suara.
Belum pun sempat dia mendongak. Dia bagaikan beru tersedar. Sepantas kilat dia bangun dan berlalu.
Dewa yang melihat Rafika menangis terkejut. Tidak pernah dia melihat Rafika menangis semenjak dia kenal gadis itu. Dewa memandang kearah falkulti binaan dari jauh kelihatan Afiq dan Syalina yang baru keluar dari bangunan itu. Dia mengeluh.


Rafika memandang tepat kearah Dewa. Perasan marah membuak-buak dihatinya.
“Apa masalah kau hah?” jerit Rafika. Dewa didepannya seperti menunggu masa nak kena pancung lagaknya.
“Saya nak Fika keluar dari semua bayangan silam dulu” lembut Dewa bersuara. Nadanya seolah-olah memujuk.
“Apa hak kau nak suruh aku. Aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku” dia benci. Benci dengan sesiapa yang masuk campur halnya dan cuba nak mengungkit kisah yang menyakitkan.
“Siapa cakap saya tak kenal Fika. Fika je yang tak pernah nak Nampak kewujudan saya” sayu suara itu. Rafiak tersentak.
“Sudah la malas aku nak layan aku. Mulai hari ini aku berhenti kerja” amuk Rafika . Dia melangkah menghampiri pintu pejabat Dewa untuk keluar. Belum pun sempat tombol itu dicapai. Dewa sudah berada dihadapan pintu menghadang Rafika dari keluar.
“Tepi la aku nak keluar” marah Rafika.dia menolak tubuh Dewa. Tapi apakan daya dia hanya seorang perempuan. Tak mampu nak menandingi tenaga seorang lelaki.
Tangan Rafika digengam Dewa. Dewa menarik Rafika ke sofa yang terdapat di dalam pejabatnya. Meronta-ronta Rafika untuk dilepaskan.
“Kau dah gila ke?” tengking Rafika
“Ya. Saya dah gila. Gilakan awak. Gila kerana cintakan awak. Gila kerana dah bagi awak masuk dalam hati saya . Gila sebab saya masih tunggu selama 4 tahun walaupun awak dah bertunang waktu tu. Saya gila kerana masih menanti awak selama ini” jerit Dewa. Rafika tersentak. Tubuhnya terasa seram sejuk. Dia jatuh terduduk dilantai. Gengaman tangan Dewa dirasakan semakin longgar.
Dewa duduk melutut dihadapan. Wajah Rafika didepannya itu diangkat.
“Fika pandang mata saya” arah Dewa.
“Dalam seumur hidup saya tak pernah lagi saya segila ni kerana seorang wanita. Dah wanita yang jadikan saya segila ni adalah awak Fika, awak. Awak la wanita pertama dan insyallah yang terakhir yang akan bertapa dihati saya. Lupakan Afiq, Fika. Dia bukan untuk awak” pujuk Dewa. Serentak dengan itu bunyi tangisan bergema.
Terkejut Dewa mendengar tangisan Rafika ‘Selamat la sekarang ni waktu rehat kalau tak kecoh la’ desis Dewa.
“Hati saya sakit. Sakit bila cinta yang saya bagi dipermainkan macam tu je. Sakit bila orang yang saya cintai dah rosakan cinta saya” luahnya. Selama setahun dia cuba pendamkan akhirnya terluah jugak.
“Saya dah penat menjadi seorang yang beku. Menjadi seorang yang pendendam. Penat sangat”
Air mata Rafika yang mengalir laju dipipi disekat oleh Dewa. Sayu melihat cinta hatinya menjadi dingin dengan kenangan pahit.
“Shyy. Jangan nangis lagi. Mulai sekarang saya tak akan benarkan hari awak disakiti lagi. Sakit hati awak hati saya jugak sakit.” Pujuk Dewa.


“Awak serius ni?” soal Dewa musykil. Melihat Rafika yang tersenyum membuatkan dia takut.
“Betul ni?” sekali lagi dia menyoal. Rafika menggangguk.
“Bahaya la awak” dia risau jika berlaku sesuatu pada cinta hatinya ini.
“Awak saya nak selesaikan  apa yang tak diselesaikan dulu. Awak sokong saya ya” pinta Rafika. Dewa mengeluh.
“Baik la kalau itu kata awak, saya tunggu awak dekat sini ya” Rafika mengganguk.

“Hai Afiq” sapa Rafika. Afiq yang sedang leka menikmati hidangan tengahhari di uptown café menoleh. Terkejut melihat Rafika dihadapannya bersama senyuman manis.
“Seorang je?” soal Rafika .dia mengambil tempat dihadapan.
“Yap sorang je. Siapa la saya untuk berteman” seloroh Afiq.
Terkejut dia melihat Rafika dihadapannya itu. Dia kelihatan semakin cantik. Tidak seperti kali terakhir dia berjumpa dengan wanita itu suram seperti mayat hidup.
You semakin cantik Fika” puji Afiq. Rafika yang mendengar hanya tersenyum manis.
“Yap. berkat pertolongan you jugak” sinis Rafika.
“Maksud you?”
“Yalah. Dulu I ni macam mayat hidup. Bulat-bulat kena tipu dengan you. Cintakan I konon tapi curang belakang I” dalam perli Rafika masih tersenyum . Dia tekad kenangan lalu akan dihapuskan.
Afiq tersentak.
Erkkk..apa maksud you?” muka dia sudah pucat.
I tak kesah bila papa dan mama you serang I konon-konon I yang timbulkan masalah masa kita putus tunang. I jugak tak kesah bila papa I bencikan I kerana anggap anak dia ni sudah conteng arang dekat muka dia. Semua perhinaan dan cacian I terima. Tapi I paling benci dan tak dapat nak terima bila orang mainkan cinta I” Rafika bangun, air minuman milik Afiq dicapai dan disimpah tepat mengena wajah Afiq.
“Mulai sekarang tiada lagi nama Afiq dalam hidup I. I benci you” jerit Rafika puas. Mata-mata yang memandang diabaikan. Dia puas kerana dapat meluahkan semuanya hari ini. Dia berlalu meninggalkan Afiq yang terpinga-pinga. Satu senyuman terukir dibibirnya. Kenangan dulu dah terhapus.


“Puas?” soal Dewa.
Yes, puas sesangat” dia tersenyum girang.
“Jom kita pilih baju sanding kita”  jari jemari Rafika digengam erat. Dia tak akan biarkan cinta yang satu ini terlepas dan terluka. Detik waktu ini akan aku abadikan untuk mu Rafika Dewi . Cinta ini adalah untuk mu. Kenangan lalu akan ku usir dari mimpi mu. Itu janjinya. Janji Dewa Izwan kepada Rafika Dewi. Cinta kita cinta dewa dewi kerana nama kita hampir sama. Mereka tersenyum.

pstt: cerpen yang lari dari tema aidan..
hohoho..
hope korang sudi baca...cebisan contengan kala sunyi. cite ni mungkin tak best sangat. huhuhu... tapi sudi2 kan la bace...
opss lupa kalau ada yg kurang jgn lupa bagi taw ya...
maaf kalau ada kurang dalam hasil kali ini..^_^
peace no war..
P/s: nama watak ni wujud...

4 ulasan:

yad'z berkata...

amboi.. terus pilih baju sanding.. hehe.. padan muka afiq.. main2 dengan kita kaum hawa ni kan.. hehee..// gud job yunk.. keepidap.. ^^

o-ReN berkata...

tq..yad'z sudi baca nukilan yag tak seberapa ni....
kdg uh kaum hawa ni suka berdiam diri bils dibuli..hehehe
^_^

Nas berkata...

jhat betul si afiq ni..rasa nk tumbuk2 guna lesung batu..hahaha..rafika dewi..heee..dewa dewi serius nice story:DD

o-ReN berkata...

nas: awat pakai lesung batu pakai hammer agi gempak..
pe2 pun tq sudi bace..^_^