Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

4 Mei 2012

cErpEn ceRItA raKyAt



Pada zaman dulu, terdapat sebuah kerajaan yang mana rakyat nya terdiri daripada Katak Biru dan Katak Merah..

Katak Biru merupakan keturunan diraja manakala Katak Merah merupakan golongan rakyat biasa.. kehidupan katak-katak ni semua aman dan damai…
Raja dan pemaisuri hidup bahagia dan telah dikurniakan seekor putera Katak Biru yang cukup kacak....

Keadaan yang sama turut berlaku kepada golongan Katak Merah..
Disuatu pinggir kampung,terdapat sekeluarga Katak Merah yang hidup miskin..
Mereka telah dikurniakan seekor puteri Katak Merah…
Kedua-dua kelaurga itu dikurniakan anak setelah cukup lama menanti..
Hari demi hari, putera Katak Biru dan puteri Katak Merah semakin dewasa dan memiliki raut wajah yang mempersonakaan…

Pada suatu hari,putera Katak Biru keluar mengembara bersama hulubalangnya.
Tiba-tiba mereka tersesat didalam hutan yang kering-kontang. Mereka kehausan. Pada masa yang sama, puteri Katak Merah turut keluar mencari makan untuk keluarga nya..
Tiba disuatu tempat, puteri Katak Merah terkejut melihat kawasan hutan yang kering kontang…
..Lantas puteri Katak Merah menyanyi.. Puteri katak merah mempunyai satu kelebihan itu mampu memanggil hujan..

Pada ketika itu hujan turun dengan lebat dan menyuburkan kawasan hutan yang kering-kontang tersebut..putera Katak Biru terkejut melihat situasi tersebut..putera Katak Biru telah terpesona dengan suara merdu milik puteri Katak Merah...Maka,putera katak Biru telah jatuh cinta dengan puteri Katak Merah..putera Katak Biru telah berjanji untuk berkahwin setelah meminta Izin dari ayahanda dan bonda putera Katak Biru..
Namun, ayahanda dan bonda katak biru menentang hebat kerana perbezaan taraf antara mereka…
Raja telah mengarahkan perintah berkurung untuk putera Katak Biru..keadaan yang sama turut berlaku keatas puteri Katak Merah..ibu bapa nya tidak menerima mereka berdua kerana perbezaan taraf..rakyat miskin tidak layak untuk bersaing dengan keturunan raja…namun cinta yang kuat telah membawa keatas perlarian mereka.mereka telah membina hidup baru disatu kawasan yang jauh dari kedua ibubapanya..
Akhirnya raja dan permasuri terpaksa akur untuk menerima keputusan putera biru begitu la sebaliknya yang berlaku kepada keluarga Katak Merah..Meraka tahu perbezaan taraf hanya memisahkan mereka dengan anak-anak mereka dan telah mencipta jurang antara rakyat dan golongan kerabat..
Beberapa purnama Katak Biru dan merah telah dikurniakan beberapa pasang anak..Anak mereka berwarna hijau atas campuran warna biru dan merah..Meraka juga mempunyai kelebihan Katak Merah iaitu mampu memanggil hujan…
THE END

“Ok anak-anak mama,apa yang kalian faham dengan cerita ni?”soal Aiza. Pandangannya jatuh kepada anak-anak kembarnya, Qaizer dan Qairina.. dia tersenyum melihat anak-anak nya mengeleng..
“Iz yang petah berdebat tak nak tanya apa-apa ke?”anak kecil yang berusia 7 tahun dipandang dengan kasih..
“Mama ini cite dongeng je kan?, setahu Iz kan mama mana ada katak kawin jadi warna hijau”petahnya membangkang setiap kata-kata mamanya..
“Yap memang cerita dongeng sahaja..”dia tersenyum…
“kenapa mama suka cerita benda yang tak logic?”bidasnya lagi..
“Rina tak nak tanya apa-apa ke?”anak mata nya memandang tepat kepada anak manisnya dengan senyuman…
“Rina suka dengar mama cerita. Setiap cerita mama ada pengajaran..tapi Rina tak tahu la mama nak cakap apa sebenarnya..”lancar dia menutur..dia melihat wajah masam Qaizer..merajuk kerana mamanya tidak membalas setiap patah katanya..
“Iz, siapa papa Iz?”soal Aiza.
“Yang Mulia Raja Fatir Falak Bin Raja Umar, pemerintah Negara Sentosa yang ke-10”ujarnya bangga
“nama mama pulak?”soalnya lagi
“Aiza Qalisya Binti Razak, pemaisuri negara sentosa”
“ada beza tak nama mama dengan papa?”Aiza masih tersenyum..
“ada”
“apa bezanya?”
“papa ada raja,mama tak ada raja”
“Good boy”
“sekarang mama nak Rina bagitahu mama, apa yang Rina tahu pasal mama”
“Mama rakyat biasa,papa pemerintah Negera Sentosa”ujar Qairina
“good girl Puteri Qairina”
“apa kaitan cerita ni dengan mama dan papa?”soal Qaizer
“Mama dan papa dari keluarga yang beza..atuk wali dan nenek rakyat biasa..nenda dari keturunana raja sama macam katak biru dan merah”
“Mama dan papa tak pernah ajar anak-anak mama jadi selfish apatah lagi  dengan  pangkat yang kalian ada..Iz jangan pernah nak bezakan kawan-kawan dekat sekolah melalui taraf…mama tak suka…seorang bakal pewaris perlu ada nilai-nilai murni dalam diri sendiri…bukan bermegah dengan apa yang ada…”lembut Aiza bersuara..kepala Qaizer diusap lembut…Qaizer terdiam cuba memproses setiap bait-bait kata mamanya…
“anak mama ni pandai,selalu belajar untuk tambahkan ilmu pengetahuan tapi mama nak Iz belajar juga ilmu kehidupan…bukan nya mengadap buku dan bermegah dengan apa yang ada”pesannya..anaknya yang sorang ni terlalu mengejar kesempurnaan sehingga lupa diri…
“Mama cakap ni bukan untuk abang je tapi Rina jugak..Mama tak nak Rina terlalu menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada sekarang..tu semua tak kekal sayang”pesan aiza.
“ingat sayang warna kulit bukan la Sesuatu yang perlu dibezakan…kita duduk dalam satu Negara yang sama..malah kamu memegang amanah untuk mentakbir Negara akan datang dengan adil dan saksama..macam mana papa dan mama nak percayakan anak-anak mama ni boleh mentakbir Negara akan datang kalau dekat sekolah pun masih memilih ntuk berkawan”dahi Qaizer dan Qairina di cium kasih..kasih dan sayang nya sudah pun diserahkan sepenuhnya kepada anak-anak nya…dia mendepakan tanganya…
Berlari Qaizer dan Qairina kedalam dakapan mamanya…
“sayang mama, lepas ni Iz dan Rina akan ubah sikap”beriya Qaizer meyakinkan mamanya..Qairina disebelah mengangguk.bersetuju dengan kata-kata abangnya…
“Good boy and girl..ni yang buat mama sayang ketat-ketat anak mama ni..”hidung qiazer dan Qairina dicuit..mereka tersenyum..
“sayang mama jugak”serentak mereka bersuara..satu ciuman singgah dipipi Aiza..hasil nukilan Qaizer dan Qairina..
“kalau sayang mama pergi mandi cepat”arah Aiza…berlari Qaizer dan Qairina masuk bilik masing-masing…
Anak-anaknya itu lah nyawa dan harta yang paling berharga dalam hidupnya..
“Papa pun sayang mama”satu pelukan dari arah belakang membuatkan Aiza tersentak…
“yeke papa,sayang mama?”Aiza berpaling wajahnya menghampiri  wajah suaminya…
“mesti la sayang,mama kan katak merah papa”Fatir mencubit pipi Aiza..
“amboi,papa samakan mama dengan katak merah ye?”
“katak merah katak biru,bila bertemu cinta bersatu halangan dan dugaan ditempuh perlahan mncapai kebahagian dihujung cerita..”pipi Aiza dicium…
“katak biru katak merah,cinta dan pangkat bukan penghalang untuk kita bahagia..”satu ciuman mendarat dipipi Fatir.
“pandai sayang goda abang ya”Fatir senyum sumbing
“sayang belajar dari abang la”dia membalas….
"sayang hujan la,sayang panggil hujan ye"sakat Fatir apabila melihat hujan telah pun membasahkan bumi Sentosa...Aiza menyiku perut Fatir..dia menarik muncung.
@@@
Sekian…cerita ni dogeng semata-mata….menghabiskan masa lapang..tak ada kaitan antara yang hidup atau pun yang ‘tak ada’…
Cite ni hanya hiburan semata-mata…
Maaf la kalau ada salah silap dalam menyusun kata-kata….kekurangan ni datangnya dari diri ini..
Selamat menbaca…>_<
Kalau ada yang tak puas hati ke?or yang sama waktu dengan nya..jangan la segan-segan bagi taw…. J

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita yang cute....

o-ReN berkata...

terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca....:D

ZiErWa zAiNaL berkata...

tergelak bce. best2..

o-ReN berkata...

tq...tak ada kerja cri kerja...jadi la cite merepek ni...:D

anis farzana berkata...

mana ada merepek...sangat kreatif la oren..tak pernag terpikir lak katak biru katak merah nie..haha..betulah kreatif. cerita pun santai ja. Best. :D

o-ReN berkata...

terima kasih anis farzana...cite ni mula2 oren bt utk diam kan adik2 oren yg lasak sngt...tak sangka pulak terjadi cerpen...^_~

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ berkata...

crite awk sempoi tau ... ringan je plot die .. byk imaginasi awk ni bena .. hehe

awk, crieta miss well behave tu sy tak siap lagi bena , xtau cmne boleh terpublish pulak .. hehee

o-ReN berkata...

heheh...mungkin kot...kuat imaginasi...oh patut la ada sikit je....^_^

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ berkata...

awk kuat imaginasi ... boleh prgi jauh ni .... :D sye sokong ..

o-ReN berkata...

trimas ... tak nak la pergi jauh2 nanti sesat..heheheeh....
rase2 nye ni pun dah cukup kot....^_^

Nas berkata...

Hehehe..baru menjenguk cerita ini..hehe.sweet aje katak merah+ katak biru= katak hijau.. boleh cerita kt ank2 nnti *bajet dh kwin..hehe..go cik oren go :D

o-ReN berkata...

boleh je...nnt jgn lupa cite kat anak2....:D