Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 Mei 2012

Cinta sI Element ~End~




“Pelangi suka erk duduk hospital ni?” marah Puan Elida. Pelangi depannya kecik besar je dilihat.
“Bukan salah Pelangi la ma, Awan yang mulakan dulu”
“Mama dah penat Pelangi. Suka hati kamu la nak bertumbuk ke nak berbunuh ke buat la” Puan Elida mengeluh. Handbag dicapai. Dia berlalu meninggalkan wad yang menempatkan anaknya dan Awan.
“Jom la Mas, aku dah malas nak layan budak-budak ni lagi dah. Lantak pi la depa.” Puan Elida berhenti dihadapan katil Awan. Matanya memandang ke arah Awan. Sekali lagi dia mengeluh.
“Mama pun dah malas nak fikir lagi dah. Awan suka kan malukan mama” Puan Mastura turut mengikut jejak Puan Elida wad anak mereka ditinggalkan.
“Pelangi memang. Lepas satu-satu masalah Pelangi bawakan. Tengok sekarang mama dah merajuk. Selamat papa tak ada . Kalau tak dengan papa sekali merajuk” bebel Syafiq. Entah badi apalah yang kena dekat mereka berdua ni langsung tak boleh baik. Geram dia melihat wajah Pelangi yang muncung.
“Abang la ni tak pasal-pasal mama dah merajuk. Habis la abang lepas ni gerenti mama mengadu dekat papa” Sakinah cuba menakutkan Awan.  Wajah Awan dipandang tajam oleh Sakinah.
Pelangi dan Awan memandang antara satu sama lain. Sebelum masing-masing berpaling. Mengeleng kepala Sakinah dan Syafiq.
“Jomla abang Fiq. Biarkan budak tak matang ni. Bagi dia munasabah diri sikit.” Sakinah sudah berlalu. Lengan Syafiq ditarik supaya mengikut jejak nya.
“Adik fikir balik apa kesalahana adik” pesan Syafiq. Di berlalu mengikut Sakinah lama-lama dalam tu belum tentu marahnya reda.
“Ni semua salah kau” jerit Pelangi dan Awan serentak. Sebaik sahaja hanya tinggal mereka dibilik  tersebut. Mereka menghempaskan badan dikatil. Membelakangi antara satu sama lain. Peristiwa tadi mengimbau kemabali.
Gara-gara berebutkan roti coklat yang diberi oleh nurse. Mereka bertumbuk habis lebam satu badan masing-masing. Pihak hospital terpaksa call kedua ibubapa mereka. Tu yang mama Ida dan mama Mas terpaksa datang balik walaupun baru pulang dari hospital melawat anak-anak mereka. Mak bapa siapa tak marah kalau dah perangai macam budak-budak tak cukup umur sedangkan masing-masing sudah besar malah kalau dah kahwin boleh dapat anak sorang.

 “Jom la”Pelangi menarik tangan Emma.
“Nak pergi mana ni?” soal Emma
“Adalah” sebaik sahaja sampai di salah satu dewan di falkuti. Pelangi menolak masuk Emma ke dalam dewan tersebut sebelum mengunci dewan dari luar.
“Kila bukak pintu apa yang kau buat ni. Kila bukak la aku takut ni” kedengaran suara Emma dari dalam.
“Tak nak kau duduk la dalam tu sorang-sorang biar hantu ambik kau” jerit Pelangi. Emma yang berada didalam dewan sudah pun tersedu-sedu. Sampai hati Kila buat dia macam ni. Kita kan kawan baik. Apa salah aku Kila. Dia sudah pun terduduk dibalik pintu tersebut. Dewan yang gelap menambahkan pilunya. Tangisan Emma semakin reda. Dia bangkit cuba membuka pintu dari dalam. Namun hampa.
“Tolong…” jerit Emma pintu diketuk berulang kali.“Sampai hati kau Kila” rintih Emma. Tiba-tiba muncul satu cahaya menyuluh dirinya. Terkejut Emma akibat terkena silauan spotlight.
Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday….”nyayian Happy Birthday membuatkan Emma blur. Dewan yang gelap gelita tersebut terang dengan lampu neon yang berwarna-warni. Dari jauh muncul satu spotlight yang berada diatas pentas. Kelihatan seorang lelaki yang sedang berjalan kearahnya dengan memegang sebijik kek. Lampu tersebut mengekori langkah lelaki tersebut. Emma berdebar-debar. Atau lebih tepat lagi terkejut.
Terkedu Emma apabila melihat lelaki dihadapannya. Lelaki yang amat dikenali . “happy birthday, my love” ucap Amir. Kek tersebut disuakan kepada Emma. Tak berkelip Emma memamdang Ammir.
“Siapa punya kerja ni?” soal Emma. Apabila sudah dapat prosese apa yang berlaku.
“Siapa lagi kawan baik awak la” Ammir senyum. Emma menahan geram. Baik punya perangai.
“Tak nak tiup kek ke?” soal Ammir. Emma memandang kearah kek ditangan Ammir.
Fruuu… kek ditiup.
“Jap”  kek ditangan Amir diletak ditepi. Aik ada meja kenapa aku tak nampak pulak ni. Emma mengaru kepala. Nampaknya memang diatur dengan teliti. Ammir melutut. Emma dah tak tentu arah.
“Emma Nazirah sudikah awak menerima saya sebagai pasangan hidup awak didunia dan akhirat.” Ucap Ammir.
“Prank erk?”
“Nope. Serius tak main-main.” Tegas Ammir.
“Saya tak tahu nak cakap apa lagi” perlahan Emma bersuara.
“Weh Emma terima je la..Aku taw kau main cinta dengan Ammir belakang aku” jerit Pelangi.
“Apa ni jangan kacau la” jelas kedengaran suara Pelangi yang terjerit-jerit di dalam dewan tersebut. Emma mencari mana datangnya suara Pelangi.
“Abaikan je penyibuk tu. Awak terima saya tak ni?” soal Amir.
Emma dah tunduk malu. Perlahan-lahan Emma mengangguk.
“YES!!!!” jerit Amir serentak deangan itu bunyi tepukan dan dewan yang tadi menjadi terang. Terkejut Emma sangkanya hanya dua orang tapi ramai. Pelangi, Awan, Hafiz, Leno dan Aisya. Dia menunduk malu.
“Weh best nya” Pelangi memeluk tubuh Emma.
“Tak sia-sia usaha aku selama ni” Pelangi tersengih. Dia tumpang gembira dengan kebahagiaan Emma.
“Kau kalau nak macam ni jugak suruh la Leno lamar kau” Pelangi memandang ke arah Leno.
“Gila pe? Tak nak la aku rampas kebahagian orang” Pelangi mencebik.
“Kau tahu?” soal Emma hairan.
Of course la. Aku just tolong dia je. Jeles kan si Aisya tu. Dan sekarang dia orang bersama”  Pelangi tersenyum
“Habis tu Erwin?”
“Gigit jari la.” Pelangi ketawa.

Pelangi melumurkan kek ditangannya dimuka Awan. Awan turut melakukan perkara yang sama. Emma dah menarik tangan Pelangi. Begitu jugak dengan Awan. Bersusah payah Hafiz dan Amir menahan Awan.
“Boleh tak korang jangan gaduh aku ingatkan 2 minggu tak gaduh dah baik” marah Emma. Amboi Emma sempat lagi dia kira hari. Yelah siapa yang tak terkejut bila dalam masa 2 minggu kolej aman tanpa pergaduhan antara Awan dan Pelangi. Iaitu selepas mereka keluar dari hospital langsung tak ada pergaduhan antara mereka.
            Terkejut dia apabila melihat Awan dan Pelangi berlumuran kek. Tiada tanda-tanda pergaduhan tup tup dah baling kek.
“Aku tak puas hati” jerit Awan dan Pelangi serentak.
“Apa yang kau tak puas hatinya?” soal Hafiz hairan.
“Tak puas hati la” marah Awan
“Aku kawin kan jugak korang ni” Ammir geram. Sakit kepala dengan perangai sahabat nya yang sorang ni.
“Kawin la ada aku kesah” bidas Awan
“Euwwww!!!! Please la.” Pelangi mencebik.
“Apa euw euw kau ingat aku teringin nak kahwin dengan kau ke?” amuk Awan. Hafiz dah menepuk dahi
“Aku pun tak nak la”
“Kau ingat aku nak, dah la pendek, hodoh pulak tu. Tak masuk dalam  list aku ambik kau jadi bini aku”
“Eh kau ingat aku heran. Mulut macam  longkang busuk. Setakat kau aku tak  pandang la”
“Bukan sekarang kau tengah pandang kau ke?” Awan  sinis.
“Bla la kau” Amir, Hafiz dan Emma sudah pun melepaskan sahabat mereka. Dah tak larat dah.
“Aku cabar kau kahwin dengan aku” tegas Awan . Wajah Pelangi dipandang tajam.
“Kau gila” marah Pelangi.
“Win kau ingat kawin-kawin ni macam main pondok-pondok ke?” marah Leno.
“Aku nak tengok perempuan ni belagak sangat. Kalau kau berani sahut cabaran aku la weh” Kelihat Awan sedang menahan bengang. Pelangi dah memandang tajam wajah Awan. Benci. Dia pantang orang cabar dia.
“Kau ingat kau takut. Okey aku kawin degan kau” sahut Pelangi.
“Kila!!!” jerit Emma. Pelangi hanya buat tak dengar. Sekarang dia perlu buat perhitungan.
“Wait and see” bisik Leno kepada Aisya. Asyik memandang pelik ke arah Leno.
“Kenapa?” soal Aisya.
“Seronok tengok dia orang” Leno ketawa.
“Ish.apa pulak. Awak tolong la leraikan. Serba salah pulak saya. Kita tengok je dia orang tanpa buat apa-apa”
“Ala kita dijemput untuk memeriahkan majlis, bukan untuk masuk campur”
“Awak ni” Aisya geram.
“Okey kita kawin hujung bulan ni” putus Pelangi.
“Hujung bulan.” Jerit mereka serentak.
“Asal kau takut ke?” giliran Pelangi provok Awan. Awan diam.
“Okey fine. Hujung bulan ni” putus Awan. Mereka sudah pun tercengang dengan kata-kata Awan.

Keluarga Awan.
“Apa?” jerit Puan Mastura.
“Betul la Awan nak mama pinangkan Pelangi untuk orang hari ni jugak” desak Awan. Lagi cepat lagi baik. Dia tak akan mengalah dengan kau Pelangi.
“Bila masa korang bercinta ni? Setahu mama korang ni musuk tradisi”
“Perlu bercinta ke untuk mendirikan rumah tangga” terkedu Puan Mastura dengan kata-kata Awan.
“Ni cincin tanda. Ma pergi pinang dia malam ni jugak” desak Awan. Puan Mastura mengeluh apa kena dengan anak aku ni. Wayar putus ke?
Keluarga Pelangi
“Adik tahu tak apa yang  adik cakap ni?” Syafiq sudah pun mengerutkan dahi. Angin tak ada, ribut tak ada tuptup nak kahwin dengan Awan.
“Adik kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dibuat main” lembut Syafiq bersuara. Takut Pelangi bergurau.
“Bila pulak orang main-main. Orang tak kira orang nak mama pergi pinang Awan malam ni jugak.” Tegas Pelangi.  Terkejut Puan Elida dan Encik Husin dengan permintaan Pelangi. Syafq sudah pun mengeleng kepala.
“Demam adik tak elok lagi ni” putus Syafiq.
No orang tak kira, malam ni pinang kan Awan untuk adik” jerit Pelangi.
“Adik kenapa ni?” soal Encik Husin. Risau melihat Pelangi. Masakan  mahu bernikah dengan musuh sendiri. Sedangkan untuk berjumpa pun sudah haru inikan untuk bernikah.
“Adik pasti dengan keputusan adik?” soal Puan Elida.
“Pasti sepastinya”
“Baik la” putus Encik Husin.

@@@@@@
“Aku risau la, Sin” luah Encik Ramli.
“Entah la aku pun tak tahu apa yang dia orang tu fikirkan.” Keluh Encik Husin.
“Habis ni macam mana bang, nak ikutkan tak cakap budak-budak ni?” soal Puan Elida.
“Kalau nak bantah memang tak guna la. Macam la tak kenal Awan tu. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak selagi tu dia akan mendesak. Nanti dia boleh bawak Pelangi lari pulak kan.” Bukan dia tak kenal dengan perangai anak terunanya yang sorang tu. Keras kepalanya amat.
“Macam ni kita buat perjanjian. Walau apa pun yang terjadi nanti kita tetap kawan”  Puan Elida memgenggam erat tangan Puan Mastura. Dia tak nak nanti mereka bermusuhan bila ada sesuatu yang menimpa Awan dan Pelangi kelak.
“Awak ni Ida jangan la doakan bukan-bukan” tegur Encik Husin.
“Saya bukan apa, bang. Kita tak boleh jangka masa depan” terang Puan Elida.
“Aku janji Ida. Walau apa pun yang terjadi kita tetap akan berkawan selamanya.” Puan Mastura meyambut gengaman Puan Elida.

Proses memilih tema
“Aku nak tema warna hitam” putus Awan.
“Hitam kau gila ke itu untuk orang mati la” marah Pelangi. Mana pernah orang kawin buat warna hitam.
“Lain dari yang lain. Tak pernah orang buat tema hitam kita buat la” Awan tersengih.
“Kau jangan buat gila Awan”marah Pelangi.
“Ah tak nak. Merah jugak. Merah merah!” Jerit Pelangi. Akak yang dekat butik tu dah mengeleng dengan perangai budak berdua ni.
“Apa kata kita buat hitam dan merah” cadang akak tu atau lebih dikenali sebagai akak Mika.
Awan dan Pelangi terdiam. Lambat-lambat mereka berdua mengangguk. Selamat la ada akak Mika. Kalau tak dengan butik-butik bergegar kerana pertengkaran mereka. Tema done.
Tempat majlis.
“Kita buat kecik-kecilan” cadang Pelangi. Ditaman luar rumah Awan. Mereka berbincang. Secara jujurnya, majlis mereka meraka yang tentukan dari semua aspek. Mama dan papa mereka sikit pun tak masuk campur. Bukan tak restu tapi tak berani. Nanti takut berlaku masalah pulak. Biar mereka yang tentukan semuanya.
“Tak nak. Buat dekat hotel jugak” bangkang Awan.
“Kecik sudah”
“Nanti orang ingat kita kena tangkap basah pulak” protes Awan
“Biar la orang nak cakap apa pun majlis kita.”
“ Lagi pun kau nak ke dia orang cakap kau ni dah terlanjur dengan aku sebab tu kawin cepat. Yelah memang la kita tak buat benda tu. Sehari dua boleh la tahan lama-lama nanti macam mana. Nanti tak pasal-pasal kau jadi gila sebab mulut orang.” Panjang lebar Awan penjelasan Awan. Berharap yang Pelangi akan faham. Pelangi diam sejenak. Memikir baik buruk kata-kata Awan.
“Okey la, hotel” putus Pelangi. Apa yang dikatakan oleh Awan ada benarnya. Sehari dua boleh la dia tapis semua tuduhan. Akan datang macam mana pulak kan. Cadangan diterima. Awan tersenyum kemenangan. Dari jauh kedua belah keluarga sedang memerhati gelagat mereka.
“Elok pulak aku tengok budak berdua ni” Encik Husin bersuara. Hairan jugak tak pernah budak berdua tu duduk bersama dan berbincang.
“Aku musykil  ni aku dah nak mati ke mata aku rabun” giliran Encik Ramli meluahkan kata-kata.
“Abang ni apa pulak cakap macam tu” Puan Mastura mengeling ke arah suaminya.
“Dalam sepanjang anak-anak kita membesar. Ni la pertama kali saya tengok mereka boleh duduk baik-baik. Rasa macam nak nangis pun ada jugak ni” seloroh Encik Ramli. Kedengaran tawa dari mereka. Berharapkan kegembiraan anak-anaknya berkekalan.

“Kedekut” jerit Pelangi. Kakinya sudah menghentak-hentak dilantai.
“Bukan macam tu la princess. Benda ni kan kita dah ada. Baru je beli elok je terletak dalam peti ais tu” lembut Awan memujuk.
“Dah tak fresh dah. Nak yang baru” keras Pelangi. Awan dan mengaru kepala.
Prince boleh la…boleh la…boleh la…”rayu Pelangi tangan Awan dikoncang perlahan. Muka dah habis comel dia buat semata-mata nak pujuk Awan.
“Tak membazir ke?” soal Awan.
Nope. Nanti princess bagi la dekat mama”
“Okey la kalau macam tu” Awan mencuit dagu Pelangi. Alahai bini aku ni.
“Yess! Dapat aiskrim.” Pelangi menjerit kecil. Awan dah mengeleng kepala. Aiskrim mana la ada yang fresh yunk oit. Nak yang fresh kena la pergi kilang dia. Pelangi memeluk belakang Awan.
Prince la lelaki paling tak romantic dalam dunia ni” Pelangi tersenyum
Prince romantic dengan isteri je.” Awan tersenyum dia membalas pelukan Pelangi.
 “Prince hujan la..jom-jom” Pelangi menarik tangan Awan.
“Tak nak la nanti demam. Nanti tak pasal-pasal kita masuk hospital macam hari tu. Lagi pun prince tak nak kotorkan baju prince. Princess suka pijak lopak air. ” tolak Awan. Nanti kalau dua-dua demam macam mana bukan dia tak tahu kalau dah main hujan tu pasti demam.
“Ala bila lagi nak beromantika dengan prince kalau bukan sekarang” Pelangi membuat muka simpati.
“Banyak lagi cara nak lain selain main hujan ni princess” tangan Pelangi ditarik. Menghalang Pelangi dari merempuh hujan.
“Jom kita duduk kat bus stop tu” Awan menarik tangan Pelangi mengikut langkahnya. Niat nak beli aiskrim terbatal bila hujan mula mengila turun membasahi bumi. Pelangi melabuhkan kepalanya dibahu Awan.

“Serius aku tak paham macam mana korang boleh bertahan. Tak Nampak macam musuh tradisi seperti sebelum ni pun” luah Emma. Terkejut dia melihat pasangan dihadapannya ini. Serius romantic habis. Boleh siap bermanja-manja pulak depan mereka. Yang paling tak leh menahan nama panggilan princess and prince. Adeh aku yang mendengarnya pun dah nak termuntah. Over pulak!
Well Emma, ni la kami” Pelangi mengeyit mata ke arah Awan. Dia melentokkan kepala dilengan sasa Awan.
“Ish gedik la ku tengok. Aku lebih rela tengok korang bergaduh dari baik-baik” balas Emma.
“Amboi kau Emma mulut…dulu kau yang suruh kami berbaik ni nak suruh kami pisah pulak” marah Pelangi. Ada ke patut doa kan macam tu.
“Serius aku tak paham. Dulu tak boleh nampak bayang terus serang ni sekarang tak leh berenggang. Rimas aku tengok korang ni berpeluk-peluk.” Kebetulan Emma terserempak dengan Pelangi dan Awan di bus stop. Mula-mula tu ada la mengutuk sebab ingatkan budak-budak remaja yang duduk bercengkarama dikalayak umum. Al-maklum la sekarang ni muda belia ni bercinta dah macam suami isteri sebenar sudah. Tak ingat haram halal.
“Ada sebab kami musuh dulu kan, princess” Awan mengusap perlahan bahu Pelangi. Emma dah mencebik.
“Cerita la dengan aku Pelangi, Awan. Aku nak jugak dengar kisah percintaan hebat korang ni” pujuk Emma. Siapa yang tak teruja untuk mendengar love story orangkan. Lagi-lagi si musuh tradisi ini.
“Mana boleh bagi tahu rahsia kami” serantak Awan dan Pelangi bersuara.
“Lantak la korang dengan member sendiri pun nak kedekut” Emma menarik muncung. Pelangi dan Awan tersenyum. Biar la rahsia ini menjadi rahsia cinta si elemen.
Elemen air dimana tanpa air tak akan wujud Pelangi yang indah selepas hujan. Tanpa Awan tak akan wujud hujan yang menyinari Pelangi petang.

~17 tahun sebelum~
“Awak siapa nama ?” sapa seorang kanak-kanak lelaki tersebut. Pelangi yang sedang enak bermain anak patung menoleh.
“Pelangi Syakila” jawap Pelangi. Satu senyuman yang cukup manis dihadiahkan kepada budak lelaki itu.
“Sedapnya nama awak, nama saya Awan Erwin” Awan menghulurkan tangan tanda perkenalan.
“Jom main masak-masak dengan saya nak” pelawa Pelangi. Bersorak Pelangi melihat anggukan Awan.
“Awak bila dah besar nanti kita kawin betul-betul nak?” soal Awan. Dia masih ralit memegang anak patung milik Pelangi manakala Pelangi sedang bertungkus lumus bermain permainan yang terdapat disitu.
“Tak nak la” jawap Pelangi sarkastik.
“Kenapa? Saya suka dekat awak la” muka Awan dah sedih.
Pelangi diam masih leka bermain. Awan menarik permainan Pelangi. Tersentak Pelangi.
“Awak nak kawin dengan saya tak??” soal Awan sekali lagi.
“Tak nak!” jerit Pelangi.
“Kenapa?” mata Awan dah merah.
“Awak baik sangat” senafas Pelangi menjawap. Sebelum permaianan ditangan Awan ditarik balik.

Beberapa minit kemudian.
“Aku tak akan mengalah dengan kau” gadis kecil itu menarik rambut budak lelaki tersebut.
“Awak ingat saya pun nak mengalah dengan aw       k jugak ke?” mereka saling menarik rambut. Muka budak perempuan dan lelaki itu berkerut menahan sakit. Sebelum dua tangisan kuat bergabung menjadi satu.
“Ya Allah budak-budak ni” kedua ibu bapa kanak-kanak itu berlari mendapatkan anak mereka. Mereka terpaksa menarik tubuh anak-anak mereka.
“Pelangi tak baik gaduh” tegur si ibu gadis kecil.
“Awan tak baik pukul orang” marah si ibu teruna kecil itu.
“Dia mulakan dulu” serentak mereka bersuara sambil menuding jari antara satu sama lain. Ibu kedua-duanya menggeleng. Awan dan Pelangi berbalas senyum dalam diam.

Buat isteri tercinta
Cinta si elemen,
Mendungnya awan bukan sesuatu untuk ditangisi
Lebatnya hujan bukan sesuatu untuk di salahkan
Pelangi datang memberi cahaya
Cahaya cinta
Cahaya kebahagian
Cahaya kerinduan
Cinta si elemen,
Cinta tanpa batas
Cinta yang saling memerlukan
Bersatunya cinta
Kerana awan dan pelangi
By suami tercinta J


 ~the end~
maaf bebanyak *sambil tunduk kepala berulang kali*
cite kali agak kurang cikit...maaf-maaf .... *sebenarnya tengah cari idea baru*^_^
maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

 yang mana kurang tu boleh la bagi tahu aidan..nanti aidan try baiki...
terima kasih kerana sudi baca cerita aidan yang banyak kekurangan ni.
yang sudi tunggu cerita n terima kasih dan maaf kalau cite ni tak memuaskan hati...
tak terkata jasa kalian kerana sudi bace nukilan aidan.
P/S: kali ni mmg banyak kurang. maaf sekali lagi..^_^

6 ulasan:

Kk Zen berkata...

Not bad..ok pun hehe..
best juga citer ni..
rupanya dalam scene gaduh2 tu..awan dgn pelangi mmg dah pakat2 yaa hehe..comel..

o-ReN berkata...

tq..kk zen...
kerana baca nukilan yg tak seberapa dr aidan ini..
^_^

Tanpa Nama berkata...

Sweet jew cite nie......
Terbaek......

o-ReN berkata...

tanpa nama: tq sudi bce nukilan aidan y xseberapa ni,,,:D

Tanpa Nama berkata...

aduyai...lawak2...ngtkn sbb pe r dorg nih asyk gaduh upenye sbb baek sgt...hahaha..siyes x sangka cm tu...terbaekkkkk

o-ReN berkata...

tanpa nama: tq sudi bace...^_^