Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

19 Mei 2012

Cinta sI Element ~part 2~



Pelangi meletakan tangan diatas atas kepala. Siling dibilik ditenung kosong. Ini yang malas nak main hujan ni. Cepat sangat diserang virus demam. Aku rasa lelaki tu pun mesti demam jugak sekarang ni kan. Mmmm biarkan la. Harap-harap dia demam lebih teruk dari aku. Siapa suruh ajak aku main hujan. Hahhahaha. Mata dipejam. Bunyi pintu gelongsor dibalkoni biliknya dibiarkan.
“Demam ke cik kak?” tegur satu suara  cukup sinis sekali bunyi dia.
“Kau diam la” marah Pelangi mata masih terpejam. Malas nak menatap wajah lelaki itu.
“Wowowo. Marah nampak?” tawa lelaki itu.
“Kau nak apa ni semak je kat dalam bilik aku ni. Dah pergi balik.” Halau Pelangi. Dia sudah pun bangun dari baringnya. Geram melihat lelaki itu sedang enak ketawakan dirinya.
“Aku tengah melawat orang sakit la ni”
“Kau melawat atau nak tambahkan sakit aku ni?”
“Two in one. Macam milo 2 dalam 1” meledak tawa lelaki itu. Pelangi melontarkan bantal kecil ke arah lelaki itu.
“Dah-dah pergi balik semak je” Pelangi sudah bangkit dari katil. Tubuh lelaki itu ditolak ke arah balkoni tempat dimana lelaki itu memasuki biliknya.
“Tak baik taw halau tetamu” suara itu sedikit hampa.
“Ada aku kesah”
“Tapi aku kesah” langkah Pelangi terhenti. Mereka sudah pun bertentang. Pelangi menahan debar.
Pap!! Dahinya ditampar. “Auw sakit la” marah Pelangi. Pelangi mengosok dahinya. Tapi tangan nya terhenti bila tersentuh sesuatu yang sejuk didahinya. Coolfever?? Lelaki itu tersenyum.
“So sweet” Pelangi tersenyum sumbing.
“Banyak la kau punya sweet. Dah aku nak balik ni daa” Pelangi tersenyum melihat lelaki itu berlalu. Malu la tu. Pintu ditutup sebelum rebah dikatil.
@@@@@@@@
Pelangi menyumbatkan tisu didalam hidungnya. A’ah makin teruk la pulak selesema ni. Kotak tisu di tepi kerusi dicapai. Habis tisu di kerjakan oleh Pelangi.
“Adik ni kalau tengok cerita nistan atas bawah meleleh habis tisu bersepah dekat raung tamu ni” Syafiq sudah pun berdiri tegak dihadapan Pelangi.
“Abang tepi la Pelangi nak tengok tv la. Part sedih ni.” marah Pelangi. Heroin dah nak pergi tu.
“Ini siapa nak kemas semua ni?” bebel Syafiq.
“Abang kan ada abang tolong la. Bila lagi abang nak berkhidmat untuk Pelangi” Pelangi mengenyit mata kearah Syafiq.
“Malas abang. Sudah-sudah la, dik oit. Beriya kau menangis ni. Abang tengok tak ada pulak yang sedihnya”
“Abang apa taw. Lagi pun dengan nangis kita boleh mengeluarkan tenaga negative dalam tubuh” tisu ditangan dibaling kearah Syafiq.
“Eeee pengotor la Pelangi ni” marah Syafiq sebelum berlalu. Meletus ketawa Pelangi. Tawanya mati bila melihat mamanya tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan sedang mencari sesuatu.
“Ma, kenapa ni?” soal Pelangi hairan tak pernah melihat wajah mamanya yang gelabah semacam.
“Mama nak hantar Awan ke hospital sat. Dia pengsan dekat rumah. Demam katanya si mama Mas kamu tu” terang Puan Elida sebelum keluar dari rumah sebaik sahaja menjumpai kunci kereta. Oh demam ke? Padan muka.
Pelangi berlalu. Tak ada mood nak menonton filem lagi. Langkah nya lemah tak bermaya. Demamnya masih tak kebah lagi. Kalau tak kerana cerita hindusatan tak ada makna nya dia nak turun bawa. Rehat dalam bilik lagi seronok. Langkah yang lancar semakin perlahan. Seperti terdapat beban dikakinya. Mata yang besar tadi perlahan-lahan menjadi kecil.
“Pelangi!!!” jerit satu suara sebelum dia tidur.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
            Terkebil-kebil mata Pelangi bila terjaga dari tidur. Aku dekat mana ni. Asal bau semacam je ni.
Terkejut dia apabila melihat abangnya sedang enak tidur dikerusi yang terdapat ditepi katilnya.
“Abang” bahu Syafiq digoncang.
“Abang bangun la” Pelangi menguatkan suaranya apabila tiada pergerakan dari abangnya.
            Melihat tiada pergerakan dari Syafiq membuatkan Pelangi bangkit dari tidur nya. Langkahnya terhenti apabila terasa sakit di tangannya. Apa ini? Jangan-jangan ni hospital? Pelangi gelabah.
“Abang bangun la Pelangi takut” badan Syafiq digoncang kuat. Tubir matanya dah mula bertakung. Dia takut. Dia lupa tika itu bahawa abang nya kalau tidur susah nak bangun. Dia tak suka hospital kerana disini tersimpan kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan.
            Tangisannya sudah pun pecah. “Abang kenapa tak nak bangun? Abang dah mati ke?” dia masih cuba untuk kejutkan Syafiq.
Syhhh..dah dah jangan nangis aku ada ni” kepala Pelangi diusap seseorang. Dia berpaling. Lidahnya kelu. Apa yang lelaki ni buat dekat sini? Dia binggung.
“Macam la kau tak kenal abang kau ni. Kalau dah tidur susah nak bangun kau kejut la macam mana pun” Awan bersuara. Dia mengambil tempat disebelah Pelangi. Tangis Pelangi sedikit reda.
“Apa yang kau buat dekat sini?” soal Pelangi. Air mata yang jatuh dipipi disapu.
“Suka hati aku la. Bukan hospital ni kau punya pun” selamba Awan.
“Cari gaduh ke?” Pelangi bengang.
“Kau ni masih mamai lagi ni. Kau sedar tak yang kau sekarang ni penghuni hospital” terang Awan. Dia ketawa kecil apabila melihat wajah Pelangi yang masih blur.
“Hospital? Kalau macam tu aku nak keluar dari sini hari ni jugak” Pelangi sudah pun bangkit dari katil. Namun sempat ditahan oleh Awan.
Chill la. Bila lagi nak merasa duduk hospital ni kalau bukan hari ni” Awan bersuara.
“Kalau kau suka , duduk la sini sorang-sorang” marah Pelangi. Bukan dia tak tahu, Awan mengetahui fobianya itu. Fobia terhadap hospital.
“Aku rasa ni mungkin masa yang terbaik untuk kau hapuskan fobia kau tu.” Awan memandang Pelangi. Anak mata Pelangi jatuh ke arah baju yang dipakai oleh Awan.
“Weh kau pun masuk hospital jugak ke?” soal Pelangi. Kata-kata Awan sebentar tadi dibiarkan sekarang dia lebih tertarik dengan baju yang dipakai Awan.
Awan memandang ke arah badannya. Kepala digaru. Cuba mengawal riak muka. “Mama Ida suruh aku teman kan kau. Aku pun tak tahu la apa malang nya nasib aku ni” rungutnya. Pelangi mendekatkan mukanya kearah Awan. Terkejut Awan dengan tindakan Pelangi.
“Kau tipu erk? Ish kau ni manja betul la demam sikit dah masuk hospital” Pelangi ketawa. Suka dapat mengenakan Awan tika itu. Bila lagi nak cari pasal kalau bukan hari ni.
“Mana ada. Betul la mama Ida suruh teman kan kau. Aku sebagai anak yang baik terpaksa menurut kata.” Belannya lagi. Makin kuat ketawa Pelangi mendengar kata-kata Awan. Dah jelas lagi nya dia masuk hospital kerana deman ni nak dalih lagi. Oit Pelangi kau tak sedar ke kau pun sama jugak macam si Awan ni. Deman sikit masuk hospital.
“A’ah malas la aku nak layan kau baik aku tidur lagi bagus.” Awan bangun sebelum sebelum dia berlalu dari katil Pelangi. Dahi Pelangi ditolak kuat sehingga Pelangi jatuh kebelakang. Tawa Pelangi semakin menjadi-jadi melihat Awan.
Anak matanya mengekori langkah Awan. Melihat Awan menarik langsir disebelah katilnya membuatkan tawa nya sedikit leda. La sebelah aku rupanya patut la. Dia sendiri pun tak sempat meneliti wad yang didudukinya lagi. Satu bilik yang agak luas ada sofa dan television dan ada dua katil yang menempatkan dia dan Awan. Langsir ditengah-tengah menjadi penghalang antara mereka. Matanya jatuh kearah Awan yang sudah berselubung membelakanginya.
Dia membetulkan kedudukan diatas katil. Matanya jatuh ke arah Syafiq. Tak boleh pakai punya abang. Aku yang tengah fobia ni boleh dia pentingkan tidurnya itu. Pelangi menyelongkar kearah laci ditepi katilnya mencari sesuatu yang boleh melegakan sakit hatinya. Dai tersenyum ala-ala devil apabila menjumpa benda yang dicari.
            Dia berpaling ke arah Awan yang berada dikatil sebelah. “Thanks Awan” Pelangi tersenyum. Dia menarik selimut. Cukup la untuk malam ini. Awan yang masih berselubung tersenyum mendengar kata-kata Pelangi.
@@@@@@@
“Aku tak kira” marah Pelangi
“Weh mana boleh macam tu. Ini dah kira penindasan” bangkang Awan
“Kau kena la gentle sikit.”
“Ini bukan pasal tu la”
“Apa pulak? Aku tak kira. Aku nak jugak”
“Mana boleh. Kau fikir kau je. Tak boleh. Tak boleh” Syafiq yang sedang nyenyak tidur tergangu apabila mendengar bunyi bising. Mata dibuka. Perlahan-lahan dia mengeliat. Matanya jatuh ke arah katil Pelangi. Kosong??? Melilau dia mencari Pelangi. Risau kalau Pelangi lari dari hospital. Pelangi ni alah sikit pada hospital. Matanya seperti digam apabila melihat sesuatu dan diikuti dengan bunyi bising.
La dekat situ rupanya. Aduh bergaduh dengan Awan lagi la tu. Patut la bising semacam. Selamat bilik VVIP kalau tak pasti dah kena warning dengan pihak hospital sebab buat bising. Kaki diatur mendekati Awan dan Pelangi. Dia perlu leraikan pergaduhan tersebut sebelum menjadi semakin teruk. Dia orang ni kalau dah bergaduh bukan senang nak hentikan.
“Aku tak kira!!!” jerit Pelangi
“Ada aku kesah” poyo Awan. Dia membuat muka bangga. Pelangi sudah bangkit dari duduknya. Pelangi mengaduh apabila terasa kepalanya diketuk seseorang. Dia berpaling. Terkejut dia melihat wajah Syafiq dibelakangnya.
“Dah tak payah nak gaduh. Ingat sikit awak tu sakit” marah Syafiq. Hairan melihat wajah Pelangi yang tersengih-sengih sebelum ketawa kuat meletus dari mulut adiknya itu.
Kenapa pulak dengan budak ni. Tak kan la demam yang menyerang memyebabkan adiknya dah tak betul. Oh no! Dia gelabah. Dia berpaling ke arah Awan apabila turut mendengar ketawa yang kuat dari Awan. Penyakit berjangkit? Dia heran.
“Weh asal ni dah gila?” marah Syafiq.
“Dalam seumur hidup Pelangi kan. Tak pernah Pelangi tahu abang sehensem ni” puji Pelangi.
“Betul-betul. Tak sangka abang sekacak ni” giliran Awan memuji Syafiq. Syafiq sudah pun membetulkan rambutnya. Kembang bila dipuji oleh Awan dan Pelangi.
“Baru kau tahu ke yang abang kau sekacak ni. Dulu tak nak mengaku.” Dabik Syafiq. “Ni apasal korang bergaduh ni?” soal Syafiq serius.
“Kami main dam ni. Pelangi ni hah dah kalah tak nak mengaku. Tu yang bergaduh tu” adu Awan.
“Eh apa pulak kau yang main tipu” bela Pelangi
Sorry sikit erk. Aku tak pernah la main tipu ni. Dah kalah buat cara kalah” Awan dan Pelangi saling bertentang.
“Aduh” jerit mereka serentak. Telinga dipegang.
“Apa ni main tarik telinga orang ni” marah Pelangi. Tangan Syafiq masih setia ditelinga Pelangi dan Awan.
“Kenapa Awan pun kena jugak ni?” terkial-kial keduanya cuba melepaskan diri.
“Ini balasan untuk orang yang tak dengan kata. Dah berapa kali orang pesan jangan cari gaduh. Nak gaduh lagi ke tak nak?” soal Syafiq.
“Okey okey dah tak gaduh lagi dah” kedua-duanya bersuara. Syafiq melepaskan tangannya.
“Abang nak jumpa doctor kejap. Ingat lepas ni jangan nak gaduh. Abang akan suruh nurse tengok kalau gaduh siap korang” Syafiq memberi amaran. Terkebil-kebil Pelangi. Syafiq sudah pun berjalan keluar dari bilik tersebut.
“Abang ku yang hensem selamat berjalan” sayup-sayup kedengaran suara Pelangi. Syafiq tersenyum. Baru sekarang kau nak mengaku yang abang kau ni hensem. Syafiq hairan apabila melihat orang yang melaluinya tersenyum-senyum kearahnya.
Memang tak dinafikan yang aku ni hensem. Dia tersenyum bangga. Langkah Syafiq terhenti disatu sudut. Dia berpaling. Seperti ada sesuatu yang menarik minatnya. Syafiq mengengam erat tangannya.  P.E.L.A.N.G.I hatinya menjerit geram. Patut la tergelak macam puntianak mengilai. Rupanya dicontengnya muka aku.
“Hai hensem” Syafiq mengetap bibir apabila mendengar ‘pujian’ dari salah satu nurse dihospital tersebut.
“Pelangi” nama tersebut meniti dibibirnya.


:aidan mohon maaf banyak2 kalau part ni tak best.
aidan masih dalam dilema..cite ni nak panjang or nk pendek...???
terima kasih kpd semua krna sudi membaca contengan aidan yang tak seberapa ni...^_^
ops!!! macam biasa kalau ada yang kurang sila la bagi taw aidan...:)
p/s: rasa2 nya masih tak terlewat kot.
        SALAM PERKENALAN SEMUA...n_n

9 ulasan:

Nurul Najihah berkata...

oren....saya suka2...sgt2...bes! n_n...lalala....

o-ReN berkata...

terima kasih sangt2..serius sye rasa ada yang kurang je...saya pun tak pasti..bt mase ni hnya ini je yang termampu...:)
saya akan cuba baiki lagi..
terima kasih sudi bce cite oren...
^_^

Tanpa Nama berkata...

terbaek...
best...

o-ReN berkata...

tanpa nama...trimas sudi bce...^_^

nzlyna'im berkata...

lawak xhabis la diaorg nie.xtwla le bercinta mcmmana gaya ye..hhahhahahahahahahaa

nzlyna'im berkata...

lawaak betul la dia org nie lw bercinta kot mcmner ye..hahahahahha

o-ReN berkata...

mmmm..entah la nzlyna'im bercinta ke???
mesti perang besar kot or sebaliknya...
terima kasih kerana sudi bace cite aidan...^_^

armouris berkata...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

o-ReN berkata...

armouris:tq info yang yang banyak membantu saya...^_^