Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

15 Mei 2012

Queen Heart ~end~



     IU terkejut melihat keadaan Mestoni. Kelilingnya sudah pun berlaku banyak kemusnahan. Ramai yang terkorban. Keadaan Mestoni yang gelap gelita menambahkan keraguaannya. Hanya ada api-api kecil akibat peperangan.
     “Ultras” IU menyeru sesuatu. Muncul satu cahaya biru dari rantainya dan membentuk lembing.
Dia melompat ke atas lembing tersebut.
“Dark World” lembing tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan perang tersebut.
Penderitaan kaum ku akan tamat.
@@@@
     Hanya abu-abu kecil terdapat di sekitar Dark World. Dia perlu mencari Duke. Pertolongan roh lelaki tersebut amat la diperlukan.
IU berjalan perlahan menyusuri Dark World. Dia kuatir yang dia akan terlepas pandang. Langkah kakinya semakin perlahan. Dia dapat merasakan kehadiran Duke.
“Duke!!!” jerit IU. Lembing ditangan di gengamam erat. Takut ada musuh yang tak diingini datang.
“Duke” berulang kali dia menyeru nama itu. Ish mana pulak makluk di Dark World ni. aku pasti Duke ada. Aku dapat rasakan kehadirannya. Duke tolong la muncul.
IU terkejut apabila muncul satu roh yang semakin menghilang didepannya. Hanya kepala sahaja yang ada.
“Duke..?? kau ke? Apa yang terjadi?” soal IU bertalu-talu.
“Mestoni dalam bahaya. Ean mengamuk sebab kau dah ‘mati’. Sekarang dia dalam tawanan Dark Witch. Kau perlu cepat IU kunci kebebasan mestoni adalah kau dan Ean. Cahaya Foilete dan Pertify perlu bergabung dengan Cahaya Ochranca iaitu pelindung. Ingat IU kekuatannya adalah hati…” sebaik sahaja habis berkata-kata roh Duke hilang.
     Ean pemegang cahaya Ochranca. Patut la Dark Witch berusaha hapuskan Ean. Waris Dark Witch dan pelindung Mestoni kekuatan itu cukup mengentarkan kegelapan.  IU tersenyum. Bila mimpi menjadi azam reality pasti muncul.
@@@@@@
     IU melangkah masuk istana Dark Witch. Kelihatan Ean yang sudah tergantung ditengah-tengah ruang legar tempat teratak  Dark Witch.
                IU melontar lembing kearah tali yang mengikat Ean. Ean terjatuh. Dark Witch yang berada disitu tersentak.
“Masa untuk berhadapan dengan aku Dark Wicth” lantang IU bersuara.
“Kau masih hidup lagi budak kecik?”
“Well, kau tak tahu ke aku ni healer . setakat sumpahan kau tu  tak bagi makna apa-apa kat aku.macam luka kecil je” angkuh IU. Dia sudah pun berjalan menghampiri Ean. Kepala Ean dipangku.
“Jangan cakap besar la, Ochranca sendiri tewas ditangan aku. Say sayonara dekat kekasih hati kau” Dark Witch ketawa besar. IU tersenyum sinis.
“Just watch” IU meletakan tangannya didada Ean. Mata dipejam erat. Dia menyalurkan cahaya healer ditubuh Ean. 
'Ean bertahan. ' bisiknya Istana Dark Witch diterangi cahaya putih.
‘cahaya apa ni kenapa silau sangat ni?’ Dark Witch terpaksa menutup sebahagian dari matanya akibat cahaya yang dikeluarkan oleh IU. Dark Witch melancarkan serangan menghalang IU memulihkan Ean. Dia kaget. Sedikit pun tak memberi kesan seperti ada yang melindunginya.
     IU tersenyum melihat Ean membuka mata.
“Maaf saya lambat” ucapnya. Ean terkejut melihat IU dihadapannya..
“IU”
“First time kau sebut nama aku Ean” IU tersenyum.
“Jom kita ada benda yang perlu diuruskan” IU berpaling melihat Dark Witch.
@@@@@@@@@
     IU memandang tajam kearah Dark Witch. Dark Witch menyeru sesuatu. Muncul satu bola cahaya ditangan Dark Witch.
“Aku tak takut dengan kau dengan adanya cahaya kegelapan. Cahaya kau pasti tak dapat atasi kegelapan.” Dark Witch ketawa.
“Kau lupa sesuatu Dark Witch” IU tersenyum apabila melihat Dark Witch sudah pun berkerut dahi.
“Kau tak tahu apa-apa pun. Kau hanya pendatang baru dalam dunia kami” lantang Dark Witch.
“Aku anak King Albert. Queen Mestoni. Pemilik Cahaya Pertify.” Serentak dengan itu IU melancarkan serangan kearah Dark Witch. Dark witch jatuh tersungkur.
Ean yang hanya melihat terkejut. Anak King Albert? Queen Mestoni?. Patut la dia boleh melawan semua sumpahan yang terdapat ditubuhnya.
     Hebat. Itu yang mampu Ean ungkapkan saat itu apabila melihat Dark Witch jatuh tersungkur hanya dengan sekali serangan.
“Memang tak dinafikan kau hebat” Dark Witch bangkit. Bebola kaca miliknya dipecahkan sebelum satu lembaga hitam muncul. Raksasa kegelapan.
IU dan Ean tersentak apabila melihat Dark Witch menyedut roh raksasa kegelapan tersebut.
Bunyi ketawa Dark Witch yang kuat membuatkan mereka kaget.
Melihat wajah Dark Witch bertukar skeleton menambahkan kejutan buat IU dan Ean.
“Roh kematian” nama itu meniti dibibir Ean.
“Roh kematian? Apa pulak ni?” soal IU binggung.
“Sabit yang terdapat pada Roh kematian mampu menyabut nyawa sesiapa sahaja hanya dengan sekali libat. Kita pasti tewas IU. Tak ada sesiapa yang boleh lawan roh kematian” terang Ean
“hahahahahaahaha….betul tu. Tiada siapa yang boleh selamat bila berdepan dengan roh kematian” girang Dark Witch.
     IU berpaling. Melihat anggukkan Ean membawa maksud semuanya adalah benar.
“Aku tak takut. Setakat kau benda paling mudah untuk aku uruskan.” IU cuba berlagak selamba walaupun dalam hatinya sudahpun terbit sedikit perasaan takut.
IU tersentak apabila melihat Dark witch sudah pun berada dibelakang nya
“IU!!!!!” jerit Ean.
IU melompat tinggi mengelak dari Dark Witch.
“Kau cukup pantas tapi tak sepantas aku” Dark Witch menendang IU dari belakang. IU jatuh tersungkur.
Ean melancarkan menyerang dark Witch tapi semua serangan Ean ditapis mudah oleh Dark Witch.
IU terbatuk. Darah yang keluar dikesat. Dia pantas. Susah untuk dia mengesan kedudukan Dark witch apabila ia sudah bertukar bentuk.
Ultras diseru.
“Baik kau menyerah je Ean. Kau memang tak akan mampu tewaskan aku” Dark witch mencengkam kuat muka Ean.
“t..ak…a…kan…”balas Ean tersekat-sekat. Melawan kesakitan yang berlegar ditubuhnya.
“Ean!!!!” jerit IU. Dia pantas berlari kearah Ean dan menyerang Dark Witch. Namun hanya sikit sahaja yang mengena Dark Witch .
@@@@@@@
     Ean dan IU sudah pun kepenatan.
“Baik kau keluar.” Jerit Dark Witch. Ean dan IU yang sedang bersembunyi disalah satu timbungan batu-bata hanya mampu mengeluarkan nafas yang tersekat. Mereka cedera teruk.
“Susah kita nak tewakan dia” bisik Ean
“Aku tak akan menyerah Ean. Cukup la keluarga aku dan rakyat Mestoni terkorban dari perbuatan bangsat ni. Aku akan tewaskan dia walau nyawa aku dipertaruhkan” tekad IU.
Ean memegang erat tangan IU. Genggaman tangan semakin dieratkan.
“Aku sayangkan kau, aku tak sanggup tengok kau cedera. Aku tak pasti bila perasaan ini hadir. Tapi aku tak pernah bermain dengan apa yang aku katakan.” Luka dibibir IU dilap. IU terkedu. Saat-saat genting macam ni dia boleh pulak meluahkan perasaan tak kena pada tempatnya la Ean. IU tersenyum.
Kata-kata Duke berlegar-legar di mindanya.
‘kunci kebebasan Mestoni adalah kau dan Ean. Cahaya Foilete dan Pertify  perlu bergabung dengan Cahaya Ochranca iaitu pelindung. Ingat IU kekuatannya adalah hati’
“Ean aku akan alihkan perhatian Dark. Sebaik sahaja Dark  lega aku nak kau lancarkan Orhranca kearah Dark Witch. Ingat Ean kali ini penentu semua ni. Gunakan semua tenaga kau” arah IU
“Tapi terlalu bahaya” protes Ean
“Ean kau cintakan aku?” soal IU. Melihat anggukan Ean membuatkan IU senyum sampai ke telinga.
“So percaya pada aku. Ingat Ean hati kau perlu bergabung dengan orhranca” sebaik sahaja habis berkata-kata IU lantas kelaur dari tempat persembunyiannya.
@@@@@
     IU terbaring lemah. Pandangan nya kabur. Melihat Ean yang sedang bertungkus lumus melancarkan cahaya orchranca menbuatkan dia gagah bangkit. Cahaya orhranca tak mampu melawan semua kegelapan, dengan sisa tenaga yang masih ada IU mengeluarkan cahaya Foilete. Tepat mengenakan Dark witch. Ean berpaling apabila melihat satu cahaya terang yang bergabung dengan orhrancanya.
     Dark Witch yang sedang berlawan dengan Ean tersentak apabila terdapat satu cahata terang memanahnya.
“Arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!” Dark Witch menjerit kuat. Kuasa itu terlalu kuat dan melemahkannya. Perlahan-lahan menukarkan Dark Witch menjadi abu.
IU tersenyum puas sebelum jatuh menyembah bumi Mestoni.
@@@@@
“Ketibaan King Mestoni yang ke- 10” pengumunan tersebut telah menyebabkan semua rakyat Mestoni tunduk hormat.
Ean berjalan menghampiri tempat pertabalan. Diiringi oleh semua pelindung Mestoni.
Tahta yang terdapat di balang kaca dikeluarkan sebelum meletak kemas dikepala Ean.
“Dengan ini diumumkan secara rasmi kerajaan Mestoni milik King Ean”
Dari jauh Ean mencari kelibat seseorang. Anak matanya terpaku apabila terpandang sepasang mata bundar.
@@@@@
IU menunduk hormat dihadapan Ean.
“King of Mestoni” ucap IU
Ean mencuit hidung IU.
“Queen my heart” ucapnya sebelum menarik IU kedalam pelukannya nya.
“Love you more than yesterday” bisik Ean tepat ditelinga IU. IU tersenyum kini Mestoni sudah kembali seperti asal. Cahaya membanjiri setiap sudut Mestoni. Dark Witch sudah pun Berjaya dihapuskan. Siapa sangka penghuni Dark world suatu ketika dulu adalah pelindung  Mestoni, semuanya sudah menjadi seperti sedia kala. Menjalanani hidup dengan damai.
-The end-

selepas diselongkar nota lama akhirnya jumpa jugak ending cite ni. maaf la kalau ada yang kurang. episod lepas banyak betul salah ejaan so aidan dah betulkan sikit..maaf la...
apa-apa pun aidan mintak maaf banyak-banyak.
maaf la kalau ada yang kurang.
aidan tak pandai sangat dalam merangka cerita.
semua ni hanya hiburan semata-mata. 
ending ni mugkin tak best sangat.
tapi ini yang termampu.
selamat membaca dan kalau tak keberatan tegur la kalu ada yang salah.
^_^
Terima kasih kerana sudi  bace contengan aidan yang teruk ni....
p/s: tq yang sudi komen cite sebelum ni. sayang korang..^_^
     *terharu kerana ada jugak yang sudi tegur*

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Leh smbg lgi x...?
Rse cam cpt sgt abis....
Apepun,teruskn b'karya....

o-ReN berkata...

sambung???
mmm xberani nak janji..:)
sye tak pandai buat cite pjg2....
masih belajar bt cite pjg lagi....
pe pun terima kasih sudi bace...
^_^

arilman0224 berkata...

best...best cte ni...wat ag r cte cam ni..kali ni lebih dramatik sikit...boring gak asyk bc kisah cinta...

o-ReN berkata...

arilman0224: tq sudi bace...i/allah akan diusahakan..^_^

Nas berkata...

wah best best ! sweetnya IU tlg slamatkan Ean.. ~virus potion harry~ haha.. oren bleh tlis crita fantasi yg lain plak..all the best :DD

o-ReN berkata...

nas: tq2...
segan pulak bila nas kena bce cite yg bnyk capiknya ini....:)