Zone OREN CIK AID
Jangan noti-noti....
SELAMAT DATANG

p/s: karya saya tak best mana pun...no kopi n pasta taw!
Menulis Bila rajin....Mengedit bila malas....Melakar bila ada Idea..

#bercuti dipulau oren....

Followers

22 April 2012

Abang!!! I love You!! part 3






@@@@@@@@@@@@
Bunyi sudu berlaga diruang makan menjadi  musik mereka sekeluarga…
Vania curi-curi pandang kearah Vicky yang berada dihadapannya..leka menjamah makanan…dia memandang sekilas kearah papanya,Encik Ahmad Riqki dan mamanya, Puan Sohara yang berada disebelah…sebelum kembali memandang wajah Vicky..cuba melepaskan rindu yang semakin hari semakin bercambah dalam dirinya..dia tahu perasaan itu tidak harus wujud dalam dirinya…aku dan dia ada pertalian..tegas hati Vania..
“Abang ingat nak sambung belajar dekat Australia..”suara Vicky memecah ruang makan..
Vania tersentak…sambung belajar??Australia???
“Bila abang nak bertolak?”soal Enck Ahmad Riqzi tenang…sikit pun tak terkejut. Begitu juga dengan Puan Sohara masih leka menjamah makanan.berbeza dengan Vania yang memaparkan riak terkejut..
“Akhir bulan ni”
“Semua dah sedia ke?”
“Sudah..tunggu masa nak pergi je”Vicky  tenang
“Apa semua???kenapa kenapa tiba-tiba nak pergi Australia??Nape nia tak tahu?”soal Vania bertalu-talu..Hilang selera makannya mendengar berita tersebut…
“Saja nak buat surprise”ujar Vicky sambil tersenyum…
“Nia tak setuju!!abang tak boleh pergi”tempik Vania sebelum berlalu…
Puan Sohara yang sedang makan terkejut dengan tempikan Vania..dia mengurut dadanya perlahan..
“Ish Nia ni suka betul la menjerit”rungutnya…
“Nanti abang pujuk adik, abang kan rapat dengan adik…abang tahu kan apa nak buat?”soal Encik Ahmad Roqzi tenang..dia tahu apa yang sedang bergolak dihati Vania..Vicky hanya mengangguk perlahan…
@@@@
Vania menghempas kuat pintu biliknya..geram dengan abang nya…membuat keputusan tanpa memberitahunya…
Badannya terus dihempaskan dikatil..bantal diambil..mukanya ditekupkan dengan bantal..
Bunyi pintu diselak dari luar sikit pun tak menganggu nya…
“Nia”Vicky mengambil tempat disebelah Vania…
“Abang tahu nia marahkan abang kan”Vicky bersuara perlahan..
“Tahu pun abang…abang suka kan sakit kan hati nia”serentak dengan itu Vania sudah bangun dari baringannya…
“Nia tahukan abang suka fotografi..”ujar Vicky lembut.seolah-olah memujuk..
“Tapi dekat Malaysia ni kan banyak kolej yang menawarkan khusus ni..tak payah la pergi,nanti nia tinggal sorang-sorang dekat sini”rengek Vania…
“Nia itu impian abang, impian yang datang dari orang yang paling abang sayang dalam dunia ni”serius wajah Vicky..Vania menarik muncung…abang dah ada orang tersayang selain dirinya…
“Siapa?”soal Vania curiga..
“Suatu hari nanti nia tahu siapa”Vicky tersenyum…
“Sekarang la?”desak Vania
“Nope?bila tiba masa nya abang bagi tahu”
“Ala…abang dah tak sayang nia”
“Siapa cakap?abang tak sayang nia..Nia la yang paling utama dihati abang.tak ada ganti nya”terang Vicky..Vania tersenyum..terharu mendengar kata-kata abangnya…
“Tapi satu je yang abang minta dah merayu pada nia”nada Vicky seolah-olah merayu..
“Apa?”
“Abang harap nia cuba hapuskan perasan nia pada abang..Perasaan itu tak patut wujud dan susah untuk bersambung...Nia adik abang dan abang adalah abang nia..Tiada siapa yang boleh ubah keyataan itu..”tegas Vicky..dia terkedu..
@@@@@
Berlari Vania mendapatkan Adam sebaik melihat kelibat lelaki tersebut…
“Adam”jerit Vania…adam tersentak apabila mendengar seseorang memanggil namanya…
Terkaku Adam apabila melihat Vania berlari kearahnya.
“Adam nak ubat”tercungap-cungap Vania akibat baru lepas berlari..Puas dia mencari adam..Sebelum ni hanya adam yang akan mencarinya..dan agak susah untuk mencari lelaki itu kerana dia tak tahu apa-apa pun pasal lelaki itu yang dia tahu adam kawan Vicky dan ahli kelab fotografi..tak sangka ramai jugak orang bernama Adam dikolej ini…dia terpaksa berjumpa dengan adam lain dulu sebelum menjumpa adamnya…adamnya????Lain macam je bunyinya…ah abaikan janji dia dah jumpa adam yang satu ni…
“Hah??”Adam tercengang..ubat??Vania sakit ke? Ya Allah kenapa aku tak tahu pun…wajahnya kendur..
“Nia sakit apa??mari adam hantarkan ke hospital”ujarnya sambil menarik tangan Vania…
“Eh..eh adam kejap-kejap”pantas Vania menyekat langkah adam…
“Nia bukan nak ubat hospital…nia nak ubat adam”semakin berkerut dahi adam
“Cuba nia cakap betul-betul..adam tak paham la….”
Vania mengeluarkan botol yang sederhana kecil kepada adam..
“Ubat dah habis”Vania tersenyum...first time tengok side lain dalam diri Adam kalau sebelum ni asyik cool je….hari ni Nampak blur-blur…ehehehehh
Adam menarik senyum…baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Vania…
“Cepatnya habis…baru seminggu kot..parah betul sakit nia ye….200 pil habis dalam masa seminggu…”
“Sakit ni dah kronik…terpaksa la ambik lebih..Sekarang dah jadi ketagih pulak”dia tersenyum..
“Ops…tapi ubat dah habis la…”riak muka Vania berubah..
“Tapi Adam ada ubat lain”Adam tersenyum sebelum mengeluarkan sesuatu didalam beg nya…
“Nah”dia meletakakn sesuatu didalam tangan Vania…
Tangan dibuka...origami berbentuk burung…dia berkerut…
“Jom”Adam menarik tangan Vania supaya mengikut langkahnya…
Diatas bukit..
Vania tergamang melihat pemandangan dari atas bukit..Bukit yang terletak dibelakang kolej Xlarie…tak tahu pulak dia ada port cantik untuk lepak di kolej ni..port lepak yang di tahu hanya padang basketball je…
“Sekarang terbang kan burung ni”arah adam….
“Terbangkan?”soalnya hairan..
“Yap..macam ni”adam memegang tangan Vania..tangan adam berada dibawah tangan Vania sebelum dia melemparkan burung tersebut…burung origami berwarna purple tersebut melayang jauh dari tangannya sebelum jatuh kebawah bukit…
Vania tersenyum…lega….hanya itu yang mampu dikatakan oleh Vania…
“Amacam seronok tak?”soal adam…
“Seronok gila…rasa nak terbang je dengan burung tu”dia teruja…
“Ada lagi tak?”soal Vania..dia memangang kearah adam dengan berharap…
“Satu je yang ada….lagi pun tak elok buang sampah merata-rata…”perli adam…
“Eh bukan nia yang buang adam yang buang”dalih Vania..
“Tapi nia yang pegang kan?”
“Burung tu adam punya..”
“Adam bagi nia,so nia punya la”
“Adam punya”
“Nia punya”
“Adam”
“Nia”
“Adam”
“Adam suka nia”
“Nia suka Adam”erkkk!!Nia tutup mulut…aku cakap apa ni…dia memandang ke arah adam yang sudah pun tersenyum..
“Adam main-main dengan nia ye…”dia menutup malu..
“Tadi adam dengar ada orang cakap dia suka kan adam..wow terharu…”balasnya selamba..
“Adam main tipu”getusnya..
“Mana ada…”Adam mengenyitkan mata…Vania terkedu…Vicky….???
@@@@@@@@@@@
P/S kalu ada kekurangan mohon maaf....:D
kalu ada kurang komen la....

5 ulasan:

lylea berkata...

vicky nk g Aus!!! huhu...
Best!! .. datingkh adam n vania... hehehe.. but bowink ckit bb ni ... kasi panjg ckit ... keke.. -kejam x-

lylea berkata...

vicky nk g Aus!! huhu..
datingkh adaam n vania.. hehehe!!!
bab ni best!! but bowink ckit jer...
kasi panjang2!! .. hehe
--kejam x ---

o-ReN berkata...

hehehe....mybe ada lagi satu or 2 kot episod lepas ni habis....
i/allah akan panjangkan dan tambah perisa sikit.........
tq sudi baca....:D

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ berkata...

amboi, nk g australis bagai lah vcky ni .. saje je dera perasaan vania ..

o-ReN berkata...

heheheh.....vicky mencari ketenangan kot...huhuhuu