Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

10 Mei 2012

Pari-pari cintamu



“Aku pari-pari cinta mu, katakan la hajat mu kerana kau pasti akan tunaikan”
Suhada yang sedang menulis dairi tersentak. Suara apa tu? Aduh malam-malam macam ni jangan la ada benda-benda yang  mengarut ni.
Tertoleh-toleh Suhada kekiri dan kanan.
“Aku pari-pari cinta mu” sekali lagi suara itu bergema. Berlari Suhada naik atas katil. Yassin di tepi ketil dicapai. Serta merta surah kursi bergema didalam bilik tidur nya.
Bunyi hilai tawa menaikkan bulu romanya sekali lagi.
“Oit Sue”jerit satu suara serentak dengan itu satu bantal kecil mencium mukanya.
“Adeh” dia terdorong ke belakang akibat tolakan bantal yang kuat dan tak sedia dengan balingan tersebut.
“Hantu jembalang nyah kau dari sini”jerit Suhada sambil mengguatkan lagi bacaan ayat kursinya..
“Adik ,kenapa bising ni?”terkial-kial Syamil mendapatkan Suhada yang sedang elok landing atas katil sambil membaca kuat ayat kursi.
“Along diam, Sue nak halau hantu dalam bilik Sue ni..”marah Sue sambil mengulang bacaannya.
Syamil mengaru kepala. Serentak dengan itu dia  melihat sesuatu di balkoni bilik Suhada. Pintu gelongsur ditolak. Terkejut dia melihat Yazid sedang bergolek-golek dilantai balkoni sambil memegang perut. Rasa-rasanya dia dah boleh agak apa yang berlaku.
“Zid kau buat apa dekat adik aku sampai macam orang kena sampuk.”
“Hahahaahahah”makin kuat Yazid ketawa. Tak ada sikit pun tanda dia akan berhenti tawa. Dia melihat Suhada yang masih leka membaca ayat kursi.
“Lawak gila adik kau, dah lama tak kacau dia” Yazid melangkah masuk kearah bilik Suhada dia bersandar di almari bilik Suhada.
“Assalamuaikum cik ribut” sapa nya. Dia menahan tawa. Wajah Suhada yang masih gelabah membuatkan dia tak dapat menahan tawa. Akhirnya satu ketawa yang kuat bergema.
Mendongak Suhada apabila mendengar suara yang asing dari bilik nya.
Hantu dah muncul kan diri ke? Detik nya.
Pap!!macam kena penampar dirasakan..Yazid Fahmi!!! Oh no dia dah datang..Cepat-cepat Suhada menyorok bawah selimut.
Syamil yang melihat mengeleng kepala. Macam mana pulak mamat ni naik dekat bilik adik aku. Dia menghampiri balkoni.
Sah memang tak ada kerja ni. Sanggup panjat tangga semata-mata nak ‘bergurau’. Tak kena tempat la bro. Dia mengelengkan kepala. Entah kenapa la dia ni suka betul sakat Suhada. Tahu la adik aku adik dia jugak tapi masalahnya adik aku ni tak boleh kau nak anggap adik kau jugak.
Langkah di atur menghampiri Yazid yang masih galak ketawa.
“Setahu aku pintu masuk dekat bawak bukan dekat sini” perli nya. Dia melihat Suhada yang sudah pun berselubung dibawah selimut.
“Aku nampak kereta Sue, aku tak boleh la nak kawal diri. Bila hobi depan mata boleh ke kau nak berdiam diri?” bela Yazid. Bukan selalu dia boleh jumpa dengan Suhada. Sebulan sekali pun belum tentu boleh jumpa.
“Dah jom pergi bawah, nanti tak pasal-pasal adik aku trauma dengan kau”
Yazid mengikut langkah Syamil sebelum keluar dari bilik Suhada sempat lagi dia mengoyang katil Suhada..
@@@@@
Tak guna punya abang Zid berani kau kenakan aku ye. Bebel Suhada . Dia masih belum keluar dari selimut. Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia menyorok bawah mungkin tindakan automatic kot.
Bantal diambil sebelum di baling kearah pintu bilik.  Dia bangkit dari katil. Buku dairi diatas meja diambil sebelum menyorokkannya dibawah bantal.
“Abang Yazid jahat”jerit Suhada dalam bilik sebelum mengempas pintu bilik.
@@@@

“Kau kenapa datang rumah aku malam-malam buta ni, macam tak ada esok pulak”Syamil menghulurkan secawan kopi kepada Yazid. Tetamu tetap tetamu..
“Aku nak tumpang tidur rumah kau satu malam boleh?”pinta Yazid mengharap.
Semua ni salah mama la tak pasal-pasal ajak si tipah tu tidur rumah kenapa? Bukan dia tak tahu si Tipah tu gatal ya amat tak sedar agaknya dia dan Tipah tu sepupu sendiri. Mentang-mentang la dia jadi salah satu calon menantu mama. Mama pun satu tak berkembang keluarga kalau nak suruh kawin dengn sepupu sendiri.
“Rumah kau kenapa?”
“Ala si Tipah tu menyibuk dekat rumah aku malam ni. Mama pun satu yang dia pergi galakkan kenapa. Kau tahukan aku tak suka dengan dia tu.” Luah Yazid. Dia berharap sangat si Syamil ni mengerti masalah nya.
Syamil mengeluh.
“Aku bukan tak nak bagi tapi minggu ni Suhada duduk rumah aku la”
“Okey apa. Nanti aku ada member.”
“Masalahnya adik aku tu bukan muhrim kau”
“Tu la kau aku nak kawin dengan adik kau, kau jual mahal. Tak pasal-pasal kau dah melepas dapat adik ipar yang hensem.” Yazid mendabik dada. Bukan sekali dua dia cakap pada Syamil yang dia nak ambik Suhada jadi isterinya. Tapi Syamil ni entah apa yang dirisau.
“Itu lagi aku takut, nanti gila kau sampai adik aku yang kau terkam. Dia tu la satu-satu nya adik yang aku ada.”akhirnya terluah jugak apa yang terbuku dihatinya.
“Abang Yazid jahat” bunyi jeritan Suhada membuatkan mereka tersentak
“Hah tu satu lagi, dah tahu suka buat cara suka ni kau pergi buli dia kenapa. Bertambah benci pulak budak tu dekat kau”meledak tawa Yazid. Ada sesuatu yang menarik minat nya untuk tidak berpaling kearah gadis lain selain Suhada fazira.
“Dia comelkan”  Syamil hanya mengeleng.
@@@@
Suhada menarik kerusi di meja makan. Aroma nasi lemak betul-betul menarikkan selera nya.
Tepat pilihannya untuk duduk dekat rumah abang Syamil seminggu.
Air milo dituang ke dalam glass.
Miloyan ditambah gula dan susu kaw gila. Dia tersenyum.
“Selamat pagi my prinsess amacam sedap tak milo tu? Khas untuk cik ribut kita ni” sapa satu suara.
Tersembur air yang Suhada minum. Mamat ni tidur dekat sini ke. Ini yang malas ni. Dia memandang Yazid dari atas hingga bawah. Memakai t-shirt dan seluar track dan apron.
“Bila masa pulak along ada orang gaji ni?” sinis Suhada. Kelakar pun ada jugak nampak jambu la abang Yazid pakai apron. You look so cute. Heheheh.
“Amboi bisanya mulut” Yazid menarik kerusi dihadapan Suhada.
“Dengan abang Yazid mana boleh berlembut.” Bela nya. Nak buat baik dengan ni susah jugak. Itu pun belum tentu dia nak buat baik dengan orang.
“Abang Mil mana?” soal Suhada. Dari tadi dia tak nampak kelibat along nya.
matanya jatuh kearah Yazid. Melihat Yazid tersenyum membuatkan dia takut. Perlahan-lahan Yazid mendekatkan badannya.
“Abang Mil tak ada abang Yazid ada” Yazid tersenyum. Suhada yang melihat senyuman Yazid sudah gelabah. Seram.
“Abang Yazid buat apa? Buat semak je?” Suhada cuba berlagak selamba.
“Tak ada siapa yang akan kacau kita berdua hari ni..huhuhu” Yazid ketawa seram. Suhada dah menelan air liur. Wajah Yazid sudah semakin hampir dengan nya. Berpeluh-peluh dahi Suhada melihat Yazid.
Seketika kedengaran kuat bunyi ketawa Yazid.
“Sue mandi hujan ke? Mencurah-curah air keluar” perlinya. Suka betul dia mengenakan Suhada.
“Abang Yazid ni memang la” Suhada menarik muncung. Suka betul buli aku..
“Dah jom makan, Syamil ada dekat atas kejap lagi dia turun” Yazid menghulurkan nasi lemak kepada Suhada dengan sisa tawa yabg masih ada.
Suhada memandang nasi lemak tersebut. Lama.
“Abang tak letak julap kan?”soalnya selepas puas membelek nasi tersebut.
“Asal nak ke?” pantas Suhada mengeleng laju kepala. Mati aku kalau dia betul-betul letak.
@@@@@@@
Suhada menghentak keras  kaki nya  tanda protes.
“Abang Zid duduk sini, Suhada nak jumpa kawan. Ingat duduk sini jangan nak masuk campur lepas habis nanti Suhada janji akan teman abang pergi jalan-jalan. Ingat jangan masuk campur.” Pesan Suhada berulang kali. Yazid ni bukan boleh percaya sangat. Nanti tak pasal-pasal tengah syok-syok bincang dia duduk sebelah. Melihat wajah Yazid yang mengangguk membuatkan Suhada menarik nafas lega.
Suhada mengambil tempat tidak jauh dari Yazid. Kek tiramisu menjadi pilihan sambil menunggu seseorang. Sesekali dia memandang kearah Yazid yang sedang leka menjamu selera di secret recipe. dia dia menunjukkan isyarat senyap kepada Yazid.
Yazid memandang Suhada dari jauh. Dia ketawa kecil. Kelakar dengan tingkah Suhada. Apa dia ingat aku ni adik dia ke? Tak apalah Sue aku pun teringin nak tengok dengan siapa kau nak jumpa. Beriya-iya datang johor seminggu. Berubah air muka Yazid apabila melihat seorang lelaki mengambil tempat dihadapan Suhada.
Pakwe dia ke kawan dia? Persoalan itu bermain dibenaknya.
 Air yang dipesan diminum rakus. Sakit hatinya melihat merpati sejoli didepannya. Sampai tergelak-gelak bagai..
Pap..Dia terkejut apabila melihat Suhada sudah pun menampar pipi lelaki tersebut.
@@@
“Kau gila ke?” marah Wafi. Muka Suhada sudah merah menyala.
“Selurus-lurus aku pun aku tak buat benda terkutuk tu la”
Bushh!!! Sekali lagi segelas air mendarat dimuka wafi. Wafi memandang tajam muka Suhada sebelum menaikkan tangan nya. Suhada sudah pun menutup mata. Dia tahu dia tak akan dapat nak mengelak.
Terkejut dia apabila membuka mata kelihatan Yazid sudah pun menahan tangan Wafi. Kelihatan wajah bengis Yazid.
“Tak macho la pukul perempuan. Kalau tak puas hati buat macam ni” sebaik sahaja habis berkata-kata Yazid menyimpah air kosong kearah muka Suhada . Tergamang Suhada.
“Puas hati?? Dah jom balik” Yazid menarik Suhada mengikutinya. Dengan keadaan yang masih blur Suhada menurut.
Apa kene ni? Apa yang terjadi? Pasal apa aku pun kena sekali? Ish confius-confius. Suhada bermain dengan cuping telinga nya. Habit bila dia confius.
“Siapa dia tu?” langkah Yazid terhenti. Dia memandang tajam kearah Suhada. Menanti dengan sabar jawapan dari mulut mungkil itu.

@@@@@@
“Adalah tak nak bagi tahu abang Zid” malas dia nak beritahu hal sebenarnya kepada Yazid tak pasal-pasal nanti meleret-leret pulak cerita. Dia ni bukan boleh percaya sangat.
“Baik Sue bagi tahu abang. Kalau tak abang bagi tahu along yang Sue cari gaduh dengan orang”ugut Yazid. Hatinya tak tenang selagi belum tahu apa yang berlaku. Masakan buah hati pengarang jantungnya itu berani memukul orang.
“Beritahu la tak takut.” Suhada menjelirkan lidahnya kepada Yazid.
Sorry Encik Yazid biarla ia menjadi rahsia saya. Rahsia pari-pari cintamu.
@@@@@
Yazid duduk tersandar di sofa. Bosan. Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya.
Screen television dipandang sepi. Hitam.
Suhada dah awal-awal keluar. Kalau tak boleh la dia mengisi masa lapang dengan menyakat Suhada. Susah kalau hati dah terpikat. Dia sendiri hairan kenapa la susah untuk menahan diri dari mengacau Suhada . Ada tarikan yang membuatkan dia tidak betah duduk diam. Teringat dia peristiwa semalam. Sedang leka dia membasuh kereta Honda CRV nya tiba-tiba melihat Suhada keluar dari rumah untuk membuang sampah sebaik sahaja Suhada lalu depannya terus dia mengambil getah paip dan menyimbah Suhada.
“Abang” jerit Suhada bengang. Habis basah baju nya. Bunyi tawa yang kuat dari Yazid menambahkan geram nya. Lantas dia mengambil baldi yang berisi buih sabun. Perlahan-lahan dia menghampiri Yazid yang sedang leka gelak tak ingat dunia.
Fuffffff!!!!
Giliran Suhada ketawa. Kuat. Lebih kuat lagi dari Yazid sebelum berlari masuk kedalam rumah.
“Padan muka. Ingat abang je ke boleh buat macam tu Sue pun boleh jugak.”jerit Suhada dari dalam rumah.
@@@
“Woi asal kau senyum sorang-sorang ni? Nak cakap tengah tengok television tak pulak elok je tv tu off” sapa Syamil. Dia menekan butang on pada remote. Serta merta screen television yang malap itu bertukar menjadi warna-warni.
“Kau sampai bila nak duduk rumah aku ni?” belum pun sempat Yazid menjawap pertanyaan yang pertama dirinya dihujani dengan soalan yang lain
“Kau nak halau aku ke?” ada nada rajuk dihujung suara itu.
“Lebih kurang la”
“Sampai hati kau, kawan tengah bermasalah bukan nak tolong”
“Aku tak kesah sebenarnya tapi kau faham je la. Rumah aku ni ada perempuan tak manis la. Lagi-lagi korang ni bukan muhrim. Aku tak nak la ada fitnah yang terbang nanti” Syamil melahirkan kebimbangan nya.
“Aku tahu. Lagipun aku kesian dekat kau yang dah 3 hari tak kerja. Tak keluar rumah bila aku dan Sue ada dekat rumah. Terharu aku dengan pengorbanan kau. Kau la sahabat sejati aku” lantas Yazid memeluk tubuh Syamil. Lagaknya seperti sudah lama tak jumpa. Erat.
“Weh. Gila ke?” marah Syamil dia menolak keras tubuh Yazid. Ish kawan aku sorang ni perangai macam budak-budak.
Yazid mengeluh perlahan.
“Kau kenapa?” Syamil hairan melihat perubahan Yazid yang tiba-tiba.
“Mil aku serius nak ambik Sue jadi isteri aku” luah Yazid
“Aku sayang gila dekat dia. Kau tak tahu Mil, aku setiap hujung minggu mesti turun Shah Alam skodeng Sue. Dapat tengok dari jauh pun jadi la. Nak tegur takut nanti dia buat-buat tak kenal aku pulak. Dia tu bukan boleh jangka. Kalau aku kawin dengan Sue tak adalah  mama aku bising nak menantu. Aku rela berbujang la dari kawin dengan Tipah tu.” Syamil tersenyum.
“Aku tahu tu. Aku dah syak bila aku terserempak dengan kau dekat shah alam bulan lepas. Ada meeting la katanya.   Buat-buat terserempak konon. Menyampah kau” Syamil ketawa. Yazid sudah pun tersengih. Malu bila aktiviti mingguannya  bocor.
“Kau kalu betul serius nak dekat adik aku kau cakap la dekat dia. Aku on je” Syamil menepuk bahu Yazid. Bersinar mata Yazid mendengar kata-kata Syamil.
“Kau serius?”
“Serius la. Asal kau tak suka ke?”
“Eh tak-tak aku tanya je. Mesti la aku nak. Dah lama aku mengidam nak buat adik kau tu jadi bini aku” Yazid ketawa gatal.
“Kau jangan nak fikir bukan-bukan pulak” marah Yazid.
“Ish mana ada la. Tapi kenapa baru sekarang kau bagi. Dulu aku mintak kau tak bagi?” Yazid melahirkan keraguan nya.
“Kau agak-agak la weh dulu adik aku tu masih sekolah lagi la. Kau agak-agak la nak ajak dia nikah. Dia nak jugak merasa kebebasan hidup alam kampus. Sekarang ni dia dah habis belajar boleh la aku bagi izin.” Yazid mengaru kepala ye tak ye jugakkan. Tak sangka aku gatal jugak eh. Budak baru 17 tahun aku dah ajak nikah kalau aku pun aku tak bagi. Sekarang ni dah umur 24 tahun boleh la ajak nikah. Heheheh
“Weh aku tak sabar la nak kawin dengan Sue. Malam ni jugak aku nak suh mak aku masuk minang.”
“Adeh” Yazid mengosok kepala nya. Sengal. Akibat dari ketukan Syamil.
“Sebelum tu kau tanya la Sue dulu. Nanti tak pasal-pasal dia tolak kau jugak yang malu. Aku memang la setuju kalau dah dia tak nak aku tak boleh buat apa dah.”nasihat Syamil. Soal jodoh adiknya dia lebih suka kalau Suhada sendiri yang tetap kan dia hanya mampu menyokong mana yang patut je. Sebab hidup Suhada hanya Suhada sahaja yang boleh tentukan.
@@@@@
Yazid melangkah masuk bilik Suhada. Dia baring diatas katil Suhada.
Ah tak sabarnya nak peluk Suhada bila dia dah sah jadi milik aku. Yazid ketawa kecil.
Tak sangka sampai macam tu sekali aura Suhada.
Tangannya terpegang sesuatu dibawah bantal.
“Pari-pari cinta la”ujarnya teruja. Pari-pari cinta tu adalah dairi milik Suhada. Nama khas dairinya. Terpampang besar nama itu dimuka hadapan.
Dulu dia ada jugak nak curi baca tapi sempat dirampas balik oleh Suhada. Itu sebab dia tahu nama dairi milik Suhada. Berdebar-debar Yazid dia sudah pun duduk menegak. Kiri dan kanan di toleh bagi memastikan tiada siapa tika itu.
Helaian pertama dibuka.
‘Selamat datang ke pari-pari cintaku’ Yazid tersenyum.
@@@@@@
Suhada menghempaskan beg nya diatas meja. Sempat lagi abang Yazid bulinya sebelum pulang. Elok la tu. Buat semak je dekat rumah ni. Asyik nak buli orang je. Entah apalah dosa aku dekat dia ni. Suhada mengeluh sebelum mengukir senyuman.
Yes…..!!!! jerit hatinya kuat. Dengan pantas radio dipasang kuat sebelum berjoget-joget diatas katil.
Sebelum dia jatuh terduduk. Pingul digosok. Suhada terkejut apabila melihat benda yang menyebabkan dia jatuh terduduk.
“Pari-pari ku!!!!” jerit Suhada. Ingatkan apa benda lah yang dia pijak keras sangat bila bila berpaling terus dia terjatuh.
Dairi dipeluk erat-erat.
“Maafkan saya pari-pari. Mesti awak sakit kan. Saya pun sakit jugak.”dairi tersebut dicium-cium bertalu. Sekeping gambar terjatuh dalam buku tersebut.
Suhada tersenyum melihat potret tersebut.
“Pari-pari sampaikan isi hati cinta ku ada empunya badan ni” terkekeh-kekeh Suhada ketawa. Kelakar dengan perangainya kali ini. Dah macam orang tak betul dah.
Gambar tersebut disimpan kembali kedalam buku.
Jap… ada sesuatu yang pelik. Terbuntang mata Suhada melihat contengan dibelakang gambar miliknya…
“Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Suhada.
@@@@@
“Cik ribut yang kelam kabut., Awak dah kantoi dengan saya. Pari-pari cinta awak dah sampaikan salam cintanya pada saya. Dan saya menyambutnya. Saya ingatkan saya bertepuk sebelah tangan. Rupanya ada yang menyambut. Jumpa awak nikah nanti.. Peace no war”
The end.
Jemput la bace coretan yang agak bercelaru ini..

The end.
Jemput la bace coretan yang agak bercelaru ini..
Macam biasa la.
Kalu ada yang tak puas hati sila la beritahu…J




7 ulasan:

ZiErWa zAiNaL berkata...

haha.. kntoi.. sweet..

o-ReN berkata...

thz sudi bace..:)

nzlyna'im berkata...

kantoii
awat xbuat sampai kawin k
hahaha
terbaikkk

nzlyna'im berkata...

terbaik la
smbg la lagi
sampai kawin k
apa yang ada dalal dairi 2

o-ReN berkata...

nzlyna'im: niat dihati mmg nk smbg. tapi takut tak kesampaian..
huhuuhuuhhu.....
T_T

nnt tkt jadi versi lain pulak...:)
hohohoho..
terima kasih kerana meluangkan masa bace cite yang tak xseberapa ni...
:)

Tanpa Nama berkata...

sukeeeeeeeeeeee (^_^)

o-ReN berkata...

n_n
trimas....