Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

17 Mei 2012

Cinta sI Element ~part 1~






“Aku tak akan mengalah dengan kau” gadis kecil itu menarik rambut budak lelaki tersebut.
“Awak ingat saya pun nak mengalah dengan aw       k jugak ke?” mereka saling menarik rambut. Muka budak perempuan dan lelaki itu berkerut menahan sakit. Sebelum dua tangisan kuat bergabung menjadi satu.
“Ya Allah budak-budak ni” kedua ibu bapa kanak-kanak itu berlari mendapatkan anak mereka. Mereka terpaksa menarik tubuh anak-anak mereka.
“Pelangi tak baik gaduh” tegur si ibu gadis kecil.
“Awan tak baik pukul orang” marah si ibu teruna kecil itu.
“Dia mulakan dulu” serentak mereka bersuara sambil menuding jari antara satu sama lain. Ibu kedua-duanya menggeleng.
@@@@@@
17 tahun berlalu.
“Maaf Kila saya ingat baik kita putus saja” Pelangi mengeluh. Belum pun sempat panaskan punggung terus ada bala tiba.
“Tapi kenapa?” anak mata Leno dipandang. Lelaki itu hanya mengaru kepala.
“Kita tak serasi” aku terpana. Tak sampai 24 jam couple dah ajak putus. Dia mengeluh.
“Okey” itu je mampu yang keluar dari mulut Pelangi sebelum berlalu. Aku tak tahu la apa malang sangat nasib aku ni.
“Hai Kila asal monyok je ni?” berkerut dahi Emma melihat wajah cemerut Pelangi Syakila..
“Ada orang cari pasal dengan aku, okey la aku ada hal ni jumpa dalam kelas 1 jam dari sekarang” Pelangi terus berlalu dia. Ada kerja yang perlu dilakukan dalam masa sejam dari sekarang.

@@@@
Pelangi tersenyum puas. Air mineral diteguk rakus. Fuh penat. Kejap lagi kau tahu la langit tu tinggi ke tak Awan.
“PELANGI SYAKILA!!” jerit satu suara. Dia yang sedang minum air tersedak. Melihat Awan yang sedang berjalan kearahnya membuatkan dia tersenyum
“Gila apa jerit kuat-kuat” marah Pelangi.
“Apa kau dah buat hah?” mereka sudah bertentang. Mata tajam memandang antara mereka.
“Aku buat apa?” dalih Pelangi.
“Kau jangan buat-buat tak tahu la Pelangi kau punya kerja kan?”
“Kerja apa kau jangan nak main tuduh-tuduh” marah Pelangi anak matanya dah mengeluarkan api. Kau tahu marah kau je. Marah aku kau tak tahu. Kau belum kenal siapa Pelangi Syakila lagi.
“Kau cakap apa dekat Aisya sampai dia mintak clash dengan aku?” Berapi marah Awan. Baru je jumpa Aisya pagi ni ingat an nak ajak pergi dating balik kuliah nanti. Tapi lain pulak yang dapat. Dia simbah aku dengan air lepas tu mintak putus. Waaaaaaa aku sayang Aisya.
Aku dah bengang ini siapa cari pasal dulu. “Woi kau tahu marah kau je marah aku kau tak tahu?” Pelangi melenting. Mata-mata yang melihat pergaduhan antara mereka sikit pun dia tak pedulikan. Sekarang yang mereka tahu ada café ini milik Awan dan Pelangi.
“Apa aku dah buat kat aku?” seingatnya dia tak ada pulak cari pasal dengan Pelangi pagi ni.
“Amboi buat-buat lupa ingatan pulak, kau cakap apa dekat Leno sampai dia mintak clash dengan aku?” Tengking Pelangi. Buat penat je aku tackle Leno dekat sebulan kalu hasilnya hampeh! Awan mengaru kepala.
“Leno apa? Kau ingat aku ni meniaga barangan Leno ke?” sinisnya.
“Leno…Muhamad Lufti Bin Mukris” Senafas Pelangi bersuara. Geram betul la suka hati je main-main kan nama pakwe aku. Aik? Ex-la baru clash tadi. Waaaaa ini yang touching balik ni. Aku sayang Leno.
“Tu la  manusia elok-elok nama mak bapak bagi nama . Jenama Leno jugak dia guna, apa mak dia jual barangan Leno ke?” sindir Awan. Bukan dia tak kenal siapa Leno a.k.a Muhamad Lufti tu. Senior dia. Tapi tak sesuai la minah pendek ni dengan Leno tu hot stuff okey. Aku hot stuff pe? Ah abai kan la.
“Itu masalah dia. Tak kesah la Leno ke Avon ke, Latina ke, Cosway ke lantak dia la. Apa yang kau cakap dekat dia sampai dia mintak clash dengan aku, aku tahu ni semua kerja kau kan” kalau la gunung berapi ada dekat situ gunung berapi punya lava tak sepanas lava Pelangi kot. Itu la tahap kemarahan Pelangi.
Awan tersengih. “Oh yang tu erk aku cakap kat ni kau ni tak sesuai dengan dia. Dah la pendek, hodoh pulak tu, lagi aku cakap dekat dia yang mama aku lebih lawa dari kau. Tak sangka aku dia ikut cakap aku. Tak sia-siap nama aku Awan Erwin” bangga Awan. Dengar kata jugak budak Leno tu. Tajam mata Pelangi memandang Awan.
Pelangi menghempaskan bukunya diatas meja tempat disebelah Emma. “Oit kau kena ni? asal ada bau kopi dekat kau ni” Emma mendekatkan mukanya di badan Pelangi.
“Ini yang aku begang ni” luahnya. Tak pasal-pasal bajunya ada bau kopi elok-elok pagi tadi pakai minyak wangi Paris alih-alih jadi minyak wangi kopi.
“Kau cari pasal dengan siapa ni sampai macam ni sekali?”
“Bukan aku cari pasal tadi dia yang cari pasal”
“Siapa? Erwin ke?” soal Emma. Bukan dia tak tahu kalau sehari tak gaduh dengan si Erwin tu memang tak sah. Entah apa lah masalah dia orang ni dah naik jenuh mulut ni duk membelel berdamai. Tapi hasilnya seperti sekarang ni la, still gaduh jugak. Last-last dia pedulikan je dia orang ni.
“Ye la siapa lagi . Kau tahu pasal dia la Leno mintak clash dengan aku. Entah apa la masalah dia. Tapi kau jangan risau aku dah setel kan. Dia clash kan aku dengan Leno aku clash kan dia dengan Aisya. Hahaah”  Pelangi ketawa kuat seolah-olah dia sudah mencapai kemenangan.
“Weh gila kau gelak macam orang meroyan” marah Emma. Habis semua budak kelas pandang. Buat malu betul la Pelangi Syakila ni. Bebel hatinya.
“Biar la janji hati aku puas puas sepuasnya” Pelangi melepaskan nafas lega. Kalau la perasan itu boleh digambarkan memang tak boleh nak gamabrkan berbaloi la kene simbah air kopi kalau mamat tu pun clash jugak dengan awek dia. Hahahahhahahaha. Awan Erwin aku tak akan menyerah kalah dengan kau.
“Weh kau asal ni? Menyeramkan la” tegur Emma apabila melihat Pelangi tersenyum. Senyum yang menyeramkan dan boleh menyebabkan bulu roma nya meremang. I smell something bad. Desisnya.
“Syakila” jeritan satu suara cukup membuatkan Pelangi berpaling dari mengadap buku. Pelangi tersengih sampai ke telinga. Leno!
“Class Miss Kara cancel”jerit Anuar selaku ketua. Dengar je announcement dari Anuar menambahkan panjang sengeh dari Pelangi. Emma disebelah dah menepuk dahi dah mai dah dia punya gatal.
Yes My Lovely Prince Charm. May I help you?” soal Pelangi sambil menunduk hormat. Lagak seperti jumpa prince betul pulak. Meletus ketawa kecil dari Leno.
My lovely princess, your prince charming come to say I’m sorry. Kita couple jom” amboi selamba gila mamat ni. Ajak couple macam ajak pi makan dekat warung. Pagi tadi sibuk mintak clash dengan aku ni nak couple balik meroyan pe? Tapi tak apa sebab aku dah sayang dekat kau aku on je.
“Okey la, kita couple” dia tersengih iklan Darlie. Emma disebelah dah bagi panahan laser utra violet dah. ‘Cool Emma’ dia menyampaikan isyarat mata kepada Emma. Tangan Pelangi di tarik.
“Kau gila ke? Senang-senang dia mintak putus dengan kau lepas tu senang-senang dia ajak couple. Nanti tak mustahil dia buat lagi” bisik Emma. Dia tak nak Pelangi diperalatkan oleh Leno. Bukan dia tak kenal Leno kenal sesangat perangai Leno dalam beg duit dia je.
“Ala. Susah nak tolak. Aku dah tersuka kat dia” Pelangi membalas. Wajah Leno didepannya kelihatan binggung. Satu senyuman dihadiahkan kepada Leno. Apa la perempuan dua orang ni cakap. Main bisik-bisik pulak.
“Kau jangan cakap aku tak nasihatkan kau sudah” Emma mengeluarkan amaran. Bukan dia tak tahu kalu A kata Pelangi maka A  jawapannya.
“Kila lambat lagi ke? Leno ingat nak ajak Kila pergi tengok wayang. After all kelas Kila pun tak ada” pelawa Leno. Pelangi menganguk sebelum pamit dengan Leno.

“Bodoh punya perempuan” amuk Awan. Terkejut Amir dan Hafiz yang sedang leka bermain PSP.
“Kau ni angin tak ada rebut tak ada asal tiba-tiba mengamuk ni?”
“Si Pelangi tu la. Dia boleh rosakan hubungan aku dengan Aisya. Benci aku” luah Awan
“Eh bukan kau mula kan dulu ke?” bidas Amir
“Apa pulak aku. Aku just bagi tahu hal sebenar je dekat si Leno tu. Biar di buka besar-besar mata dia.” Bela Awan.
“Yang kau cari pasal dulu apa kes?” giliran Hafiz mentoal. Hairan dia dengan si Awan ni tak boleh tengok orang tu senang sikit pasti ada je yang dia tak berkenan. Memang patut pun Pelangi buat dia macam uh. Selamat tak kena belasah sudah.
“Aku nak sedar kan si Leno tu punya la banyak perempuan dekat kolej ni si Pelangi jugak dia pilih.”
“Biar je la. Yang kau sakit hati tu kenapa. Dia tak kacau kau sudah” tegas Amir
“Aku tak puas hati jugak” Awan berlalu. Pintu bilik dihempas kuat.
“Meroyan agak eh kawan kau tu Fiz”
“Kawan aku kawan kau jugak” mereka ketawa.

@@@@@@
Pelangi melambai-lambai ke arah Leno. Seronok seharian  meluangkan masa dengan kekasih hati. “Bye Leno, jumpa esok” jerit Pelangi apabila kereta Leno melepasi tamannya. Hatinya berbunga-bunga biarpun mendung menerpanya pagi tadi. Dia menyanyi kecil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Meroyan kena tinggalkan kekasih hati ke?” sapa suatu suara. Tak payah berpaling pun dia dah tahu mulut longkang siapa.
“Meroyan??? Please la. Aku happy sebab baru balik dari berjumpa kekasih hati pujangga rindu kalbu. Oh.. Muhamad Lufti bahagia nya kita hari ni. Tengok wayang sama-sama, makan sama- sama. Oh indahnya hari ini” Pelangi bercerita dengan penuh emosi. Biar padan muka orang gila ni. Usaha dia pisahkan dia Leno tak berjaya. Menyampah betul. Tak perasan pulak mamat ni dah baru balik. Kalau tahu cepat-cepat dia masuk rumah tadi. Dia memadang Awan dengan hujung mata. Jeles kelihat wajah terkejut Awan.
“Oh baru balik dating la ye. Aduh malang betul la siapa yang ajak kau dating ni. Hari indah ni memang sesuai untuk keluar beriadah dengan kekasih hati. Tak sia-sia Aisya kita dating dekat MCD hari ni. Wajah awak comel sangat bila makan” lantang Awan. Tak sangka pulak perempuan ni dah baik dengan Leno. Ah aku pun dah baik dengan Aisya la. Kau ingat kau sorang ke. Desisnya.
Masing-masing sudah memandang antara satu sama lain. Nampaknya usaha masing-masing gagal.
“Gila” jerit mereka sentak
“Asal kau tiru ayat aku?” marah Pelangi
“Ada nama ke dekat ayat kau. Oh lupa ada. PELANGI GILA” Awan menepuk dahi seolah-olah terlupa sesuatu.
“Kau jangan cari pasal dengan aku” warning Pelangi. Susah nak tenang bila berhadapan dengan musuh tradisi.
“Eee takutnya” Awan buat gaya seolah-olah takut sebelum ketawa nyaring. Pelangi mengulungkan buku ditangan nya. Dia menghampiri pagar yang hanya memisahkan dia dan Awan.
Pukk!!
“Diam la kau, ketawa macam pontianak nak beranak” marah Pelangi. Mukanya dah merah. Menahan geram.
Awan mengosok-gosok kepalanya. Terkejut apabila dengan ‘manja’ nya Pelangi mengetuk kepalnya.
“Sakit la bodoh”
“Hati aku lagi sakit”
“Kau ingat hati kau je, hati aku ni”
“Hati kau , kau punya pasal la” Dengan tak semena nya bergaduhan tercetus antara mereka.
“Awan”
“Pelangi” Jerit dua suara. Dia yang sedang berperang mulut dengan Pelangi tersentak. Alamak mama.
“Kau jangan nak buat bising dekat depan rumah ni Awan. Masuk”arah Puan Elida. Dia sudah pun mencekak pingang. Tak habis-habis bergaduh sejak dari mula-mula jumpa. Entah apa la masalah mereka berdua ni. Terkumat-kamit Awan menunduk. Susah nak lawan arahan mamanya. Awan memandang kearah Pelangi yang tersenyum kemenangan.
“Pelangi! Tak malu ke gaduh macam ni. Awak tu perempuan” giliran Puan Mastura memarahi Pelangi. Melihat Awan yang tersenyum sini membuatkan dia geram.
“Tapi..”
“Tak ada tapi-tapi dah. Jangan nak malu kan mama. Masuk” susah betul nak suruh mereka berdua ni berdamai. Masing-masing melangkah masuk kedalam rumah. Sebelum melangkah masuk mereka saling menjelir kan lidah.
“Awan”
“Pelangi” marah kedua-duanya sempat lagi nak bergaduh.
Puan Mastura menghampiri pagar. “Aku tak tahu la ida. Tak habis-habis nak bertekak. Nak pekak aku jadinya.” Adu Puan Mastura.
“Entah la aku pun tak tahu masalah diorang berdua ni.  Bila tanya alasannya ialah saja. Entah apa yang seronok nya bergaduh. Aku tengok hari-hari ni dah muak. Penat nak jadi pengadil tak berbayar ni” bebel Puan Elida. Mereka sudah pun bertentang antara satu sama lain.
“Hah sebelum lupa malam ni datang la rumah, Mas masak lebih si Syafiq balik hari ni. Dah lama kita tak makan ramai-ramai.” Pelawa Puan Mastura. Dah berbelas tahun berjiran sudah menjadikan mereka seperti satu family. Anaknya anak dia jugak. Family dia family aku jugak. Cuma laki masing-masing la simpang malaikat 44 kalau itu pun nak kongsi.
“Okey,boleh jugak. Semalam baru abang Husin menyebut katanya dah lama tak nampak si Ramli. Katanya rindu.” Puan Elida ketawa kecil.
@@@
Makan malam kali ini agak meriah. Semua berkumpul dalam satu tempat tak lupa jugak jiran sebelah rumah. Suasana yang meriah itu sikit pun tak menceraikan sepasang, musuh tradisi. Awan dan Pelangi saling memandang antara satu sama lain. Walaupun tak berlawanan mulut tika itu mata mereka bertukar menjadi mulut. Peperangan mata.
Semak je mamat ni, mama ajak Mama Ida dan Papa Sin je. Kau aku tak alu-alukan. Matanya mencerlung kearah Awan. Ikutkan hati aku yang panas ni nak je aku humban kan kau dalam longkang depan rumah. Kau aku tak undang la. Bicara hati Pelangi. Dia betul-betul menyampah melihat Awan yang duduk dihadapannya. Buat mati selera aku makan je.

Awan turut melakukan perkara yang sama. Daging didalam pingang dicucuk-cucuk seperti melepaskan geram.  Kenapa la aku selalu kene makan menghadap minah ni. Adeh! Buat selera aku hancur la. Ingat tadi sewaktu semua menuju ke arah meja makan dia menjadi orang terakhir ke sana. Semuanya untuk mengelak dari melihat muka Pelangi tapi lain pulak yang jadi. Sekali sebijik muka dia aku kena hadap. Adoi buat selara aku mati! Jerit batinnya.
Pup!! Sudu Pelangi dan Awan mendapat ke atas lauk yang sama. Sweet sour udang. Meja yang tadinya riuh dengan bicara senyap. Seperti memberi ruang kepada Pelangi dan Awan. Kedua belah keluarga sudah menelan air liur. Menunggu masa perang nak meletus. Sakinah menyiku abangnya Awan.
“Abang jangan nak buat perangai” bisik Sakinah. Bukan boleh percaya sangat abangnya itu. Walaupun sudah berusia 24 tahun tapi peragai sikit pun tak melambangkan kematangan.
“Abang tengah jaga tingkah laku la ni” balas Awan. Tapi tangannnya sikit pun tak beralih dari udang yang sama dia dan Pelangi cucuk.
“Adik jangan nak malu kan keluarga” tegur Syafiq. Dia berharap sangat malam ni tak ada peperangan yang tercetus antara mereka. Cukup la siang tadi mamanya memberitahu Pelangi dan Awan berantam dipagar rumah mereka.
Don’t worry abang adik tak akan malu kan family kita” Pelangi tersenyum sinis. Syafiq menghantar isyarat mata kearah papanya. Berharap papa akan masuk campur. Bagaikan mengerti dengan tingkah Syafiq. Encik Ramli mengambil pinggang yang berisi udang tersebut. Udang yang direbut oleh Awan dan Pelangi diambil.
“Sedap pulak udang yang mama masak hari ni, sampai bertambah papa, tak begitu, bang Husin” tutur Encik Ramli.
“A’ah la Mas. Nanti kalau ada lebih boleh mintak bungkus” seloroh Encik Husin.
“Ish abang ni buat malu je” tegur Puan Elida. Suasana menjadi seperti sedia kala apabila melihat kedua-dua mereka meyambung makan. Mereka menghembuskan nafas lega. Tak sangka sampai macam tu sekali aura musuh mereka. Keluarga punya la bersatu tapi ada pulak yang merosakkan suasanan.
@@@@@
Pelangi memandang langit. Dia mengeluh. Hujan petang ni berlaku tiba-tiba tak sempat nak sediakan payung. Tangan di tadah membiarkan titisan hujan menjamah kulitnya.
“Jom” satu suara menyapanya. Pelangi berpaling. Satu senyuman diukir.
“Jom” mereka berlari didalam hujan. Pelangi melompat ke dalam lopak air.
“Weh. Agak-agak la habis kotor baju aku” marah lelaki itu.
“Bla la macam pondan la takut kotor” jerit Pelangi. Dia berlari meninggalkan lelaki itu.
“Jaga kau” marah lelaki itu. Dia turut berlari mengejar Pelangi sebelum menarik Pelangi duduk disebelahnya. Ditengah padang itu mereka baring sambil menikmati hujan yang sedang menggila itu.
“Lama tak buat macam ni” Pelangi menoleh melihat wajah riang lelaki tersebut. Dia mengiyakan setiap kata-kata lelaki tersebut.

@@@@@
Pelangi mengenakan sweeter. Sejuk pagi-pagi ni. Kalau tak fikirkan kelas Miss Hanan tak ingin dia nak datang kelas dengan keadaan yang uzur ni.
“Hancummm!!!” bunyi bersin membuatkan Pelangi menoleh.
“Demam ke Nuar?” soal Pelangi melihat hidung Anuar yang merah.
“A’ah kena hujan. Kau tahu la hujan sekarang tak macam hujan dulu. Dulu main kena hujan sikit tak ada maknanya nak deman” leter Anuar.
“Yang kau main hujan siapa suruh. Tu la padahnya.”
“Tak sengaja kena hujan la”
“Eh Kila asal kau berselubungi ni?”sapa Emma dia mengambil tempat disebelah Pelangi. Tangan dia angkat ke arah Anuar yang berada didepan Pelangi.
“Demam la” ujarnya lemah.
“Kau pun demam jugak ke Nuar?” mata Emma memandang ke arah Nuar  yang sudah pun tutup hidung. Melihat anggukan Anuar membuatkan Emma mengeluh.
“Yang korang datang kelas kenapa?”
“Ala kau paham-paham la. Kalau tak datang 5 markah carry marks kena burn taw.” Ujar Pelangi.
“Korang ni ada apa-apa ke? Serentak lak tu demam?” soal Emma hairan.

sorry kalau ada salah dalam menyusun kata-kata.
selamat membaca. 
sebelum lupa macam biasa erk kalau ada salah boleh la bagi taw...n_n
P/S: suka nama yang simple-simple nampak cute je...^_^

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Okei...
Best.....

o-ReN berkata...

terima kasih kerana luang kan masa untuk membaca cite saya yang comot ni.......^_^

Nurul Najihah berkata...

suke2...bes!

o-ReN berkata...

thaz nurul najihah kerana sudi baca...^_^

Nurul Najihah berkata...

^_^...welcome..

o-ReN berkata...

n_n

PURPLE BLOG's berkata...

best la cite nie :) hehe

dayu berkata...

pelangi..
awan...
nama yg klasik...
boleh lha..best gak..lah...

o-ReN berkata...

yap..klasik....^_^