Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

30 April 2012

CINTA YANG DIUGUT....








Mata aku dah bersinar-sinar tengok mini gerai warna-warni di MC (Malacca Central)..Kaki yang tak bermaya tadi terus bertenaga bila tengok gerai tu.Aiyai kaki, kau pun ada test jugak erk.
“Abang nak dua coolblog cholcate + pearl banyak-banyak”oder aku..Abang tu dah senyum kat aku.Tarikan pelanggan la katanya…
“Okey siap”duit dan coolblog bertukar tangan…
Blur….!!!
Belum sempat aku berpaling seorang budak langgar aku. Habis baju aku yang warna putih uh kene air cholate coolblog tu. Aku pandang je. Nak marah tak sampai hati. Budak la kata kan apa la yang dia tahu.
“Maaf dik, anak akak ni degil sangat..Aduh apa nak buat ni”mak budak tu dah siap lap-lap baju aku..
“Tak apa la kak bukan rezeki saya”aku menahan dia dari terus lap baju aku.
“Habis baju adik”suara tu kendur.
“Fahmi, Adib!!Mama dah cakap kan jangan  lari-lari kan dah habis kotor baju akak ni”marah mak budak tu dekat anak nya.
“Ish jangan la marah diorang kak, diorang  tak perasan kot. Salah saya jugak tak mengelak tadi” Aku senyum. Malas nak bising-bising aku ni memang susah nak bersuara sikit.
“Akak ganti air adik erk”pelawanya. Aku menggeleng. Tak nak susahkan dia sebenarnya…
“Tak pe kak,betul saya tak kesah…” Aku cuba yakin kan dia…
“Betul ni? tak nak akak bayar ganti rugi…baju adik ni dah tak macam baju dah ni”aku pandang baju aku. Aik. Memang teruk pun.
“Saya ada baju spare kak,jangan risau” ujar aku…lantas aku duduk mencangkung dekat budak nama Fahmi dan Adib uh..muka dah macam nak nagis sebab kene marah dekat mama dia…
“Akak minta maaf ,sebab akak Fahmi dan Adib kene marah ” Aku senyum. Aku keluarkan sesuatu dari poket aku. 
Keychain gambar coolblog aku keluarkan  bagi mereka.
“Tanda maaf akak” aku sengih. Keychain coolblog kesayangan aku. Memang aku tempah khas. Maklum la aku gila coolblog.

Aku terduduk lemah dikerusi ruang menunggu. Selamat aku bawa sweater. Coolblog tak rasa, baju kotor, keychain kesayangan dah tak ada. Dia mengeluh.
“Ish tak baik mengeluh”tegur satu suara.. Nak melompat aku dengar suara garau tersebut. Aku ingatkan tak ada orang dekat sebelah.
Aku pandang dia. Dia hanya senyum. Aku tengok kiri kanan kot-kot dia tegur orang lain pulak. Tak ada la malu aku nanti..
“Saya cakap dengan awak la” aku pandang dia dengan tanda soal. Aku kenal dia ke?
“Awak tak kenal saya.. Tapi saya kenal awak” erkkk….apa kes ni….?
“Maaf” Aku terus capai beg dan berlalu. Takut aku. Entah penjenayah mana entah.
“Kasih Atyra” langkah aku terhenti…di…a…dia tahu nama aku????Takut….!!!! jerit hati aku.
Terus aku cepatkan langkah.
Teksi aku tahan.

Badan aku terus campak atas dikatil..seram. Tak sangka-sangka terjumpa mamat dekat MC (Melaka central) hari tu.
Entah apa silapnya. Sewaktu tengah menjamu selera dekat MCD dia datang menghampiri. Terus dia tarik tangan aku. Apa kes ni!!!
“Duduk dulu nak cakap,sikit…”ujarnya. Aku nak siap-siap nak larikan diri…
Aku teragak-agak…
“Saya nak bincang hal penting dengan awak ni” Aku masih berdiri tengok dia. Aku tak kenal kau la!! Suara itu hanya jerit dalam hati je.
“Kasih Atyra Binti Rusdi” suara itu bergetar.

Entah kenapa aku turutkan kata-katanya. Dah ada macam daya penarik.
“Awak siapa??Macam mana tahu nama saya??Awak nak apa?? kita kenal ke?” soal aku bertalu. Dia ketawa kecil. Aku buat lawak ke? aku bingung.
“Awak ni kalu dah bercakap macam peluru berpandu. Bila dia diam sebijik macam orang bisu."

Cittt!!!dia kutuk aku. Aku pandang tempat lain. Tak nak pandang muka dia
“Saya rasa awak mesti tak penah tengok muka saya. Saya perasan awak tak pernah nak tengok muka walaupun dalam 2 saat…” Aku diam. Memang aku tak suka pandang muka orang segan. Aku cam dia pun sebab suara dia.
“Cuba awak pandang muka saya ni..pandang betul-betul..” dia dah tarik dagu aku menghala muka dia…aku pejam mata…malas!!!
“Tak teringin ke nak tengok wajah bakal suami awak ni…” mata aku terus terbuka…serius. Tangan dia yang dekat muka aku dilepaskan. Dia tersenyum…erk…??? dia mampu buat aku pandang dia lebih dari 2 saat..
“Camne??”soalnya. Aku mengeleng. Dia mengeluh.
@@@@@
Bunyi mesej masuk sedarkan aku dari ingatan tentang lelaki bernama Faizal Iman..
‘Jumpa waktu akad nikah ni’ aku terus baling handset itu ke katil…
Benci!!!!aku lari Melaka ni sebab nak elak dari jumpa dia. Ingat bila lari dari rumah mama dan papa putuskan pertunangan dia dengan lelaki itu. Tapi sangkaan nya meleset ‘tunangan’ dia tu siap datang cari dan yang paling dia benci bila lelaki itu ugutnya…

Kalu aku tahu la dia boleh cari aku aku lari terus ke brunei. Biar dia tak dapat cari aku. Rungut Atyra…
@@@@
“Dah puas lari rumah” sindir mama bila aku sampai rumah pagi tu. Belum pun panas punggung aku mama dah ajak ‘bergurau’ dengan aku..
“Mama orang dah balik la” rengek aku. Aku ni memang manja sikit dengan Puan Zainon. Siapa lagi kalu bukan mama tercinta aku ni. Bahunya aku peluk dari belakang.
“Suka kan bagi mama risau” marah mama
“Mama la paksa-paksa orang siapa suruh”
“Mama buat ni untuk kebaikan kamu”
“Orang muda lagi”
“24 tahun bukan tiket kamu masih muda lagi”tegas mama. Aku tarik muncung. Bila cakap dengan mama susah nak kalah.
“Apa yang faizal cakap sampai kamu balik umah ni tak sampai seminggu?” soal mama..mood aku hilang bila dengar nama tu…Spoil mood cuti aku betul la mamat tu…
“Dia cakap kalu Tyra tak balik secepat mungkin akan buatkan orang kahwin dengan dia dalam masa kurang 24 jam..lepas tu dia nak bawak lari orang kahwin Thailand”
“Habis tu kenapa kamu tak lari tempat lain pulak?”aik mama ni perli pe…?
“Papa dah sekat card kredit orang la”adu aku. Plan aku untuk lari tempat lain tu memang ada tapi bila nak guna kad kredit dekat airport tiba-tiba kene sekat. Adoi papa ini selamat la aku masih ada duit dalam tangan.
“Ma, orang tak nak kahwin dengan mamat uh. Orang tak kenal pun dia”rengek aku…muda lagi kot…tak puas melancong…
“Tak kenal apa nya dia tu kan jiran kita…sebelah rumah je” ehh??? sebelah rumah…???kenapa aku tak pernah Nampak dan jumpa….?? macam mana kau nak Nampak bila tak pernah nak ambik tahu hal sekeliling….hatinya berbicara sendiri..
“Tipu la”balas aku was-was..tak kan la kot. Mak Cik Normah tu aku kenal sangat. Dia tak ada anak pun. Bila masa dia pergi buat anak??? erk???apa yang aku merapu ni…

Ak…u….a…ku…..aku….ish aku dah tak tahan la macam ni….
Pap!!!meja di restoran tersebut aku tepuk…
“Saya tak nak kahwin dengan awak!!!”jerit aku..lepaskan geram…muka lelaki itu masih sarkastik…
Faizal tarik senyum…bala apa pulak ni….
“Tapi saya nak” Faizal ketawa kecil..lucu dengan mimik muka aytra..
Aku dah kehabisan kata-kata. Sah mamat ni tak betul. Aku kenal pun tak dia ni.Tiba-tiba nak kahwin dengan aku…
“Mmmmmmmmmmmmm”hanya itu je yang boleh keluar dari mulut…
“Kehabisan kata-kata?”sindir dia. Aku memeluk tubuh. Sindir aku la tu. Nak buat macam mana aku ni memang susah nak cakap banyak dengan orang yang aku kurang kenal…
“So majlis kita jadi la ye…?” Aku benci!! Aku Nampak dia senyum sinis kat aku. Walaupun tak pandang muka dia…

Macam mana aku nak cakap dengan mamat tak paham bahasa ni erk. fikir..fikir..fikir. Jari-jari runcingnya sudah mengetuk perlahan kepalanya..
“Tak payah nak fikir lebih-lebih…awak dan saya tetap akan kawin….”Faizal mencantumkan jari kedua-dua telunju nya. 
Isyarat bersama. Aku dah tak tahu nak cakap apa dah. Terus aku capai beg  tangan pergi dari situ…semak je….
“Jangan lupa bulan depan majlis kita.”laung nya…adoi mamat ni buat malu aku je la…..biasanya kalau bab-bab kahwin ni perempuan excited..ni dah terbalik….suka hati kau la jang…hahahaha

@@@@@

Pintu pejabat papa aku tolak dengan cepat.
“Papa batalkan pertunangan orang dan pakej perkahwinan tu sekali…tak nak”luah aku satu nafas bila menapak bilik papa..
“KASIH ATYRA..terkejut papa” papa aku tergamang akibat terkejut dengan kemunculan aku tiba-tiba..dah macam nampak hantu pulak…aku tersengih….lupa nak bagi salam..maklum la tengah berkobar-kobar nak putus kan majlis gilang gemilang aku tu…
“Okey” okey kali ni aku dah terkejut….
“Tapi…”sambung papa…sekarang tak terkejut…
“Bagi papa 10 alasan berserta sebab yang musabah…”
“La papa kenapa tak mintak 20 je kan senang”perli aku..main-main alasan pulak papa aku ni…
“Okey kalau macam tu bagi papa 20”erk….papa aku main-main je la tadi…Adoi hai
Encik Rusdi ketawa kecil…Lucu melihat riak terkejut anak perempuannya itu…
“Seronok apa kahwin”papa nak main serangan psikologi ni….Kasih Atyra jangan pandang muka papa…Pandang tempat lain..
“Papa jom makan”aku sengih…Sah dah macam kerang busuk…
“Nak ngelat la tu….” Aku ketawa kecil melihat jelingan papa….

Aku duduk berehat dari di balkoni….Pandangan mata aku jatuh kearah rumah sebelah….Kahwin dengan jiran….??? Jimat bajet sikit, nanti senang nak balik rumah kot-kot nanti aku merajuk dengan laki aku nanti…Tak payah la nak punggah semua barang…
Ish!!!!apa yang aku fikir ni….dah dah pergi main jauh…Atyra cuba menghalau bayangannya sebentar tadi….
‘Tyra malas, sombong, kadang-kadang tu keras kepala, suka melawan dan yang paling penting suka lari rumah…’papa ketawa kecil
‘Pasti ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik dengan anak papa ni, lagi pun dia mintak dengan cara baik..sebelum papa terima dia papa dah buat ujian dah,nak tahu sama ada pass ke tak jadi menantu papa dan mama nanti, papa nampak kesungguhan dia untuk menjadikan Tyra yang halal untuk dia’ kata-kata papa teringang-ingang di minda ku…
Sekali lagi mata aku jatuh kearah rumah sebelah..

Tup..!!! terkejut aku melihat Faizal Iman melambai-lambai dari bawah….
Sebelahnya aku tengok Amar duk bertenggek…
Apa pulak budak kecik tu buat dekat rumah musuh aku…Aku lancarkan perang dengan dia…Dia musuh aku!!!
Ops lupa pulak Amar tu adik bongsu aku…dia tu umor 15 tahun…Dah besar pun…Okey stop pasal latar belakang mereka.. Aku masih ralit tengok Amar dan faizal bergabung tenaga… Gaya mereka dah macam ada projek besar je…

Aku menepuk dahi…Lorh main layang-layang rupanya…Aku ketawa kecil kejap-kejap Amar lari, maklum la nak naik kan layang-layang tu ke langit…
Aku tersenyum akhirnya mereka berjaya menaikkan layang-layang tersebut terbang dilangit…Bersorak mereka…Nampaknya amar memang serasi dengan musuh aku tu sekali tengok dah macam keluarga bahagia…Wah bestnya kalau keluarga aku nanti riuh macam tu…Ada aku, Faizal dan anak kami nanti….

Pap!!sekali lagi aku tepuk dahi aku.. Apa la yang aku melalut fikir ni….
“Kasih Atyra!!!!pandang atas” Terkejut aku dengar jeritan jiran ‘tercinta’ aku tu…
Nak tak nak terpaksa la aku pandang atas…Terpaksa ke…? hehehe…rela hati sebenarnya…
Apa yang ada dekat atas…Berlegar mata aku pandang langit….
Tergamang, terpaku, terkedu dan segala ‘ter’ la….baru aku perasaan ada something dekat layang-layang tu..
Aku tengok dia balik….Dia senyum…kali ni aku kene penyakit ‘ter’ lagi..terkedu,Ctergamang, terpegun dan ‘ter’ lagi la….tak pernah aku tengok dia senyum yang aku boleh kategorikan paling manis+goda+cantik+ikhlas…..

Ops!!!aku dah tangkap cinta ke ni??? Jangan la….
Tak akan pernah mencintai yang lain seperti mana mencintai dirimu….’perhhhh!!!!ayat tak leh bla…
Serentak dengan itu aku nampak ada banyak burung merpati terbang..Ada la dalam 5 ekor….5 ekor banyak apa….macam taw-taw je aku suka burung merparti…
Bunyi helipkopter mainan ,buatkan aku menoleh…Betul-betul helipkopter tu mendarat di atas meja dekat balkoni yang aku duduk ni…Aku angkat heli tersebut..aku pandang bawah..Nampak Faizal  dan Amar melampai-lampai..

Ada sepucuk surat dan sebentuk cincin dekat bawah heli tersebut….
Aku ambik surat tu..mana la taw…surat mintak putus tunang…heheheehhe…
Kehadapan Kasih Atyra tunang kesayangan ku…
Cit tunang kesayang la sangat..
Berdiri nye aku disini ingin memohon kepada mu sesuatu perkara..
Berdiri la sangat…
Berikan la cinta mu kepada ku..hati dan cinta ku sudah pun selamat aku berikan kepada mu..
Porah!!!ayat bunga-bunga mamat ni tak padan dengan kaki ugut…
Ingat kasih aytra kalau awak tak bagi hati awak kat saya,saya akan operate ambik hati awak
Kan aku dah cakap dia ni kaki ugut peringkat kebangsaan!!!!menci!!!!!!
Awak jodoh ALLAH SWT yang telah titipkan untuk saya…saya yakin dan 110% yakin.3 hari 3malam saya buat solat istikarah dan alhamdulilah pilihan saya telah buat..dah saya pilih awak…atas izin ALLAH SWT..
Asal tak 200% je…Aku tersenyum..Surat tersebut aku lipat..Cincin yang diberi aku sematkan dimanis aku..Sebenarnya aku pun dah pilih dia…Atas izin ALLAH SWT aku pilih dia…

Air laut pantai puteri berlumba-lumba menyentuh aku..Nyaman sekali…
Pelukan dari belakang aku biarkan…Aku dah taw saya yang peluk…Siapa lagi kalau suami tercinta aku Faizal Iman….
“Abang ada surpise untuk sayang” bisik dia ditelinga aku…
“Surpise??? bunyi macam tak menarik je….” aku senyum…
Pipi aku dicium kuat olehnye..Tanda dia marah…
“Pandang laut sayang. Pandang sampai laut tu boleh terbang…” aku hanya menurut.
Ditengah laut aku nampak satu banner yang ditarik oleh 2 jet ski.satu kanan satu kiri…
‘saya cintakan isteri saya’aku tergelak…kelakar la suami aku ni….tapi aku bahagia…
Korang nak tahu macam mana suami aku ni boleh giler bayang dengan aku….Cerita dia macam ni…

Flash back

Pagi ni aku terpaksa bangun awal..Al-maklum la ada temuduga….
Banggunan 20 tingkat didepan ni aku masuk…
Dengan langkah bismillah aku mulakan…kaunter pertanyaan aku tuju…
“Temuduga setiausaha” ujar aku kepada penyambut tetamu..
“Cik Kasih Atyra selamat datang,sila naik ke tingkat 10”ujarnya…Dia tahu nama aku sebab aku bagi surat temuduga dekat dia..Kot-kot nanti dia cakap aku ni tipu dia pulak..
Aku tunggu dekat depan lif….Tingkat sepuluh kot..Tak nak aku naik tangga deh…Mula tu aku sorang je tengah tunggu tak sampai 1 minit berpuluh-puluh orang duk tunggu lif sekali dengan aku….
Aku apa lagi terus la pusing nak naik tangga.Tak suka la ramai-ramai…belum pun sempat aku nak naik tangga aku nampak ada orang duduk dekat anak tangga nampak macam tengah tenat je…
“Encik ok?”soal aku….aku tengok dia tekan perut dia…
“Encik sakit perut ye…?”teka aku..aku nampak badan dia dah berpeluh….
“Gastirk” suara tu tenggelam timbul…
Oh gastric..aku lantas raba handbeg aku..Roti gardenia dan sandwich aku keluarkan…aku bagi dia…beg aku ni poket doremon sikit…
“Makan”aku terus keluar cari air mineral untuknya..

1 minit kemudian…

Aku kembali ke arah tangga…Aku tengok dia tak usik pun aku punya makanan…air aku letak kan disebelah roti dan sandwich..
“Encik makan la…nanti sakit encik makan teruk…kalau encik segan nak terima apa kata encik bayar je…tapi encik bayar la kemudian sebab saya dah lewat ni…saya nak pergi temuduga dekat tingkat 10 ni..penat saya nak mendaki nanti….encik ingat kalu saya dapat berita dekat newspaper yang 'seorang lelaki K.O sebab gastric telampau ditangga dijumpai’  siap  encik..Nanti mayat encik saya bagi rimau makan…biar dia makan daging encik yang tak ada zat ni”ujar aku sebelum berlari mendaki tangga…
~end of flashback ~

Tu la al-kisah aku jumpa dengan laki aku ni….aku pun tak perasan dia sebab aku ni jenis tak pandang muka orang…dan untuk pengetahuan korang aku tak dapat pun kerja tu sebab aku lewat….nasib baik la papa dan mama aku tak bising..Diorang siap cakap dengan aku tak payah kerja….rupanya-rupa ada sebab musibab nye dia tak bagi aku kerja..Haila   parents aku ni….
Tapi bila dipikir balik aku yang mulakan ugut mengugut ni…Adoi ai selamat tak segugut..hahahaha….

Cinta yang diugut akhirnya bahagia…tiada istilah cinta yang diugut lagi…..tapi cinta yang diberi..Hakhakhak…
“Abang belajar ugut ni dari sayang” aku tersenyum bahagia mendengar kata-kata tersebut…
Sekian…


P/s: seperti biasa ni adalah sekadar nukilan yang tak seberapa….untuk meluangkan masa yang agak terbuang maka hasil la cerita yang tak logic ni…
Mohon maaf kalau cerita ni tak logic….cerita pendek dari saya….
Saya tak pandai menghasilkan penpen( cerPEN PENdek) ni….masih nak belajar….
Kalau ada yang tak puas hati sila la komen…..mana tahu saya boleh baiki, baiki dan baiki lagi…>_<
Saya budak masih belajar..
Salam sayang dari saya tuan tanah kedaung ni…

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best!!

o-ReN berkata...

trimas sudi baca....!!!^_^

addin adila berkata...

sama2 kasih kakak ku sayang....

ArifahLee's berkata...

Sweet masa part heli ngan jet ski tu :)

o-ReN berkata...

Arifahlee: ^_^

Nur Faizah berkata...

Best